Langkau ke kandungan utama

Urutan Ikan Kelah Di Tagal Sg. Moroli Ranau Sabah.

Urutan Ikan Kelah Di Tagal Sg. Moroli Ranau Sabah.


Intro yang mengarut lagi...



Orang kata, jangan disangka sungai yang tenang tiada buaya...
Orang juga berkata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga...
Orang lain juga berkata, sekilas ikan di air, dah tahu jantan betinanya!!!


Ok!!! Stop!!! Enough!!!


Berbalik kepada Entry sebelum ni...(Sini), Sabah... Oh Sabah... Bab 2: Diurut Mesra Oleh Cik K...








Cik K???




Cik K??? = Ayam = Cik K???





Arrggghhhh... Sudah!!! Dah la sepanjang 2 minggu datang Sabah ni kebanyakannya duduk hotel ayam... Tak kan la nak langgan ayam lak kan???




Jangan!!! Ayam hanya boleh dimakan, bukannya untuk dilanggan... Jangan cari penyakit!!! Pesanan khas dari penaja...


Disambut mesra dengan Cik-Cik gadis Sabah yang sangat menarik tertarik memang dabooommm!!! Adoi... Sangat la hairan bin Ajaib... Kenapa la kulit diorang ni sangat licin tulus mulus... Tergoda ai!!!

Sungai???


Apa la... Kalau setakat sungai jea, kat Semenanjung pun berlambak2 sungai!!!





Tapi... Jangan diingat ini sungai biasa... Buaya??? Sungai ini tiada buaya... Kalau ada pun, aku la buaya nya tu...




Cik K??? Siapa itu Cik K???




Hang pa pernah makan ikan KELAH??? Tau ke xtau??? Pandai2 sendiri la kalau nak tau ek...sekarang zaman dah maju... semua dihujung jari... (bodoh punya statement: kalau orang tu kurang akalnya, ada hujung jari pun, kurang berguna jugak!!!)

Kalau dekat Gua Musang, seekor ikan kelah yang dah siap masak, harganya mau sampai RM4OO.00...

Pemancing-pemancing tegar, akan menganggap kelah adalah spesis ikan yang sangat pemalu dan sangat la sukar dipancing... Ok... Cukup la tu...


Tapi, dekat sungai ni, ikan kelah sangat la manja... sangat la mesra alam!!! Jinak-jinak bagaikan merpati, jinak lagi burung sendiri!!! opsss...abaikan!!! Kalau dekat semenanjung, pemancing2 tegar gunakan pelbagai umpan, teknik untuk menagkap ikan kelah ni... Tapi, dekat sini, dengan hanya menggunakan kaki!!! KAKI!!! Yea...dengan hanya berumpankan kaki, dengan penuh kemesraan ikan kelah akan datang tersipu-sipu..mengurut mesra kaki2 yang ada dalam sungai... mengucup, menggigit manja kaki...

Sebelum ni, aku pernah juga cuba fishspa... Tapi sangat la kurang menarik sebab ikan2 nya sangat la kecit2! Tak berapa nak rasa sangat!!!

Tapi diurut, digigit mesra, diulit, dibelai oleh Cik K, a.k.a Kelah ni sangat la menarik, sangat mempersona, sangat mengasyikkan... seperti terkena genjatan elektrik... terpanah arjuna kata orang...
Ikan2 kelah sedang beratur panjang memberi khidmat servis urutan geli2nya disamping gigitan yang sangat la mesra membuat pundi hempeduku sangat la kegelian!!!!... Sangat sangat la kegelian...
Hilang penat kerja survey sejauh 30km (kebanyakkanya berjalan kaki), dengan travel time 2jam lebih lagi, almaklumlah, dekat Sabah Sarawak ni, jarak antara bandar ke bandar sangat la jauh!!! dan tepi2 jalan sangat la suyi sepi dengan hanya ditemani hutan yang kehijauan.... Sangat la seronok!!! Hilang letih lesu badan...





Adei!!! Penat menunggu nak upload video didalam air(guna camera waterproof), menunjukkan kerakusan ikan kelah ni mengurut... Akan ku update video itu sesudah aku selamat sampai di KL.

p/s, sila abaikan ibujari kakiku itu!!! Ianya tidak melambangkan apa2!!!


ok... Malas nak memerah otak nak berfikir nak mengarang karangan mengarut lagi... Tunggu aje Sabah... Oh Sabah Bab 3: Jatuh cinta sama gadis Sabah...

Ulasan

-- berkata…
bulu kaki benggali!

dah bagi link blog ni kat bos. biar dia tau kenyataan!!! huh!!! *jeles**jeles**jele*
-- berkata…
taipo ero lagik..huh.. *jele=jeles la jugak*
NasQ berkata…
ha!!! Kalau nak join boleh jea... tapi kena berpanas dulu la...tak jauh erkk...dalam 10-30km jea sehari... baru boleh nak rendam kaki diurut cik kelah...


eh!!! Fida, ni baru bab 2 tau, ada banyak bab lagi ni... simpan la sikit kejelesan tu ek...


Kui... Kui... Kui...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...