Langkau ke kandungan utama

Catatan

Final Hujung Minggu...

Minggu yang penuh dengan final... Final Raja Lawak 7... Malam ni... Jangan lupa bagi yang ada astro warna tu... Ramalan pemenang? Ntah... Korang rasa???? Aku rasa meluat dah ni... Tengok tengok gak, Isyak jangan lupa... Final Piala FA Kelantan vs JDT... Esok!!! Ok... Menurut kata orang belaan aku masa aku menurun pagi tadi nak mintak nombor ekor... Dia kata Johor yang menang... Pasal apa JDT menang? Pasal aku tak suka kelantan menang... Hahahahaha... Tengok bola tu tengok bola gak... Maghrib jangan nak 'Jamak Takyah' lak... Jangan ingat nak berebut BELI tiket gi stadium jea... Masjid yang masuk FREE tu, ingat ingat la jugak yea... Final piala Konfederasi 2013... Brazil vs Spain... Lusa... Kalau dah bangun  awal pagi tu... Jangan lupa buat solat malam sekali... Mana la tau kot kot 'jalan' lak pagi esok kan...

Perlukah Servis Di Service Centre Proton Apabila Tempoh Warranty Telah Tamat?

Service Advisor Proton(Gegirl tau): Wuaaa... Encik masih servis di proton yea? Tukang Karut: Ha... Nape? Service Advisor Proton: Tak ada la... Biasanya, kalau dah habis waranty, orang dah hantar dekat bengkel lain... Ni dah 65k masih setia hantar ke proton... Tukang Karut: (Dalam hati jea la) Eh... Ikut suka aku la mana aku nak hantar mana pun... Ada pulak cakap dengan customer macam ni...  Patutnya dia suka pasal aku masih setia hantar ke proton... Soalan untuk korang yang pakai kereta Proton atau Perodua... Korang hantar kereta korang dekat mana lepas habis waranty? Apa alasan? Bagi aku... Aku malas nak fikir... Bila hantar dekat proton, aku tak payah fikir apa nak diservis dan apa yang patut ditukar... Dia kan dah ada jadual apa yang nak dibuat... Kalau hantar dekat bengkel luar, kita pulak yang kena fikir apa nak buat... Suruh tukar apa yang patut... Kena pantau... Kena check barang ori ke tak... Suruh tu... Suruh ni... Aku malas... A

Komen...

Komen aku paling panjang dekat blog orang adalah 2 baris... Biasanya 3-5 patah perkataan... Aku pelik bila baca komen orang lain... Panjangnya berperenggan diatur macam karangan... Yang bagi aku itu adalah satu entry... Entry aku pun tak sepanjang itu... Comment please...

Owh Anak...

Muka gembira bila dapat paw aiscream papa...

Suami Tertekan. Stress.

Suri: Kenapa abang Musang call??? Musang Berjanggut: Abang tertekan... Suri: Abang ok??? Abang ada masalah apa??? Ce citer kat sayang... Musang Berjanggut: Saya tertekan je la... Mana ada masalah apa apa... Suri: Kalau abang ada masalah, cerita la.... Musang Berjanggut: Masalah apa nye.. abang ok je la... Abang cuma tertekan je... Suri: Ye la... Kalau abang tertekan.. abang kena la cerita kat saya... Kita kongsi sama sama... Itu kan tugas kita bersama... Mana la tau kot sayang dapat selesaikan masalah abang... Musang Berjanggut: Tertekan DIAL handphone pun kena cerita ke???

Topeng Muka Jerebu Yang Selesa...

NotaKarut: Selesa sangat kan... Lembut jea...

Lapan Bulan Sudah...

Lapan Bulan Sudah... Cepatnya masa berlalu...

PandanganKu Kabur....

Cadangan Buat Kerajaan Malaysia....

Disyorkan kepada kerajaan Malaysia... Supaya pembuat pembuat dan pengimport kereta di Malaysia memansuhkan pemasangan lampu signal... Kerana ramai pemandu di Malaysia tidak tahu penggunaan lampu signal ketika menukar lorong atau keluar simpang... Cukup sekadar berniat di dalam hati nak tukar lorong... Disyorkan juga supaya pemasangan hon juga dimansuhkan... Biar tak boleh menbunyikam hon panjang bila pemandu menukar lorong sesuka hati... lagipun dah nak mansuhkan lampu signal kan kan kan....

