Langkau ke kandungan utama

Catatan

Takut... Terketar Ketar...

Pejam celik pejam celik... Rupanya dah tinggal kurang 25 hari je lagi... 25hari lagi sebelum hari itu... Owh... Cepatnya... (walaupun nafsu sangat bersuka ria sebab dah dekat nak merasa!) Owh... Dah tak lama dah... Aku tak takutkan benda lain... Kecuali beraksi di depan camera... Owh... Aku sangat pemalu orangnya... Boleh membikin getaran di bibir... Terasa senyuman menjadi kaku... Owh... tak sanggup memikirkannya... NotaKarut: Macam mana nak senyum yang menggoda ek? Muka aku ni memang dah la jenis masam mencuka macam cencalok di dalam tempayan yang di peram 10 tahun... ok... Aku tipu tu!

Kenapa Harus Begini???

Hai... Salam hari Isnin... Isnin yang biasanya terletak seribu alasan kemalasan... Isnin yang lembab... Kenapa harus disalahkan Isnin? Kenapa tak disalahkan Ahad yang mengujakan sebelum Isnin atau Selasa yang penat selepas Isnin? Isnin yang malas... Aduyai... Mencari semangat di sebalik kertas... NotaKarut: Isnin Blues... (bahasa agak buruk apabila diterjemah secara terus tanpa menggunakan bahasa melayu yang betul)

Apa Perasaan Kamu?

Hai... Apa perasaan kamu hari ni? Ada yang baru balik dari tengok bola... MU vs MC (aku pun sama...) Apa perasaan kamu? Owh... Kamu marah... Confirm kamu penyokong tegar MU... Untuk makluman semua MU jadi lauk kepada MC malam ni... Kena titik 6-1... Tak berkutik pun... (nasib baik aku ni lalang yang menyokong team yang menang jea...) Ok... Apa perasaan kamu? Kalau apa yang kamu buat tu tak mendapat sambutan? Contohnya kamu penat penat memerah otak untuk mencari idea contohnya untuk menulis blog... Tapi kamu hampa... Walaupun kamu kamu dan kamu mempunyai seribu follower pun... Yang memberi respon kepada tulisan kamu hanyalah dua tiga kerat sahaja? Adakah kamu kecewa? Kalau kamu tak blogwalking seharian, adakah kamu akan kecewa kalau blog kamu tak dikunjungi? Apa perasaan kamu? Kalau kamu sangat memcemburui mereka yang selalu mendapat BE dan "cash out" banyak duit dari iklan iklan nuffnang... Walaupun kamu meng"update" setiap hari... Tapi dalam akaun kamu masih lagi m

Cerita Seram...

Berkira kira mahu mengarang cerita seram... Mengarang di tengah malam, semangat seramnya tu datang dengan sendiri... Tapi otak kebuntuan... Mungkin kerana kekurangan nutrisi... Owh... Apakah... Ada dua tiga cerita yang bermain difikiran... Kisah benar yang berlaku dulu... Sebelum aku mengarang, aku perlukan pandangan korang sebagai pembaca... Apa yang kamu harapkan apabila membaca cerita seram? Maksudnya adakah keseramannya sampai terkencing di dalam seluar? Atau sekadar menggeletek pundi hempedu sehingga ketawa terbahak bahak... Apa yang kamu harapkan? Endingnyakah? NotaKarut: yeah!!! Negeri Sembilan layak ke final piala Malaysia! ni yang den gomar ni...

Nak Yang Besar Dan Panjang Je...

Hai... Salam hujung minggu... Buat apa hujung minggu ni? Nak mengukur jalan di Kuala Lumpur ke? Rasanya puas hati kalau mengukur jalan ke Masa SegiEmpat, MatahariJalan Piramid, Lembah Tengah... Tak pun ke Jalan TAR... Owh... Banyaknya tempat untuk melepak membazirkan masa dan membelanjakan duit... Sedikit tersasar... Seperti biasa... Hohoho... Ok... Dah... Cukup tu... Sebelum aku mengarut merapu meraban tak tentu hala... Manusia... Dah diberi yang panjang... Nak yang pendek... (Owh~~Apakah ini?) Ada dah yang dapat pendek tu, sangat mencemburi yang panjang... Tak pernah ada yang puas... Ada tu, dianugerahi yang besar besar sahaja... Tetap tak berpuas hati... Dia kata mungkin yang kecil molek lebih sesuai... (Owh~~ Apakah ini lagi?) Yang anugerahnya kecil, sentiasa terasa seperti tiada keadilan baginya dan sentiasa mencemburi yang besar... Dammmm!!! Otak aku kekurangan nutrisi pagi pagi ini! Jem la pulak... Khas Untuk Seorang Sahabat Di Alam Maya Ini yang katanya pedih putus cinta... Blu

Mengidam...

