Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

2012.

Hallllooooooo... Whatzup apa di atas... whatzup apa di atas... 31.12.2012... Khamis... Hari terakhir yang ada dalam kalender... So... Apa rumusan tahun 2012 korang... Ceria? Bahagia? Keciwa??? Aku? Tahun 2012 ni banyak perkara yang berlaku... Dari tak ada anak... Sekarang dah anak...  Dah merasa kena berjaga malam... Baru tahu apa itu istilah mata panda... Itu yang best nya la... Yang tak bestnya... Di hari terakhir ni 2012... Masa tengah syok membuat perlaburan juta juta di bank TOIlet Berhad... Syok meneran dengan muka muka senget kiri dan kanan... Ada bunyi cair cair sikit yang terkeluar... Mungkin bekas ayam masak gulai kot... Blurrrrghhhh crirt crittttt... Gitu la kot bunyi nya... Ada pulak orang maintenance datang... Duk ketuk ketuk pintu... Lahnat... Sangat lahnat ok... Nak datang betulkan siling tandas yang bocor minggu lepas... Main ketuk ketuk je... Lahnat... Memang sangat lahnat... Mana nak tahan yang hujung hu

Kalender 2013.

Kalender 2013 NotaKarut: Jom merancang cuti untuk tahun 2013...

Alasan Semata mata....

Hai... Masa nak mengarut dah makin singkat... Waktu siang... Buat buat sibuk berkerja... Owh... Jangan baling aku dengan lesung batu... Aku faham ayat tu memang sangat poyo... Sejak puteri zulaikha ni balik rumah... Masa untuk bersosial berblog... Dah makin kurang... NotaKarut: menaip sambil mendodoi anak sangat bahagia rasanya... Published with Blogger-droid v2.0.9

Terapi Selepas Cuti Panjang...

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!" Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram,

Keliru...

Esok krismas ke tahun baru cina? Keliru sekejab... Sana sini bunyi mercun melawan lawan lak... Buat terkejut anak dara aku je... Published with Blogger-droid v2.0.9

Bawak Anak Jalan Jalan...

Bawak anak jalan jalan... Di Cameron Highlands... Bukan bercuti... Tapi bekerja... Sambil tu ambil kesempatan untuk berjalan jalan... Jalan di Cameron penuh dengan kereta... Mungkin nak sambut kriskas di tempat sejuk... Tapi yang hairan bin ajaibnya... Macam ramai melayu je...

Hikayat Pak Pandir...

Arekian, tersebut la satu cerita... Pak Pandir dan Tukang Karut kerja outstation bersama sama... Bersama sama lah mereka meredah laluan berliku Cameron Highlands... Hatta, kepenatan la mereka berdua dek kepeningan jalan berliku yang mendaki... Tanpa berlengah lagi, mereka pun check in di hotel Equatorial... Dek kerana badan kepenatan... Pak Pandir pun naik la ke bilik dahulu meninggalkan tukang karut mengambil beg... Hatinya tiba tiba menjadi sangat marah sebaik sahaja memasuki bilik hotel tersebut lalu menelefon kaunter reception... Pak Pandir: Halllooo... ha... Apa punya hotel ni... Nama je 4 bintang... Fasiliti langsung tak ada... Gadis menjawab telefon: ye encik... Kenapa marah marah ni... Apa yang tak ada di bilik encik tu. Nanti saya panggilkan maintenance... Pak Pakdir: Ni ha... Mana korang sorokkan aircond bilik aku ni ha... Sejuk bebenor ni ha... Tak tahan aku! Published with Blogger-droid v2.0.9

Tips Nak Update Blog Di Kala Tak Ada Idea...

Dah orang bertanya... Terpaksa la jawab... Kang kalau tak jawab kang... Dikatakan sombong dan bongkak la pulak kan... Tips #1. Mulakan bangun pagi dengan mengucap dua kalimah syahada... Bersyukur masih lagi bernafas di bumi ini... Tips #2. Mulakan pagi dengan makan sarapan... Jangan nak mengada nak skip makan lak... Jangan la konon konon nak diet bagai... Tips #3. Lepas makan sila tidur sekejab... Tips #4. Nampak...  Nampak tak apa yang aku nampak ni... Nampak tak yang sebenarnya aku tengah mengarut ni... Nampak tak? Tips #5. Nak jugak tips ke... Erm... Ada mata... Pandang sekeliling... Ada telinga... Dengar bunyi suara... Ada mulut... Kasi diam... Ada jari... Kasi gerak... Ada otak... Kasi pakai la! NotaKarut: Update blog ni macam selera makan... Kadang kadang nak makan nasi... Kadang kadang nak makan magi... Kadang kadang kadang nak makan durian... Ha... Nampak tak kaitan kat situ walaupun sebenarnya tak ada kaitan pu

Kepastian...

