Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

5 Perkara Penting Semasa Menaiki Pesawat...

Hai... Sebagai sorang yang selalu terbang ke sana dan ke sini... Tentu korang tertanya tanya terutama yang tak pernah menaiki pesawat kapal terbang... Apa perkara penting yang perlu anda tahu semasa menaiki kapal terbang... Di sini aku nak turunkan sedikit ilmu... Mana la tu kot kot ada yang bercuti di siam lak kan kan kan... Jangan nak mintak macam macam... Jangan cuba nak mengada ngada nak mintak teh tarik roti telur bagai semasa terbang... Apa korang ingat mamak ada bukak cawangan ke dekat atas tu... Jangan kentut sesuka hati... Korang bukannya tak tahu, dekat atas tu, kita berkongsi oksigen yang sama dalam satu kitaran... Macam diibaratkan kentut dalam mangkuk kedap udara dan lepas tu tekap dekat hidung... Confirm baunya melekat dekat bulu hidung yang paling dalam! Kalau terasa nak melepas kan hajat besar... Kalau boleh... Sila buat penangguhan hajat tersebut sehingga mendarat... Bukan apa... Takut takut kalau Pilot terdengar korang TERkentut kuat gila masa tengah

Tazkirah Jumaat...

Hai... Sekadar berkongsi daripada tazkirah Jumaat yang di dengar tadi...  “Mereka tidak perlu menunggu lebih lama. Cuma dengan satu  semboyan sahaja mereka boleh lenyap. Walaupun ketika itu  mereka sedang leka berurusan mengenai dunia mereka (49).  Andai kata pada waktu itu mereka sedang berada di luar rumah  nescaya mereka tidak akan sempat kembali untuk berpesan  kepada keluarga masing-masing.” (50).   Surah Yassin Ayat 50.

Kata Laluan...

Hai... Kad ATM ada 4... Kad je yang banyak pun... Duitnya ada banyak... Banyak sangat... Beribu ribu lemon... Tapi bukan aku yang punya... Hohoho... Ahmad Albab yang punya... Setiap satu lain lain nombor PIN nya... Kalau kad ATM ada 4... Dah tentu online banking nya pun ada 4... Dah tentu kata laluan nya berbeza... Dan juga IDnya berbeza... Dan juga tandatangan nya juga berbeza... Ini Serius...  Ye la... Tandatangan masa budak tingkatan 5 dengan yang dah tua bangka 28 tahun ni... Sangat la berbeza! Padahal orang yang sama gak yang sign... Tadi masa dekat bank... Tak boleh nak keluar duit sebab tandatangan tak sama... WatThe$%%#%&... Lagi satu... Email je ada 3... Dah tentu lain lain ID dan kata laluan nya... Nak ingat password blog lagi... Twitter... Facebook... Nak ingat password nuffnang lagi...  Nak ingat password MYEG lagi... Nak ingat tu... Nak ingat ni... Huh! Argghhhhhhh!!! NotaKarut: Aku lupa ID salah satu a

Fakta Vs Karut

Fakta: Bijih besi adalah batu dan galian dari mana logam besi boleh dihasilkan secara ekonomik. Bijih biasanya amat kaya dengan besi oksida dan pelbagai warna dari kelabu gelap, kuning menyala, ungu gelap, sehingga merah karat. Karut: "Bijih besi" adalah bahan menyerupai batu dan dihasilkan melalui aktiviti perlombongan serombong kapal. "Bijih besi" biasanya amat kaya dengan habuk, sel sel mati, hingusan dan pelbagai warna dari kelabu gelap, kuning menyala dan unggu gelap sehingga yang merah berkarat... Takukah anda aktiviti "melombong bijih besi" ketika menaiki pesawat boleh mengakibatkan kapal terbang menjadi senget sebelah?

Kisah Kelmarin, Semalam, Hari Ini...

