2014/12/26

Pantun Banjir.

Orang lain makan nangka,
Lain orang kena getah,
Orang lain yang ditimpa bencana,
Lain orang pulak yang melatah.

Dunia tua akhir zaman,
Hanya tunggu Arahan Tuhan,
Fitnah berleluasa menjadi mainan,
Nyawa manusia jadi taruhan.

Masih tak sedar kesalahan diri,
Menjadi penyebab turunnya bala,
Daripada leka berbalah sesama sendiri,
Mari bermuhasabah perbanyak pahala.

Kenapa fitnah dan khabar angin menjadi mainan?

Wira jari menonjol bangga,
Menyebar khabar yang tak tahu punca,
Nak hulur seringgit dua,
Punyalah payah macam berjuta.

2 ulasan :

Ema Johari berkata...

moga mangsa-mangsa banjir tabah hadapi dugaan ini.

QasehnyaRania berkata...

betul tu.