Fakta Bila Lelaki Memasak...

1. 99.999999% lelaki di Malaysia sangat pandai memasak kari... Tapi... Maggi kari jea la... 2.  Lelaki kadang kadang kalau datang mood baik memang suka memasak... Tapi teramat sangatlah malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk... 3. Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang rumah... Bukan main bising lagi... 4.  Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju... Lebih afdal dan sedap jika peluh memercik di dahi dan ketiak... 5. Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap lemak manis dan masin...

Al kisah tukang Karut...

Tukang Karut : Bang, macam mana kira mangga ni?... Tukang Jual : Sekilo 7 Ringgit!... Tukang Karut : Umangaihhhh... Mahal gila... 5 ringgit sudah!!! Tukang Jual : Mana dapat!!! Duit minyak pun tak lepas... Tukang Karut : Manis ke? Tukang Jual : Confirm manis gila... Tukang Karut : Kalau tak manis, macam mana bang?... Tukang Jual : Kalau tak manis, tak payah bayar!... Tukang Karut : Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!... Tukang Jual : "#$%@%&%????...

Makan Di Kedai Melayu...

Tukang Karut : Dik, mai sini sat... Tukang Amik dan hantar Order : Ye saya... Ada apa encik? Tukang Karut : Saya ada masalah dengan tomyam saya ni... Tukang Amik dan hantar Order : Kenapa encik? Tukang Karut : Cuba kamu rasa tomyam ni... Tukang Amik dan hantar Order : Kenapa? Tom yam ni terlalu masin ke encik? Tukang Karut : Tak!!! Cuba kamu rasa dulu.. Tukang Amik dan hantar Order : Atau tomyam ni terlalu panas? Tukang Karut : Tak!!! Cuba la kamu rasa dulu.. Tukang Amik dan hantar Order : Ok, baiklah... Mmmmmm, mana sudunya? Tukang Karut : Haaa. tu la masalah dia...

Rabu Tanpa Kata Kata

. Cantikkan Payudara Secara Semula Jadi!

Lelaki Apabila Merajuk, Tak Lama...

Lelaki Apabila Merajuk, Tak Lama... Al kisah si Musang Berjanggut tiba tiba menjadi seorang yang pendiam seakan merajuk... Dah 3 hari tak bercakap dengan suri... Suatu petang Suri pun bertanya; Suri: Kenapa U? Musang Berjanggut: Ahhhhh!!! nak muntah!!! Suri: Awat ni? Ni pasai beli kasut baru tak bagitau ker? Musang Berjanggut: Tak! Suri: Pasai mak bapak suruh kampung sampai 2 minggu ker? Musang Berjanggut: Tak! Suri: Pasai kereta u, i tercalar body ker? Musang Berjanggut: Tak! Suri: Err! pasai i kelaurkan duit u RM1,000 tak bagitau u ker? Musang Berjanggut: tak! Suri: Pasai i tak iron baju u ker? Musang Berjanggut: Tak Suri: Pasai u kena basuh dan sidai baju kita ker? Musang Berjanggut: Tak! Suri: Abis tue??? awat nie??? jangan la buat i macam ni... Musang Berjanggut: Err! kenapa u dah boleh sembahyang... Tak cakap dengan i pun!!!

Pantun Romantik Atau Cemburu

Pantun Romantik Atau Cemburu Panas besi merah membara, Diketuk ketuk dibuat loyang, Kalau cemburu sudah membara, Pinggan mangkuk terbang melayang... Jangan dinilai kulit buku, Pandang renungkan dalamnya ilmu, Padamkan api cemburu itu wahai sayangku, kerana hati ini sentiasa ada kamu... Tinggi tinggi pokok betik, Nampak jauh di tengah kota, Berpuluh beratur wanita cantik, Cuma kamu yang aku cinta... NotaKarut: Nak komen???? Sila berpantun yea...

