Langkau ke kandungan utama

Adakah Anda Tahu...

Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan:
  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau (RM4.80 bagi sekotak Dunhill 20's... Kalau setahun RM1752 dengan purata merokok sekotak sehari... Hoho... terima kasih kerana menjadi penyumbang utama cukai kerajaan! Income tax aku pun tak sebanyak itu...)
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok (RM2.80 bagi sekotak Dunhill 20's... Eh... Sikitnya pengilang ambil untung???)
  • 5 sen untuk peruncit (RM1.00 bagi sekotak Dunhill 20's... Hohoho... Murah hati betul kan perokok ni? Senang senang je bagi duit dekat peruncit RM1.00 sehari... Kalau setahun RM365... Hohoho... Itu baru seorang! Patut la aku tengok ramai yag nak jual rokok... Jual rokok lebih untung dari jual unta rupanya!)
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong / pengedar rokok (RM0.20 bagi sekotak Dunhill 20's... Itu baru sekotak jea tu... Diorang bukan main kotak2... Tapi main kontena! Ha... Ce kira kira... Itu yang duk tukar kereta Lamboghini jea...)
  • 1 sen untuk dinikmati penanam / pengawit tembakau (RM0.20 bagi sekotak Dunhill 20's...)
Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen!!! atau RM1.00 bagi sekotak rokok Dunhill 20's... (Hohoho... Terima kasih la kepada perokok kerana menjadi sumber utama pendapatan kerajaan dan pemain industri rokok!!!)


Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan:
  • 20 kali lebih risiko kanser paru patu
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru paru
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2 kali lebih risiko kematian akibat tabit merokok
  • Paling utama, anda juga menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyanyangi anda!
Ada fakta tambahan yang aku perolehi semasa mencari fakta fakta ini... MEROKOK DAPAT MEMENDEKKAN PENIS MENJADI 1cm akibat kerosakan pembuluh darah, yang menjadi penyebab utama aliran darah tersumbat!!! Wollahh! (hoho... Nasib baik aku tak merokok... Kalu tak pendek dah... Hohoho... Motif nak bagi tau? Hohoho!)

Sumber : sini

NotaKarut: Berminat lagikah anda untuk merokok? Atau berminatkah gadis gadis yang belum berkahwin untuk mencari pasangan perokok (sila baca fakta tambahan)??? Hoho... Baca melalui mata, berfikir menggunakan otak, menilai melalui hati, dan beramal dengan ilmu yang ada... Sekian...

Ulasan

dill berkata…
katakan tak nak!

tetapi bukan mudah untuk mencari palitan kesedaran dalam diri mereka.

dill.
norh berkata…
anda harus buat entry melekat..ha ha
budakijaupendek berkata…
tak!
lagi tak suka adalah.huhu
Unknown berkata…
TH tahu sbb penah buat entry nie


*syarat abah pd TH bl nk cri pasangan
TIDAK MEROKOK
Unknown berkata…
ak mmg crik laki y xmrokok..
hahahahaha..

xthan ak ngn bau rokok..
~Sal Ismail~ berkata…
aduh..susah nak cari lelaki yg x merokok skrg ni..~ ramai yg merokok dr yg x merokok~ =/
ORLANDO AHMAD berkata…
gua dah berenti merokok setahun... sila amik aku jadi laki ngkorang hahaha
chiLleD...!! berkata…
bnci lelaki merokok...
Lea Isnawi berkata…
x suka perokok!
blog-tips-kurus berkata…
so far, family saye bebas rokok. harap-harap forever & ever.. :)
syafiqa berkata…
tahu2.penah terbaca.tak berbaloi kot.haha
azi nur berkata…
benci beno dgn perokok, rokok, asap rokok, gituu...hehe
hahahaha nice !! :D

ingat macho la tu nak isap rokok, padahal selekeh yg amat! pengotor! racun tikus pun nak jugak...
misyamissyou berkata…
good info..tp org ramai ttp degil..hurmm
Ct Aja berkata…
Hoho TK tak merokok ke...hi3..bagus2..
Ungu Violet berkata…
haha...motip nak bagi tau tuh...hoho
Muttallif berkata…
Memendekkan PEnis! Info Menarik!!! hahaha
oRkEd PuTiH berkata…
rokok adalah sesuatu yg memudaratkan diri seindiri..so drpd makruh rokok boleh jd haram!!!!
abghani berkata…
kumpul duit rokok 5th dh boleh pegi umrah
Bunga berkata…
xminat nak merokok..
khaifaiz berkata…
hmmmm... baiklah
zella y berkata…
xsuka dgn bau rokok...
asap rokok...
perokok...

aishhh...tp klu dah pasangan idup tu xnk bhenti meroko...camner plak tu... hehehehhe
Daddylicious berkata…
merokok adalah teman tempat untuk bertenang....hehe
emarieys berkata…
tak suka dgn org merokok..tp kena terima bila suami adalah seorang perokok
Nonie berkata…
hohoh....nseb baik nonie x merokok!
Unknown berkata…
hate smoker!
Izzaty Ishak berkata…
Rokok tu apa?


LALALALALALALA

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...