Langkau ke kandungan utama

Sajak Bertajuk Hati...

Suka hati tak semestinya hati suka...
Sakit hati tak memberi erti hati sakit...
Patah hati tak bermaksud hati dipatahkan...
Susah hati bukan bermakna hati menjadi susah...

Hati hati menjaga buah hati supaya hati kering tidak menjadi tawar hati atau lebih teruk mati hati lebih baik sedikit dari buta hati, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah... Sungguh berbesar hingga dibiar beraja di mata bersultan di hati... Ada hati jua yang baik hati dan ada juga yang busuk hati kadang kadang sampai kecil hati...

Satu tambah dua sifirnya tak akan jadi lapan...
Berkokok riuh sekampung, bertelur hanya sebiji...

Naik dari janjang, turun dari tangga... Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi... Bumi di pijak langit dijunjung...

Nampak gabak di hulu... Nampak kulitnya tahulah isinya... Sudah terang dipasang pelita...

Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka... Adanya biduk, serempu pula... Hatinya walang...

Asal ayam hendak ke lesung , asal itik hendak ke pelimbahan...Bagai kucing menjemput api, kerbau runcing tanduk, ayam naik ke surau, mencari kutu di dalam ijuk... Kecil hatinya...


NotaKarut: Mabuk Kopi... Hohohohoho...

Ulasan

dill berkata…
teringin nak minum kopi lak malam2 ni

dill.
~Sal Ismail~ berkata…
aku nak minum nescafe~ ;p
cik pha berkata…
sajak ke skrip drama ni weh HHAHA
zati embong berkata…
arghhh ini bukan sajak!

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...