Langkau ke kandungan utama

Catatan

Update Pantas...

Baru jea sedar selepas "pengsan" selama 4jam lebih... Tekak rasa sangat la tak selesa sebab TERLAMPAU banyak jerit, ketawa sampai terguling-guling pecah perut... Suara yang keluar antara dengar tak dengar jea... Badan sakit2, walaupun tak ada aktiviti yang berat... Kepala pun berpusing-pusing berpinar-pinar mungkin akibat terlebih makan atau terlebih makan kambing golek!!! Mungkin agaknya badan aku dah TUA... Kalau orang yang tak kenal aku, mungkin akan cakap aku dah kawen dengan anak berderet-deret beratur... Muka pun nampak dah tua...Umur dalam lingkungan 30an!!! Oit!!! Padahal yang sebenarnya aku baru jea 26 tahun ma...

OFF DUTY...

DATE : 3-5 DECEMBER 2010 LOCATION : SELESA RESORT, BUKIT TINGGI... (tinggi mana??? jangan tanya aku...) Siap sedia untuk didera, diceramah, diuli, dicampur gaulkan sebabnya..... dah nama kursus ni pun membina pasukan (team building)... Apa yang nak dibina pun aku kurang periksa... tunggu jea penghujung kursus nanti baru nampak apa kebaikannya...

Apa Yang Perlu Aku Lakukan???

Macam mana nak buat orang tertarik dengan aku??? Yang follow aku sebab apa yang aku tulis dan bukan sebab terpaksa sebab aku dah melawat atau di lawati dan sama2 meninggalkan jejak... Penat aku cuba berfikir cara otai blogger berfikir... kreatif seperti cik epal , kritis macam ladyrye , atau Fida dengan idea gila2 lucu sedikit lucahnya... atau cik katak merah jambu ... Tapi sangat la hampa... Sebabnya... Aku perasan satu perkara... Aku lebih dominan menggunakan otak kiri berbanding otak kanan!!! Sifat kekreatif tu kurang... Macam mana nak asah bakat kreatif tu yea??? ada sapa yang boleh bantu???

Eh... Kenapa Tak Gerak Pun...

Selepas 2 hari, aku yang kononnya nak kurus ni berdiet, dengan rasa megahnya nak jugak tengok perbezaanya selepas 2 hari... Timbang punya timbang.... Tunggu sekejab... Tunggu lagi... Lagi menunggu... Gerak la wahai angka... Kenapa la angka-angka ni macam tak nak bergerak jea... Masih 75kg!!! Haih!!!! So... Sebagai hadiah, hari ni aku makan busat!!! Muahaha... Makan time... Fida... ada coklat lagi x?

pagi-pagi yang membosankan...

7.30am. breakfast time. every workday!!! Location: Cafe bawah. Bosan lepak breakfast dengan orang yang dah berumur ni... semalam cerita yang sama, hari ni sambung cerita semalam, lusa confirm akan cerita yang sama.... Tulat akan ulang balik cerita semalam!!! Haih!!! Aku ada lagi 32 tahun lagi nak berkhidmat... Takkan la nak lalui pagi yang membosankan sama sepanjang masa...

GENIUS BY BIRTH, LAZY BY CHOICE

Paling aku tak suka bila aku bangun pagi2, melimpah ruah idea nak coret2 dalam blog aku yang tak seberapa nak ada ni... Tapi menjelang petang, (sebab selalunya tak ada masa mencoret idea masa waktu kerja) ketika banyak kelapangan, idea tu macam segan2 jea nak muncul... Malas? Aku memang malas!!! Sebab? Sebabnya aku perasan bijak!!! So... Buat apa nak susah payah kan? Sebab tu, aku letak header macam di atas tu... GENIUS BY BIRTH, LAZY BY CHOICE Sekarang aku nak mencabar diri aku, untuk menjadi rajin... Cabaran untuk rajin membaca... Walaupun untuk membaca blog sahaja... Cabaran untuk rajin mengomen... Walaupun aku sangat malas dan lebih suka menjadi pembaca senyap (silent reader!) Cabaran untuk rajin berfikir membina ayat kebabomms supaya dapat menarik perhatian daripada para blogger... Cabaran untuk menaikkan traffic pembaca... Cabaran di atas hanya akan dilaksanakan dalam blog sahaja... Untuk cabaran di dunia realiti, aku mencabar diri aku ini untuk MENURUNKAN BERAT BADAN sehingga me

blog review tukang karut

Komen2 dari otai2 blogger... Akan aku usahakan untuk perbaiki apa yang dikomen tu...