Amaran... Ini adalah entry pendek seperti post di mukabuku... "Aku tengah mengidam nak makan "payau" la... Yummmyyy... Sedapnya kalau dapat... Nak nak yang baru sembelih... Zrupppp! Meleleh air liur... Owh... Mungkin aku mengandung kot... Itu yang mengidam nak makan macam macam! Yea... Aku tau... Tak perlu cakap... Aku tau aku mengandungkan lemak!" NotaKarut: Ini zaman tanpa sempadan la... Tak kan "payau" pun tak boleh nak cari menatang apa...

Memberi Amaran Atau Menegur Dalam Solat...

Sekadar hanya ingin berkongsi... Jika imam ada melakukan kesilapan seperti kesilapan dalam bacaan atau perbuatan dalam solat, maka lelaki boleh bertasbih mengucapkan “Subhanallah” dengan suara yang nyaring bagi menegur imam. Bagi wanita pula disunatkan menepuk tangan kanan ke belakang tangan kiri imam sekiranya perlu membuat teguran di atas kesilapan imam semasa solat. Orang yang paling berhak ke atas imam ialah orang yang betul-betul berada di belakang imam, orang yang di sebelah kanan dan yang sebelah kiri. Sebab itulah para fuqaha (ahli fiqh) mengafdalkan yang berada benar-benar di belakang imam hendaklah mereka yang sama hebat atau lebih hebat daripada imam. Sebab itulah para fuqaha (ahli fiqh) mengafdalkan yang berada benar-benar di belakang imam hendaklah mereka yang sama hebat atau lebih hebat daripada imam. NotaKarut: Kalau dalam solat pun kita tak nak menegur kesilapan dan kesalahan pemimpin(imam), bagaimanakah pulak dengan TEGURAN kesalahan dan kesilapan pemimpin tentang uru

Aku Berbau Wangi...

Hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur... Membuatkan perjalanan naik teksi dari LCCT ke Taman Melati melewati 2jam... Owh... Perjalanan yang sangat membosankan sehingga tak sedar berapa kali dah terlelap dan terjaga, tapi masih tak sampai sampai... Baru je sampai di rumah a.k.a hotel bagi aku kerana boleh dikira berapa hari je duduk di rumah... Tak suka kalau masa naik belon, masa nak mendarat waktu hujan (~~owh... ayat apakah ini?)... Belon terasa tak jejak pun di tanah... Bergoyang goyang ditiup angin dan tempias hujan... Kalau hujan, biasanya pilot akan buat hardlanding... (betulkan aku kalau aku salah... aku hanyalah pilot cik siti norpersonariah) Terasa hentakan masa mendarat... Owh... Sakit badan aku... ~~~ Tajuk tidak sama dengan isi lagi! Owh... Tidak... Tadi masa naik belon, ada seorang "kucing manja" duduk sebelah... Aku tak ngorat pun... Percaya la... Senyum manis yang comel pun tak diberikan... (owh... menghitung hari, kurang 28hari je lagi...dup dap dup dap berdebar

Merenung Masa Hadapan...

Kebiasaannya aku menulis tanpa ada draf... Apa yang aku tulis itu kebanyakkannya secara spontan... Kadang kala jari menaip lebih laju daripada otak berfikir... Ada peristiwa yang betul betul terjadi yang aku tulis... Tapi aku kadang kala menulis dengan menokok tambah cerita... Gaya penulisan... Ntah la... Kebanyakkannya mengarut... Kadang kadang disulami dengan kata kata yang makan dalam... Ah... persetankan... Aku menulis bukan kerna nama... Kerna sifat kasih... Kita sesama insan...( ce teka lagu apa?) Eh... Intro punya cukup panjang... Yang sebenarnya aku nak tanya satu soalan je... Kenapa ada beberapa orang blogger yang baru mengenali blog tukang karut ini menganggap penulis nya adalah seorang GADIS??? Owh... Apakah gaya penulisan aku ini gaya seorang gadis sunti yang sedang mekar harum di tasik madu? NotaKarut: Tak berapa sihat... Muntah muntah dan kepeningan lalat... Badan pun berpeluh peluh... Aduyai... Lambat lagi nak tunggu pukul 4 petang untuk naik belon... ~~sekali lagi tajuk

Tips Menghayati Kehidupan...

