Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dah di larang, tapi nak buat jugak...

Kenapa yang dilarang itu, membuak-buak rasa nak buat... Walaupun kecik-kecik lagi dah diberitahu akibatnnya.... Kenapa yang disuruh itu, sangat la tebal kemalasannya... Walaupun dah terang-terang tahu kebaikannya... Dah terang-terang dilarang makan buah khuldi... Dek termakan hasutan si setan, TERmakan la juga buah larangan... Tak pasal-pasal kena export ke bumi... Sampai ke hari ni, dah beribu-ribu tahun kisah tu berlalu, tetap yang dilarang itu la best, yang sedap, yang lazat... Yang disuruh tu lah yang liat nak buat... *p/s: hanya peringatan untuk diri sendiri ... tak berkaitan yang masih mati atau yang terus hidup...

Tudung Atau Freehair, Mana Satu Pilihan...

Sensitif betul bila 2 jenis golongan ni berdebat... Masing-masing nak menegakkan benang yang basah... Masing-masing mengaku hebat... Masing-masing mengaku dia yang betul... Golongan perempuan yang bertudung... Nampak macam baik... Tapi awas, bukan semuanya baik... Ramai yang berlakon baik... Hipokrit... Tapi... At least... Golongan ni mengurangkan dosa orang sekeliling yang melihat golongan ini sebab menutup bahagian rambut... Tapi... Ada jugak yang tak berapa nak betulnya... Cuba perhatikan keliling, dekat shopping mall, kaki lima... Dan yang baru jea berlalu, dekat pasar Ramadhan... Memang cantik golongan ni bertudung, tapi sungguh sayang kalau... Seluar ketat nampak punggung yang bulat... Baju yang sendat sampai nak terdedah buah yang ranum... Jadi... Apa guna kalau bertudung tapi terserlah yang mengiyurkan... Bukan nak suruh semua menanggalkan tudung... Tapi perbaiki yang tak berapa nak elok... Golongan perempuan yang freehair Nampak macam jahat... Tapi bukan semuany

Terkenang...

Nama : Mr. Eyrique (bukan nama sebenar) D.O.B : 29 MAY1984 P.O.B : Moncheh Minuman Kegemaran : Rahsia Makanan kegemaran : Rahsia Hobi : Kumpul setem Ciri-2 gadis idaman : Rahsia Terkenang zaman sekolah dulu-dulu... Waktu zaman hingus masih lagi meleleh... Biodata ni dah jadi macam fenomena, dah jadi benda wajib untuk kita tukar sama suka dengan kawan-2... Budak-budak zaman sekrang pun, ada benda yang sama gak... Contohnya FB atau seangkatan dengannya... Bentuk yang berbeza tapi matlamat yang sama... Tapi yang lainnya... Budak sekrang semua nak dedah... Kalau dulu... Kebanyakkan infonya adalah rahsia...Semuanya rahsia... Termasuk la aku yang konon-kononnya berahsia sangat... Baik tak payah buat biodata...

1.3juta???

Wuaaa... RM1.3juta... Banyaknya kos nak buat pilihanraya kecil Galas... bermakna...RM130,000 sehari akan dibelanjakan sepanjang pilihanraya... Kalau bagi aku duit tu... Apa nak buat erk? tapi sejuta sekarang macam dah tak de nilai... Xsampai seminggu dah boleh abis. Kalau kita dapat duit sekepok sejuta... Apa yang ada dalam kepala otak kita ni??? Joli? Rumah besar? Kereta besar? Rantai emas besar? Bini besar?..Opsss...

Soalan cepuk cemas lagi...