Mati itu pasti... Bila nak mati tu tak pasti... Bagaimana cara mati itu, bukan kepastian... Sampai masa... Tak kurang... Tak lebih... Walau sesaat... Dari Dia kita datang... Kepada Dia kita kembali... NotaKarut: Maafkan kesalahan hamba sepanjang menulis blog karut ini... Published with Blogger-droid v2.0.9

Majlis Akikah...

NotaKarut: Maaf! Tak sempat nak jenguk kawan kawan... P/S: Tak puas nak tengok gambar ke? Kalau gitu, mai tengok gambar penuh kat sini . ..

Untuk PuteriKu Sayang....

Esok... Hari besar puteri... Majlis akikah....

Boikot!

Boikot tomyam!  Boikot kpop! Eh... Aku memang tak layan kpop!!! Boikot samsung!!! Ah... dah TERpakai S3 la pulak!!! Stressssssssssssssssss!!!!!!!! Confirm pengadil kena sogok dengan 'ayam' siam ni... Tu yang cam cibai... Ahhhh... Ini amarah dunia...

Terbang La Burung Terbang...

Terbang la burung terbang... Terbang la tinggi tinggi... Terbang la burung terbang... Tadi... Masa dekat parkson subang parade... Dengan arahan suri... Mencari aksesori kepala untuk puteri... Menjunjung kasih atas jemala... Cari punya cari... Datang awek parkson... Mungkin niat nak membantu bapa muda ni... Lepas tu berlalu begitu sahaja sambil parkson gelak gelak... Ah... Mungkin ada yang mengelikan hati dia kot... Terbang la burung terbang... Terbang la tinggi tinggi... Terbang la burung terbang... Lalu di sebelah awek parkson lagi... Gelak juga dia... Lalu... Lalu... Sat.... Aku rasa nak pengsan sat... Lalu... Lalu aku pun menoleh ke bawah... Terbang la burung terbang... Terbang la tinggi tinggi... Terbang la burung terbang... Aduyaiiiiii... Terbang la burung terbang... Terbang la tinggi tinggi... Terbang la burung terbang... Burung la sudah terbang... Nasib baik dalam sangkar lagi!!!!

Bunting Gajah...

KL hujan... Perut rasa berlubang... Tetiba terasa nak makan cekodok pisang... Layan pulak dengan kopi o... Lagi sedap kalau cecah dengan biskut lemak... Ini namanya ngidam bunting gajah!!!

Keh Keh Keh... Boikot Dah Habis...

Keh Keh Keh... Gelak sakan sebagai pembuka bicara... Ingat lagi entry  Hik Hik Hik... Boikot Konon... Hik Hik Hik... Kalau tak ingat tak pe... Melayu kan mudah lupa... Tadi ingat nak tapau McD... Rupanya panjang beratur! Ceh!!! Hangat hangat taik ayam katik berbulu itik!!!!

Persiapan kahwin punca terperangkap hutang...

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan masalah kemelut hutang melibatkan nilai sebanyak RM82 juta yang dihadapi kira-kira 2,550 individu sejak ditubuhkan pada tahun 2006 sehingga kini. Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, antara punca utama mereka terperangkap di dalam belenggu hutang tersebut adalah melibatkan pinjaman untuk perbelanjaan perkahwinan. Katanya, kos persiapan perkahwinan yang semakin meningkat telah memaksa golongan muda kini lebih gemar membuat pinjaman tanpa berfikir panjang. "Selain persiapan. faktor wang hantaran yang tinggi termasuk menyediakan barangan hantaran seperti barang kemas dan sebagainya menyebabkan bakal pengantin terus tersepit sehingga terpaksa berhutang melalui pinjaman peribadi dan lain-lain. "Kebanyakan golongan muda di bawah umur 30 tahun yang ingin berkahwin biasanya baru mendapat pekerjaan di antara dua hingga tiga tahun dan sudah tentu tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh s

Macam Hampeh...

Terasa macam hampeh bila, masa tengah tengok bola, ada pengkritik tak bertauliah di sebelah... Lagi terasa macam hampeh bila perlawanan yang ditonton seri... Diri terasa hampeh lagi bila kentut tak lepas... Itu angin pusing pusing dekat ulu hati... Dah dekat sangat dengan pintu keluat tapi tak nak keluar... Ni yang hampeh sangat ni, bila ngadap laptop nak menulis, tapi tak ada idea... Korang mesti rasa macam hampeh je kan bila baca entry macam ni... Lepas tu korang pun akan menulis komen yang hampeh gak kan! Ah... Itu tak cukup hampeh lagi... Hari ni rasa macam nak makan durian crepe... Geram pulak aku bila tengok irang duk upload cerita durian crepe bagai ni... Mana nak cari oi!!!! Hampeh betul la tukang karut ni... Penat je aku baca... Sat... Aku rasa nak kentut dah ni... Aghhhhhh... Lega... Sat... Ada lagi... Dah kat hujung dah ni... Betul ke lelaki akan beriubah menjadi macam hampeh bila dah kahwin? owh... OK... Aku rasa ramai yang akan kata betul!!! Dah la... Baik aku

Hikayat Pak Pandir #7

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering. Pak Pandir: Pukul berapa perpustakaan akan di buka? Pustakawan: Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" Pak Pandir: Tak boleh buka awal lagi ke? Pustakawan: Mana boleh! Pustakaan tidak akan dibuka sebelum pukul 9pagi!!! Pustakawan: Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk? Pak Pandir: Siapa kata saya mau masuk? Pak Pandir: SAYA MAU KELUAR!