Hai... wes mangan semua? Aku?? Hoho... tengah tepuk tepuk perut yang makin boroi ni... Semalam... Masa aku up entry tips menyerap tekanan hidup tu... Ramai pulak yang komen... Ntahkan marah ntahkan suka... Tapi lantak la... Hari ni... Aku nak upload lagi gambar... Hohoho... Dah bersedia nak tengok? Layan je la ek... NotaKarut: Buat apa nak serabutkan kepala dengan benda remeh temeh... Esok lusa selesai la kan... Apa yang penting? Bukan tu! Bukan kerjasama yang penting! Apa yang penting? Yup! Perut penuh terisi... Hohoho... Barulah kita betul betul menghayati nikmat kehidupan... Dah... Jangan cuba berkata kata manis... Aku dah muak dengar...

Entry pendek...

Ntah kenapa ntah kelopak mata sebelah kiri aku ni berdenyut denyut sejak dari subuh pagi tadi.... Korang tau ke kenapa jadi cam tu? Atau ada alamat apa apa ke?

Rabu Tanpa Kata...

Tips Menyerap Tekanan Hidup...

Hai... Kabare? Hohoho... Aku masih lagi ada sedikit kewarasan... Lama dah tak buat kerja gila ni... Kali ni aku nak tunjuk gambar makanan... Dulu aku pernah buat cam ni... Tapi ada seorang blogger yang tegur aku... Terus aku tak buat dah... Kali ni apa nak jadi... jadi la... Ini la tipsnya kalau menghadapi tekanan hidup... Yes! Makan... Bila dah makan... Perut menjadi kenyang... Bila perut dah kenyang... Semua masalah dunia akan hilang disebalik kekenyangan... Gambar atas tu semua gambar makanan... Ini gambar yang terakhir ini menunjukkan hasil tips yang aku cuba praktikkan... Hoho... Terbaik la... Tak bersisa beb... Kalau kucing tengok pinggan aku... Menangis kucing tu tak dapat makan malam dengan sisa makanan aku! Hoho... Nasi disebelah tak terusik pun... Pandang sebelah mata jea... Hoho... Banyak lagi gambar... Tapi mungkin sebab perut dah penuh lupa nak ambil gambar makanan lain... Hoho... Esok la aku ambil lagi ek... NotaKarut: Kata kata manis dah tak boleh pakai dah... Semua hipr

Bunyi Yang Menyinga...

Sila abaikan tajuk itu kerana aku tak tahu nak letak tajuk apa... Hoho... Kang ada yang marah aku lagi kang... Tajuk tak sama seperti isi... Ok... Baru sampai di Kuching ni... Di hotel biasa... Riverside Majestic Hotel... Boleh la kejab lagi nak pergi tenangkan fikiran... Tenangkan fikiran di tepi pool... Mana la tau kot kot la ada "kucing" yang pandai berenang... Boleh jugak cuci mata dan tenangkan perasaan... Hoho... Dah... Jangan nak berkata manis mengata aku macam macam... Terguris hati aku nanti... Peristiwa di LCCT... Sedang enak mencuci mata melihat pramugari AirAsia berjalan berlenggang lenggok... Ada bunyi bising di telinga... Bukan bunyi macam nyamuk tu... Tapi ntah la... Rimas! Ntah dari mana datangnya "lalat" ni... Cuba menghinggap di muka yang cabi dan comel ini (sila muntah hijau sekarang!)... Owh... Dihalau... Dikibas! Tak jugak mahu pergi... Ah... Lantak la... Aku tau kau mahu berak di muka aku ni... Dan meninggalkan kesan tahi "lalat" di m

Gaduh Besar...

Hai... Salam hari Selasa semua... Hoho... Amacam? Ada baik ke? Errrr... Yang sebenarnya aku tak ada apa nak mengarut pun hari ni... Otak beku... Hoho... Kenapa? Tengok tajuk je dah la ye... Errr... Jangan ditanya apa... Sebab aku pun tak tau hujung pangkalnya... Sejak dua menjak ni... Kalau aku nak outstation, dah kena naik AirAsia... Ntah la... Nak murah katanya... Tapi aku tengok... Sama je... Tak ada beza sangat pun... Mula mula memang aku tak suka sangat naik AirAsia ni... Bukannya apa... Nak ke LCCT tu... Sangat la melecehkan... Tapi itu dulu la... Lepas aku tengok peha peha gebu pramugari AirAsia... Sendat dan singkat waaa cakap lu... Muda bergetah terangkat pulak tu... Perghhhh... Meleleh wa cakap lu... Aku dah jatuh hati dah... Orangnya pun cun melecun... Tak macam naik MAS yang tua tua bangka tu! Hoho... Dah la belah kain pun sikit jea... Jab jab... Ada seorang lalu depan aku... Fuyyyyoooooooo... Bergetah beb! Nak gambar? Tak perlu la... Takut tertanggap gambar bini bigdaddy

Layan Perasaan...

