Langkau ke kandungan utama

Catatan

Nama Bayi Islam Pilihan...

Irsyad Kamil Irsyad Nasihat, panduan, petunjuk   Kamil Sempurna Iqbal Hayyan Iqbal         Kejayaan, pujangga muslim, kemajuan Hayyan Yang hidup Ilham Ziqri Ilham Ilham Ziqri        Terpuji, Yang Memuji Allah Mirza Najmuddin Mirza         Anak yang baik Najmuddin Bintang agama Mohamad Najmuddin Mohamad Yang terpuji, di rahmati Najmuddin Bintang agama Iqbal Zamir Iqbal         Kejayaan, pujangga muslim, kemajuan Zamir Suara hati, anak kecil yang cantik Nurul Izzah Zulaikha Nurul        Cahaya Izzah  Mulia Zulaikha Cantik Izz Zara Humaira Izz         Kekuatan Zara  Puteri Humaira Berpipi merah Izz Zara Zulaikha Izz         Kekuatan Zara         Puteri Zulaikha Cantik Nur Alya Fariha Nur         Cahaya  Alya         Ketinggian Fariha (Dia) merasa gembira Nurain Wahida Nurain Cahaya mata Wahida Beautiful Siti Zulaikha Balqis Balqis Name of the Queen of Sheba Siti Gelaran bagi perempua

Dah tak lama dah...

Dah tak lama dah... 

Bos perempuan VS Bos Lelaki...

Bos perempuan VS Bos Lelaki... Hai... Aku baru terasa bahangnya politik pejabat ni... Bos perempuan... Bukan bos pun la... Satu level... Pangkat pun sama... Cuma dia senior sikit 2 bulan... Depan kita pijak semut pun tak berani... Semuanya ok... Belakang kita, ditikamnya hidup hidup depan bos besar... Depan anak buah kita pun boleh ditikamnya... Dah la kuat mengumpat... Mencari kesalahan orang je... Bila di depan, muka manis macam gula tertumpah dalam madu! Susah betul berkerja dengan perempuan ni... Patut la perempuan tak boleh dijadikan pemimpin... NotaKarut: Ada perempuan nak melompat? Silakan...

Peribahasa Karut

Delima Vs Dilema... | Tukang Karut... "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana makan tak beringat..." "Cinta ibarat kurap, makin digaru makin sedap..."  "Masak rebung biarlah dari rebungnya..." "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau berdoa..." NotaKarut: Entry testing je ni... Saja... Muahaha... Nak tengok apa akan jadi kalau buat pautan pada entry sebelum ni....

Delima Vs Dilema...

Hai... Mendilemakan sungguh haihhhh... Bila banyak makan... Dikatakan buruk lantak... Sampai siku pun nak dijilat... Bila kurang makan...  Dikatakan kononnya nak jaga badan konon... Tak pun mengata "tak ada duit nak makan la tuh!" Bila menolak pelawaan makan... Dikatakan sombong tak bertempat... Bila terima perlawaan, dikutuknya "asyik melantak je ko ni, patut la bambam jea..." Haihhh... Susah betul hidup ni... NotaKarut: Berjaya mengurangkan 0.3kg selepas berjalan pusing pusing satu taman... Upah kepada diri sendiri malam ni makan roti canai 2 keping... Tahniah... Tahniah kepada diri sendiri...

Pesanan nenek moyang....

Pesanan nenek moyang.... Kalau kamu marah, keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya agar tidak menyakitkan mindamu.... Kalau kamu sedih, keluarkanlah air matamu jika itu dapat melegakan kesedihanmu.... Kalau kamu benci, keluarkanlah kebencianmu agar tiada lagi rasa kebencian itu.... Kalau kamu gembira, keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah sepuas-puas hatimu.... TAPI INGAT........................!!!!!!!!!! Kalau kamu malu....JANGAN SEKALI-KALI MENGELUARKAN KEMALUAN MU...!! KELAK BINASA DIRI!!! NotaKarut: Dah... Jangan Nak bayang yang bukan bukan lak malam malam ni...

Janda yang Dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu... Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah

Kisah Tungau Dan Kemaluan...

