Langkau ke kandungan utama

Catatan

Iklan Tertunda Mata Sakit Tengok Wawa Zainal...

Iklan Tertunda Mata Sakit Tengok Wawa Zainal Dengan ini, adalah dimaklumkan, blog Tukang Karut akan menyepi seketika... Kerana penulisnya gering... Terkena penyakit berjangkit... Sakit mata... Mula mula anak, lepas tu terjangkit dekat suri... Akhirnya, terjangkit jugak kepada penulis... Baru elok sebelah mata dah terjangkit lagi sebelah... NotaKarut: Tajuk tu? Jangan tanya la... Ikut suka aku la...

Fakta Karut Pipit, Burung Dan Lesung...

Burung Pipit (Anthus spp) merupakan sejenis kumpulan burung yang terdapat di Malaysia dengan mendiami dipelbagai kawasan lapang. Secara amnya terdapat 3 kategori burung pipit mengikut habitat iaitu Jenis Burung Pipit Raya, Jenis Burung Pipit Rumah dan Jenis Burung Pipit Kepala Hitam. Bagi kawasan jelapang padi dan kawasan tanah lapang di Malaysia terdapat dua jenis burung pipit yangg habitatnya dikawasan tanaman padi iaitu Burung Pipit Uban (Lonchura maja) dan Burung Pipit Padi (Lonchura leucogastra). Lesung pipit boleh terjadi apabila otot zygomaticus utama yang terbentuk lebih pendek daripada ukuran sebenar, ataupun otot ini terbelah menjadi dua. Ketika seseorang senyum atau ketawa maka akan ada daya tarik kulit yang akan menghasilkan lesung pipit (efek penarikan kulit tersebut). Jangan sesekali berkata 'pipit tak ado ko?' dekat orang Negeri Sembilan... Kang naya je kena hempuk dengan lesung... Silap silap boleh lebam pipi... Pipit tu ehem ehem owwww dalam bahasa Neger...

"CTK" e-DIARY: 19th Feb 2013 - Blogwalking Blogger Popular :P

"CTK" e-DIARY: 19th Feb 2013 - Blogwalking Blogger Popular :P \ NotaKarut: Ramai rupanya yang masih waras!!!!

Ini Budak Sakit Mata...

Hai... Seminggu menyepi.. Bukan bercuti... Bukan menghilangkan diri... Cuma bertapa di gunung daik bercabang tiga... Dikandung tanah tolong jolokkan... Ok... Jangan tanya apa maksud ayat di atas... NotaKarut: Ini budak kena sakit mata... Membikin papa mamanya susah hati....

Intipati Khutbah Jumaat...

Dunia ini sesuatu yang tidak boleh mendatangkan manfaat, faedah kepada kita sebaik kita mati. Akan tinggal semuanya, harta benda dan anak pinak yang kita sibukkan.  Kita akan pergi ke sana, ke hadapan-Nya dengan sebatang karah tanpa membawa sebarang harta dan anak pinak. Yang akan menjadi peneman untuk sekujur jasad yang tidak bernyawa itu hanya amal ibadat, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat semasa hidupnya di dunia.  Yang lain-lainnya – pangkat, darjat dan kedudukkan akan hilang lenyap. Harta kekayaan itu tidak akan dibawa bersama ke dalam kubur dan akan menjadi pusaka kepada anak-anak. Kalau anak-anak itu, anak-anak yang soleh dan beriman, maka alhamdulillah untuk ibu dan bapanya.  Tetapi sekiranya anak-anak itu pula, anak-anak yang ingkar dan tidak patuh kepada hukum-hakam Allah S.W.T. maka balanya juga akan diterima oleh ibu dan bapanya.”

Baca... Fikir... Ketawa...

Pak Pandir: Ko tengok budak tu TK... TK: Budak mana pulak ni... Pak Pandir: Ala... Kau ni... Budak omputih tu la... TK: Ha... Nape?  Pak Pandir: Budak tu selamber badak je hisap rokok kat sini... Kan sini kawasan larangan... TK: Ha... Dah tu? Pak Pandir: Kau pi la tegur dia... Kesian aku tengok kanak kanak yang ada kat sini... TK: Aku pulak... Kau la yang pi... Kau kan pernah belajar kat London dulu... Pak Pandir: Aku... Aku pulak? Yea la... Tu la... Dulu... Orang tua suruh pi sekolah... Lari ikut longkang... Ponteng... Pi panjat pokok! kan dah bangang tak bertingkat.... Pak Pandir: Sir... Excuse me... Sir... Please do not ' sucking the cigarette ' here... NotaKarut: hangpa jangan gelak no... Aku pernah pakai ayat ni sebelum aku tau wujudnya perkataan smoking!

Itu Je Yang Aku Mampu...

Kereta... Kalau boleh nak toyota Vios... Paling paling pun ada hati nak angkat Accord... Fikir fikir mampu, Myvi je la... Baru 500 lebih je sebulan... Kira dalam kemampuan lagi tu... Isteri... Kalau boleh nak macam Jue Aziz... Kalau tak dapat, macam Neelofa pun sudah la... Fikir fikir cari isteri biasa dah la... Tak banyak maintenance... Paling paling pakai bedak cap kapak... Baru 300 seunit... Kira dalam kemampuan lagi tu... Handphone... Mana nak kalah... Kalau member pakai S3... Mesti la kena up sikit, kena la pakai Iphone5... Baru 2000 lebih je... Kira dalam kemampuan lagi tu... Pi masjid... Pahala nak besar... Ada pasang impian... Konon nak ke syurga... Bila datang tabung masjid... Terketar ketar keluar dompet... Cari cari duit seringgit... Baru muka ada senyum... Kalau ditanya, hanya itu je yang MAMPU ikhlas... NotaKarut: Sinis!!!