Langkau ke kandungan utama

Mabuk...

Tadi... Pagi tadi... Kan aku cakap ada penyamun bukak pejabat kan kan?
Sebenarnya... Tak ada penyamun pun... Yang ada hanyalah majlis hari raya di pejabat... Hoho...

Bila tapai dimakan bersama aiscream... Nikmatnya tak terkata... Kena pulak air laici kang... perghhhh... Terbaik untuk perut la... Tak pandang orang lalu lalang dah! Memang mendapat nutrisi yang mencukupi la...

Bila sate dimakan lebih 20 cucuk... Ah!!! Buncitnya perut! Sat... 20 lebih cucuk tu bukan sekali hadap tau... Aku ni bukannya ada belaan pun nak hadap menelan sebanyak itu... Dah tugas aku adalah menjaga makanan... Salah satu tugas aku adalah memastkan makanan sentiasa ada dan direfill bila kosong... Sambil refill tu, aku cilok secucuk... sekali refill sate sekali ngap... 2kali refill 2 kali ngap! Bayangkan berapa kali aku refill dan berapa kali aku ngap! Hoho... Aku pun tak terkira berapa banyak... Tapi aku rasa memang lebih 20 cucuk la...

Bukannya aku suka sangat pun sate ni... Tapi korang tengok sendiri la... Siapa boleh tahan beb! Macam ada magnet memanggil supaya dimakan pulak... Dah la aku memang mengadap menatang ni dari pagi... Dan semua makanan... Aduyai... Terbaik la... Memang mendapat la... Mendapat lemak sejati! hoho...

Hoho... Ini gambar (Semua orang tau la ini gambar... Itu pun mau bagi tau ke? hak tuihhhh la!) gambar ahli mesyuarat tingkap yang menjaga cerun cerun di sepanjang jalan persekutuan dan negeri... Beberapa kerat orang untuk menjaga satu Malaysia... Hoho... Mana kepala tak berpusing pusing je hari hari... Tapi aku rasa, macam ada kekurangan seseorang la... Tapi aku tak pasti siapa... Aku dah terlupa pulak siapa yang terkurang di sini... Jadi sesiapa yang terkurang dan tak ada dalam gambar tu, boleh la menyaman tiga empat juta... Segak tak mamat yang dekat belakang yang bahagian kiri sekali tu??? Huhu...

Eh??? Sat! Dah tersasar jauh dah ni... Aku nak cerita lain tadi sebenarnya! Aduyai... Ini la masalahya kalau menulis tak ada draf dan main hentam jea...

Ini la akibatnya bila sate bercampur ayam kuzi bergumpal dengan laksa penang bersebati dengan nasi kerabu ayam percik bergaul mesra dengan tapai asicream (20bungkus lebih gak!)... Bila makanan makanan tu bergaul mesra dalam perut, mula la merembeskan gas gas yang tak sepatutnya dan mengakibatkan KEMABUKAN... Sekian... Entry tanpa hala tuju...

NotaKarut: Sila abaikan meja yang berselerak itu... Memang aku malas nak kemas pasal kalau aku kemas pun paling lama bertahan hanyalah 2jam je kemas!

Ulasan

dill berkata…
weh! sedapnye sate tu! teringin~

dill.
chiLleD...!! berkata…
mabuk makanan lah ni..hehe
zati embong berkata…
standard la meja engr.faham sgt da.haha.smnggu mesti ada yg skit kaki tersepak file bertambun kat blik.

tk,jat x jeles pun.haha.xsuka satay!
Unknown berkata…
perghh bnyk mknn....
lapo2..
Noor Fatin berkata…
pehh jgn mc sudah la. hehehe
Lea Isnawi berkata…
wah best nya hidup sehari berdepan dgn makanan best2..
suka sate!!!


ps: dh sapu pun muka dgn daun semambu+kunyit+beras...ekceli muka dh xde parut dh..cuma mengelupas je...xlama lagi hilang la tu..suka2
Unknown berkata…
pergh....kemain lg
xsuke satay
xsuke biru
Prince Halilintar berkata…
dah kenyang..keje pon rase mcm malas nk buatkan..
Rina Rahamat berkata…
amboi dah jadi sawa kau ya lepas melantak macam-macam benda tu hehe..


akak geram betul tgk meja ko yg bersepah tu..akak ni pantang benda bersepah nih..
ORLANDO AHMAD berkata…
makin cabi la mcm ni keh3
Mek Onie berkata…
tudia aihhhhhh! sapa takmau makan ,haha!
khaifaiz berkata…
lai chi kang.. perghhh hebat rasanya
Bunga berkata…
amboi..meriah gak..xajak kak ipar pun..ehehe
blog-tips-kurus berkata…
dah le org teringin banget nak ngap sate. pos sini bro!!

*kalau ade sesiapa berminat nak dok LGM (hq) post J44/48 (civil), pls roger me. urgent. tq! :-)
zella y berkata…
meriahnya majls hr raya kat opis t.k erk....

kat opis sy xde pon open house...hehehhe
Niena Muhammad berkata…
sedapnye satay tu
-- berkata…
PATUTNYA DALAM GAMBO NO 2.. PATUTNYA ADA SAYA KAT BELAKANG BOS SAMBIL BUAT MUKA KUCING COMEL..

TENTIBA SEDIH.. SOB...SOBBB..SOBBBBBBBB..
~Sal Ismail~ berkata…
Mak aih..segak bergaya la mamat yang dekat belakang yang bahagian kiri sekali tu!!...
~ sila banjer chicken chop kat keramat! haha
Izzaty Ishak berkata…
*meleleh air liur tengok sate*

Gila la seronok sambut raya kat ofis. Havoc lah. Nak-nak pulak kena jaga part makanan. Memang terbaik! :D
biela bell berkata…
siyes..bosan dh makan satee...puas dah mkn time rayer..choyy~

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...