Waktu : Lunch Time Lokasi : Pantry Tukang karut sedang menikmati nasi goreng ayam berempah... Makan tak berteman... Sunyi sepi berlatar belakang bunyi kecipan manja... Tiba tiba sahaja dihurungi mak mak orang dan sorang anak dara... Suasana sunyi berganti riuh... Ada yang bawak nasi kukus berempah... Ada yang jinjit aisblended dragon fruit... A: Ko tau... Anak aku semalam... Ha... Besar ni ha anu dia ha... Sambil menunjukkan lengannya...  B: Awat kak? A : Degil sangat haih... Duk main atas rumput... Kena tungau la tu... Bengkak menabung kau... Kalah bapak dia... Anak dara:  Oooo... Cam tu... Kalau nak anu besar , bagi tungau la ye kak... Syok tu... A : haihhh... Hang ni... Nak besar besar buat apa haihhh... Tu besar bengkak je la... Tak keras mana haih... Mana syok... TK : Senyap senyap menjingkit menjinjing bekas polistrin... Makan tempat lain lagi bagus... Tak sanggup cek nak tadah telinga haihhh... Kalau dengar lama lama mau kemaluan

Terapi Minda...

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka. Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya". "Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu. Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel". "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?". Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...". NotaKarut: Bosan!!!

Berakhir Sudah...

Hai... Berakhir la sudah bulan syawal... Bulan yang dikatakan bulan yang mulia.... Walaupun pada hakikatnya bulan melampiaskan nafsu nafsi... NotaKarut: berakhirnya raya ni bermakna dah boleh bukak angpow yang masih belum bertukar tangan... Selepas dikira kira, boleh la lepas belanja sampai nak tunggu gaji... Hoho... Published with Blogger-droid v2.0.6

Beromen Di Khalayak Ramai...

Hai... Apa nak jadi la dengan dunia ni... Siang siang hari... Depan depan orang ramai... Beromen di khalayak ramai... Berani sungguh laaaaaa... Dah hilang rasa hormat sesama mahluk ke? Dah tak ada rasa malu... Yang nampak hanya kemaluan... Siap buat bunyi lagi... Kuat kuat lak tuh... Huh... Sungguh mencabar nafsu betul... Cis... Berhabuk mata den ni ha... Tak pasal pasal kena cuci bagi suci dan murni balik semula ni... Kot ye pun nak beromen... Pi la main jauh jauh... Ha!!! Tengok la tu... Saja je beromen depan khalayak ramai... NotaKarut: Kelmarin open house, semalam pejabat terbuka, hari ni makan free, malam ni makan raya lagi... Aduyai... Jarum penimbang telah melepasi angka 80...

Fakta VS Karut

Fakta : Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri... Karut : Perut masak lemak cili api campur rebung menghasilkan air liur meleleh... Fakta : Triskaidekaphobia adalah sejenis fobia pada nombor 13. Paraskevidekatriaphobia adalah fobia pada hari jumaat tanggal 13 (terjadi antara 1-3 kali setahun)... Karut : FoodMakantifobia adalah sejenis fobia kepada makanan... Pantang jumpa makanan, pasti habis ditelannya... Fakta : Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya berupa kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata... Karut : Mat rempit membuktikan bahawa mereka juga mempunyai otak kerana masih mampu melihat! Fakta : 1kg dari berat badan kita mengandung 7000 kalori... Karut : Berat badan naik 1kg setiap kali bertandang ke rumah terbuka... Itu kalau satu rumah, kalau lima enam tujuh rumah sehari??? Fakta : Lobster dapat hidup selama 100 tahun... Karut : Lobster tak dapat

Balada Faham Memahami...

Hai... Wie geht es Ihnen? Faham ke? Ke buat buat faham je ni? Atau langsung tak faham? Ah... Lantak la nak faham ke nak... Ikut kefahaman aku la nak bagi korang faham ke tak... Faham tak ayat atas ni? Kalau tak faham baik pi terjun lombong... Eh... Sat... KL ni mana ada lombong dah... Itu yang aku faham la... Apa yang korang faham aku pun tak berapa nak faham la...

Bernafas Dalam Lumpur Versi Karut...