Penyakit Sendiri Cari...

Kepala berserabut... Berpinar-pinar berpusing mengikut aturan alam semesta dewataraya... Perkara paling dibenci, mata sungguh mengantuk, seperti ada pemberat dikelopak mata, tapi macam ada sebatang lidi yang menupang kelopak mata ni supaya tak tertutup lena dibuai mimpi yang indah2...

Ibu segala Ibu...

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN... 2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA... 3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA... 4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR...

Apa tujuan sebenar berblog?

Apa tujuan sebenar berbloging ni? Jawapan 1. Sebab nak tulis apa yang ada dalam kepala otak. Jawapan 2. Sebab nak luah apa yang terbuku di hati. Jawapan 3. Kerana nak cari kenalan siber atau rakan baru atau adik angkat atau kakak terangkat dan seangkatan dengannya. Jawapan 5. Duit... Duit... Duit... Jawapan 6. Sebab nak kongsi ilmu, pengetahuan, pengalaman. Jawapan 7. Syok tengok dan kejar follower yang ramai...nak2 yang femes memes ni... Jawapan 8. Ikut suka aku la, nak buat apa pun, ada ke undang2 larang aku berblogging? Jawapan aku. Aku tak ada tujuan, halatuju. sekadar menulis untuk diri sendiri... Tak kesah la apa sebab pun kita berblogging... Mungkin masing2 ada tujuan dan matlamat atau idea tersendiri... Lagipun tak ada undang2 pun nak larang berblogging...

Sesi merapu meraban...

Bila dalam otak banyak sangat berfikir, akan ada satu wayar yang akan mengalami short circuit ... Tapi bila otak kurang berfikir, akan lagi banyak wayar yang akan terputus... Bila dalam otak kata nak diet, nak kurangkan berat badan... Masa ni la nafsu akan membuak-buak bergelora.... Bila perut kata kenyang, dan2 masa ni la otak berkata apa salahnya kalau nak rasa sedikit... dari rasa sedikit terus makan sampai licin... Bila otak kata tak mau... Hati kata mau... Naluri pun keliru... Nafsu pun berlari kegembiraan... Ada yang kita mau... Tak semestinya kita dapat... Ada yang kita tak mau pun... Tu la yang dok bergolek2 berguling mai kat kita... Lagi susah kalau macam2 kita mau...

Ultramen Ke 3...

Perkenalkan, seorang lagi Ultraman yang selamat dilahirkan... Mohd Syamil... Pipinya tak nak kalah dengan Pak Ngah nye...

Update Pantas...

11.24pm, 19.11.2010 Location: Hospital Kuala Pilah... Dapat lagi seorang ultraMAN... Bakal memeriah, meriuh rendahkan, mengharubirukan rumah kampungku ini... Menambah bilangan Ultraman sedia ada menjadi 3 orang semuanya... Dengan berat 3.96kg... Tapi ada dekat Hospital Kuala Pilah... Sebab ada masalah sedikit pada usus ... Sedang sibuk mencari nama... Ada idea yang menarik atau aku perlu buat contest???

Lelaki Kedekut???

Hari ini dengar siaran radio Negeri FM... Dan topik hangatnya... LELAKI KEDEKUT ... Betul ke lelaki ni kedekut bila pakai baju yang sama sepanjang tahun... Betul ke lelaki ni kedekut bila kurang nak bershopping2 nak beli baju baru??? Betul ke lelaki ni kedekut bila gunting rambut anak sendiri... Betul ke lelaki ni kedekut bila diajak makan luar, macam2 alasan diberi??? Betul ke lelaki ni kedekut bila dia menabung menyimpan untuk masa hadapan... Betul ke lelaki kedekut bila bajet bulanannya tiada puruntukan untuk berlagak bermewah2??? kedekut ke bila simpan duit? kedekut ke bila beli barang yang murah? kedekut ke bila makan dekat gerai sahaja? Ah!!! Lantak la apa orang nak kata apa pun kan... yang susah lelaki tu...yang senang pun lelaki tu... dah tau dia kedekut, buat apa korang perempuan yang bijaksana ni, ikut lelaki kedekut itu...

mati kutu bila kena gelak...