Perbualan telephone antara anak dan mak di suatu senja nan hening... Anak : Semekom mak... Mak : Waalaukumussalam... Ekau balik tak ngah hujung bulan ni??? Anak : arrrr... Tengok la nanti... Nape mak? Mak : Tak de... Kawan kau tu... nak tunang minggu dopan... Dalam 8 orang yang sebayo kau... kau sorang jea yang.... Anak : arrrr.... Mak dah makan? Mak : Ha!!! Mulo la tu... Nak melencong jea kerjanya... Den bolum abis cerito lai dah nak menyimpang je... Anak : arrr.... Mak dah mandi bolum ni??? Mak: Ekau ni bilo lagi ngah??? Anak : Arrr... Bilo pe mak??? Mak : Bilo ekau nak balik calon-calon ni ? Anak : Calon anugerah artis popular ker mak??? (dengan gaya percakapan bangang dan tergaru-garu kepala yang tak berapa nak ada rambut...) Mak: Eh!!! Ekau ni!!! Anak : huhuhu... Angah tunggu anak bulan keluar dulu mak... Penyimpan mohor besar raja-raja belum umumkan lagi calon-calonnya mak... arrrr...mak....mak... Angah sakit perut la mak... k...babai... tut...tut...tut... (sambil berlar

Rasa bersalah...

Tiap kali auntie keluar rumah... Tanpa segan silu auntie akan tegur... Auntie :"Nasriq... Baru balik kerja ker?? Amacam kerja??? Ada baik ker?" Diwaktu lain. Auntie: "Baru balik breakfast ker Nasriq..." Satu hari sebelum raya. Auntie :" Raya dekat mana Nasriq... Lama ker cuti?" Tu antara ayat yg auntie selalu tegur... Perasan atau tak... Setiap kali tegur... Auntie akan panggl nama aku dengan betul... Tapi aku.... Sehingga kini.... Aku masih lagi tak tahu nama auntie tu... Walaupun dulu auntie tu pernah bagitau nama dia... Rasa bersalah sangat pada auntie... Walaupun dia orang cina... Tapi budi bahasa dengan jiran sangat bagus... Aku??? Nama dia pun aku tak tau... Boleh dikategorikan jiran yang baik ker aku ni???

Sesak... Sungguh sesak!!!

Penghujung syawal memang menyesakkan!!! Sana sini sinun ada open house... Bukan nak bagi alasan... Tapi... Yang dah turun dah pun naik kembali... Yang dah kecut dah pun mengembang mengebu-gebu... Yang longgar dah bertambah sendat!!!

Konon-konon pro la...

Ni gambar yang paling cantik dan aku rasa nak publish kat sini... Yang lain-lain tu biasa sahaja dan aku masih lagi dalam proses belajar lagi... Kalau tak berapa cantik tu... terima lah seadanya yea...

Halam???

Yang duk kecoh sangat pasal duit haram ni pasai pa??? Dah tau haram, pulang jea balik... Yang Federal Gomen nak nyibuk tu buat apa... Sedar ke tak sedar... Pendapatan negara DISIMPAN dalam satu kantung yang dipanggil Akaun Wang Amanah Disatukan... SEMUA hasil negara disimpan dalam akaun tu.... Cukai, Cukai Petroleum...bla...bla...bla... Hatta TERMASUK la dari hasil judi... Jangan cakap duit gaji pekerja awam sahaja... Tapi SEMUA rakyat Malaysia akan merasa sikit dari hasil judi ini... Secara langsung atau tak langsung... Pusing-pusing duit tu akan pergi jugak ke semua RAKYAT Malaysia... Tak percaya??? Duit tuk biaya pendidikan tu datang dari siapa??? Tentulah Federal Gomen... Duit tuk biaya kesihatan tu turun dari mana??? Confirm Federal Gomen... Subsidi gula... Beras... Petrol??? Siapa yang bagi??? Jawab la sendiri... Kalau nak gali lagi... Sampai lusa pun takkan habis... kalau ikut matematiknya halal + haram = halam. Dah tau haram... Pulang balik... Tak tau haram... Diam-diam jea...

Huh!!! Xboleh harap!!!

Kereta cantik berkilat, cun melecun, besar, cc power, casis cantik, leather seat, lampu led... Tapi... Sayang sungguh kalau...................................... Drivernya tak reti guna signal!!! Hampeh!!! Wei... Signal tu bukan perhiasana kereta la!!! Bukan perhiasan semata-mata la mangkuk...

merapu...merepek....kerepek...tempeyek...