Lama mana lagi Hendak ku nantikan Cukup bulan yang memeningkan kepalaku Nak cakap apa lagi Kehendak rayamu ku turutkan Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur Kasihan... Kurasa kita sama Beza pada mata gaji Itu pilihan masing-masing yang empunya Mungkin pada kerja Pendapatan yang berbeza Yang penting kita saling hormat menghormati Panduan... Boleh tak berkongsi bersama Kan kita juga manusia Tak salah rasanya berkongsi Masing-masing punya gaji...oh..oh... Mahu apa lagi Akan aku korbankan Janji kau beri aku pinjam wang Oh terima kasih Kerana meminjamkan Semoga sejahteralah hidup semua Oh isteri...

Hikayat Tukang Karut bersama Pandir...

Arakian... Di suatu petang... Duduk termenung la si tukang karut di hujung simpang rumahnya... Ternampak akannya pak pandir melintas di hadapannya... Sayugia... Pak pandir pun berbasa basi bertanya khabar... Pak Pandir : Jauh bebenor menungnya tu... Ape di difikirkan tu yob... Tukang karut: Tak ada apa yob... Teman runsing fikir nama anak teman je... Dah tak lama dah bini teman nak bersalin... Pak Pandir: Awat la loklak sangat kamu ni yob... Bila bini kamu nak bersalin ni? Tukang Karut: kalau ikut kata doktor, due nya InsyaAllah Raya Haji ni... Pak Pandir: ha... Bagus la cam tu yob... Senang kamu... Kamu namakan saje anak kamu tu Haji Aidil Qurban... Tukang Karut: Haji Aidil Qurban... Ermmmm... Sedap gak... Kalau perempuan? Pak Pandir: Nur Hajjah Qurbaniah... NotaKarut: mood sibuk yang ntah apa apa ntah... Published with Blogger-droid v2.0.6

Bila Tukang Karut Mula Mengarut...

Hai... Bila tukang karut mula mengarut... Itu menunjukkan dia kehabisan idea... Bila tukang karut mula mengarut... Itu menunjukkan kononnya dia dalam kesibukan dunia... Bila tukang karut mula mengarut... Kadang kadang dia sendiri pun tak tau apa yang dia mengarut... Apa korang tersengih sengih macam kerang busuk tu ha???????

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang....

8 September 2012... Zum Geburtstag viel Glück, zum Geburtstag viel Glück, zum Geburtstag, liebe sayang, zum Geburtstag viel Glück!

Cerita Di Sebalik Terciptanya Lagu Cinta Muka Buku...

Suatu hari Najwa Latif berpindah ke sekolah baru.... Cikgu: Selamat berkenalan.... Najwa: Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.... Cikgu: Sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau... Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo... Cikgu: Cikgu sakit hati dah ni... Najwa: Hati ku rasa sesuatu... Cikgu : Sebelum kamu balik, datang jumpa saya kat office.. Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku... Cikgu: Atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu... Cikgu: Cikgu rasa kamu ni dah tak betol... Najwa: Oh oh benarkah rasa itu... Cikgu : Ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!! Najwa : Bagaimana harus bersua... Ku rasa gementar tapi bahagia... Cikgu : Memang kalau ade peluang nak je cikgu rotan je kamu ni... Najwa : Perlukah kita cari peluang pertama.. Cikgu : Saya dah agak hang ni bermasalah.. Najwa : Walaupun kita tak pernah berjumpaa... ooohh uw

Lirik Karut : Gadis Melayu

Siapa bilang kedai Melayu tidak mahal Tak mencekik darah, makanan memikat Kalaulah murah tak mungkin aku tak singgah Kalaulah sedap tak mungkin aku tak lahap Aduhaaaiii… ambil order lambatnya Hantar pun lewat juga Bila makanan tiba Aduh tersilap pula Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia Tiada yang selembap servis kedai orang kita Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia Tiada yang selembap servis kedai orang kita Waktu kita makan, kucing panjat meja Waktu kita bayar, tiada wang kecil pula! NotaKarut: Jom nyanyi sama sama mengikut rentak gadis melayu Othamn Hamzah @ Jamal Abdillah...

Tahukah Anda Versi Lawak...