Baru jea sampai rumah ni. Pergi hantar adik pergi Hospital Pilah... dah sampai masa dia untuk meletup... dah samapi masa aku dapat ultraman yang ke3...Dan esok ada kerja untuk aku laksanakan... Seat belakang kereta habis basah dek air ketumban... air ketumban??? Serius... aku tak tau pun namanya... Main sebut jea... Dan akhirnya... aku dapat kutuk + gelak free2 jea... Ah!!! Lantak la... Ikut suka aku la nak sebut pe pun!!!

Korban Dikorbankan Pengorbanan

Korban... apa tu korban??? Korangkan orang yang terpelajar... pandai... tau nak bezakan baik buruk... Tapi ramai yang pandai ni menjadi korban atau lebih tepat dikorbankan... Malas nak hurai... sebab masing2 dah besar, dah pandai baca... dah pandai cari info... Ni bukan kerja lawak... Konon nak nampak pandai kata itu macam saya tapi bukan saya... Pengorbanan... Apa itu pengorbanan... Aku tengah fikir... Apa yang telah aku korbankan...Apa yang telah dikorbankan... dan apa pengorbanan aku.... Tajuk dan isi tak ade hala tuju...sekadar nak merepek...merapu...meraban... SELAMAT HARI RAYA HAJI KEPADA YANG SUDAH PERGI HAJI... SELAMAT HARI RAYA KORBAN KEPADA YANG BELUM PERGI HAJI... DAH TU TAK RETI2 NAK BUKAK AKAUN DAN DAFTAR NAMA DI TABUNG HAJI??? HANYA PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI...aku pun tak ada akaun Tabung Haji pun...

Semakin Kita pandai, Sebenarnya Makin Kita Bodoh...

Siapa mengaku dia pandai, angkat tangan... (Yang ketiak berbulu lebat, sila rendahkan tangan anda, takut ada yang terpengsan nanti) Siapa yang terasa dia bodoh, sila mendiamkan diri anda... Pandai ke korang, kalau korang yang lulusan UNIVERSITI masih lagi liat nak bayar PTPTN... Tak terfikir ke di benak fikiran korang yang pandai tu, kalau korang tak bayar, adik2 atau mungkin anak2 korang akan dapat susah nak buat pinjaman lagi??? Dan lagi pandai ke korang kalau korang tak bayar ZAKAT... korang dah tau ZAKAT tu wajib... Kenapa tak pergi bayar... Tapi apa nak hairan kan, yang wajib pun kadang2 terlepas terlajak tak terbuat... Yang sunat kita berlumba nak buat... tu yang makin pandai kita ni, makin la bodoh... Sebabnya... Bukan nye kita tak ada ilmu... Bukan nye kita tak pandai... Kecit2 lagi dah diajar... tapi kenapa makin kita pandai, makin bodoh pulak kita jadinya??? Dah tau benda tu salah, nak jugak kita buat... Dah tau merokok membahayakan kesihatan, dah diberitahu seawal sekolah r

Siapa Yang Jadi PM Malaysia Sebenarnya???

Berita Utama... 8.00pm, 12.11.2010 (kepada sesiapa yang menonton dan terperasan peristiwa ini sahaja yang akan memahami) Tok Jib melawat HKL... Tapi yang aku sangat la hairan, kenapa la si Tin Ros tu yang mendahului, membelakangi Tok Jib bersalaman dengan kakitangan HKL... Beria-ria pulak tu memotong kek macam dia pulak yang baru sembuh dari sakit... Siapa sebenarnya yang PM Malaysia pun aku tak tau la... Kekeliruan dibenak jemala patik rakyat maheran Malaysia ni...

Apa Yang Ada di Fikiran Lelaki...

Apa Yang Ada di Fikiran Lelaki... Adakah seks? Adakah Perempuan Bogel? Adakah berimaginasi perempuan seksi? Atau orang yang berjanggut...

Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku

Mandi di Poring Hot Spring Ranau Sabah...