Hai... Selamat petang... Cuaca KL petang ni hujan lebat... Mencetuskan suasana sejuk... Dari melayan perasaan yang ntahapapapantah ini... Baik aku layan perut aku... Ngap ngap ngap... Menulis entry sambil mulut penuh dengan goreng pisang panas... Disulami air teh o bujang... Memang terbaik la... Ngap ngap ngap... Sedap... Hoho... Persetankan perasaan ntahapapatah itu... Layan perut lagi best... Hoho... Tepuk tepuk perut yang separuh diisi... NotaKarut: Minggu lepas aku biarkan selama 4 hari si dia merajuk... Kali ni aku nak biarkan selama mana ye? Mungkin lepas aku balik Kuching nanti baru aku fikir kot... Owh... Lupa nak bagi tau... Esok sampai Khamis aku ke Kuching yang ntah kali ke berapa ntah aku pun tak ingat... Terbaik dari ladang la... Hohoho... Pisang abu... Bukan pakcik Abu yang punya... Dan bukan pisang Awak yang punya jugak... Itu pisang aku!

Ubat Vs Sakit...

Ubah ooo Ubat... Kepala SAKIT telan panadol... Habis cerita... lepas setengah jam ok dah... Kalau SAKIT digigit nyamuk, kita bakar UBAT nyamuk bagi nyamuk nyah dari mendekati... Kalau Gigi SAKIT... Itu tandanya malas gosok gigi dengan UBAT gigi... Kalau SAKIT mata tengok lipas bermaharajalelamajun dekat rumah, kita letak UBAT gegat... Kadang kadang SAKIT hati bila kita nak guna pengokot, tak ada UBAT STAPLER... Owh... Apakah yang aku nak tulis ni... Ke manakah arah entry ini... Dah... Tak perlu cakap... Aku tau... KE LAUT! NotaKarut: Sakit hati... Apakah ubatnya?

Faham Tak?

Kadang kadang aku rasa aku faham... Faham yang betul betul faham... Yang bukan buat buat faham... Tapi kadang kadang ada beberapa kejadian yang buat aku tak berapa nak faham... Sama ada aku yang tak faham... Atau... Owh... Apakah ini? NotaKarut: Jiwa kacau... Rasa nak mencarut!

Aku Malas Menulis...

NotaKarut: Aku malas nak sangat nak mengarut hari ni... Aci tak aku letak gambar je??? Ah... Lantak la... Ikut suka aku la kan... Gambar semasa berdating dengan dua orang pemBLOGGER tegar... Cik Dill dan Cik Sal ... Owh... Seorang pendiam dam seorang lagi yang bercakap tak henti henti... Siapa?? Teka la... Eh! Mana dia gambar aku? Owh... Lupa nak bagitau... Aku kan camerashy ... Hohoho...

Bukan Salahku Jadi begini...

Assalamualaikum... Hai... Salam sejahtera dan salam petang Jumaat semua...Petang petang jumaat ni confirm tak berapa nak ada mood nak buat kerja kan?Elehhh... Jangan nak berlagak baik sangat la...Ngaku je la... habis cerita... Hoho... Tadi kan... Masa sebelum solat Jumaat kan... Aku kan lepak la kat tiang bawah masjid la kan... Lepak selepas TERmakan nasi ayam kukus 2 bungkus... Orang kata apa... Tunggu biar nasi enap dulu di dasar perut... Hoho... Dasar perut stokin yang besar... Masa tengah lepak tu... Tetiba pulak datang seorang kawan ni... Datang salam aku... Lepas tu tanya aku aku dah kahwin ke belum... Dah ada berapa orang anak... Kerja kat mana sekarang... Best ke kerja sekarang ni... Bila nak kahwin... Macam macam la yang ditanyanya sampai aku pun dah naik rimas dan lemas... Macam kawan lama yang dah lama terpisah... Sampai la dia kehabisan modal nak tanya aku... Lepas tu aku tanya satu soalan je... "Kau ni siapa ek? Aku dah lupa la..." Hoho... Terus blah mamat tu...

Kata Kata Motivasi...

