Naik bot naik tongkang, Padat penuh satu muatan, Antara kangkung ataupun kangkang, kangkung jua menjadi sebutan. Akar kangkung di dalam kolam, Pucuk muda naik ke junjung, Bijak sungguh tuan menutur kalam, Mengharap rakyat menyembah sanjung. Itik serati pulang petang, Jalan berderet berlenggang kangkung, Sanjung diharap keji yang datang, Muka jernih dah naik cengkung. Benarlah bidalan kata si tua, Macam monyet mendapat belacan, Kalau macam ni la punya ketua, Tekak kembang tengok kangkung goreng belacan. Kangkung yang dulu di dalam longkang, kangkung sekarang jadi bualan, Dulu kangkung tak dipandang orang, Remix Kangkung jadi siulan. Notakarut: Atas pemintaan peminat kangkung... huhu... Malam ni malam Jumaat... Esok cuti... jom bunuh setan ramai ramai... Menari canggung nampak cangkung Makan kangkung sambil kangkang... Malam Jumaat asyik mengangkang, Lepas dah kena balun jalan pun kengkang... Eh?