Mengintai Anak Dara Sabah Mandi... wuaaa......syok ooooo.... meleleh wa cakap lu..... ... ... tapi, hanya dalam mimpi boleh la... Ate... Dema ingat kawan ni dah hilang akal ke nak ngintai anak dara mandi... Nak kena potong anu ke? Tak beraninye teman... Cakap besor berani la teman ni... Location: Ranau Poring Hot Spring Fee: RM3.00 Memang la teman de amik gambor... tapi tak de la berani teman nak amik gambor anak dara tengah mandi...walaupun peluang tu ada depan mata... sebab dah nama pun mandi tempat terbuka kan... kalau teman amik gambor pun, teman tak upload kat sini...naya teman kena saman jea nanti... Muka jejaka tengah kegersangan diulit mata kegatalan... sebab perjalanan darah menjadi sangat sangat lancar... mengembang apa yang patut dikembangkan... Sebelah lokasi air panas ni, ada air terjun... sangat la menakjubkan ciptaan Allah, di sebelahnya air panas bersulfur, boleh berendam seberapa lama yang boleh, hatta sampai kulit menjadi merah,

Bila Kepala Berpusing...

Yang A akan nampak jadi Z... Yang cantik akan nampak jadi huduh... Yang huduh akan nampak lagi huduh... Yang baik nampak buruk... Yang buruk nampak lagi buruk... Kepala berpusing...mata dah terletak dekat belakang... Mulut dekat kening... Kening dekat dagu... berpusing-pusing...berputar-putar... berpinar-pinar... dan kepala korang pun pening dah...

Orang Utan Sepilok, Sandakan Sabah.

Location: Orang Utan Rehabilitation Centre, Sepilok, Sandakan. Fee: RM5.00 for entry :RM10 each camera (only for personal use) Ni la rupanya bila orang yang tak pernah masuk hutan untuk tengok Orang Utan... Muka yang sangat teruja untuk tengok Orang Utan... Eh... Aku pun rasa pelik di sini... Aku nak tengok Orang Utan atau Orang Utan yang nak tengok orang seperti aku??? Ah...Lantak la nak kata apa pun... Yang penting aku dah sampai kat sini... Dah ada cop jejak kasut aku pun... Termasuk la tandaan yang serupa di buat oleh encik kucing jantan untuk menanda kawasan... Tak faham??? Cuba try tengok perhati kucing jantan apa yang akan dibuat sebelum masuk rumah... Ah!!!Lantak la nak faham ke tak... Waktu yang sangat sesuai, aku sampai kat sini ngam2 jea, waktu Orang Utan tu keluar untuk diberi makan... Untuk pengetahuan, Orang Utan diberi makan 2 kali sehari seperti yang tertera dalam gambar... (Pn Fida jangan berkata-kata yea, masa ni saya dah habis buat kerja pun) Orang Utan Sep

Panas!!!

Orang kalau kurang ajar , kita boleh ajar dia sampai dia jadi pandai sikit... Tapi kalau orang terlebih ajar , kita kena kurang ajar sikit biar dia jadi kurang pandai... Betul ke??? Atau aku yang kena diajar??? Kena belajar adab tatasusila balik la cam ni...

Jatuh cinta sama gadis Sabah.

Siapa bilang gadis sabah tak menawan Tak menarik hati, tiada memikat Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh Aduhai... lemah lembut gayanya Serta manis senyumnya Hitam pekat rambutnya Ayuh ambil si dia Di antara gadis gadis seluruh dunia Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia Di antara gadis gadis seluruh dunia Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia Budi bahasanya, pandangan matanya Sentuhan jiwanya membuatku terlena Ini adalah entry bergambar kerana aku sedang dalam mood sangat kemalasan... Sambungan dari Bab2 (sini) Gambar curi dari jauh... Jangan la ada yang merajuk sampai seminggu...

Eh... Lhorrr!!! Ye ker?

Ada ke patut aku dah lupa hari ni hari apa... Hari ini ialah hari SELASA... Macammana la aku boleh lupa hari ini hari apa... Mungkin sebab hari Ahad pun kerja... (Fida tolong bagitau bos saya kerja hari Ahad juga tau)

Urutan Ikan Kelah Di Tagal Sg. Moroli Ranau Sabah.