Hai... Hari ahad berhabis Seratus lebih beli durian... Makan ramai ramai dengan keluarga... Memang sedap... Sehingga menjilat kuku... Hari isnin lepas, tak berhabis duit pun beli durian... Orang belanja... Makan free... Memang lagi sedap la... Sehingga menjilat bawah kuku la... Nak nak lagi sedap kalau kuku berwarna hitam lepas berak... Hari selasa lepas... Orang belanja makan durian... Balik pulau punya durian... AngHeng... Udang merah punya... Gred super AAA... Free... Memang sedap dan terbaik dari ladang la... Dah tak lalu nak menjilat bawah kuku dah... Hari ni... Keluar duit sendiri... Puan Suri bising bising nak makan durian... Bila dah biasa makan gred AAA ni...  Terpaksa jugak la makan musang king... Perghhhh... Terbaik... 3 biji seratus lebih... Malam ni rasa pening kenoning... Itu darah sudah naik atas sampai siling... NotaKarut: Aku tulis apa pun aku sendiri tak faham...

Caddy Golf Tak Pakai Bra Dan Boleh Pegang Pegang...

Hai... Tadi aku baru tau... Dari teman teman di sini... Satu port baik punya ni... Golf club yang caddy nya tak pakai bra... Fuhhhh!!! Terbaekkkk... Confirm terjojol... Terjojol baju... Terjojol biji mata... Lepas tu... Dekat seluarnya tu tak ada poket... Yang ada poketnya dekat bahagian kiri dadanya sahaja... Bola golf disimpan di mana? Dah tentu la di poket sebelah kiri dada si caddy baik punya tu... Kalau nak bola golf tu... Kena seluk sendiri dekat poket... Fuhhhhh... Berderau darah mendengarnya... Silap silap tertarik "bola" golf hitam pink lak... Jab... Jab... Nak bayangkan... Fuhhhhh... Terbaekkkkkk la... Tetiba je rasa nak beli set golf... Lepas tu... Tetiba je rasa nak tanya... "Cun tak caddy kat situ?" Teman tu menjawab... "Cun apa nya... Tangan pun penuh berbulu!" Cait!!!! Caddy jantan memang la tak pakai bra!!!!!!! "Dah hang tak tanya jantan ka perempuan..." NotaKa

Anak Mami...

Hai... Orang kata... Anak mami Penang comel comel... Hidung terletak... Mancung ke langit... Cantik serba serbi... Hajat di hati nak cuci mata... Nak sahkan sendiri kata kata orang... Tapi... Malam ni...  Cari punya cari anak mami... Satu pulau dah pusing... Tak jumpa seorang pun anak mami! Yang banyak jumpa nya... Bukan anak mami yang dijumpai... Tapi mamak!!! Bulu dada penuh di perut... Apa barang! NotaKarut: Last kopek outstation sebelum berpindah ke pejabat baru dan terkurung...

Terkejar Kejar...

Hai... Tadi kan... Aky balik rumah awal kan kan kan... Aku kan kan... Aku tertidur kan... Al maklumla kan... Lepas makan kan... Kena pulak bedal nasi lemak duan pisang 4bungkus kan kan... Confirm la Buncit la tu kan kan... Panas lak tu kan... Duduk pulak dalam aircond kan... Memang terbaik la kan... Nasib baik terjaga kan... Kalau tak lepas belon kan... Nak pi Penang la ni kan... Mana la tau terjumpa anak mami hidung macam kharina khan kan... Terkejar kejar tadi tau kan... Nasib baik sempat kan... Kalau tak, confirm padan muka aku kan kan kan! NotaKarut: sempat lagi menulis takala 10 minit lagi nk terbang... Published with Blogger-droid v2.0.6