Tahukah anda pada kebiasaannya lipan dewasa mempunyai 44 pasang kaki (kiri dan kanan). Tahukah anda, lembu adalah haiwan yang paling dibenci lipan. Di mana ada lembu di situ tidak ada lipan. Tahukah anda, petua untuk mengelakkan lipan memasuki rumah adalah dengan membela lembu... Nak tau sebabnya? Sebenarnya lipan lari bukan takut atau fobia dekat lembu yang lebih dikenali lembuosmasistafobia... Lipan sebenarnya takut pada tahi lembu... Apabila setiap kali lipan melintasi tahi lembu, pasti kaki lipan akan hilang dua (sepasang)... Tak percaya cuba tangkap lipan dan kira kaki lipan tersebut... Pasti cukup 44 pasang kaki... Kemudian biarkan lipan tersebut melintasi tahi lembu... Kemudian anda kira kaki lipan tersebut... Anda akan terkejut kaki lipan tersebut kurang dua (sepasang). Nak tau kenapa kaki lipan kurang dua (sepasang)? Kerana lipan terpaksa angkat sepasang kaki untuk menutup hidung... Tahi lembu tu kan busuk... Mana boleh tahan beb! NotaKarut: Me

Rabu Tanpa Kata...

Pantun Selamat Malam...

Lapar makan kenyang pun makan... Makan sampai tergigit lidah... Selamat malam tukang karut ucapakan... Moga diulit mimpi yang indah... Makan nugget makan burger... Itu semua kolestrol tinggi... Selamat malam para blogger... Semoga ceria di esok pagi... Carik carik pucuk paku... Dipandang orang pucuk meranti... Selamat malam semua sahabatku... Kalian semua terbukti blogger sejati... Rendam lama uncang teh serbat... Biar pahit terasa di lidah... Selamat tidur wahai semua sahabat... Harap harap bertemu mimpi yang indah... NotaKarut: Entry kitar semula... KECEDERAAN ACL, APAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUK SEMBUH? LYMPHEDEMA, RAWATAN DAN PEMULIHANNYA.

Kuih Raya Berhantu?

Hai... Morning... Guten Morgen... 3 Jenis Kuih raya Yang berhantu ... 3. Kerepek pisang... Kalau dah start makan, memang susah nak berhenti... Nak nak kalau makan sambil tengok tv... Sedar sedar je bekas dah kosong... Ada hantu yang tolong makan kan... 2. Kerepek ubi... Ni pun lagi satu kuih raya yang berhantu... Bukan masa raya je berhantu... Kalau tak beraya pun ada hantu gak... Kalau dah mula mengunyah tu, jangan harap la nak berhenti selagi bekas tu berisi lagi... 1. Habuk kuih a.k.a serdak kuih raya... Haa.... Ini yang paling berhantu... Masa kuih tu dalam bentuk cantik sempurna, warna kemeriahan tu ada, pandang kuih raya nisebelah mata je... Tapi... Bila kuih raya tu dah tak ada atau dah tinggal sedikit, masa tu la yang paling sedap... Berebut rebut... Kalau dapat tonggeng bekas tu masuk terus dalam mulut... Serdak Kuih ni menjadi lagi sedap bila gaji selepas raya tu lambat gila lagi nak masuk... NotaKarut: Kenapa isnin perlu berkerja????? haiiiihhhhh....

Botak Kepala Cek Ni ooooiii...

Semalam shopping barang baby... Di sogo... Sedap tangan je mengaut... Sampai tak berapa nak sedar... Sedar2 ke dah lebih 1k dah... Aduyai... Dah la gaji lambat lagi ni... Kalau aku simpan resit ni dan claim 25 tahun akan datang dekat anak aku, agak kejam x ek? NotaKarut: Baby belum keluar lagi tapi dah abis dekat 4k lebih dah ni... Kalau dah keluar mau bolos poket aku ni kot...

Tersebut La Satu Kisah...

