8.00 pm --> Tengok berita... Berita yang utama sahaja... Aktiviti wajib setiap malam... 8.15 pm --> Buka tambatan kuda putih... Pakai helmet baru... Memulakan penunggangan menuju ke Maybank di Taman Melawati... Rutin bulanan... Nak bayar sewa rumah... 8.40 pm --> Start si kuda putih terus menuju ke pasar malam... Rutin mingguan... Yang dicari seperti biasa yong tau fu dan fruit iceblended yang sedap... Sambil mata berjalan jalan mencuci mata... Oho... Agaknya panas kot Malaysia ni, itu yang ada perempuan pakai singlet dan ada jugak yang pakai seluar pendek walaupun hari ini hujan dan suasana sejuk... 9.00 pm --> Menapak balik ke rumah... 9.10 pm --> Sampai di rumah... Terkejut!!! ruang letak kuda putih kosong... Ah!!! Sudah... Kuda aku dah hilang! Mula tak tentu arah... Runsing... Otak tak boleh berfikir... Mula gelabah unta... Dalam kepala hanya satu... Mahu membuat report polis secepat mungkin untuk memcari kembali kuda yang hilang... Mencari kunci kuda di dalam rumah(