Kita selalu disogokkan dengan kata kata yang kononnya motivasi diri... Macam ayat yang selalu digunakan... -->"Buat yang terbaik..." -->"Bersungguh sungguh melakukan sesuatu, pasti halangan yang terbesar pun aku dapat diatasi... Perkataan perkataan tu dah menjadi lali di telinga kita ni... Ibarat tak smepat masuk telinga kanan dah melantun keluar dah... Apa orang kata... Dah imun dengan kata kata macam tu... Tadi aku terkesima dengan ayat seorang rakan yang memberi motivasi kepada seorang rakan yang hendak ke kursus induksi... Dia ketakutan sebab terlalu banyak mendengar kata kata yang menakutkan dari orang yang [ernah ke kursus induksi... Katanya A: "Sebelum ini, apa yang paling kau takutkan? Jawab rakan B: "Maksudnya? A: "Iye la... Masa belajar dulu... Apa yang paling kau takutkan? Masa nak mintak kerja apa yang paling kau takutkan?" B: "Errrr... Aku takutkan semuanya... Bersunat tapi sekarang aku dah boleh berkahwin... E

Rasa Nak Marah...

Hari ni rasa nak mencarut...  Rasa nak marah semua orang... Rasa macam nak telan sekor sekor jea... Kecik jea aku tengok sekor sekor... Asbestoskakiperempuanbabisialananaksundalbengongmangang...

Rabu Tanpa Kata V Kenangan...

NotaKarut: Hasil yang dapat selepas mengemas bilik aku dekat kampung... Hoho... Gambar ni diambil tahun 1990 semasa lawatan sambil belajar di Muzium Melaka... Cuba teka mana satu aku dalam gambar ni... (clue: budak yang paling comel sekali...) Kalau betul aku bagi hadiah... hohohoho...

Sunyi...

Hai... Selamat pagi Rabu... Lho... Dah Rabu rupanya...  Puhhhhhh! Berabuk! Macam la lama sangat tak menjenguk blog ni... Padahal baru 3 hari update entry... Nak cerita apa? Tak ada apa... Just wanna say "hai"... NotaKarut: Tengah tunggu belon ni nak balik KL... Aduyai... Aku mau bertanya ni... Rindu sama aku tak? Rindu? Ok! Sila muntah hijau sekarang...

Pengumuman Penting ~~ Walimatul Urus...

Assalamualaikum... Hai... Salam sejahtera semua... Di sini, saya menjemput semua rakan rakan blogger sekalian untuk menghadiri ke Majlis Perkahwinan saya pada 20-11-2011 (Ahad) di rumah pengantin perempuan (Serting, Bahau, Negeri Sembilan) dan di rumah pengantin lelaki (saya la tu) pada 27-11-2011(Ahad) di Jelai, Gemas, Negeri Sembilan.... Rakan rakan blogger sekalian boleh la emailkan alamat di mnasriq@gmail.com. Kad undangan akan saya pos selewat lewatnya hujung bulan Oktober ini... NotaKarut: Hoho... Pertama kali aku buat entry menggunakan ayat skema gila.... ~~ Sedang bosan menunggu belon....

Mental Block...

Hai... Kabare? Macam mana hujung minggu korang? Mengujakan atau membosankan? Aku? Dah 4 minggu hujung minggu aku dipenuhi dengan travel KL - Jelai - KL... Menguruskan benda2 yang tak habis2 selagi tak sampai masa Majlisnya... Mental block... Fenomena biasa yang dialami semua penulis... Lagi lagi kalau penulis blog tegar... Mula la berfikir dan tercari cari apa yang patut ditulis... Atau dalam kata lain... TAK ADA IDEA! Macam yang tengah aku buat sekarang ni... Menulis tentang sesuatu yang ntah apa apa ntah... Hohoho... Menyesal? Tak perlu... Kerana aku nak bagi tips sikit... 1--> Rajin rajin la keluar melihat gelagat orang ramai di luar sana 2--> Rajin rajin la diri membelek gambar gambar lama... Mana tau tetiba akan ada ilham yang akan datang... 3--> Mengarut... Yup... Cuba lari sikit dari tema kebiasaan penulisan... Kalau boleh benda kecil tu cuba besarkan... Tak kan nak streotaip je kan... Macam hari hari makan nasi dengan lauk i

Carta Hati Najwa Latif

Seiringan dengan peristiharan blog tukang karut ini menjadi peminat-kipas-susah-mati Najwa latif yang comey... Hoho... Aku nak letak lirik single kedua yang bakal meletup... Tajuk Lirik Lagu: Carta Hati Artis/Penyanyi: Najwa Latif hmm.. hoo.. haaa.. mmm.. Engkau duduk di situ Diam tersipu malu Mahu mendekati aku Aku mulai resah Hatiku jadi kebah Melihat dirimu aku rebah Tapi hati ini kuat menyatakan Kau terkini duduk di carta hati Lalu cinta kita bermula Dari mata turun ke jiwa Dari teman menjadi cinta Dan berjanji untuk setia Sehidup semati kita Menjanjikan bahagia Untuk kita berdua selamanya hmm.. hoo.. lalala.. mmm.. Jangan engkau jangan pergi Jangan tinggalku sendiri Jangan tinggalkan carta hati Kau janji kan bahagia Ku janji kau tak terluka Teruslah berada di carta hati kita lalalalala.. hooo… lalalalala.. mmm… NotaKarut: Over tak aku ni? Hoho... Ah! Lantak la... Biarpun budak tingkatan 4 pun

Jatuh Cinta Dengan Najwa Latif...

