Langkau ke kandungan utama

Insan Insan Kreatif...

Di bawah ni, insan insan kreatif yang sanggup menyabung nyawa untuk menjawab soalan ilham dalam mimpi aku yang sedikit gila tu... Muhahaha...

Aku perlukan sokongan anda semua untuk mengundi...
Insan mana yang paling kreatif sehingga membuatkan anda tersengih hingga nampak anak tekak!!!


Cik Plankton kita kata macam ni... Memang mengarut betul.... Aku pun tersengih gak ni.... huhu...
Walaupun blog dia disablekan untuk copy... tapi... silap la berurusan dengan pakar...
Ini dia mengarut apa ntah, layannnnn jea la....

Contest gila susah by incik nasriq

pulau pandan jauh ketengah,
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA,

sekarang dah jam dua belas setengah,

idea menghupdate tak datang juga.


pegi ke jeti cari BOT PENAMBANG,
hajat melawat ke TANJUNG SIMPANG MENGAYAU,
idea kering..tak dapat nak gebang,

camne nak pancing sang kaki rayau? (blog visitor la ni :)


naik perahu menuju ke KAPIT,

hajat ingin membeli SUSU, (motif pegi kapit semata2 ntok bli susu tak dapat dikenal pasti.. :]

bile dah mule rase tersepit,

semua contest aku nak sapu.


cantik sungguh KAIN BATIK SARAWAK,
kualiti terbaik pilihan kaum IBAN,
sambil berFACEBOOK aku berblogwalk,

mencari contest untuk dilayan.


saat MANUSIA tak ingat tuhan,

haram halal semua diredah,

hadiah dari MABUL jadi taruhan contest
cik Eda..
Oh, melepas sudah!


KATAK melalak memanggil hujan,

mengganggu tido memalam bute,

laman
incik nasriq pon xmo ketinggalan,
organize
contest..mak aii susah gile!!

sampai ke TANJUNG PIAI pon sanggup aku pusing,

gara2 mengidam IKAN TERUBUK MASIN,

ayuh para blogger perah otak memasing,

hadiah misteri dari sarawak ..wah, sape tak teringin??


enak sekali KEK LAPIS DAYANG SALHAH

jualan di SIBU laku tak terkata,

limit
tukang karut perkataan maximum 200 patah
maaf ye... plankton xsempat nak kira :)

[rangkap ni..paling tak kena..ehehe]


[tammat]



Intan dengan pula kreatifnya telah menggoreng seperti berikut:

pada suatu ketika dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang tinggal di gunung daik bercabang tiga.. mereka tidak mempunyai anak walaupun setelah 10 tahun berkahwin.. setelah puas mereka berubat, akhirnya jiran mereka telah mencadangkan mereka untuk menemui doktor pakar di kapit.. disebabkan perjalanan mereka agak jauh, mereka telah membawa bekal susu dan kek lapis dayang salhah.. mereka pergi ke kapit dengan menaiki bot penambang.. sepanjang perjalanan, mereka telah menemui pelbagai ragam manusia, termasuklah manusia yang melompat-lompat seperti katak.. setelah tiba di kapit,mereka tidak menemui doktor tersebut.. akhirnya, mereka menggunakan khidmat facebook untuk mencari doktor tersebut.. rupa-rupanya, doktor tersebut telah berpindah ke sibu untuk mencari kain batik sarawak yang dibuat khas oleh orang iban.. lalu doktor pun menyatakan bahawa pasangan ini perlu ke dua tanjung dan satu pulau untuk mencari ubat bagi mendapatkan anak.. mereka pun memulakan perjalanan mereka ke tanjung piai dan seterusnya ke tanjung simpang mengayau.. perjalanan mereka berhenti di mabul setelah mereka menemui ubat yang mereka cari selama ini iaitu ikan terubuk masin..


ok...undian dibuka sekarang sehingga tengah malam ini...
Hadiah nak beli esok di kuching...

Ulasan

-- berkata…
ya Allah! rajinnya mereka!

en. cabi..sila ye.. sila bagi hadiah yg da bomb - da bomb aje. kalo takat nak bagi adiah kecik2..mmg aku kutuk..

contest susah gile *sampai aku pon tak masuk* harusla dibagi adiah yang sewajarnya! kalo tak ko mmg saje je aniaya orang.

sekian pesan khidmat masyarakat!
NasQ berkata…
Errr... bagi hadiah yang fida patut dapat boleh?


Sekian... live dari terminal satu, lapangan terbang sibu...
Yutaka Mushimura berkata…
loh...da tutup ka...cepat seh...:P
Unknown berkata…
ohh blh amek jgak erk..he3
intan.maisarah berkata…
suka intan. sbb nama sama
NasQ berkata…
Haha... tutup sudah mr jepun...
NasQ berkata…
Plankton: silap besar la kalau under estimate tukang karut...
NasQ berkata…
Intan 1 kepada intan 2... over...
Intan7 berkata…
alah.. kira dua2 pemenang la inche tukang karut.. kategori lelaki & perempuan..kn2..hehe

p/s: sy nk adiah yg mhl2 ye..ngeh3
Eda Latiff berkata…
hahaha...ai vote utk dua2...sbb dua2 pon kreatif..=)
zati embong berkata…
jat undi utk diri jat!haha

ala tkg karut,bg la dua2 menang,dua2 kreatif 2 O.o
NasQ berkata…
Huhu: cik plankton, jantina anda diragui oleh intan sepertimana aku pun terkeliru dulu! Sila beli penjelasan....
NasQ berkata…
Eda: kalau vote dua2, maknanya tiada pemenang la...
NasQ berkata…
Jat: undilah ai masa pilihan raya kecil nanti... mewakili rakyat2 yang suka mengarut... haha...
Unknown berkata…
ahaha..xpe incik tukang karut..da terbiasa..mengalami kekeliruan jantina sejak kecil.. T_T
NasQ berkata…
patut tukar nama nickname tu... plankton tu macam leleki sangat... apa kata tukar jadi pinkplankton... huhu
KUREKURE COMEL berkata…
ehhhh...knapa aaiii takde ni...
ni nak hentak kaki ni...kihkihkih..
NasQ berkata…
Ha... lepas ni jangan kutuk2 lagi tau...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...