Ada orang punya perangai, dia saja yang betul, orang lain semua salah, semua tak betul, semua rasuah, semua tak baik... Dia saja yang betul... Dia saja yang maksum.. Dia saja yang tak pernah buat salah... Ada orang punya perangai juga, semua dia punya, harta kau dia punya, harta dia, dia yang punya... Dah pinjam, saja buat-buat lupa... Konon-konon harta tu dia yang punya... Ada orang punya perangai pelik, mengaku dia hebat, lagak macam menteri, semua dia boleh buat, semua ditanggung beres, padahal, lembu punya susu, sapi dapat nama... Ada orang suka banyak kerja... Ada orang suka kurang kerja... Ada orang tak nak kerja.. Ada orang dah ada kerja tapi macam tak kerja... Ada orang tak ada kerja pergi cari kerja... Susah-susah tak banyak kerja lagi bagus dari susah-susah banyak kerja... Susah-susah fikir nak nak merapu... Merepek... Lagi bagus makan kerepek, makan tempeyek... Perut penuh, hati senang, mata berat, otak lembab... Berat pun naik... Lemak tepu pun mai balik dah... arrggggggggg

Sindrom hari Jumaat...

Hari Jumaat... Penghulu segala hari... Hari dengan penuh kerahmatan... Tapi kenapa bila tiba hari Jumaat, automatic perasaan malas ni macam dipam-pam lak hingga mencapai tahap kegebuan melampau ... Tapi kenapa nak salahkan hari Jumaat??? Sebab esok hari sabtukah???

zzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Baru balik jamuan raya kementerian... Bila perut dah penuh, mata pun jadi berat, pergerakan jadi sangat lambat, otak jadi beku... Akhirnya....... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.............................

Tangan Gatal...

Masih mencuba... Masih belajar... Menggunakan camera baru... Konon nak jadi professional... Pegang camera pun menggigil... Cam ne nak nak ambik gambar yang cantik... Orang nak pakai DSLR, awak pun nak pakai... Tapi tak reti guna... Ni la buah tangan pertama... Selepas menuntut dan bertapa di Gua Niah...

Kenapa la kau terlepas...

Elok jea kau ni terkurung... Sebulan kau terkurung... Abis 7kg lemak-lemak jahat ni hilang... Ringan sikit rasa ni.... Sejak kau terlepas ni, kau mengamuk betul ek... Balas dendam betul... Pantang diperlawa... Habis semua kau sapu... Hai la nafsu... Kan elok kau terkurung... Ni rasa nak membaham jea ni... Lagi-lagi ada kuih raya depan mata...

7 sebab kenapa raya tahun ni kurang meriah...

1. 4.04am 28 Ramadan bersamaan 8 September... Kepulangan ke rahmahtullah Allahyarham Raslim Bin Mahmud aka Atok... permulaan yang sedih di hari mantai ... Kebiasaannya di hari mantai ni, di kampung-kampung di Negeri Sembilan akan meriah dengan persiapan hari raya, dengan jualan daging lembu, kerbaunya... Tapi aku... Bergegas ke Hospital Kuala Pilah selepas menerima panggilan daripada Hospital yang menyatakan atok dah nazak... Jam 3pagi, disaat orang lain sedang enak dibuai mimpi... Bayangkan di jalan kampung, cik Persona aku tu dikerah di paksa 140-160km/j... 20 Min dah sampai hospital, kebiasaannya 45min perjalanan... ........................................................................................................................................... Tak mampu nak menulis panjang...... Semuanya selamat diselesaikan jam 12.00tengahari... 2. Pertama kali raya tanpa lemang, dodol, rendang, ketupat dan sebagainya... Sebab... Masing-masing tak mampu nak buat... 3. Kenduri tahlil ar

Apa kata kalau raya tahun ni seseorang telah tiada???

