Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Fakta Karut

Fakta Spender Perempuan VS Spender Lelaki...

Tahukah anda kenapa spender lelaki dijual di dalam kotak? Berbanding dengan spender perempuan yang dijaul lambak? Bila Perempuan memilih spender... VS  Bila Lelaki memilih spender...

Awek Awek Sekarang Ni Tak Reti Masak!

Hai... Ini semalam punya cerita... Cerita ketika kita hamba tengah memasak di bazar ramadhan... Al-Maklum la kan... Hamba kan masak guna jari telunjuk je... Sila la kagum yea... HinsHinsHins... Awek Cun: Kak... Nak sayur tu... (sambil tunjuk sayur manis masak lemak) Penjual: Yang ni? Nak berapa? Awek Cun: Bagi 3,4 ringgit... Penjual: Ok... Awek Cun: Bagi lebih sikit keledek tu ye... Ha??? Keledek? Hamba pun toleh ke muka awek cun tu... Owh... Sekali lagi dia ulangi mintak keledek lebih... Owh... Lantas hamba toleh ke muka penjual... Tak ada respon... Mungkin menghormati pelanggan... Lepas awek cun berlalu dengan sayur manis masak lemak keledek tu... Hamba bertanya ke penjual... TK: Sejak bila ada resepi baru ni?  Penjual: Ntah la... Aku pun tak tau la... Harap muka je cun... Labu dengan Keledek pun tak reti beza... NotaKarut: Tu belum tanya mana satu jintan manis mana satu jintan putih tu... Silap silap mintak halia dapat

Tahukah Anda Fakta Karut?

Hai. Fakta: Lembu biasa akan tidur pada waktu tengah hari antara jam 11.00 hingga 12.30. Karut: Manusia yang selalu tidur  waktu tengah hari antara jam 11.00 hingga 12.30 selalunya berperangai macam lembu! Fakta :  Di China dan Jawa, telah dijumpai tinggalan seekor kucing seakan-akan harimau, iaitu Panthera palaeosinensis, yang pernah hidup sekitar 2 juta tahun dahulu, ketika bermulanya zaman Pleistosen, tetapi lebih kecil berbanding harimau zaman sekarang. Karut: Seni urut cakar harimau isteri boleh membuatkan suami hari-hari-mau... Fakta: Perkataan "iyea" bagi lelaki tidak semestinya membawa maksud "iyea"... Dan sebaliknya perkataan "tidak" yang diucapkan perempuan tidak bermakna "tidak" pada keseluruhannya... Karut Atau Fakta?: Perempuan boleh berjalan sekitar 4km di dalam pasaraya hanya untuk mencuci mata! NotaKarut: Hik Hik Hik... Ingatkan nak buat satu cerpen karut... Tapi Idea nak buat cerpen mengarut tak ada

Fakta Vs Karut

Fakta: Bijih besi adalah batu dan galian dari mana logam besi boleh dihasilkan secara ekonomik. Bijih biasanya amat kaya dengan besi oksida dan pelbagai warna dari kelabu gelap, kuning menyala, ungu gelap, sehingga merah karat. Karut: "Bijih besi" adalah bahan menyerupai batu dan dihasilkan melalui aktiviti perlombongan serombong kapal. "Bijih besi" biasanya amat kaya dengan habuk, sel sel mati, hingusan dan pelbagai warna dari kelabu gelap, kuning menyala dan unggu gelap sehingga yang merah berkarat... Takukah anda aktiviti "melombong bijih besi" ketika menaiki pesawat boleh mengakibatkan kapal terbang menjadi senget sebelah?