Gempar! Tapak Kaki Bigfoot Di Kepis, Kuala Pilah

Kuala Pilah: Penemuan lebih 200 kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun getah berhampiran Kampung Kepis Baru, di sini, kelmarin, menggemparkan penduduk setempat. Penduduk kampung itu, Adnan Pungut, 48, yang mendakwa orang pertama menemui kesan tapak kaki ganjil itu berkata, dia ke kebunnya jam 3 petang untuk membersih serta membakar longgokan kayu pokok getah yang ditebang. Bagaimanapun, dia terkejut dan segera pulang selepas menemui kesan tapak kaki ganjil yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hidup. “Sebaik melihat kesan tapak kaki bersaiz luar biasa yang ganjil itu, saya melarikan diri pulang kerana sangat takut. Saya memaklumkan kepada jiran dan penduduk kampung sebelum kami bersama-sama pergi semula ke kebun getah itu. PENDUDUK menunjukkan kesan tapak kaki yang luar biasa ditemui penduduk Kampung Kepis Baru. “Kami menemui lebih 200 kesan tapak kaki ganjil bersaiz sama sepanjang menjejaki binatang itu. Kesan tapak kaki yang ditemui itu berbe

Isnin Yang Haru Biru...

Kau mampu? Kau mampu datang pejabat dengan selipar selah lain sebelah lagi lain... Sebelah warna coklat sebelah warna biru? Kau mampu??? Aku... Aku terbuat buat mampu lak tadi... Aduyai... Mana nak sorok kaki ni... Tapi... kau mampu? Aduyai... MAMPUssssssss... NotaKarut: Datang ke pejabat memakai selipar adalah perkara biasa bagi penunggang motor, kalau tak bertakung la air hujan dalam kasut... 

Teknologi Memusnahkan...

Si bapa memegang iPhone... Si ibu mengadap S3... Si anak leka degan iPad... Si anak lagi ulik menyentuh skrin samsung tab... Mungkin... Mungkin hajat keluarga ini hendak menyambut hari bapa di luar dengan makan bersama... Tapi sayang... Hanya medium maya yang dipilih... Si ayah bercakap dengan Instragram... Si ibu upload gambar di FB...'Kami keluarga bahagia sedang menyambut hari bapa,'... Anak sibuk bertwitter... Dan anak lagi sibuk bermain candy crush saga.... Zaman ini.. Teknologi memusnahkan komunikasi nyata...

Jumaat Penghulu Segala Hari

Jumaat Penghulu Segala Hari Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepad

Pantun Selamat Malam.

Pantun Selamat Malam... Orang berbahasa kita berbudi barulah indah perilaku kalau masih ada yang sudi Marilah berpantun bersama aku \Duit berjuta harta berkoyan,  Hidup sorang terasa sunyi Pantun empat kerat siapa nak layan, Dua kerat pun boleh asal berbunyi

Persediaan Malam Pertama.

Persediaan Malam Pertama. Pagi tadi... Breakfast punya cerita... Lalu dekat sebelah awek... tak la cun sangat... Terdengar perbualan... Atau mencuri dengar kata orang... Gadis A: "I Nak diet la hari ni... Makan roti bakar jea..." Gadis B: "Eh... U kan kurus? Napa nak diet lagi? Gadis A: "Kurus!!! Kurus u kata, i dah berisi la..." Sambil aku jeling ke arah tubuh mengamati tubuh badannya... Dalam hati ada terdetik: 'Kalau kau yang kurus keremping bak papan lapis kena belah dua kalau kena tiup dengan angin sepoi sepoi bahasa pun boleh terbang ni kau kata dah gemuk... Abis tu aku yang agak sasa dan sedikit boroi ni nak masuk kategori apa?" Berkenaan denganTajuk tu, betul apa... Kalau dah rasa tulang jea, apa sedapnya nak peluk????

Beza Lelaki Dan Belalai Gajah.

Tahukah anda Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter... Tahukah anda juga beza antara gajah dan lelaki adalah belalainya... Gajah kepalanya yang berbelalai, manakala lelaki pula belalainya yang berkepala...

Lawak Kelakar Lucu Habis.