Apa perasaan bila sambut hari raya tanpa seseorang??? Rasa macam kurang jea... Macam tak lengkap... Lagi-lagi kalau orang tu ketua keluarga... Tak pernah lagi aku rasa beraya tanpa keluarga yang tak lengkap... Tak dapat aku bayangkan beraya tanpa dia... Harap-harap atuk cepat sembuh... Dah 10hari dah dalam hospital Kuala Pilah... Dan malam tadi mak telefon bagi tahu atuk dah 50-50... terkelu... terkedu... Hari ni serba tak kena... Serba tak menjadi... ............................ Tak terkata...

skema jawapan raya

Raya tahun lepas, banyak soalan cepukcemas daripada mak-mak sedara, nenek sedara dan yang yang berkaitan mahupun yang tak berkaitan, yang kebanyakan soalan, aku hanya mampu menjawab dengan senyuman... Penat dan letih nak menjawab... Raya tahun ni, aku dah siapkan awal-awal skema jawapan... Itu pun kalau ada yang berani nak nyibuk tanya lagi tahun ni.... Soalan standard 1.: Bila kau nak kawen Ngah??? Jawapan- Mak Lang tolong sponsor ckit la... Tak cukup bajet lagi la... Soalan standard 2.: Kau dah ada makwe belum Ngah??? Jawapan- Mak Teh tolong la kenen-kenenkan ngan anak dara yang cun melecun ala-ala artis... Soalan standard 3.: Bila kau nak ganti kuda buruk kau tu... Dah berkarat den tengok dah??? Jawapan- M ak Long tak nampak ker kereta persona yang cun melecun kat luar tu??? Soalan Standard 4.: Kereta Persona jea??? Tak glomournye... Apasal kau tak beli kereta import cam Vios ke? Jawapan - meh duit sekepok... kereta sport pun den boleh boli... Tu soalan yang biasa raya tahun lepas..

OFF DUTY

KURSUS INDUKSI 13OGOS - 26OGOS CUTI REHAT 27OGOS -31 OGOS... Lagipun dah tak boleh nak mengarut sangat dah sekarang... Banyak mata yang membaca... chowww... jumpa seminggu sebelum raya...

Malam Kenangan Filem-Filem P Ramlee

17 Julai 2010 Lokasi: De Palma Hotel, Ampang... Makan Malam Cawangan Kejuruteraan Cerun... Tema Pakaian: P Ramlee & Saloma... Tema Persembahan: Sedutan Filem2 P Ramlee... P Ramlee bersama-sama dengan Salomanya... Sama padan tak??? Jangan jelous arrrr... Geng Penyamun Tarbus... Pengacara majlis, Tuah (DJ Suria FM) bersama-sama Dato' Pengarah. Sesi persembahan unit-unit... Aku tengah menyorok kat belakang tabir... Pemalu la katakan... (konon2 nak jadi pengarah la tu)... Sedutan daripada filem 3 Abdul.... Kalau ada hamba yang nak kena jual selawa cam ni, aku sanggup beli... Huhuhu... Wajah kasihan Penasihat 25% selepas kena lelong dengan Abdul Wahub...

Amatur

Memperembahkan para pelakon Sketsa 3 Abdul dari unit keselamatan cerun, pada makan malam "kenangan filem-2 P Ramlee & Saloma" anjuran Cawangan Kejuruteraan Cerun.

Penat jea belajar tinggi-tinggi.

Warrrrggggghhhhhhh!!! Bosan betul la... Aku rasa tak ada pulak lecture aku dulu ajar benda ni... Mengarut betul... Nak fikir ayat 1 perenggan pun kepala dah berpusing-pusing dah... Salah ayat maknanya salah maksud... Kesannya sangat besar... Dalam mesyuarat, bukanya kita tau apa yang penting, apa yang patut off record, apa yang mengarut, kadang-kadang banyak borak dari bincang hal berkaitan... Penat jea belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap... Tapi buat minit mesyuarat pun terhegeh-hegeh!!!

Itu tandanya???

Ramai orang berkata-kata apabila seseorang tersenyum itu tandanya setuju... Ada orang bermadah pujangga apabila seseorang itu tersenyum itu tandanya dia sedang bahagia... Ada juga orang bertutur kata seseorang itu tersenyum tandanya sedang menahan marah!!! Ada juga orang berkias kata apabila seseorang itu tersenyum, dia sedang menipu... Bahayanya senyuman itu... Satu senyuman dengan seribu makna...

Fitrah Lelaki...