7 Jenis Pemandu Yang Bisa Membuat Aku Tersenyum...

7 Jenis Pemandu yang hanya biasa dijumpai Di Malaysia : Pemandu Fobia: Jenis pemandu ini sangat fobia dengan warna kuning terutama sekali bila di persimpangan yang ada lampu isyarat... Pantang nampak lampu tu hijau bertukar kuning, memang pedal minyak di tekan sehingga ke lantai... Memecut gila gila babeng punya la... Fobia kot tengok warna kuning ni... Masa lampu hijau boleh pulak memandu dengan tenang... Mungkin masa kecil dulu dulu, dia tertelan crayon berwarna kuning agaknya... Pemandu Botox: Jenis pemandu ni adalah pemandu yang gemar “mencucuk” belakang kenderaan lain sebagai kereta di depan tu perlahan sangat dan nak laju... Bila dah bagi potong, tak nak pulak meninggkatkan kelajuan dan memecut! Terkemut kemut mengalahkan kura kura tertelan biji gajus gak... Awat? Hobi ka mencucuk cucuk ni??? Sangat menyakitkan hati kan... Pemandu Tangkai Jering:  Pemandu ni adalah pemandu paling kedekut terutama dalam hal hal nak memberikan lampu signal ketika membelok! Ini sangat m

Fakta Atau Auta???

Fakta : Setiap kumpulan Dikir Barat biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Fakta Tukang Karut : TK tak pandai menyanyi pun... Betul... Ini serius! Kalau menyanyi karaoke tu, biasanya TK akan menyanyi sambil mic nya di off... Dan kadang kadang kalau TK menyanyi, kosa kata lirik akan habis dulu sebelum irama atau dalam kata lain tak ikut rentak lagu... Ikut dan dia dan sedap hati perut telinga dia... Atau dalam kata lain TK telah menYUMBANGkan lagu tersebut... Fakta : Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir

Tahukah Anda???

Tahukah anda cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano... Tahukah anda di dalam hidung manusia ada rerambut yang dipanggil bulu hidung yang kadang kadang terlekat kekotoran yang bergantung gantungan pada tahap nano... Tahukah anda Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Tahukah anda terdapat "kucing liar" yang selalu mencari mangsa mangsanya di int

Fakta Karut... Fakta Lalat...

Hai... Fakta 1: Jarak terbang lalat yang dapat ditempuh seekor lalat antara 450m sampai 900m... Fakta 2: Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang. Fakta 3: Halaju lalat terbang adalah lingkungan 2km/j Fakta 4: Lalat boleh terbang dengan kelajuan 80-110km/j dengan jarak sehingga 700km dengan hanya menumpang sebuah kereta! Fakta 5: Lalat boleh mencapai halaju terbang maksimum 900km/j dengan jarak 1000km hanya dengan menumpang sebuah pesawat AirAsia dari Kota Kinabalu ke KLIA!!! Fakta 6: Sebuah kereta sedang bergerak dalam kelajuan 100km/j dan di dalam kereta tersebut terdapat seekor lalat yang sedang menumpang terbang secara random. tiba-tiba bas tersebut berhenti secara mengejut. lalat tersebut turut serta mengalami inersia... Fakta 7: vector equation V_a = V_a/b + V_b  a = lalat, b=udara dalam kereta and a/b = a relative to b walaupon lalat tu terbang selaju 2km/h arah yang sama dengan kereta tu, Halaju sebenar lalat itu adalah 

Banyak Kisah...

Hai... Batuk tak hilang hilang lagi... Dah sesak dah ni... Lepas ni nak cuba minum clorox la pulak... mana tau kot kot mujarab! Aku lupa hari ni hari Khamis... Al-Maklum la... Lama sangat bercuti... Atas meja sangat bersepah macam tongkang nak pecah! Malas nak kemas... Nama pun meja engineer... Mesti la kena serabut... Baru la engineer... Silap silap kaalu ada tikus mati pun tak sedar! Aku baru tau kalau dekat Kedah atau perlis, diorang kat sana tak panggil sarapan tu sarapan... Tapi panggil "menyorok!"... Fakta atau auta??? Ntah... Aku pun tak tau la... Aku ni pemalu... Auta? Ada orang kata pipi aku dah makin cubby dan tembam... Tapi ada aku kesah??? Seluar kerja aku dah mengecut! Baju kerja pun dah mengecut!!! Owh... Apakah mutu kain sekarang ni dah makin teruk sehingga baju dan seluar boleh mengecut??? padahal malu nak mengaku perut dah besar!!! Kepala banyak pusing pusing... Apa lagi aku nak kelentong dekat sini ek? Aku dah malu nak mengarut kerana dah banya

Hotel Berhantu...