Hoho... Salam hujung minggu... Hoho... Aku dah kembali waras! Maknanya aku dah boleh mengarut sesuka hati! Hoho... Aku suka... Aku suka... Tapi korang suka ke? Ah... Lantak korang la... Yang penting perut aku kenyang... Eh?? Tetiba lak... Tadi masa dalam perjalanan balik kampung... Sepanjang perjalan dengan carta 30 Hot FM... Tetamu undangan dia Najwa Latif... Hoho... Pertama kali dengar suara budak ni... Aku dah jatuh cinta dah... Lagi lagi aku dengar lagu dia... Cinta muka buku... Macam comey comey je... Suara pun comey comey je... Hoho... Perghhh... Sekali search gambar budak ni... Comey la pulak... Aduyai... Jatuh cinta la pulak... Suara nyanyian pun sedap... Boleh ganti Siti Nurhaliza la... Hoho... NotaKarut: Mana nak cari single kedua Najwa Latif yea? Macam best je masa dia nyanyi live tadi... Aku nak istihar blog tukang karut ni jadi peminat kipas susah mati Najwa Latif la... Hoho... I like...

Bajet 2012... Ditemuramah ASTRO AWANI...

Turun je dari pejabatt tadi... Ada ternampak 3 orang... 2 orang lelaki dan seorang perempuan cantik... Semuanya pakai vest ASTRO AWANI... Aku syak perempuan tu wartawan... Tetiba je datang dekat dengan aku... Hala kamera dengan mic besar penumbuk kat aku... "Encik... Boleh dapat komen encik berkenaan penyelarasan gaji kakitangan awam dan pemberian setengah bulan bonus yang dibentangkan dalam belanjawan 2011" Aku... Aku tengok camera lama lama... "errr... no komen!" Terus berlalu meninggalkan perempuan cantik tu terpinga pinga... Perghhhhhh!!! Aku rasa macam artis la pulak... NotaKarut: siaran blog akan tergendala... Berapa lama? Ntah la... Sehingga kepala aku boleh kembali waras... Sekian...

Gelisah...

Banyak yang bermain di fikiran aku sekarang ni... Sampai kadang kadang aku sendiri tak tahu apa yang aku tengah fikir...

Kena Ganggu...

Assalamualaikum... Hai... Salam hari Khamis dan kedai harihari... Hoho... Dah baca kisah seram yang tak berapa nak seram bertajuk Hijab Ghaib ??? Dah?... Bagus... Ini yang buat aku sayang sangat ni... Hoho... Huhu... Hari ni aku nak perasan popular dan gila glomour... Jom pi tengok apa kata pengomen pasal entry aku tu... Hoho... Aku kan... Sebenarnya aku sengaja post entry tu waktu lewat malam... Biar apa orang kata feel seram tu datang sendiri tanpa perlu dipaksa... Tapi dah Ila datang datang baca waktu siang... Dah hilang la keseramannya... Huhu... Ok... Aku tau ramai yang kecewa dengan penamat cerita ni... Sebenarnya draf yang aku tulis lagi panjang dan lebih menakutkan sebenarnya... Tapi ada cerita di sebaliknya... Malam masa aku tulis draf tu... Aku kena kacau sebenarnya... Hoho... Meremang ooo.... Ada pulak bunyi orang berlari lari dekat luar bilik aku pukul 2 pagi... Bising gila la... Bila bukak lampu tak nampak pulak sesiapa... Lepas tu bau busuk pun semacam je... Isk... Seram

Rabu Tanpa Kata V XRAY...

NotaKarut: Owh... Apakah?

Terdesak SangatKah Kah kah...

Notakarut : I follow u, U follow i back, kau sape nak paksa aku, Ikut suka aku nak follow ke tak.

Hijab Ghaib...

