Langkau ke kandungan utama

Pantun Kangkung...

Naik bot naik tongkang,
Padat penuh satu muatan,
Antara kangkung ataupun kangkang,
kangkung jua menjadi sebutan.

Akar kangkung di dalam kolam,
Pucuk muda naik ke junjung,
Bijak sungguh tuan menutur kalam,
Mengharap rakyat menyembah sanjung.

Itik serati pulang petang,
Jalan berderet berlenggang kangkung,
Sanjung diharap keji yang datang,
Muka jernih dah naik cengkung.

Benarlah bidalan kata si tua,
Macam monyet mendapat belacan,
Kalau macam ni la punya ketua,
Tekak kembang tengok kangkung goreng belacan.

Kangkung yang dulu di dalam longkang,
kangkung sekarang jadi bualan,
Dulu kangkung tak dipandang orang,
Remix Kangkung jadi siulan.


Notakarut: Atas pemintaan peminat kangkung... huhu... Malam ni malam Jumaat... Esok cuti... jom bunuh setan ramai ramai...

Menari canggung nampak cangkung
Makan kangkung sambil kangkang...
Malam Jumaat asyik mengangkang,
Lepas dah kena balun jalan pun kengkang...
Eh?



Ulasan

Atiqah Wadiah berkata…
haha..lahaiii kangkung..femes sungguh dihkau..hehe
QasehnyaRania berkata…
hahaaaa.. gelak dulu la sebelom komen..
tk, saya bukan peminat kangkung tau.. hihi
pa pe pon best la pantun ni.
tenkiu tk :)
NasQ berkata…
Kangkung yang dulu bukan la kangkung yang sekarang...
NasQ berkata…
mekasih la sebab dah memenatkan otak aku ni berfikir nak karang pantung kangkung...
Unknown berkata…
haha..famous betul kangkung sekarang ni..siap ada pantun lagi,ermm dikarang pulak si TK ni hancus-hancuss..hehe :D

anyway Tk,tahniah because memerah otak buat pantun yg super debommm ni haha :D
NasQ berkata…
Nah lima kupang... puji ada makna ni...
bobiedanbad berkata…
Pantun yg tak terjangkau dek akal hahaha
Nk share ble tak encik TK?
NasQ berkata…
sila sila... sila share...



nanti bayar royalti 30% ek...huhu...
Unknown berkata…
lu kalau akhir nye mesti ade yg pasal malam jumaat ni
baut aku x sabar nak kawin je lah kau ni t.k :P
NasQ berkata…
heh... sorang sorang pun boleh bah... tapi tak sedap mana la... hahahahahaha...
Fiza Aizzawa berkata…
dah muak dengar pasal kangkung.. hehe.. tp kangkung goreng belacan mmg terbaik...
Unknown berkata…
huiiss takde maknenya hehe ;D
lima kupang jek nak beli kangkung pon tak lepas haha..
Tanpa Nama berkata…
huhuhuhu

tak habes lagi der...
Cik Lily Putih berkata…
sempat lagi berpantun kangkung ek
Tinta Lana berkata…
Salam.

Hahahahh, TK, makin hebat ko mengarut,hahaha

Berapa minit ko ambil masa ni tk, panjang jugak pantun kangkung ko ni ha.
Dkna Abza berkata…
isu kangkung dah suam2 .. tunggu isu panas yang lain pulak..
blog-tips-kurus berkata…
ish! ish!
mohon pantun stoberi pulak.
lepas tu durian!!
Cik Itah berkata…
salam. hahahha..dia pun bercerita pasal kangkung huhuhuhu..
khaifaiz berkata…
bagus dan terbaik lah TK
ch000tz berkata…
Hahahahah semangat kangkong btul :D
QasehnyaRania berkata…
kiki. skali skala dua kali mmg sakit pala la
Ec berkata…
Kangkung kangkung juga,
sayur lain jangan lupa
Kang sakit slip disc menyusahkan bini lak

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...