Cerita pasal hotel berhantu ni, rasanya dah merata satu malaysia ni aku jelajah dah... Bukannya aku nak cakap besar... Selalunya bukan hantu betul yang aku jumpa... Selalunya yang terjumpa hantu berbetis bunting padi... Kadang kadang ada jugak yang terjumpa yang bulu hidung bak jerami padi! Cerita seram dalam entry sebelum ini di sini dan sini hanyalah rekaan dan imaginasi aku sahaja... Ilham ketika dalam kebosanan dalam perjalanan yang jauh... Dah... Cukup...  Jangan nak mencuih mulut sampai nak sama dengan muncung itik nak ngata cakap belakang... Jurutera memang mempunyai imaginasi yang tinggi... Tak percaya tanya la Puan Jat . .. Contohnya orang biasa melihat sebantang pen adalah sebantang pen! Tapi dengan menggunakan imaginasi, jurutera memandang sebatang pen boleh dijadi rekabentuk untuk menjadi sesuatu yang menarik contohnya bangunan! Paling tidak pun, dengan melihat liuk lentuk badan gadis yang ditiup angin, sang jurutera boleh menghurai leng

10 Fakta Menarik Mengenai Kentut...

10. Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. 9. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari , tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa. 8. Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. 7. Kentut tak berbunyi tapi tak berbau itu tandanya pengentut itu seorang yang pemalu, penyegan, tiada matlamat hidup ... Kerap kali gagal dalam temuduga dan mencari pasangan kekasih... (hellooooo! semua orang kentut ok... Apa nak takutnya? Awat hang kalau kentut masuk toilet lepas tu cebuk dan flush ke?) 6. Kentut tak berbunyi tapi baunya... Ya ampunnnnn!!! Macam bau bangkai ikan kat pasar yang kucing tengok pun tak selera... Pengentut mempunyai sifat yang baik, tak suka menunjuk, merendah diri orangnya... apa orang kata DIAM DIAM UBI BERISI ... Baguskan sifat sifat pengentut ni! (isk... Awat la hang ni loklak sangat..

Adakah Anda Tahu...

Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan: 24 sen untuk cukai hasil tembakau (RM4.80 bagi sekotak Dunhill 20's... Kalau setahun RM1752 dengan purata merokok sekotak sehari... Hoho... terima kasih kerana menjadi penyumbang utama cukai kerajaan! Income tax aku pun tak sebanyak itu...) 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok (RM2.80 bagi sekotak Dunhill 20's... Eh... Sikitnya pengilang ambil untung???) 5 sen untuk peruncit (RM1.00 bagi sekotak Dunhill 20's... Hohoho... Murah hati betul kan perokok ni? Senang senang je bagi duit dekat peruncit RM1.00 sehari... Kalau setahun RM365... Hohoho... Itu baru seorang! Patut la aku tengok ramai yag nak jual rokok... Jual rokok lebih untung dari jual unta rupanya!) 1 sen untuk keuntungan pemborong / pengedar rokok (RM0.20 bagi sekotak Dunhill 20's... Itu baru sekotak jea tu... Diorang bukan main kotak2... Tapi main kontena! Ha... Ce kira kira... Itu yang duk tukar kereta Lamboghini jea...) 1 se