Menjelang lewat petang, kami-kami yang begitu komited dengan kerja masih berada di pejabat. Kerja yang perlu diselesaikan siap pabila jam di dinding menunjukkan jam 9.15 malam, kami engineer-engineer mengundurkan diri yang sudah lesu kepenatan. Meninggalkan draughtman seorang diri tekun menghabiskan sisa baki kerja remeh temeh. Jat keseorangan ralit mengadap komputer. Tiba tiba, terasa seperti ada angin bertiup lembut ditengkuknya. Terpacak berdiri bulu roma tengkuknya. Diperhatikannya sekeliling. Roma di tangan pula mereding berdiri. Sunyi sepi. Diperhatikan kerusi di sebelah berpusing seolah-olah di duduki oleh seseorang. Jat kaku dan terdiam sunyi sepi. Yang terdengar hanya bunyi henyakan kerusi seperti ada bebanan di atasnya yang menemani suasana sunyi pejabat. Kakinya terasa berat untuk melangkah seperti ada yang memegang dan memakunya ke lantai. Dicubanya menggerakkan tangan, terasa sangat berat. Kaku. Hanya anak mata sahaja yang mampu digerakkannya. Ekor matanya melirik ke arah

Cerita Seram...

Aku sedang menulis cerita seram... Kisah benar seorang sahabat alam maya ... Di dalam keadaan yang sunyi.... Keseorangan... Sedang khusyuk menulis... Aku rasa seperti aku termasuk dalam cerita itu... Tetiba berdiri bulu tengkuk. Owh... Apakah petandanya ini? Sedikit sedutan dari kisah itu... Ceritanya belum tamat... Tapi drafnya dah siap. Akan aku publish bila masanya sesuai... Menjelang lewat petang, kami-kami yang begitu komited dengan kerja masih berada di pejabat. Kerja yang perlu diselesaikan siap pabila jam di dinding menunjukkan jam 9.15 malam, kami engineer-engineer mengundurkan diri yang sudah lesu kepenatan. Meninggalkan draughtman seorang diri menghabiskan sisa baki kerja remeh temeh yang perlu dicetak. Dan pabila sudah keseorangan, selamatlah menjadi mangsa. Terasa seperti ada angin bertiup lembut ditengkuknya. Terpacak berdiri bulu roma lengan dan tengkuknya. Diperhatikannya sekeliling. Kerusi di sebelah berpusing seolah-olah di duduki oleh

Ali Punya Tongkat...

6.30pm --> Memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Jelai, Gemas, Negeri Sembilan... 6.45pm --> Mata terasa sangat berat... Seperti ada yang bergayutan... 7.00pm --> Membuat keputusan untuk berhenti mengisi minyak di Shell Gemencheh A.K.A Moncheh... Membeli setin LongJack Tongkat Ali Orang Kampung untuk memberi tenaga dan menghilangkan mengantuk... 7.15pm --> Longjack Tongkat Ali yang diharapkan tidak memberi kesan! Mata terasa sangat berat... Mungkin kerana kepenatan memandu... Radio dibuka sekuat mungkin sambil menyanyi kuat dan SUMBANG! Tapi siapa peduli... Bukan orang lain dengar pun kalau sumbang mambang ke laut dan tak ada orang nak komen... 7.30pm --> Tak boleh tahan... Berhenti di Petronas Tampin... Mengerjakan yang wajib... Mengharapkan air boleh menghilangkan rasa mengantuk yang amat sangat... Setin lagi Tongkat Ali PowerRoot pulak dibeli dan habis dengan sekali teguk... 7.45pm --> Siut betul... Mata terasa seperti digam! Tak jal

Ibarat Tak Tahu Menganyam, Pandan Jua Dipersalahkan...

Tiga orang sahabat akrab menghabiskan waktu senggang petang dengan berjalan jalan mengelilingi kampung... Sejak pencen ini, itulah rutin harian mereka.. Mungkin akibat dimakan usia, pendengaran Si Awang menjadi semakin kurang... Si Aziz pula gagap sejak lahir dan sejak akhir akhir ini mula mengalami tanda tanda nyanyuk... Sejak akhir akhir ini, si Lim juga mengalami masalah akibat proses penuaan... Penglihatannya menjadi kabur akibat anak matanya berselaput katarak tebal... Semasa mereka bersiar siar, banyak perkara yang mereka bualkan... Termasuk la isu isu politik negara... Yang panas yang suam... Semuanya diungkit... Tiba tiba si Lim terlanggar tunggul kayu...  "Cilaka punya tunggui kayu... Apa pasat lu ada sini tingah tingah jalan! Kalau gua ala kuasa, lu tunggui, lu gua kasi habis sampai pangkal...Ini mesti ada orang mau mendengkinya pun gua ni dengan meletakkan tunggui kayu di tingah tingah jalan!" Ngomel si Lim dengan suara yang perlahan... "

Kemenyan Sebesar Lutut Jika Tiada Dibakar Manakan Berbau...