Hikayat Pak Pandir...

Satu pagi di stesen keretapi... Pak Pandir dengan ramah tamah menyapa penjaga tiket... Pak Pandir: Saudara, keretapi sampai jam berapa?? Penjaga Tiket : Yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang... Dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur pulak sampai jam 4 petang... 1 jam lagi datang dari Gemas... Pak Pandir: Owwwhhh... Penjaga Tiket : Pak Cik nak ke mana??? Pak Pandir: Tak ke mana mana la... Aku nak melintas landasan keretapi ni jea...

Puasa Wajib VS Puasa Sunat...

Isnin - Khamis... Berada di Melaka... Renaissance Hotel Melaka... Mesyuarat pagi petang siang malam... Sibuk dunia... Bila tiba waktu untuk balik... Dah tak nyempat nyempat... Hingga ditegur bos... Bos Besar : Aik... Cepat sangat nak balik? Bini bukan ada dekat rumah pun... TK: Ha la bos... Bini memang la tak ada dekat rumah bos... Tapi ni nak balik kampung sat... BB: Oohhhh... Awatnya nak balik cepat pun... Kan dalam pantang lagi.... Dapat tengok je pun... TK: Ha... Tu la nak balik cepat ni bos... Pantang dah habis dah semalam bos! BB: Owh... Patut la... Air dah melimpah la ni... Tapi... TK: Tapi apa bos? BB: Memang la puasa wajib 44 hari dah habis... Tapi hang KENA puasa sunat pulak sampai genap 100 hari! TK: Owh... kecewa!

TekaTeki Garu Kepala...

Dalam banyak2 pertandingan, pertandingan apa yang perempuan tak akan menang lawan lelaki sampai bila bila? Dalam banyak2 binatang, binatang apa yang paling banyak telur? NotaKarut: Siapa dapat jawab.... aku belanja musang king!

Bila Semua Nak Di Omputih kan kan kan...

1) frog under coconut shell 2) monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation 3) let the child die, please do not custom perish 4) throw stone hide hand 5) already fell in befall ladder 6) harpoon two eyes 7) wife will love live will stay, child will honey will hand hand 8) banana fruit twice 9) sparrow equivalent hornbill which flaying with 10) dog barked hill

Selamat Malam - Pantun.

Pecah kaca pecah pinggan... Terkena pula beg bonia... tukang karut tak menang tangan... Sibuk mengurus urusan dunia... Pahit pahit petai dibuat ulam... Manakan sama dengan pahitnya jering... Sesudah siang datangnya malam... Apa ditunggu, jom la kita pi baring...

AES Dari Sudut Pandang Engineer...

Sana sini heboh orang memperkatakan Saman Satu Malaysia a.k.a. AES ... Perlu penerangan ke? Rasanya tak perlu... Rakyat Malaysia semkin bijak pandai... AES... Daripada pandangan seorang jurutera... Kenapa jurutera? Sebab jurutera tu... aku laaaahhhhhhh... AES... Pada dasarnya aku menyokong penuh dengan AES ni... Tapi itu pada dasar...  Pada permukaanya pulak, aku bangkang...  Terutamaya lokasi terletaknya camera AES ni... Apa hal pulak AES ni pasang dekat lebuhraya yang mempunyai 3 lorang... Yang kalau ikut rekabentuk geometri jalannya, hadlaju yang dibenarkan adalah 110km/j... Tapi... Dek kebodohan... Atau kebahalolan... Atau apa saja la... Had laju lebuhraya tersebut di hadkan kepada 70km/j! Sah... Sah bengong... Confirm la dapat banyak saman dekat sana... Jalan lurus yang sesayup pandangan... Kawalan keluar masuk terkawal sepenuhnya... Lebar jalan mencukupi... Kenapa... Kenapa 70km/j???? Tapi dengan hadlaju tersebut, motor kapcai honda

Segmen Tahukah Anda Karut....

Tahukah anda madu dapat meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia... Madu juga adalah sumber laxative yang natural dan lembut yang kaya dengan vitamin dan mineral... Tahukah anda juga bahawa madu tidak elok disimpan dirumah??? Kenapa? Apa sebabnya? Kalau rasa nak berperang dengan isteri, simpan la "madu"nya di rumah!