Urutan Ikan Kelah Di Tagal Sg. Moroli Ranau Sabah. Intro yang mengarut lagi... Orang kata, jangan disangka sungai yang tenang tiada buaya... Orang juga berkata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga... Orang lain juga berkata, sekilas ikan di air, dah tahu jantan betinanya!!! Ok!!! Stop!!! Enough!!! Berbalik kepada Entry sebelum ni... (Sini) , Sabah... Oh Sabah... Bab 2: Diurut Mesra Oleh Cik K... Cik K??? Cik K??? = Ayam = Cik K??? Arrggghhhh... Sudah!!! Dah la sepanjang 2 minggu datang Sabah ni kebanyakannya duduk hotel ayam... Tak kan la nak langgan ayam lak kan??? Jangan!!! Ayam hanya boleh dimakan, bukannya untuk dilanggan... Jangan cari penyakit!!! Pesanan khas dari penaja... Disambut mesra dengan Cik-Cik gadis Sabah yang sangat menarik tertarik memang dabooommm!!! Adoi... Sangat la hairan bin Ajaib... Kenapa la kulit diorang ni sangat licin tulus mulus... Tergoda ai!!! Sungai??? Apa la... Kalau setakat sungai

Bercuti di Kundasang, Ranau.

Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan... Orang kata juga, sambil menyelam sambil minum... Orang juga kata, alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan... Ok... Cukup setakat itu intro yang mengarut merapu meraban... Date: 26.10.2010 Location: Kinabalu Pine Resort. (Tel: 088-889388) Room Rate: RM160 with breakfast and dinner. KUNDASANG Antara tempat yang tersenarai dalam list yang aku nak sangat pergi menjejakkan kaki ini... Antara tempat yang termasuk sekali dalam senarai untuk berbulan madu... Akhirnya... Sampai jua aku di sini... Tempat yang sangat cantik, dengan berlatarbelakangkan gunung tertinggi di Asia Tenggara... Gunung Kinabalu... Dengan udara yang sangat nyaman... sejuk... Oh!!! Sangat seronok...Lupakan azab senggara yang bakal dilalui sepanjang kerja-kerja 2minggu nanti... Nikmati dulu keindahan ciptaan Allah ni... Lupakan kerja-kerja yang bertimbun2 di Pejabat!!!Lupakan semua!!! Lupakan Batu Sapi !!! Dengan penuh keterujaan, Roslan Moh.

Hobin Jang Hobin!!!

Kurang lagi 28 jam... Akan berlangsung secara langsung perlawanan Negori Sembilan, tanah tumpahnya aih darah den, melawan Kelate... Harap-harap lagu ni dapek membakar semangat penyokong2 Negori Sembilan... Walaupun den jauh di seborang laut... Namun... Hati den masih terlokek menyokong Negori den!!! Hobin Jang Hobin...4x Daghi sawah tughun padang Kini kau dah pandai nondang Kali ini mesti monang Bukan susah cukup sonang Hobin jang hobin...3x Sumbek gol banyak-banyak Bia sampai jaghing kuyak Main bia hati-hati Jangan masok gol sendighi Hobin jang hobin...4x Duo satu kocik bona Ompek satu sonyum lebar Kalu buleh tujuh kosong Bia dio balik molopong Molopong.. molopong. molopong.. Hobin jang hobin...4x Hobin jang hobin...4x Yam Tuan sokong kito Montoghi Bosar sokong kito Undang Luak sokong kito Jangan buek malu muko Hobin jang hobin...4x Hobin jang hobin...4x Bukan Main Bola Lisut Bukan Main Bola Tampat Biar Orang Tokojot ..Tokojot.. Kito Monang Pialo Malaysia Hobin jang hobin...4x Kali i

Batu Sapi Sandakan.

uuuuaaarrrhhhh!!! Tension!!! Nak tidur pun susah!!! Macam mana la pengetahuan am aku sangat rendah minggu ni... Batu Sapi... Sandakan... Batu Sapi... adalah tempat yang sama.... cuma nama jea yang lain... Full House!!! Bilik Penuh!!! Kalau tanya pun, semua rate bilik akan jadi double... Semua ni gara pilihan raya kecil batu sapi!!!! Masjid... Mana nak cari masjid kat sini... Gereja banyak la kat sini... tak kan aku nak bertapa dan melelapkan mata dalam gereja la pulak... Takkan nak cari gua tuk bermalam...mana la aku nak tidur ni yea??? cari punya cari.... cari punya cari.... Akhirnya... Jumpa jugak hotel... Eh... Layak ke dipanggil hotel??? erm... boleh la dikira hotel... dekat pekan Telupit, layak dipanggil pekan koboi macam ni... ni la hotel yang paling cantik yang ada... terpaksa terima seadanya la... jangan aku bangun pagi sok, badan jadi gatal2 dah la... pengajaran dari perjalanan yang tak dirancang!!!