Siang tadi aku kesibukan... Menemani bonda ke Mydin Ayer Keroh Melaka... Katanya nak membeli dan belah barang barang perkahwinan kat sana... Murah katanya... Sebagai anak yang taat kata menurut tanpa ada bantahan... Mak: Ngah... Cantik tak bunga telur ni Ngah? Kalau letak kat pelamin, boleh naik seri pelamin ni... AnakYangTaat: Ha'ah... Cantik... Ambil la... Tak perlu tunggu keputusan aku pun, mak dah masukkan dalam troli dah... Hoho... Tanya sekadar bertanya je... Mak: Eh! Yang ni pun cantik la... Simple je... (dan terus dimasukkan dalam troli tanpa bertanya aku... hoho... Kalau bertanya pun, jawapan standard aku adalah "cantik! Ambil la...") Ye la... Aku mengaku... Aku ni buta kayu fesyen... Mana reti nak main main warna ni... Lepas satu barang mak pilih, mak pilih lagi barang lain... Pilih pilih, belek belek, mak mengomel sendirian dan terus masuk dalam troli... Troli pertama penuh, dicari pula troli kedua... Aku terus membontoti mak tanpa perlu kata apa apa... Hanya s

Kata Kata Profesor Ungku Aziz

Kata Kata Profesor Ungku Aziz. RAJIN BERCAKAP, RAJIN BEKERJA --> BAGUS SEKALI RAJIN BERKERJA, MALAS BERCAKAP --> KENA BULI MALAS BERKERJA, RAJIN BERCAKAP --> WAYANG CINA MALAS BEKERJA, MALAS BERCAKAP --> TAK GUNA MALAS BERKERJA, SUKA MENGADU --> NYANYUK MALAS BERKERJA, SELALU PONTENG --> BAIK BERHENTI MALAS BERKERJA, SUKA MENYIBUK --> BAIK MATI NotaKarut: Hoho... Makan dalam ooooo....

Bagai Mengangkut Batu Di Bencah...

8.00 pm --> Tengok berita... Berita yang utama sahaja... Aktiviti wajib setiap malam... 8.15 pm --> Buka tambatan kuda putih... Pakai helmet baru... Memulakan penunggangan menuju ke Maybank di Taman Melawati... Rutin bulanan... Nak bayar sewa rumah... 8.40 pm --> Start si kuda putih terus menuju ke pasar malam... Rutin mingguan... Yang dicari seperti biasa yong tau fu dan fruit iceblended yang sedap... Sambil mata berjalan jalan mencuci mata... Oho... Agaknya panas kot Malaysia ni, itu yang ada perempuan pakai singlet dan ada jugak yang pakai seluar pendek walaupun hari ini hujan dan suasana sejuk... 9.00 pm --> Menapak balik ke rumah... 9.10 pm --> Sampai di rumah... Terkejut!!! ruang letak kuda putih kosong... Ah!!! Sudah... Kuda aku dah hilang! Mula tak tentu arah... Runsing... Otak tak boleh berfikir... Mula gelabah unta... Dalam kepala hanya satu... Mahu membuat report polis secepat mungkin untuk memcari kembali kuda yang hilang... Mencari kunci kuda di dalam rumah(

Tahap Pemikiran...

Owh... Tajuk yang serius lagi... Cukup la aku menulis entry sebulum ini menggunakan bahasa orang yang genius seperti aku... Hoho... Kerana aku tau kebanyakkan orang mempunyai tahap pemikiran yang berbeza beza.... Hohoho... (Aku tengah perasan genius ni... Sila ketuk kepala aku lapan belas kali untuk sedarkan diri aku ni hanyalah sebutir beras yang melukut di tepi gantang...) Dah la... Tajuk itu tak memberi apa apa makna pun...Kerana aku menulis mengikut taraf pemikiran pembaca yakni orang kebanyakkan... Aku sendiri pun orang kebanyakkan... 8.30pm tadi baru je sampai di KL... Penat??? Tak kot... Alah bisa tegar biasa... Dah biasa sangat outstation... Badan pun dah boleh menyerap segala kepenatan... Hoho... Tadi... Masa mencari makan malam, aku mengalami sindrom Kecelaruan otak kiri dan otak kanan... Eh... Yang sebenarnya bukan aku... Tapi pemandu kereta di depan aku... Dari jauh lagi dia bagi signal kanan... Ok bagus... Pemandu berhemah... Aku nampak... Jadi aku pun bersiap sedia la nak