Segarang mana pun seseorang itu, sebengis mana pun lelaki itu, setegas mana pun jantan itu... Tapi bila berdepan dengan orang yang tersayang... Tak kira la apa pun jenis hubungannya... Semua perasaan itu bagaikan lenyap dibawa arus...

Karnival Sukan KSCKC

KARNIVAL SUKAN ANJURAN KELAB SUKAN CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN LOKASI : KELAB SUKAN DBKL, JALAN TUN SAMANTHAN. TARIKH : 10.07.2010 PASUKAN BERTANDING : 5 UNIT Ahli-ahli pasukan dari Unit Keselamatan Cerun. Tahun ni, bos pilih warna kuning, konon-konon la ramalan Brazil akan masuk final piala dunia... Siap beli bendera Brazil lagi... Beli dekat Brazil lagi(En Bos pergi Brazil Bulan Jun)... Tapi hampeh... Sejak Brazil kalah dengan German, Bos suruh sorok bendera tu... "Jangan pakai" katanya... "Buat sial jea nanti"... Sesi bergedik-gedik sakan sebelum perlawanan bola tampar untuk buat pihak lawan berpinar-pinar mata... Yang aku hairan ni... Kenapa aku boleh melompat lak ni??? Padahal bola tu pergi membelon jea tu... Kalau Pro yang main, biasanya akan main 3kali... Tapi yang ni semi amatur... diulang... semi amatur... tak sempat nak tarik nafas, bola dah datang balik dah... Kesudahannya, walaupun main bermati-matian, (main 3 game, 7 set) hanya mampu dapat tempat k

Gelap Gelita...

7.35malam... Aku ada dalam bilik air, tengah syok-syok bersiram, tiba-tiba, dunia jadi gelap... Haram jadah betul la... Oi!!! Siapa tutup lampu bilik air ni oi!!! Oi!!! Pedih la mata aku... Niat nak mandi lama-lama terpaksa ditangguhkan... Dengan pantas, terpaksa menyudahkan acara bersiram... 7.40malam... Dengan masih bertuala, aku jenguk dekat ruang tamu... Gelap... Duk teraba-raba cari dinding sebagai panduan... Dah jadi macam orang buta lak rasanya... Buka pintu luar... Sah!!! Satu taman blackout... 7.50malam... Dalam kegelapan malam... Menunggu dengan penuh sabar berharap bekalan elektrik akan pulih dalam masa terdekat... 8.00malam... Masih berharap... Masih dalam kegelapan... 8.10malam... Harapan makin pudar... Masih terraba-raba lagi... 8.20malam... Kegelapan terus menyelubungi... Tapi aku masih terus berharap walaupun dengan harapan yang makin menipis... 8.30malam... Ni tak boleh jadi ni... Dengan penuh keterpaksan, aku melangkah longlai ke kedai untuk membeli lilin... 8.35mala

Bahasa Budaya Bangsa...

Dengan merujuk kepada gambar di abwah...silalah memberi pandangan tentang "bahasa budaya bangsa"... Adakah ini bangsa Malaysia???

Madah Berhelah...

Seseorang telah salah (atau sengaja tersalah) hantar sms... Sekali baca... Macam nak kasihan... Dua kali baca... Macam nak pitam... Tiga kali baca... Baru faham maksud tersirat... " Hidup tak selalunya indah... Kadang-kadang cerah di waktu pagi... Akan tetapi hujan di tengahari... Untuk mereka yang mempunyai payung... Berteduh mungkin bukan perkara yang sukar pabila hujan turun... Bila-bila boleh dikembang atau dikuncupkan payung itu... Akan tetapi jika payung yang sedia ada tidak sempurna... Bagaimana??? Tempias hujan pasti akan menimpa empunya badan... Apakah patut kita menukar payung??? Atau sekadar pasrah kesejukan ditimpa hujan..."

PEMANDANGAN DI SEKITAR PULAU PINANG DARI BUKIT PUNCAK BUKIT BENDERA MEMANG MENGASYIKKAN...