Tersebut la satu kisah... Toyyyibbbb... Si tukang karut bertungkus lumus... Membelek belek keretanya... Toyiiibbbb... Membasuh keretanya sebersih bersihnya... Hinggakan tiada satu habuk pun terlekat di badan kereta tersebut... Toyiiibbbbb... Akan diambil olehnya wax dan disapukan kepada seluruh badan kereta itu... Hatta berkilat la kereta tersebut sekilat kilat badan si tukang karut yang berpeluh di tenagh tengah panas tersebut... Toyyiiiiibbb... 2 jam masanya dibuangkan dengan membelek kereta tersebut... Arakian... Tersebutlah al kisah... Usai sahaja si tukang karut mengilatkan keretanya... Hujan pun turun mencurah curah bagaikan air terjun lata kijang di cameron highlands... Maka termenung la si tukang karut... Jauh merenung melihat titisan hujan yang jatuh ke bumi... Hatinya bagaikan terguris dengan belati tajam sembilu... Melihat keretanya terkena tempias hujan dan lumpur... NotaKarut: Bebel sang suri..." kereta boleh d

BE Lagi...

NotaKarut: Tak ada idea nak update sebenarnya... hahhahaha...

Raya AidilFitri 2012

Cerita Bergambar raya aildilfitri 2012 tukang karut... NotaKarut: Walaupun dah 2 minggu raya berlalu, baru terasa rajin nak upload gambar... Hahahahaha... Ada aku kesah? Raya haji pun dah dekat apa...

Merdeka... Merdeka... Merdeka...

31.08.2012... Merdeka... Merdeka... Merdeka... Merdeka = Cuti = Menonton perbarisan di tv = makan = tidur = rehat rehatkan badan... Bagaimana sambutan hari kemerdekaan anda? NotaKarut: Sekadar ingin bertanya, adakah bendera Malaysia telah bertukar dengan jalur di bawah bulan dan bintang ditiadakan? Banyak jenis bendera itu di hari sambutan hari ini... Published with Blogger-droid v2.0.6

Fakta Karut: Cara Mengatasi Rabun Mata...

Fakta Karut: mengikut satu kajian yang dimuatkan dalam "New England Journal Of Medicine" mengatakan bahawa jika anda menatap dan merenung payudara wanita selama 10 minit, ia boleh disamakan dengan latihan aerobik selama 30 minit dan mempertajamkan penglihatan untuk mata yang mempunyai masalah atau rabun. NotaKarut: Owh... Ni kena tenung lama lama ni... Asal jumpa buah sedap je kena renung dan tenung...  tapi jangan sampai kantoi pulak... Takut takut mata boleh jadi buta pulak pasal kena cucuk dengan orang yang direnung... hukhukhuk...

Panas Dunia...

Hai... Dimaklumkan bahawasanya... Rumah aku tak ada elektrik... Dah sejam lebih dah ni... Yang geram tu taman depan ni ada pulak lampu... Panasnya... Gelapnya... Bosannya... Alahai... Itu pun nak merungut kan kan... Nanti dalam kubur lagi gelap... Panas dan sempit dalam perut bumi... Sorang sorang lak tu... Haihhhh... Cuba menginsafkan diri... NotaKarut: malam yang panjang... 220429302012.... Published with Blogger-droid v2.0.6

Fakta Kentut vs Personaliti Manusia...

1. Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain... 2. Orang BINGUNG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam... 3. Orang BERWAWASAN 2020 Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut... 4. Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut... 5. Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu... 6. Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah... 7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang... 8. Orang SADIS Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya... 9. Orang PEMALU Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.? 10. Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya... 11. Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar..

Bila Dah Habis Raya...

Makanan selepas hari raya... Di kala dompet tebal berisi tisu... Gara gara raya sakan... Gara gara mmbeli belah barang baby... NotaKarut: alahaiiiii... Lambatnya nak gaji.... Bulan 9... Lambatnya...

Fakta Karut Geli Hati...

Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk . Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.  Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut. Allahyarham P.

Taktik Nak Mengelak Dari Memberi Duit Raya...