Jauh... Sangat jauh!!!

Outstation to Sabah. Duration: 25 October 2010 until 3 November 2010. Location : Along Federal Road FT022, Tamparuli - Ranau - Telupit - Sandakan. Siapa2 nak mutiara murah dari sabah, boleh la buat tempahan yea... Tapi bukan tempahan setakat dengan air liur sahaja yea... termasuk la Puan Fida yea... Mau dengan pengerasnya... Yang penting ada Ongkosnya!!! Bajet dah lari la...tak sempat nak kejar... Laju sangat bajet ni lari...

Keropok Lekor Sedap Di Kuala Terengganu. Keropok Lekor B.T.B 2209

Lokasi: Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Jalan Nak ke Airport Kuala Terengganu Rasa: sangat sedap... hingga menjilat jari... tak percaya tanya bunga... malas nak tulis panjang2... hangpa tengok la berapa banyak periuk dia tuk rebus kopok lekor ni... kami ni bernasib baik jea sebab datang awal ckit...kalau tak, mau beratur panjang... Kepala pening... Blood pressure naik balik kot... chow...

teka teki...

1. yang dipicit putih, yang kuar hitam. 2. kalau ladang yang kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan terbakar, 3jenis buah apa yang terselamat. 3. hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua peha. 4. Kalau kita terus mengisi ke dalam lubang ini, ianya tetap tidak penuh. Lubang apakah ini. siapa yang jawab betul, aku belanja makan...

Tak ada berita lain ker?

Sangat menyampah menonton berita utama tv3 tadi... Umno... Umno... Umno!!! 1/2jam cerita perhimpunan agung Umno sahaja.... Sangat menyampah... Sangat meluat... Aku mengaku... Aku sokong Umno ... Tapi... Aku sangat menyampah, sangat meluat, bila masing2 nak bercakap besar... macam2 agenda nak dibahas... macam2 perkara timbul... Macam2 cadangan yang dikemukakan... Tapi... lepas perhimpunan... lepas mesyuarat... Apa tindakan lepas tu??? apa kesan lepas tu??? Adakah nasib melayu terus dibela... Adakah nasib warga keluarga luar bandar a.k.a orang kampung dibela??? Nasib orang melayu yang kononnya miskin bandar, terbelakah??? Cakap berdegar2... Cakap berdesing... tapi...habuk pun tarak!!!

Tetiba semangat membuak buak...

Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesamalah kita Cinta lenyap di arus zaman Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Peribumi merintih sendiri Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam Tertutuplah hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri Kita sudah tiada masa Majulah dengan maha perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha Melayu kan gagah di nusantara Melayu kan gagah di nusantara Melayu kan gagah di nusantara

Ada hikmahnya...

Bila sakit... Jangan fikir Allah tak sayang kita... Sebab tu peringatan untuk mengingatinya... Bila ada masalah... Jangan fikir nak lari dari masalah... Kalau lari laju sampai hujung dunia mana pun, masalah tu ada mengekor dekat belakang kita... Bila ada kejadian buruk... Jangan fikir yang buruk2 jea... Ada hikmahnya... Kalau bukan sekarang, lambat laun akan terserlah hikmahnya... Sebab kita tak tahu apa rancangan Dia yang di atas... Bila diberi pilihan... Jangan nak tamak nak ambil kesemuanya... Pilihlah yang terbaik... Rasa cam nak bercuti, nak jenguk adik dekat Hospital Kuala Pilah... Pagi Ahad lepas... Accident... Babi yang langgar motor dia... Tangan kanan patah... Dan tadi mak telephone... janin dalam perut adik, ada masalah... tali perut janin terkeluar... Mungkin sok lusa kena bedah... Tak pe la... Dah dekat due date pun... Tangan yang patah tak boleh nak tarik sebab Dr. takut... Ada hikmahnya... Lambat laun...