PEMANDANGAN DI SEKITAR PULAU PINANG DARI BUKIT PUNCAK BUKIT BENDERA MEMANG MENGASYIKKAN... PUNCAK BUKIT BENDERA MELIHAT JAMBATAN PULAU PINANG DARI JAUH (ANTARA JAMBATAN YANG TERPANJANG) MEMANG MEMBANGGAKAN... SEBAGAI CIVIL ENGINEER, AKU TAU BUKAN MUDAH NAK BINA JAMBATAN NI... PULAU PINANG DARI BUKIT PUNCAK BUKIT BENDERA DALAM DUK SIBUK BUAT KERJA, AKU TERNAMPAK SATU BANGUNAN NI... TERLETAK DI ATAS PUNCAK BUKIT BENDERA... BENTUK YANG SANGAT PELIK... TEMPAT LARANGAN... HANYA ORANG TERTENTU SAHAJA DIBENARKAN MEMASUKINYA...(AKU BOLEH MASUK SEBAB NAK BUAT KERJA)... AKU MASUK PUN, TAK BOLEH NAK AMBIL GAMBAR... CAMERA KENA TINGGAL LUAR...

BILA TAK SABAR

BILA KITA TAK SABAR... KITA AKAN POTONG BARISAN... ORANG AKAN MARAH DEKAT KITA... BILA ORANG LAIN DAH TAK SABAR... DIA AKAN POTONG KITA BALIK... SEMUA BERLUMBA-LUMBA NAK KE DEPAN... NAK CEPAT SAMPAI... TAPI APA YANG JADI??? SEMUA PUN JADI LAMBAT... 3 LORONG JADI 5 LORONG... BERSESAK-SESAK... BERLUMBA-LUMBA... TAPI AKHIRNYA... SEMUA JADI LAMBAT DEK KERANA NAK CEPAT DAN TAK ADA SIFAT SABAR... SALAH SATU SIFAT PEMANDU MALAYSIA YANG TAK BOLEH NAK DIUBAH... BUAT LA SELEBAR-LEBAR JALAN PUN... KALAU PERASAAN TAK SABAR NI MASIH MENEBAL... SAMPAI KIAMAT PUN AKAN KITA TERUS BERSESAK SESAK...

Eh???

Isnin... Bos tak de... Bercuti sempena cuti sekolah... Baru keluar pekeliling baru untuk rujukan kakitangan awam... Mesti mengambil cuti sempena cuti sekolah... So...Tak ada produktiviti kerja... Main game jea... Selasa... Bos masih bercuti... Produktiviti pun masih tak ada lagi... Masih main game lagi... Rabu... Lastday bos bercuti... Pagi-pagi datang kerja... Duduk termenung... Lama termenung... Duk berfikir... Lama berfikir... Lagi lama berfikir... Buka laptop... Senyum depan laptop... Main game lagi la hari ni... Khamis... Patut bos masuk kerja dah... pukul 7.50pagi, tinjau bilik bos... Masih gelap... 8.10pagi, jenguk sekejab bilik bos lagi... Masih lagi gelap... 8.30pagi... Masih lagi gelap... Sah... Bos sambung cuti lagi... Aku tersenyum puas... Buka laptop... Hanyut dalam dunia maya lagi... Jumaat... Pagi-pagi lagi PA bos cakap bos tak masuk kerja... Sambung cuti lagi... Ermmm... Aku duduk termenung lagi... Jauh berfikir... 2Minggu cuti sekolah ni... Apa kerja yang aku dah b

Hobi baru...

Sejak aku dapat ngorat si Siti Nur Persona tu, aku dapat hobi baru... Nak kate hobi tu berguna, rasanya tak berguna sikit pun... Nak kate hobi tu menguntungkan, mmmmm jauh sekali... Nak kata mengisi masa lapang... Mungkin la kot... Hobi ni aku buat masa atas jalan raya... Tak kira la sama ada aku tengah menunggang Kuda Putih atau berdating dengan Cik Siti Persona tu... Hobi yang pelik... Aku suka tengok NOMBOR PLAT kereta orang lain... Sebabnya??? Saja suka-suka nak bandingkan umur Cik Siti Persona tu... Adoi... Awat la dapat hobi pelik cam ni...

Fikir punya fikir...