Tips Mencari Pasangan Hidup...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Hoho... Menaip di kala otak tengah tak berapa nak centre dan nampak bintang bintang berterbangan berpusing mengelilingi melengkapkan putaran orbit kepala... Metafora yang ntahapaapantah! Kepada gadis... Kalau nak mencari pasangan hidup... Sila elakkan dari mencari engineer... Carilah lelaki dengan kerjaya operation manager, atau human resourses, marketing atau bidang lain yang tak berkaitan dengan technical aspect... Kerana apa? Sebab engineer ni tak romantik ... Kerana fikirannya rasional penuh dengan angka angka dan garisan, berimaginasi tinggi, kata kata yang terkeluar dari mulutnya adaah fakta dan selalu terus kepada point. Hidupnya lurus, statik, dan tiada kejutan... Tiada kata kata romantik... Tiada kata kata bersastera... Tiada kata kata puitis cinta yang gadis gadis selalu dambakan... Tiada madah berhelah yang enak didengar tapi kosong pengisian ibarat embun yang menjadi setitis air lalu jatuh dipermukaan daun keladi...

Aku Tak Pernah Memaksa...

Jangan kau mengharap... Aku tak pernah memberi harapan... Jangan kau mencari ilmu di sini... Kerana aku tak pernah menulis satu fakta pun melainkan karutan semata mata yang mungkin tidak lebih, melangkaui batas tatatusila adab Melayu... Jangan kau percayai aku... Kerana aku pun manusia yang mempunyai seribu satu helah... Jangan kau mengkhinzirbuta mengikuti aku... Kerana aku tidak pernah memaksa kau mengikuti aku... NotaKarut: Di sini tiada budaya i follow you, you follow i... Aku baru perasan dah lebih sebelah tangan rupanya angka itu... Ada tak silent reader yang nak memunculkan diri? Atau aku yang terperasan lebih?

Hati... Hai La Hati...

Hati... Manusia... Bukan hati ayam... (sedap ooo kalau dapat jantung ayang goreng rangup... nyum nyum...) Dah namanya pun manusia... Dah tentu tentu banyak ragamnya... Ada spesis manusia yang baik hati sangat... Ada spesis manusia yang iri hati... Tak habis habis hasad dengki! Ada jugak yang jatuh hati... dengan siapa lagi... Dah tentu buah hati... (Takkan nak sebut buah pankreas pulak kan...) Ada jugak spesis manusia yang hidupnya penuh dengan sakit hati... Tak habis habis sakit hati... Tak boleh nak tengok orang senang... Ada jea yang tak kena... NotaKarut: tapi hari ni aku senang hati... Hohohorlick...

HoHoHorlick...

Lalalala... Walaupun banyak kerja... Pagi pagi ni hati ada bunga bunga keriangan sikit... Lalalala... Hohohoholick... Lalalala... Mulakan hari ini dengan senyuman yea kawan kawan... Muka yang penuh senyuman itu muka yang murah rezeki... NotaKarut: Mata ada kesan mata panda sikit... Tak cukup tidur... Hoho... Tapi tak apa... Hati wa manyak senang ini hali ma... Hohohorlick...

Teristimewa Lima Ratus V3...

Assalamualaikum... Salam hujung minggu... Macam nak buat siri teristimewa pulak sampai 3 episod... Nak buat cam ne... Dah orang tanya... Kena la jawab... Kang tak jawab kang kecik hati pulak... Dah satu hal aku nak kena cari pam tayar nak bagi kembang besarkan hati tu balik... Kan kes naya tu... Ok... Kang ada orang komplen lak kang entry panjang sangat... Ni kali 2 aku tulis sepanjang tu tau... Sebelum ni, ciput ciput bulu jemput jea... asal ada jea... (Macam la ada orang kesah kan... ada ke orang nak amik dulik sebulum ni... tak ada pun... perasan syok sendiri jea...) RepublicAku tak adil aku pun nak tanya juga....dalam 9 tahun tu berapa kali ...putus? dan kenapa putus? kerana kau ada kodok lain atau dia jumpa yang lain atau memang sudah dua2nya degil kepala batu....keh3! baru puas hati aku...jawap jgn tak jawap! Sutera_suci Oo, sesi tanya-tanya.. Saya like soalan RepublicAku dan nak tanya soalang yang sama Jawab jgn tak jawab, yey! Sat sat... Ada yang tak berapa nak faham tu...T