Mengada sungguh!!!

Huh!!! Ko ni... Malam2 buta ni mana nak cari!!! lagipun ni bukan musim la... Mengada sangat la ko ni tekak oi!!! Mintak yang bukan2 jea... Mana nak cari cendol durian malam2 ni... erm... sedapnya kalau dapat ni... sehingga menjilat kuku jari...

Orang Perempuan Memang Sukar Diramal.

Perempuan... Wanita... Gadis... Tak kiralah apa pun panggilannya... HAMPIR semuanya, aku pasti semua lelaki akan bersetuju, adakalanya mood kaum yang satu ni sukar nak diramal... Kadang2 pagi tu elok jea seceria matahari.. tak sampai 1jam, dah jadi mendung... masam mencuka... pastu dah ok balik... pastu muncung balik... Kadang2 buat2 tak layan adalah cara yang terbaik... buat bodoh jealah... dah ok nanti, ok la tu... Dah tiba masanya... paling tidak sebulan sekali... Mesti punya ada jea yang mood tak berapa nak ok... Tapi... Ada aku kesah???

Oh!!! Tu jea???

Bantuan khas lagi??? RM 500 jea??? Erm... Keciwa... Sangat2 keciwa... Ku harapkan 4 bulan, yang diminta 2 bulan, yang diberi tak sampai suku bulan... Mai pakat2 malas2 kerja wei...

Huh!!! Taubat dah!!!

Tak berbaloi!!!Sungguh tak berbaloi!!! Siapa orang Terengganu nak condem aku, silakan... Dah merata satu Malaysia ni aku redah dah, dah beratus hotel aku tidur dah, pergi Terengganu jea dah tak cukup nak kira ngan jari dah... Sebelum ni OK jea... Tapi sejak semalam!!! Sejak semalam... Sungguh sakit hati!!! Dah la tanya semua hotel, tak ada yang murah... Semua RM2oo++... Gila!!! Bukananya aku tak pernah duduk hotel tu pun... paling2 tinggi pun RM160++... Kalau banyak bintang yang berkilauan tak apa la jugak... Ni taraf hotel atas sikit dari HOTEL AYAM ... Dah la harga makanan pun mengalahkan harga dekat KLCC!!! Kalah foodcourt KLCC... Gila... Siapa yang pergi Terengganu lepas ni... Hati2 la... Pasni jangan harap aku nak bermalam dekat Kuala Terengganu lagi!!! p/s: Puan Fida... Tak jumpa sata sebab memang tak cari, kopok lekor de 8 bungkus dalam freezer...besok pagi2 jangan lupa goreng... update: Kenapa aku marah sangat??? Sebab aku kena bayar cash semalam!!! Menatang duit plastik aku b

1 Ayat 1000 makna...

Terkesima mendengar ayat ni. "Yang tua, ingatlah mati, sebab mati tu memanggil-manggil mu, yang muda, jangan ingat kau tak akan mati, sebab mati selalu mendekatimu..." terkesima........... klik di s ini

Takziah...

Salam takziah kepada keluarga 12 orang mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri petang 10.10.10 berhampiran dengan plaza tol Simpang Ampat... Dipercayai punca kemalangan adalah kesilapan pemandu yang memandu LAJU ... Laju??? Siapa yang biasa berulang alik menggunakan lebuhraya utara selatan,akan merasa sangat hairan bin ajaib... Laju??? Bukan ke memang perkara biasa bas dipandu laju??? Laju... Takat mana yang dikatakan laju tu??? 100km/j? 110km/j?? 120km/j??? Atau >120km/j??? Ada jawapan atau perlu berdebat??? Kenapa had laju 110km/j dilaksanakan di Malaysia??? Sebabnya mudah... Sebab lebuhrya di MALAYSIA direkabentuk dengan kelajuan 120-130km/j... Dah jadi adat tabiat rakyat Malaysia, yang dilarang tu lah yang best... Sebab tu HANYA kelajuan 110km/j sahaja yang dibenarkan diatas Lebuhraya... Akan ada yang akan terLAJAK laju termasuklah aku sekali... 1okm/j tu jadi deposit tetap untuk keselamatan KALAU-KALAU TERLAJAK LAJU.. . Akan ada orang yang buat-buat tak f