Aku bangun dari katil menuju ke dapur... Melangkah longlai dengan penuh kemalasan... Sampai di muka pintu dapur... Aku terhenti... Lama aku berdiri di muka pintu... Lama aku berfikir... Berfikir dan terus berfikir... Fikir lagi... Sedalam dalamnya... Namun aku tak ketemu jawapannya... Apa aku nak buat tadi yea??? Ohhhh!!! Tua nye aku sekarang... Pelupa dah sekarang...

Oh!!! Baru Perasan...

Malam tadi, secara tak sengaja, aku duduk dengan tertib, mengadap Cik Merah Laptop kesayangan aku ni, mengetuk-ngetuk apa yang ada kat situ... Hasilnya... Sungguh aku tak sangka... Baru aku Perasan... Rupanya aku dah terlebih belanja bulan ni... Kira punya kira... Campur punya campur... Tolak punya tolak... Lebih 10k gak aku belanja bulan ni... Giler ar... Patut makin kurus poket aku ni... Yang terkorek... Terpaksa dikorek... Yang disorok dah pun terdedah... Yang dah ditanam pun kena gali jugak... Bermula kisah dengan kisah Cik Siti Nor Persona aku tu, 5.7K aku berhabis untuk dia saja... Dah ada kereta, kena la balik kampung, tak kan nak balik tangan kosong jea kan... 5rat melayang jugak 2 kali balik kampung ni... Balik jea dari kampung... Ada pulak cerita yang kureng menarik... Aku tengok meter air rumah dah tak ada... Si laknat tu tak pernah bayar bil air rupa-rupanya... Melayang lagi 338... Lepas si laknat tu keluar dari rumah... Rumah aku macam dewan orang ramai jadinya... lapang s

Buang Anak...

Duit... Oh Duit...

Marah sungguh aku dengan kau ni... Memang kau ada hantu!!! Xboleh senang duduk dalam penjara bank tu... Apa la salahnya kalau kau duduk diam-diam jea dalam tu... Ada saja yang kau buat supaya aku keluarkan kau dari penjara bank itu... Nak aje aku masukkan kau dalam penjara ASB pulak!!! Biar banyak bunganya... Harum semerbak bau kau nanti...

Air... Oh Air...

Di sebabkan kau tak ada hari ni... Aku tepaksa EL... Sia-sia bergitu sahaja cuti tahunan aku... Dek sebab kau la, RM360.00 aku melayang macam tu aje... Disebabkan kau la aku terpaksa mengharamkan apa yang aku dah bayar sebelum ni dekat malaun sekor tu.... Disebabkan kau la aku rasa nak putus sahabat hari ni!!!! Dan... Dek sebab kau la, aku terpaksa ulang aling selayang 2 kali hari ni... Tapi apa boleh buat... Kau yang berkuasa... Aku tak sanggup tak mandi seharian...

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Menjadi Suami Mitahli Dan Bertanggungjawab Terhadap Keluarga.

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah 1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. 2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. 3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ? 6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sa

Angaunyeeeeeeeee.....

Kejab-kejab jenguk kat luar... Takut dia kesejukan... Kejab-kejab keluar... Sengaja nak tengok muka... nak lepaskan rindu... Kejab-kejab menjengah keluar... dapat tengok bontot pun jadi la... Heyyyyyy... Angau betul ni... Pagi tadi bangun... Dengan tak mandinya... dia yang aku jenguk dulu... usap-usap bontotnya... belek-belek mukanya...matanya... heeeyyyyyyyyyyyy... teruk betul angau kali ni....

SURAT SAKIT HATI...