Teristimewa Lima Ratus... V2

Assalamaualaikum... Salam Sejahtera... Dah baca belum entry yang Teristimewa Lima Ratus??? Tak lagi??? Apa la korang ni... Sambil buat buat muka merajuk! (macam la ada orang nak ambil peduli kan kan!) Sebelum meneruskan pembacaan... Sila la baca entry yang sebelum ini DI SINI dan DI SITU ... Penat tau aku nak mengarut...(macam la ada orang nak amik kesah kan kan kan) Taliff... "Cerita pasal aper ehhh....jap aku nak fikir kejap.... 1. Ko cerite pasal ko 100 patah perkataan. 2. Kenapa pilih Nama Tukang Karut 50 patah perkataan 3. Jurutera berblog, pendapat ko dlm 25 patah perkataan. 4. Dunia kerja apa yang best dlm 12.5 patah perkataan 5. Dunia kerja yang ko nyampah 6.25patah perkataan 6. apa sumber penulisan blog dan inspirasi ko dlm penulisan blog dalam 3.125patah perkataan 7. Apakah formula yang aku buat dari no satu sampai no 6. hahahahaha... Well, kalau terima cadangan ini aku ucapkan terima kasih..huhuhuhu..kerana ianya sedikit cerewet...se

Teristimewa Lima Ratus...

Assalamaualaikum... Salam Sejahtera... Sebelum anda memulakan bacaan entry yang sangat sangat panjang ini... Apa kata kita mulakan dengan senyuman dan senaman ringan dulu yea... Tarik nafas dalam dalam dulu... Jom buat sama sama... Tarik nafas... tahan 15saat... Lepas... Tarik nafas dalam lagi... tahan 30 saat... Lepas... Tarik nafas lagi dalam lagi... tahan 60 saat... Lepas... Ok last2... Tarik nafas lagi dalam dalam lagi... Tahan... Tahan... Err... kita nak cerita pasal apa ni ek? Cerita pasal gadis berbogel ke? eh... Tak tak... tak ada cerita tu dalam entry ni... Nafas tu tahan yea!!! lalalalalala... Hikhikhik... Ada yang mati dengan muka kelemasan kebiruan lak kang... Dah dah... Jangan dibuat benda yang mengarut!!! Ok... Dah termengarut dah... Sebelum aku mengarut jauh ke tengah laut... (macam la ada orang kesah sangat!!!) Mari kita teruskan pembacaan... (macam la ada orang baca sangat... perasan!!!) Ingat lagi pasal entry semalam? Apa!!! Tak ingat??? Ke tak baca lagi??? NI nak mar

Sebelum Dan Selepas...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Salam hujung minggu bagi yang tak berkerja esok... Yang kena kerja esok, janganlah memaksa diri... Hadirlah berkerja dengan penuh kerelaan dan dengan senyuman seikhlas hati... Sekian pesanan ikhlas dari orang yang malas... Apa yang sebelum dan apa yang selepas ni ek??? Aku pun tak tahu... Suka suka hati je letak tajuk macam tu... Ini entry yang ke 499... Maknanya aku telah mengarut sebanyak 499 kali... Wuaaa.... Banyak sungguh aku mengarut... Kalau buat novel tu mau sampai 499 helai tu... Aku nak bagi peluang... Boleh kata peluang ke? Ah... Lantak la... Ikut suka aku la nak guna perkataan apa pun kan... Apa kata kalau korang bagi aku apa2 sahaja... Idea untuk mengarut, kutukan, pertanyaan, kemuskilan, soalan matematik, peribodi, gosip, agensi cari jodoh, pantun... Apa2 sahaja la... Dan aku akan buat 1 entry khas berserta link korang yang baik hati lagi bijaksanasini sempena entry aku yang ke 500... NotaKarut: Khas untuk Cik Khalidah yang akan meng