7 Jenis Pemandu Yang Bisa Membuat Aku Tersenyum...

7 Jenis Pemandu yang hanya biasa dijumpai Di Malaysia : Pemandu Fobia: Jenis pemandu ini sangat fobia dengan warna kuning terutama sekali bila di persimpangan yang ada lampu isyarat... Pantang nampak lampu tu hijau bertukar kuning, memang pedal minyak di tekan sehingga ke lantai... Memecut gila gila babeng punya la... Fobia kot tengok warna kuning ni... Masa lampu hijau boleh pulak memandu dengan tenang... Mungkin masa kecil dulu dulu, dia tertelan crayon berwarna kuning agaknya... Pemandu Botox: Jenis pemandu ni adalah pemandu yang gemar “mencucuk” belakang kenderaan lain sebagai kereta di depan tu perlahan sangat dan nak laju... Bila dah bagi potong, tak nak pulak meninggkatkan kelajuan dan memecut! Terkemut kemut mengalahkan kura kura tertelan biji gajus gak... Awat? Hobi ka mencucuk cucuk ni??? Sangat menyakitkan hati kan... Pemandu Tangkai Jering:  Pemandu ni adalah pemandu paling kedekut terutama dalam hal hal nak memberikan lampu signal ketika membelok! Ini sangat m

Pantun Seksi...

Pisang Emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, Apakejadahnya Pisang Emas dibawa belayar, Masak cekodok kan lagi senang hati... Anak cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati, Apahal cina pulak pasang lukah, Adakah semua melayu sudah mati... Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah di Johor beli barangan, Mata terjojol kainnya jarang, Apa dicari didalam kain wahai tangan. Baju seksi entah mana atang, yang ada butang tanggalnya butang, cuba bayangkan generasi mendatang, kalau sekarang dah tunggang langgang NotaKarut: Hilang taring karutan... Bosan!!!

Bila Tukang Karut Mengarut...

Burung Unta terkenal kerana menyembunyikan kepala mereka di dalam tanah apabila sahaja berhadapan dengan bahaya. Tabiat ini tidak pernah direkod atau dilihat, walaupun burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila pemangsa ada berhampiran.  "Burung" Uncle juga tekenal kerana memanjangkan kepalanya bila berhadapan bahaya... Katak dan kodok sering dibezakan berdasarkan wajahnya yang disebabkan penyesuaian yang tertumpu kepada persekitaran kering di kalangan haiwan yang bergelar kodok; bagaimanapun, pembezaan ini tiada dasar taksonominya. Satu-satunya famili yang diberi nama am "kodok" secara eksklusif ialah Bufonidae, tetapi banyak spesis dari famili lain turut dipanggil "kodok," dan spesis di bawah genus kodok Atelopus digelar "katak badut". Katak dan kodok pisang dibezakan berdasarkan rasanya... Kodok pisang jelas terasa pisangnya dan katak pula jelas terasa kekatakannya... Di

Pemenang GA Karut ~ Langkawi...

Hai... Mood berblog masih lagi ke laut... Tak sempat atau dalam kata sebetulnya masih lagi malas nak menjenguk kawan kawan... Maafkan hamba yang hina lagi terkutuk ini wahai tuan hamba semua... Eh... Dah ke laut... OK... Sebelum hamba melalut entah ke mana, baik kita balik ke pangkal jalan yang benar... Kalau balik ke pangkal jalan yang tak benar lagi menyesatkan pun nak buat apa, ye tak??? GA Karut ~ Langkawi...   Tak ada sambutan... Keciwa hamba... (Sambil muka tertunduk ke tanah sambil hujung jari kaki main main hujung carpet...) Yang masuk nya seorang je... Ye la... GA ikut suka hati... Mana la ada orang nak masuk kan kan kan... Tapi... Apa ada hal... Jimat duit hamba... Yang masuk ni pun, dia yang request GA ni sangat sangat... Pi la lawat dia kalau nak tau apa yang dia karutkan di SINI ... Puan Bunga Ros Maida... Tahniah la ye... Hadiah ni pun aku beli ikut kehendak ko... Tapi aku beli yang besar punyaaaaaaaaaaa... Cam mano den nak

Lemau...