KEPADA PENGHUNI RUMAH NO. 38, JALAN TAMAN MELATI 2, TAMAN MELATI, SETAPAK, 53100 KUALA LUMPUR. KEPADA PENGHUNI YANG BERDAFTAR DAN YANG TAK BERDAFTAR... SILA TUTUP LAMPU DAN KIPAS JIKA ANDA INGIN KELUAR RUMAH DAN SILA TUTUP TV JIKA ANDA RASA ANDA HENDAK TIDUR, KERANA BIL ELEKTRIK HANYA AKAN DIBAYAR OLEH ORANG-ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA. ORANG-ORANG YANG TAK BERDAFTAR, SILALAH PANDAI-PANDAIKAN DIRI DAN MERAJIN-RAJINKAN DIRI UNTUK MENGELUARKAN SEDIKIT WANG UNTUK SAMA-SAMA MEMBAYAR BIL ELEKTRIK, KERANA KALIAN JUGA TURUT SAMA MENGGUNA DAN MEMBAZIRKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK!!! KEPADA PENGHUNI YANG DIHORMATI SEKALIAN, SESUNGGUHNYA RUMAH KITA MEMANG TAK ADA PERATURAN, TAPI RUMAH KITA TERLETAK DALAM NEGERI DAN NEGARA YANG MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG. JADI, PERATURAN-PERATURAN TERSEBUT SAH DIGUNAPAKAI. AKU PEDULI APA KALAU PENGHUNI SEKALIAN NAK PERGI KEMANA PUN, NAK MASUK KELAB KE... NAK TEGUK AIR KENCING SETAN KER... NAK BALIK WAKTU SUBUH KER KEMUDIAN TIDUR SAMPAI TERJALAK WAKTU ASAR...TAPI AKU TAK S

CEPATNYA???

PERASAN ATAU TAK, KITA DAH BERADA PERTENGAHAN BULAN APRIL DAH... RASA BARU SEMALAM KITA SAMBUT TAHUN BARU 2010... RASA CEPAT SANGAT MASA BERLALU... HARI ISNIN... RASA MACAM MALAS-MALAS NAK PERGI KERJA... DALAM TAK SEDAR... HARI JUMAAT PUN TIBA... MENGGAMIT HATI KERIANGAN... KEGEMBIRAAN UNTUK BERMALAS-MALASAN BERLIBUR... TAPI... SABTU DAN AHAD YANG DATANG TERASA CEPAT SANGAT BERLALU... HARI BERGANTI HARI... MINGGU BERGANTI MINGGU... BULAN BERGANTI BULAN... TAHUN BERGANTI TAHUN... CEPATNYA MASA BERLALU... RASA SEDAR TAK SEDAR...

Adakah Cemburu Itu Sayang?

ADA SORANG SAHABAT MENGADU YANG DIA DAH TAK BOLEH OUTSTATION JIKA ADA LELAKI LAIN BERSAMA-SAMA OUTSTATION... NAK KELUAR LUNCH PUN TAK BOLEH DENGAN LELAKI DAH... HATTA RAKAN SATU PEJABAT PUN!!! CEMBURU TU TANDA SAYANG KER??? ATAU CEMBURU TANDA DIA YANG TAKUT KEHILANGAN??? ATAU CEMBURU TANDA KEKUASAAN???

Bermulanya Zaman Hutang...

Personal loan, Monthly RM367.00 Car Loan, Monthly RM 633.41.... Effective date : 26.04.2009 Baru jea masuk gaji... Dah ada buaya yang menganga dengan luas seluasnya.... haaaaaaaiiiiiiiiihhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

hilang mood aku.........

Siot betul la.... Siapa Din Beramboi tu untuk kita kenang??? Habis spoil mood orang jea... Macam biasa, HotFM memang akan berkemundang dalam bilik ni... Untuk menceriakan hari... Tapi... Pagi ni... Pagi2 lagi dah bukak cite sedih... Pagi2 lagi dah dengar lagu sedih... Ada ker radio nak buat macam tu kalau Ulama' yang meninggal??? Rasanya xder kot... Ada gak bagusnya... Saling mengingati kematian tu pasti.... Tapi antara ayat yang aku suka dengar... "Kenang la orang tersayang sementara dia masih ada".... "Xguna kalau ada Handphone yang berharga beribu-ribu tapi kedekut nak tanya khabar yang tersayang, walau sekadar 5 minit???"... "Bila dah xder baru la orang akan ingat kita"....

TULISAN KALIMAH ALLAH PADA BATU DI LAWAS.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHASA MALAYSIA

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

MEI Keras hati & tegas. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain. Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros

Rahsia Lelaki Gemini...

"Gemini Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan da