Langkau ke kandungan utama

Tahukah Kamu...

Hai...

Tahukah kamu Lipas merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.

Tapi tahukah kamu, tukang karut semasa masa kecil dahulu, kalau dia merajuk, dia akan menyorok di tempat di mana lipas tinggal...

Tahukah kamu kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians )) untuk menghisap darah.

Tapi tahukah kamu kebanyakan perempuan, bahagian mulut adalah tempat paling berbisa sekali... Kalau membebel tu boleh menanah telinga...

Tahukah kamu semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain.

Tapi tahukah kamu perempuan kalau berkumpul dalam satu kumpulan, agenda pertama adalah mengumpat...


NotaKarut: Hik hik hik... Kang ada yang kena baling dengan tembikai ni kang... Hik hik hik....

Ulasan

Penulis Rindu berkata…
bolehkah PAS mentranfomasikan gelombang hijau?..jom baca
cik najah berkata…
=)

tempat lipas jugak jadi mangsa .

aku tak suka dengan cicak sebab aku tepegang tangan cicak . erk ?
Unknown berkata…
hahahaha berkaitan2..pedih hahaha
Unknown berkata…
haha.. aduhai... ingat nak buat entri pasal lipas tadi.. dah cadang nak komen yg lipas tu kami panggil coro.. huhuhu
Mek Onie berkata…
tahukah kamu lipas itu bikin aku tak lena tido?
norh berkata…
Rasanya lelaki kalau mengumpay lebih teruk kot.. ;p
Unknown berkata…
amboi... ktuk pmpuan nmpk! hahahaha
laki lg kuat ngumpat kot!! muahahaha
Rain berkata…
aku faham maksud ko TK, faham..

kalau bangun pagi esok tiada sarapan tu, sila lah faham Seri ye hahaha!
ctk berkata…
kamu ni streess kene bebel ngan cik suri ke :P
lieynanilaz berkata…
pedih bila membaca...haha.

p/s: adakah kamu berada di langkawi sekarang?semalam balik tengok ada banner di jeti mengenai jabatan kamu..hehe.
NasQ berkata…
@lieynanilaz dah balik dah pun... ni nak ke kota kinabalu lak ni...
Tanpa Nama berkata…
Tahukah kamu kalau TK berkarut
semua benda mesti jadi karut.
dill berkata…
tahukah kamu TK pun suke membebel?

kehkeh

dill.
khaifaiz berkata…
owh baru tahu...
syiela berkata…
adei ingatkan pasal lipas dan kamu je td.. hai
anak ayah berkata…
amboiamboi tk.......
lo nk memerli bg je laa kt dye..kn..?
lol --,
CikUna berkata…
bukan nak kena baling tembikai ni TK.. tapi durian musang king tu haa.. ngeee
Asrul "iLham" Sany berkata…
part yg mulut tu setuju...seram dowh...
~Sal Ismail~ berkata…
aku rasa nak baling ko dgn buah durian.haha!~
NasQ berkata…
@~SaL IjOu~ ok! Sila baling dengan durian musang king gred super AA ye!!!!
NasQ berkata…
@CikUna kalau tak cukup muka ni, bakul durian aku tadahkan!

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...