Hai... Hari ni terasa lemau kerana hari ini hari Isnin! Hari ni terasa lemau kerana hari ini terpaksa bertugas semula selepas cuti panjang. Hari ni terasa lemau kerana hari ni hari pertukaran tempat bertugas. Hari ni terasa lemau kerana hari ni ada majlis perpisahan untuk diri sendiri. Hari ni terasa lemau kerana penat badan kesan bercuti panjang mengukur panjang jalan di Langkawi. Hari ni terasa lemau kerana tak ada mood... Hari ni terasa lemau kerana terpaksa ke Ipoh untuk mesyuarat... Terpaksa mintak tangguh pertukaran tempat bertugas. Lemau... Macam biskut lemak dicecah Teh O dan terendam lama...  NotaKarut: Adakah ini karutan berIQ tinggi?

GA Karut ~ Langkawi...

Hai... GA Karut ~ Langkawi... Atas permintaan ramai... Kononnya la... Sibuk nak suruh buat GA bagai la... Nak ole ole dari Langkawi ke??? Kena la sertai GA karut ni.... Syarat: tiada... Syarat yang ada dalam PTPTN tu pun korang tak nak ikut... Inikan pulak nak ikut syarat tukang karut... Follower: tidak semestinya... Tapi kalau follow itu kan lebih indah... Tag mengetag: Tidak perlu... tapi kalau tag pun apa salahnya... Mana tau siapa yang banyak tag tu boleh menang... Hadiah: Belum tahu lagi... Mungkin Key Chain je... Muahahahahahaha... Ntah la... Mungkin coklat... Mungkin air masin laut langkawi je... Cara nak pilih pemenang : ikut suka hati aku! Cara nak menang?: Aku suka kepada entry yang kreatif... Tarikh tutup : Ikut suka hati aku... Kena isi apa? Kena la isi tempat kosong di bawah ini... Tapi tidak diwajibkan pun... Saya suka/tertarik/cinta/benci/menyampah/bosan/meluat/(me~ me~ me~ ikut suka hati korang la) dengan tukang karut

Fakta Atau Auta???

Fakta : Setiap kumpulan Dikir Barat biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Fakta Tukang Karut : TK tak pandai menyanyi pun... Betul... Ini serius! Kalau menyanyi karaoke tu, biasanya TK akan menyanyi sambil mic nya di off... Dan kadang kadang kalau TK menyanyi, kosa kata lirik akan habis dulu sebelum irama atau dalam kata lain tak ikut rentak lagu... Ikut dan dia dan sedap hati perut telinga dia... Atau dalam kata lain TK telah menYUMBANGkan lagu tersebut... Fakta : Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir

Tahukah Anda???

Tahukah anda cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano... Tahukah anda di dalam hidung manusia ada rerambut yang dipanggil bulu hidung yang kadang kadang terlekat kekotoran yang bergantung gantungan pada tahap nano... Tahukah anda Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Tahukah anda terdapat "kucing liar" yang selalu mencari mangsa mangsanya di int

Bila Tukang Karut Rasa Stress...

Bila tukang karut rasa stress... Tukang karut jalan jalan di mall... Bila tukang karut rasa stress... Tukang karut mula membeli belah... Mula mula 1k... Spek menjadi idaman hati TERsambar terlekat dimata... Lepas tu tetiba pulak harvey norman buat sale comforter...  TERsambar satu... 2rat... Lepas tu baju... Baju mengandung suri... 3rat... Suri punya pasal... TERsambar lagi... Lepas tu melantak... TERmakan sushi king... 1rat... Lepas tu shopping lagi... 4rat... Balik dan mula buat kira kira... Eh... Tak sedar dah TERpakai duit plastik ni dah dekat 2k dah... Aduyai... Bertambah stress... NotaKarut: Aduyai... Tangan di dahi... Otak ke laut... Jiwa ke langit... Ter Ter Terdegup jantung ku... 

Aishiteru Versi Karut...

Menunggu mee goreng yang dipesan menyebalkan bagiku Saat ku harus bersabar dan terus bersabar Menantikan kehadiran makananku Entah sampai kapan aku harus menunggu Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani Kelaparan dalam kesendirian sepi tanpamu Kadang ku berpikir cari penggantimu Saat tukang masak terlena Walau harga tak berbeza jauh Namun aku tak mampu nak makan di pizza hut Bila teringin pejamkan matamu Dan rasakan a a a aku Kesedapan mee goreng kita takkan pernah rapuh Tak terbanding dengan yang lain Percayakan kesedapan ini Pada kekesedapan me me me gorengku Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga Entah penantianku takkan sia-sia Dan berikan satu jawaban pasti Entah sampai kapan aku harus bertahan Saat kuew tiaw sup mu dah sampai di sana rasa cemburu Merasuk baunya ke dalam pikiranku melayang Tak tentu arah tentang diriku Apakah sama yang kau rasakan Satu sendiri pikiran melayang terbang Perasaan lapar gelisah Peru

Ku Seru!

Bersimpuh rapi di hadapan busut jantan... Disinari rembulan bulan penuh menampakkan dihadapannya sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darahnya. Darah yang diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang telur... Sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi disisir rapi di dalam dulang. Kemeyan dibakar... Bertebaran asap kemayan memenuhi ruang udara... Hei si hantu raya Jembalang angin Aku tahu asalmu Engkau dari bulu hidung Nabi Adam Makanan engkau telur ayam Mari engkau Mari makan benda-benda ini. Hei si hantu raya Mari kau bersahabat Mari menjaga diriku Engkau taat perintahku Ikut segala perintahku. Hei si hantu raya Menyerupa engkau serupa aku Menyerupa engkau dalam diriku Jangan engkau langgar perintahku Jikalau engkau engkar Aku panah engkau Dengan panah berpanah Panah sakti Panah rajuma Menjelmalah engkau sujud dihadapanku... Hasad dengki ku... Perasa

Sarcasm

PERASAAN SEKARANG.. . MOOD SEKARANG... PERASAAN DIPENDAM.. .

Think Positive...

Dikhabarkan akan diletakkan di dalam Unit Network And Safety BTM... Aduyai... Apa yang aku tau pasal network... Server... Aduyai... Tepuk dahi... Dah la bakal orang bawah semuanya Bergred F a.k.a pegawai teknologi maklumat... Confirm kena kelentong hidup hidup...  Apa yang aku tahu pun??????? NotaKarut: Hati sangat walang... Walaupun cuba untuk berfikiran positif... Agaknya orang Slope ni dah tak suka aku dah kot... Eh... Ada ke orang suka?

Berita Sedih...

Hai... Baru dapat pink form ni a.k.a. surat arahan pertukaran tempat kerja... Lepas ni dah tak boleh nak terbang sana terbang sini dah... Aduyai.... NotaKarut: Owh...Seafood sabah... Aku merindui mu...

Fakta Karut... Fakta Lalat...

Hai... Fakta 1: Jarak terbang lalat yang dapat ditempuh seekor lalat antara 450m sampai 900m... Fakta 2: Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang. Fakta 3: Halaju lalat terbang adalah lingkungan 2km/j Fakta 4: Lalat boleh terbang dengan kelajuan 80-110km/j dengan jarak sehingga 700km dengan hanya menumpang sebuah kereta! Fakta 5: Lalat boleh mencapai halaju terbang maksimum 900km/j dengan jarak 1000km hanya dengan menumpang sebuah pesawat AirAsia dari Kota Kinabalu ke KLIA!!! Fakta 6: Sebuah kereta sedang bergerak dalam kelajuan 100km/j dan di dalam kereta tersebut terdapat seekor lalat yang sedang menumpang terbang secara random. tiba-tiba bas tersebut berhenti secara mengejut. lalat tersebut turut serta mengalami inersia... Fakta 7: vector equation V_a = V_a/b + V_b  a = lalat, b=udara dalam kereta and a/b = a relative to b walaupon lalat tu terbang selaju 2km/h arah yang sama dengan kereta tu, Halaju sebenar lalat itu adalah 

Ambil Berat...

Hai... Kamu... Blogger yang dikasihi sekalian... Ada satu pertanyaan yang perlu jawapan jujur dari kamu... Adakah kamu ambil berat setiap entry yang kamu baca? Contohnya... Kamu cuba untuk memahami maksud tersirat bagi entry tersurat? Atau kamu dapat kaitkan dengan entry yang lepas lepas untuk memahami entry terbaharu? Contohnya apabila dia kata dia akan grad pada bulan lepas tetiba kamu terbaca entry terbaharu yang menyatakan dia berkemas untuk masuk hostel kembali... Adakah kamu mengambil berat? Atau sekadar mebaca sepintas lalu... Lalu mengomen apa yang kamu faham... Tanpa mengambil berat apa yang tersirat? Sekadar ingin bertanya... Adakah kamu faham entry ini? NotaKarut: Ketika entry ini di"publish", aku sedang enak mencuci mata menonton peha peha gebu Krew Krew AirAsia berkerja di awan biru...

Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli...

Keunikan Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli. Bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas dan perhiasan dindingnya. Bagaimana mahu ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli? Perjalanan selama 20-40 minit dari Kota Kinabalu ke Tamparuli, terletak di tepi jalan utama ke Kundasang, Ranau atau gunung kinabalu dan ianya berdekatan dengan SMK Tamparuli bersebelahan Shell sebelum bulatan Tamparuli. Berapa tiket masuk ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli? RM18 untuk dewasa pelancong asing. RM10 untuk dewasa pemegang MyKad RM5 untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun. NotaKarut: Owh...Lupa nak bagitau... Aku ada di KK lagi lagi dan lagi... Eh... Apa nak hairan... Bukan aku tiap tiap 2 minggu datang sini ke KK ke... huhuhu...

Tahukah Kamu...

Hai... Tahukah kamu Lipas merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki. Tapi tahukah kamu, tukang karut semasa masa kecil dahulu, kalau dia merajuk, dia akan menyorok di tempat di mana lipas tinggal... Tahukah kamu kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians )) untuk menghisap darah. Tapi tahukah kamu kebanyakan perempuan, bahagian mulut adalah tempat paling berbisa sekali... Kalau membebel tu boleh menanah telinga... Tahukah kamu semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul

Sajak Kadang Kadang...

Hai... Kadang kadang aku berfikir... Sampai bila aku harus menulis begini? Membuatkan aku terfikir... Adakah kamu suka aku menulis begini? Kadang kadang aku berfikir... Apakah kamu mendapat manfaat dari penulisan aku... Membuatkan aku berfikir... Apakah perlu aku menulis sesuatu yang berilmu tapi bosan? Kadang kadang aku berfikir... Apa yang kamu cari di sini... Membuatkan aku berfikir... Mungkin kamu hanya ingin berseronok... NotaKarut: Malam ini malam yang sungguh panas... Fuhhh!

Mitos Karut...

"LELAKI BOROI SELEPAS BERKAHWIN TANDANYA DIA BAHAGIA..." NotaKarut: Owh... Sambil tepuk tepuk lemak di perut... Kau la tandanya! pssstttt... Lelaki boroi seksi kan kan kan... Sila angguk cepat... Kalau tak, ada momok datang bertandang sat lagi!!!! Huh... Nak mencebik la tu!!! Ah... Lantak la... Aku rasa seksi apa... Hohoho...