Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cenderamata Yang Tak Bermata...

"Cari cenderamata untuk perempuan lagi senang daripada cari cenderamata untuk lelaki "... Betulkan aku kalau penyataan aku di atas bertentangan pendapat dengan korang... Pening kepala aku memikirkan apa yang patut dijadikan hadiiah kali ini... Dah la sesuka hati jea suruh orang berfikir nak jawab pantun ... Dah la cerewet lak tu... Bukannya cari siapa yang betul, tapi nak cari siapa yang menjawab paling kreatif... Mina dan yang lain2... Jawab contest sesuka hati lepas ni la, tapi hadiah bukan dari Sabah dan Sarawak lagi... Mungkin jarang dah datang sini sebab kerja di sini sudah habis... Setakat pemantauan jea... Mr. Iz, dengan rendah hati dan tawaduknya, dengan ini secara rasmi walaupun dah umum dah sebelum ni, tapi nak umum jugak, dulik pe... secara rasminya, andalah pemilik baju yang di beli di sepilok, sandakan... tempat pemeliharaan orang utan ... silalah email alamat anda berserta nama di mnasriq@gmail.com... Nota karut: good night, wa'an, guten nacht, selamat malam

Lupa Letak Tajuk... :-)

Tenung screen... 1 minit.. Tenung screen laptop lama.. Dalammmmm... .... .... .... 5 minit berlalu... Masih la menenung screen... lagi dalammmmm.... tembus.... .... .... .... 30 minit berlalu jua... Mata dah penat menenung... dalam sangat... dah tak tercapai akalku... .... .... .... 2 jam berlalu begitu sahaja... wuaaghghhhhh... Otak beku hari ni... Sia sia sahaja berfikir... Idea terbang menerawang melayang layang jauh ntah ke mana.... Nota karut: dah mula rindukan semenanjung, makanan semenanjung, orang semenanjung... eh... tetttt!!! yeahhh... esok balik... tapi kenapa macam terbanyak barang pulok ni... beg aku terberanak ke??? Tengah terbayang durian batu pahat/muar/tangkak... ermmm... yummmyyy... tunggu... orang Johor dah rojer2, bos pun dah sound pepagi buta lagi... tengah lebat tunggu masa nak gahat jea... Fida, jom... Ni gred AAA punya durian... arrange kan pertengahan bulan 4...

Ops Gempur...

Operasi pembersihan besar besaran telah pun dilakukan... Semua anasir-anasis jahat telah cuba dihapuskan... Ternakan yang dijangkiti telah pun dikuarantin... Tak tahu mana asal usulnya... Virus ke malware ke menatang apa ntah... Mengapakah kau memilih blog yang tak seberapa nak ada ni... Semuanya mengarut sahaja disini... Hanya mengarut semata mata... Dan orang orang yang datang disini pun turut sama mengarut... Nota karut: Jika masih ada lagi anasir anasir a.k.a virus @ malware @ apa sahaja menatang tak berfaedah tu... sila maklumkan... Ops Gerak Gempur Tahap Gaban pulak akan dilancarkan!

Virus Jahat...

Semalam... orang kata tak boleh nak bukak blog mengarut ni... Ada yang kata kena jagkitan virus jahat... Ada yang kata kena jangkitan malware... testing... testing... testing one two three, one to jaga, polis mati pencuri jaga... ok tak sekarang? ke masih lagi bengong... Jahat betul la virus ni...

Berbalas Balas Pantun.

Berbalas Balas Pantun. "Buah kelapa jatuh kat kepala si salmah... Berlari si anak kera tersadung ketanah.. Mak ton suka marah marah ... Sebab mr cabi suka makan dgn melimpah ruah..." Amboi dak mina tak sayang jari... Jari menekan sesuka hati... Disebabkan terlebih makan menjadi cabi... Memang kena sekeh dak mina ni nanti... Ingatkan ramai yang tak sudi... Tak sudi membeli pantunku ini... Rupanya masih ada yang sudi... Hadiah misteri hajat dihati... Baju dipakai terlebih acu... Ibarat tak kena irama dan lagu... Ada yang pelik ada yang lucu... Membuat tukang karut menggaru dagu... Jawapan betul bukan dicari Siapa yang buat aku tersengih dia yang menang... Hadiah misteri telah pun dicari... Tapi hanya untuk Mr. Iz seorang... Kalau Tuan pergi ke kedai Belikan saya buah keranji Takut mina berkecil hati.. Terpaksa jua ku mencari... Ada sebiji roda pedati... Bentuknya bulat daripada besi... Ingin ditanya Mina bistari... Apa pilihan berkenan diha

Sembab...

ohayō gozaimasu ṣabāḥ al-ḫair zǎoshàng hǎo buongiorno buenos días guten morgen selamat pagi good morning beberapa patah perkataan... maksud yang sama walaupun bunyinya jauh sekali nak sama... selamat pagi semua... semoga hari ini dimulakan dengan penuh senyuman... semoga hari ini diakhiri dengan senyuman juga... moh kita ke ladang.... eh... moh kita pergi kerja la... kerja kerja dan kerja... Ikhlaskan hati... kerja dengan mata sembab tak cukup tidur... tidur malam ku diganggu... diganggu mahluk yang sering mengganggu... nota karut: beberapa kali menguap... tetiba teringat nasi lemak lauk rendang kerang... ermmm...yummmmyyy.... ada orang di Lahad Datu tau mana nak dapat nasi lemak yang sedap?

Soalan yang rasa nak jawab dengan penampar jea V4...

u... I pelik la u... Semalam i tengok berita cerita yang sama... Hari ni, pun cerita yang sama jea u... I berani kerat jari, esok pun akan keluar cerita yang sama jugak... I pun pelik sangat la u... Kenapa la depa depa puak suku sakat ni suka sangat bergaduh... Sanggup berebut, berbalah sesama sendiri... Sanggup berkerat rotan berpatah arang... Semuanya kerana satu perkara jea... Ape diorang tak mampu ke u? Bukannya mahal sangat pun menatang tu... I tengok berlambak lambak jea jual kat Giant, Ikea... Nak yang macam mana... Semua ada... Bentuk segitiga, petak, lonjong, silap silap bulat pun ada u... Ada yang kayu... Ada yang dibuat dari plastik... Ada tu, bahan asasnya batu pun ada u... Dema semua tu bergaduh hanya kerana sebuah KERUSI ? Kalau diorang nak sangat, i boleh la sewakan kerusi i tu... Nak bagi free pun boleh... u... u... kenapa u lari... Salah ke pertanyaan i? nota karut: bosan melihat keletah manusia berebut kerusi... hanya pandai berebut, tapi tak pandai menggalas tanggun