Hai... Hari ni hari Isnin berkerja yang pertama selepas bercuti panjang... Dah tentu mood kerja ke laut... Dah... Jangan nak menipu... Confirm mood semua orang ke laut la... Atau hanya aku sahaja???? Raya ni untuk budak budak je... Betul tak? Untuk orang yang dah tua macam aku ni... Hukhukhukhuk... Tua nya aku ni? Hanya mampu berseronok bila melihat budak budak berseronok meraikan hari raya... Salah satu cara nak melihat keseronokan dan kemeriahan hari raya tu bila sampul berisi kertas bertukar tangan... Melihat budak budak beratur menunggu giliran bersalaman kaut mengaut... Melihat muka muka yang naif membuka sampul berisi... Ada yang berisi sehelai biru... Ada yang dua... Ada yang 3... Ada yang hijau, merah, dan yang terbaharu oren... Dan jarang jarang ada yang biru kundang... Ada yang tersenyum... Ada yang melompat... Ada yang terus di serah kepada makbapak... Tapi dengan aku... Kalau nak duit raya dengan aku... Aku paksa beratur panjang d

Anak Muda Zaman Sekarang... Isk... Isk... Isk...

Hai... Perbualan ini terhasil akibat pengaruh iklan RAYA Ribena... Makcik: ekau buek air apo tu ngah? Kalau setakat air oren, baik tak yah kuarkan la... TK: Acik nak air apo? Makcik: Kuarkan la air cam kat iklan tv tu ha... TK: Ha? Iklan? Air? Raya? Makcik: Ekau ni tak nengok tb ko? Tu la... Yang Sharifah Shahera dongan fauziah nawi ngan marlia gebu tu laaaaa.... Air apo tu... Ribena... Baru la ado class... TK: ooooooooo... Tak do... Kodai tutop... Rayo... Makcik: Dah tu? Air apo ado? Coke? Pepsi? Ado ko? TK: Tu pun tak ado... Kilang coke melotop kono mercun... Makcik: Abis tu? Kojo eh handal... Gaji ribu ribu... Tak kan air oren jo...Air apo ko buek? TK: Air ni special punya... Tak ado tompek lain... Air PAIPBESI... Sambil berlalu dwngan hidung kembang.... Sila baca dalam satu nafas dan nahu bunyinya seakan akan pepsi... NotaKarut: Horeyyyyy... Sampai jua di USJ... owh... Tilam ku... Rumah ku... Toilet ku... Owh... Perut ku dah lama kesebuan gara gara terlebih isi dan tak

Raya Punya Pasal...

Hai... Raya punya pasal... Jalan RAYA, lebuhRAYA tetap sesak... Tak kira siang ataupun malam... Raya punya pasal... Selagi barang dinamakan RAYA, confirm laku perhabis... Raya punya pasal... Duit dalam bank terasa macam meloncat loncat je nak keluar... Ada je nk dibeli... Ada la 3angka untuk teruskan hidup lepas raya ni... Tu pun segan segan je nak jadi 2angka... Raya punya pasal... Dompet dah jadi makin tipis... Kalau gemuk pun, sebab letak tisu... Nak berlagak dengan sepupu sedara mara... Raya punya pasal... Makan tak ingat dunia... Sana lantak sini baham sinun telan... Puasa kurang sekilo raya punya pasal 5kilo itu badan membelon naik! Raya punya pasal... Blog terbiar... Trafik hancur... Tapi tetiba pulak terlekat 2BE... Isk... Saja je tau en. Nuffnang ni... NotaKarut: Ok... Aku masih lagi beraya... Hohoho... Babai... Published with Blogger-droid v2.0.6

Sesudah Ramadhan...

Salam dan hai semua... Hai... Masih ada orangkah di dunia maya ini? Masih sempat lagi mengupdate sementara puan suri bersolek untuk balik kampung owh oho balik kampung... Hati terasa sayu yang sebenarnya cemburu bila membaca post post blog, fb kawan kawan yang dah pun berada di kampung... Tak... Ini giliran aku pulak yang nak memenuhkan lebuhrRAYA, dan jalanRAYA biar sampai sesak RAYA di balaiRAYA sampai kepala jabatankerjaRAYA pening... Ok... Termengarut sudah... Di kesempatan ini, saya, tukang karut a.k.a TK mengucapkan selamat hari raya dan maaf jika ada kesalahan... Published with Blogger-droid v2.0.6

Menari Nari Di Atas Jalan Raya...

Hai... Hohoho... Bila orang sudah bercuti raya... Jalan raya pun jadi lengang... Jalan bangsar yang tak pernah tak jem pun tak ada kereta sangat... Sampai boleh menari tari raya... Hari ni tercongok di pejabat... Ntah apa nak di buat... Nak kerja memang tak rajin la... Macam la sebelum ni agak rajin?