Lawak Kelakar Lucu Habis. Perbualan Pak Pandir, Tukang Karut dan Musang berjanggut semasa kecil. Tukang Karut : Musang Berjanggut, ko kalau dah besar nak jadi apa? Musang Berjanggut : Aku kalau dah besar  nanti nak jadik Superman woo... Boleh selamatkan orang... Ko pulak? Tukang Karut: Kalau kau dah besar jadi Superman, aku ingat masa kecik ni aku nak jadi Superboy dulu la pulak... Lepas tu turn ko pulak la kan... Pak Pandir: (Sambil korek hidung) Abis tu??? Aku nak jadi apa? Pak Pandir: Erm... Aku ingat aku nak jadi Supermarket... Macam-macam ada...

Bulan... Owh... Bulan...

Bulan... Owh... Bulan... Dalam hati ada takut... Takut takut kalau ter'accident'... Al maklum la... Lama dah 'puasa'... Tak boleh control punya ma... Tembak ikut suka... Itu bulan lambat sampai... Bukan ana punya bulan, itu suri punya bulan... Itu bulan kalau lambat, ada makna sang Puteri bergelar sulung... Tunggu punya tunggu... Hari tukar minggu, nasib baik tak tukar bulan punya tunggu... Tadi pagi ada muncul... Bulan mengambang di waktu pagi... Yes... Boleh lagi la lepas ni... Baru muka ada senyum....

Mintak Nyawa...

Aduyai... Kejab kejab mintak nyawa... Kejab kejab mintak nyawa... Ni semua pasal ketagihan game la ni... Mintak nyawa... Minta nyawa!!!

Makna Lain Peribahasa.

Makna Lain Peribahasa. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Kalau takut dibaling tombak, jangan berani nak usha awek lain kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kalau tidak dipecahkan muka, manakan dapat madunya berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Berpecah pecah muka dahulu, biar hajat di hati kesampaian, berbini satu dahulu, kalau nak tambah biar kemudian Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga Kalau kote panjang sejengkal, jangan harap nak berbini dua tiga

Satu Angka Berganjak Lagi...

29.05.2013... Satu angka berganjak lagi... Meninggalkan satu angka kurangnya waktu bernyawa... Satu angka lagi berganjak ke 3 series... Ahh!!!! Tua dah aku  ni rupanya!!! Terasa berumur baru macam 14 tahun lebih jea...

Pahang vs Johor...

Kopi O siap... Biskut lemak kering pun siap... Hanya menunggu sepak mula sahaja... Tapi... setakat 10.20pm... Tiada tanda tanda akan dimulakan... Atau ditangguhkan...

Kepala Ting Tong...

Ting Tong... Tong kosong... Ting tong... Kepala ting tong... Mood isnin: Ngantuk! Punca: Lewat sampai rumah...  Akibat: Anak berzikir sampai pukul 3 pagi... Simptom: Mata bertongkat mancis! Mual mual dan rasa nak makan KFC... Mata ada nampak bintang menacari bintang berterbangan di atas kepala... Nota Karut: Eh... Lama tak update dah ek...

Tanda Tanya...

Agak agak... Bila kita (pemilik blog, laman sosial etc.) dah tiada di dunia ni... Adakah blog kita ni... Akan ditutup? Persoalannya siapa yang nak tutup? Jika ada tershare gambar gambar yang seksi... JIka ada tershare fitnah fitnah... Persoalannya adakah kita akan dapat satu fix deposit dosa bila dah mati? Apa jalan penyelesaiannya? Adakah perlu kita maklum dengan orang terdekat password kita dan memberi amanah supaya menutup blog dan membuang entry2 kita atau membiarkannya terus sebagai kenang kenangan?

Lawak Hari Ini...

Krohkrohhhhhhkrokkkkkk.... Pak Pandir: Tukang karut, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! Tukang Karut: Ha???Iye ke? Pak Pandir: Iye... Teruk bebenor bunyinya... Tukang Karut: Erm... Kalau gitu, aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi...

Hari Ibu...

Ada orang berkata kata... Hari harinya adalah hari ibu ... Tidak ada hari khusus untuk menyambutnya... Bertebaran la kata katanya di FB... Menampakkan dirinya menghargai ibu... Ini semua poyo... Ini semua poyo bila telefon mak di kampung bertanya khabar sekali sebulan pun payah... Lagi banyak call kekasih hati setiap jam... Ini semua poyo bila... Hadiah diberi setahun sekali... Bagi hadiah dekat awek seminggu sekali... Nak nak kalau awek merajuk... Ini semua poyo... Bila dengan mak, besar punya bakhil... Nak belanja makan KFC pun berkira... Kata tak gaji lagi... Tapi... dengan awek, habaq mai nak pi makan mana... Nak makan kepala gajah pun tak pa.... Ini semua poyo....