Raya Je Sentap... Raya Je Sentap...

Salam dan Hai... Semalam punya cerita... Menemani puan suri membeli baju rayanya... Al-maklumlah... Memang susah nak cari baju raya untuk orang mengandung ni... Lagi lagi perut dah besar... Lepas satu kedai, ke satu kedai lain hingga ke satu kedai ni... Walaupun mengandung... Puan suri masih lagi aktif kalau bab bab mengabiskan duit ni... Peniaga : Kak... Besarnya perut...  Puan suri :  Tak ada biasa je ni... Peniaga : Dah scan ke? Lelaki ke perempuan... Puan suri: Ntah la... Perempuan kot... Peniaga: Dah berapa bulan dah ni... Puan suri : Dah 7 bulan lebih... Peniaga : Abang ni pulak berapa bulan??? Sambil menjeling ke perut aku... TK: *&*#@%   Cisss!!! Aku lak yang kena... NotaKarut: Masih lagi berkerja... dan KL masih lagi jem... Woi... Korang ni bila nak cuti haaa????

Fakta Spender Perempuan VS Spender Lelaki...

Tahukah anda kenapa spender lelaki dijual di dalam kotak? Berbanding dengan spender perempuan yang dijaul lambak? Bila Perempuan memilih spender... VS  Bila Lelaki memilih spender...

Hujung Hujung Puasa...

Salam dan hai... Sedar tak sedar... Kita dah pun di hujung bulan puasa... Bila dah sampai hujung ni... Nak bangkit makan sahur pun susah... Kalau bangun pun... Makan sambil tutup mata... Silap2 tersuap ikut telinga... Published with Blogger-droid v2.0.6

Kering Kontang...

Hai... Kering kontang... Apa yang kering apa yang kontang? Poket kering itu sudah menjadi kelaziman... Owh... Bukan itu maksudku... Hari ni kena cirit... Cissss.... Dah naik pijah pedih bontot ni dah... Dah kering kontang dah ni... Tak ada air yang besar mahupun yang kecik nak keluar lagi dah... Tapi itu angin banyak jahat... Kasi pusing pusing itu dalam ada perut... NotaKarut: ni kali 5 ni... Dah mengigil lutut dah ni... Published with Blogger-droid v2.0.6

Mohon Bantuan...

Hai... Bagaimana persiapan raya anda semua? Semua dah beli? Seluar levis dah beli? Langsir dah tukar? Duit raya dah tukar??? Dah beli?  Belum lagi? Hummmppp... Mercun? Ada yang sanggup berhabis beratus ringgit membakar duit... Kononnya untuk memeriahkan raya... Mari berfikir sejenak... Anda mampu membeli apa barang yang anda mahu... Tapi terfikirkah anda... Apa yang anak yatim pakai semasa berhari raya ini? SILA BACA INI... Rumah Anak Yatim Dan Asnaf As Solihin dekat Banting sangat memerlukan batuan daripada kita semua... NotaKarut: Sementara masih lagi dalam bulan Ramadhan in, elok la diperbanyakan sedekah... 

Raya Datang Lagi...

Hai... Di minggu akhir berpuasa ni... Pantang nampak perkataan raya... Habis semuanya nak di"raya"kan... Kalau boleh semua barang yang ada perkataan raya tu... Semuanya nak dibeli orang... Baju raya la... Ini opkos la kan... Seluar raya... Ini mesti ma... Kalau dah ada baju raya tak ada seluar macam diibaratkan makan nasi tapi tak ada kuah gulai ikan masin campur nenas... Kalau yang ada duit terlebih sikit tu mula la tukar langsir raya... Tukar kereta raya... Beli sofa raya... Ye la... Nak menunjuk dekat orang yang nak datang bertandang nanti kan... Baru la ada class ko jah!  Nasib baik tak ada bini raya baru... Hukhukhuk... Silap silap kalau batu pun dicat cantik cantik... lepas tu dinamakan "batu raya"... Jual pulak lelong 3 RM 10... Aku rasa, itu pun orang beli jugak! NotaKarut: Mood raya aku tak ada lagi sebab hanya menumpu beli beli barang baby...

Rukun Negara Dicabul?

Rukun Negara... Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan Kalau tak tahu ini, sila ke sekolah rendah semula... Belajar balik... Berapa ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan rukun negara no. 5? Mengaku dengan sejujurnya... Semua rakyat Malaysia? Sebahagian rakyat Malaysia?? Segelintir rakyat Malaysia??? Sangat sedikit rakyat Malaysia yang mengamalkan rukun negara ke 5 tu???? Kita bangga dengan mengatakan kita ini orang timur... Kita bangga mengaku kita rakyat Malaysia ini mempunyai kesopanan yang tinggi... Tapi kita lupa... Kita hanya boleh berbangga sahaja... Hakikatnya... Kita tidaklah sesopan seperti yang kita banggakan... NotaKarut: Bengang kerana terperanjat dihon bas dengan kuat ketika di persimpangan lampu isyarat... Lampu isyarat baru 2saat bertukar hijau! Baru 2 saat dah kena hon... Hakkktuihhhh! Itu baru satu contoh... Banyak la gi contoh... Ka

Gurau Senda Puasa...

Amin Said (bukan nama sebenar) adalah pendengar setia NegeriFM (bukan radio sebenar). Suatu petang di bulan Ramadhan, Amin tergerak hati menelefon DJ radio NegeriFM yang sedang bertugas di konti. Amin: Hello NegeriFM? DJ: Ya saya. Dengan siapa saya bercakap ni? Amin: Saya Amin Said dari Ampangan, Seremban. Boleh request tak bang? DJ: Ya...Encik Amin mahu request apa? Amin: Tolong putar azan Maghrib sekarang bang. Dah lapar sangat ni!! DJ: *&^%$#@#$%^&*

Kisah Aku Dan Dia...

Hai... Trurttt... Truttt... Truttt... (Bunyi telephone ek... Bukan bunyi memancut)... Jurutera: Haloooooo... User: Encik... Boleh tolong tengok PC saya tak... Jurutera: Kenapa? Apa masalah? User : Saya tak boleh nak log in internet la Encik... Email pun tak boleh masuk... Jurutera : Owh... Itu senang punya kerja la... You sendiri tutup mata pun boleh buat ma...  User : Owh... Ye ke senang Encik? Jurutera : Ye la... You kasi usap you punya ubun ubun kepala PC you... You kasi baca itu Al-Fatihah 3 kali, Ayat kursi 3 kali, Ayat 3Qul 3 kali... Lepas tu Encik tiup dekat ubun ubun PC you... Saya berani kerat jari... Confirm ok tu... PC tu kena sampuk dengan hantu pocong tu... User: Erkkk.... NotaKarut: Bosan... Hari hari dapat call... Komplen.. Komplen... dan komplen tenet lembab... Ah... Lantak la... Padan muka semua... hahahahahahaha... 

Wanita Derita Selepas Buang Bulu Kemaluan...

Hai... Rutin kerja aku sekarang... Jika Internet di salah satu Ibupejabat Jabatan Kerajaan Yang Penting lembab macam siput... Situasi 1. Pegawai A : Bos... Kita reset DNS la... Iprisim Bla Bla... Solarwind... Bandwidth... Bla bla bla... Jurutera : Ha... Reset la... DNS tu apa? Situasi 2. Pegawai B: Bos... Intertenet lembab lagi... Nak buat apa ni? Ping network tak dapat... Bla Bla Bla... Loadbalancer... Bla bla... Jurutera : Pingpong boleh? Buat bodoh sudah... Biar tenet lembab... Siapa suruh tukar aku kat sini... Padan muka semua orang... Situasi 3.  Pegawai C: Bos... Switch rosak... Bypass bla bla... reset DNS... Bla bla... Jurutera: (diam) hanya mampu angguk je... Kesimpulannya... Internet di ibupejabat Jabatan yang selalu raya ni lembab... Sebab... Sebabnya... Aku tak tahu nak repair... hahahahaha... (sambil angkat tangan kanan separas bahu dan ketawa kuat kuat sambil goyang goyang bahu...) NotaKarut: Susah nak buat kerja yang tak tahu hujung