Selera Gajah...

Hai... Guten Nacht... Ntah kenapa... Malam ni rasa macam nak kunyah sesuatu... Gigi... Atau gusi yang rasa berdenyut denyut ni... Kalau yang bawah tu berdenyut denyut tu tau la nak cari siapa... Ni... Rasa macam nak mengunyah... Rasa macam nak kunyah tebu jea... NotaKarut: Perasaan yang datang bila kena audit projek lusa ni!!! Tak suka! Tak suka!!!

Pasca PRU 13...

Seronok tengok keputusan PRU 13? Selepas bersorak sarai... Seronok? Fitnah memfitnah di FB... Seronok? Melaung pelbagai slogan... Seronok? Ubah??? Seronok diubah?  BN = 133   PAS = 21   PKR = 30   DAP = 38 Seronok? Menang sorak kampung tergadai? Seronok? Beronok ronok? M#l@yu sama M#l@yu bergaduh berebut undi, C!N@ yang menang... Seronok? Siapa yang tepuk tangan yamsee malam tadi? Seronok??? Tengok FB Tok Jib sini ... Siapa yang seronok sangat ni?

Lagu Karut PRU 13... Balik Kampung Mengundi...

Perjalanan jauh tak ku rasa Semangat PRU13 ku melonjak sama Bermacam poster perang bendera Sampai naik serabut di mata Bendera menghijau di atas gunung dan rimba Langit nan tinggi bertambah birunya Biru laut turut sama menjadi jaguhnya Semuanya bagaikan turut berpesta Balik kampung oh oh Kepala pening Ho ho... Balik kampung Nak pilih siapa Terbayang wajah-wajah calon ku sayang Satu-satu tersemat di kalbu Mencari siapa yang berkenan di hati Boleh menjadi pemimpin ku nanti Balik kampung oh oh Kepala pening Ho ho... Balik kampung Nak pilih siapa Balik mengundi oh oh Kepala pening Ho ho... Balik kampung Nak pilih siapa

Seloka PRU13...

Penyokong PR kata ' Ini Kalilah '... Pengikut BN balas pulak ' Lain Kalilah '... Tukang karut pulak kata ' ape ape je.la '... Published with Blogger-droid v2.0.10

Pantun Selamat Malam Jumaat.

Pantun Selamat Malam Jumaat. Penat sungguh otak berfikir Senang senang orang datang curi Malam Jumaat ingat nak berdikir Tapi sayang tak dilayan suri Kiasan karut tak difaham orang Hanya jauhari yang mengenal manikam Malam Jumaat paling dinanti orang Tengok seksinya suri rasa nak terkam Senyum si kambing cantik berseri Telur tergantung Digelak buntal Suri sibuk mengurus Puteri Makan hati peluk la bantal... NotaKarut: Kalau ada gak yang copy entry ni, aku tak tau la nak kata apa...

1 May...

1 May... Hari pekerja... Hari pekerja bercuti... Bercuti dari kerja.... Maknanya... Bangun pagi makan... Lapar je makan... Tengahari je makan... Tak lapar pun makan... Ni pun ada rasa lapar gak lagi ni... Hai perut... Ko tak cuti ke???

Plagiat... Copy Paste... Sakit Hati...

Sakit hati kan... Bila baca sesuatu yang keluar dari kepala kita ni... Sesuatu yang asli... Dicilok orang... Bulat bulat ditiru... Yang sakit hati lagi... Bila tengok banyak pulak yang like dan komen... Sakit hati... Ni link pengcopy! sakit hati betul... Dan yang ini pulak entry asal... Pantun Selamat Malam Copppp... Bukan satu entry... Tapi dua entry... Erm... Gersang sangat kot... Bila Tukang Karut Nak Ucap Selamat Malam... Baru check satu je ni... Dah sakit hati... NotaKarut: Ni yang malas ni... Ni yang malas ni... Ni yang malas ni...

Ketam mengajar Anak...

Dengan penuh semangat dan picthing yang dijaga supaya tak lari berganti ganti... Mengajar sang puteri mengenal huruf... ABCDEFHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.... Mari mari mari mengeja... Papa mengajar mengeja... ABCDEFHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.... Lalalalalalala... Lalalalalalala... ABCDEFHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.... Suri: Jab bang... Kenapa rasa macam ada yang tak cukup je tu ek...

Mesej Yang Susah Aku Nak Jawab...

So? Apa korang rasa????????

Teka Teki... Betul la tu kan kan kan?

Ada satu teka teki... Musang Berjanggut nak beli baju berharga RM97... Akan tetapi Musang Berjanggut tidak mempunya wang tunai di dalam tangan... Musang Berjanggut pun meminjam daripada  Maknya RM50 dan daripada abangnya RM50... Bermakna ada RM100 dalam tangan... Selepas membeli baju berharga RM97... Cashier tu memulangkan RM3... Betul la tu kan kan kan? Lepas tu Musang Berjanggut memulangkan Mak dia RM1, abang RM1.. Dan baki lagi RM1 Musang Berjanggut pegang... Betul la tu kan kan kan? Bermakna Musang Berjanggut hutang dengan maknya RM49 dan abangnyag RM49... Betul la tu kan kan kan? Akan tetapi, apabila Musang Berjanggut mencampurkan kedua dua hutangnya... RM49+RM49= Jumlahnya RM98... Betul la tu kan kan kan? Ditambah duit baki di dalam tangan Musang Berjanggut RM1+RM98= Jumlahnya RM99... Betul la tu kan kan kan? Maknanya tak cukup RM100... Betul la tu kan kan kan? Mana lg RM1 Musang Berjanggut??? Ini tak betul... Ini tak betul kan kan kan... Ada sesia

Puting Payudara Dipicit Diramas.

Puting Payudara Dipicit Diramas. Ah.... Sedapnya kalau dapat.... Nyonyot pun sedap... Oppppsss... Sat Sat... Bukan awek di atas... Hangpa ni pun.... Gersang tak sudah... Otak kuning berkarat... Puting Payudara Dipicit Diramas. Betapa besar jasa lembu-lembu ini untuk memenuhi keperluan manusia... Tapi jaga jaga... Takut kena tendang jea...

Hikayat Pak Pandir...

Pak Pandir datang ke Kuala Lumpur untuk kesian kalinya. Malu untuk menumpang di rumah saudaranya tukang karut, dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang pak Pandir akan menginap. Pak Pandir mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, pak Pandir melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut. “Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!” “Tuan, ini adalah lif” jawab pelayan tu.

Hikayat Pak Pandir & Tukang Karut...

Toleh kanan... Toleh kiri... Toleh depan... Yes... Tak ada orang... Perlahan lahan tangan kiri ke belakang... Garu punggung... Asyik...  Rasa tak puas... Lantas... Korek pulak bahagian dalam... Asyik bangat sihhhh... Meleleh air liur... Terasa macam ada kulit lebih lebih daki2... Lantas dicium... Tarik nafas dalam dalam sambil tutup mata... Asyik... Erm.... Harum.... Pak Pandir: Oit TK! ko buat apa tu hah? Korek bontot ek... TK: Eh... Mana ada... Pak Pandir: Ko jangan nak tipu... Tu yang kau bau tu apa? TK: Hik hik hik... Tu la ko tak tau... Kalau ko nak tau, itu la rahsia awet muda ... Pak Pandir: Ye ke? Lantas,   Pak Pandir pun mengulangi perbuatan TK... Pak Pandir: Huh!!! Bau tungkik!!!!!

Kegilaan Baru...

Dulu... Dulu punya cerita... Bangun pagi... Perkara pertama yang dibuat... Ngadap HP dulu... Bukak blog sendiri... Baca komen komen yang ada... Itu pun kalau ada... Balas komen komen... Itu pun kalau rajin... Pergi blog kawan kawan... Komen entry kawan kawan... Tapi... Itu dulu... Sekarang punya cerita... Satu kegilaan... Baca blog prokerajaan... Baca blog propembangkang... Kadang kadang ketawa sendiri... Menjadi satu hiburan hati... Manusia...Manusia... Published with Blogger-droid v2.0.10