Langkau ke kandungan utama

Tip Menghilangkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu Di Bulan Puasa...

Halloooooooo... Grüß Gott!
Wie geht es Ihnen?

Hoho... Ok... Cukup itu sahaja pembelajaran Bahasa German hari ni...

Lurus kepada titik...
Berbalik kepada tajuk entry di atas...

Mungkin hari ini, esok, lusa atau tulat...
Kita akan memulakan perjalanan balik ke kampung oowwhooo balik kampung balik kampung hati girang!... Mungkin ada antara korang yang akan memandu berseorangan dan mungkin ada jugak di antaranya menjadi pengganggu pemandu...

Mungkin ada antara korang yang akan memulakan perjalanan di waktu siang yakni waktu tengah berpuasa... Memandu jarak jauh dalam masa yang lama dalam keadaan berpuasa berkemungkinan akan menyebabkan kelopak mata menjadi berat a.k.a mengantuk! Owh... Ini sangat bahaya kerana kemungkinan korang beraya di hospital atau di tapak perkuburan adalah sangat tinggi... Mintak dijauhkan!

Tip #1 ---> Sediakan cd cd lagu karaoke kegemaran atau boleh juga lagu raya untuk menaikkan mood raya atau takbir raya!... Sila sediakan volume suara radio anda di tahap 3/4 maksimum! Hoho... lepas tu korang karok la puas puas sampai terputus anak tekak... Tak ada sesiapa pun dengar dan tahu kesumbangan tahap katak hijau menggurutu suara korang yang lemak merdu bak buluh perindu tu...

Tip #2---> Sila beli juadah yang sangat menyelerakan atau kuih raya yang membangkitkan keberahian nafsu korang... kalau nak yang lagi afdal, juadah makanan yang kuat baunya... lepas tu bukak dan letak di sebelah kerusi anda... Tapi! Tapi jangan makan pulak! kalau makan jugak, itu urusan korang la... Bau makanan yang menghairahkan akan menimbulkan perasaan teruja sekaligus akan menghilangkan rasa mengantuk yang teramat sangat dan tak sabar sabar untuk sampai ke destinasi...

Tip #3---> Sila sediakkan kayu atau besi... Kalau nak lebih afdal, kayu golf! Bukan nak suruh main golf atau main konda kondi! Kayu itu gunanya untuk menghempap kepala sendiri jika terasa mengantuk yang teramat sangat... Lagi afdal jika pukul sampai berdarah! Aku berani jamin potong kuku la... Korang tak akan mengantuk punya la...

Ok... Aku dah pening ni... Dah tak boleh berfikir sebab tertengok kuih raya yang ada depan mata aku ni... Eh... Aku dengar azan la! Tapi baru pukul 1.30... Kira boleh la tu kan?

NotaKarut: Untuk Cik Sal atau Cik Dill... jom teman aku pergi shopping malam ni... Wuaaaa... Aku tak beli apa apa pun lagi ni... Mai la kamu wahai mood raya!

Ulasan

biela bell berkata…
haha.kayu golf tu tips berani mati.. ;p
Ct Aja berkata…
hahahaha...kayala org jual kayu golf di musim perayaan ini..
syiela berkata…
hahahaha.. kalo hentak ngan kayu golf sure tak sampai kg.. beraya setakat ats highway je
chiLleD...!! berkata…
tip no 3 tu macam xnk beraya jer..hehe
Cik Caah berkata…
bab makan tu sangat berisiko
tak boleh tak boleh~
ORLANDO AHMAD berkata…
shoping x ngajak gUA
M a W a D D a H berkata…
tips no 2 tu, kalau dah terbau makanan, memang bahaya sbb bt rasa terluir dan mahu ngap masa tu jugak...aisshh...xleh2..:p

tips no 3, TK pernah try ker?? hehe..
budakijaupendek berkata…
tips no2 tu berguna =D
Unknown berkata…
bapak kite pasang lagu wali band ahahahahahah
Unknown berkata…
untunglh pakai kayu golf..hahaha
NasQ berkata…
@Cik Bell hoho... siapa suruh pukul sampai mati... pukul manja2 je dah la...
NasQ berkata…
@Ct Aja boleh beli yang 2ndhand pun tak pe... kat chowkit banyak jual... hoho...
NasQ berkata…
@syiela isk awat nya nak beraya di atas lebuhRAYA? tak kan nak jumpa hantu raya?
NasQ berkata…
@chiLleD...!! hoho... kot2 la bosan dengan hidup yang penuh kepuran puraan ni...
NasQ berkata…
@Cik Ca'ah eh! bukan suruh makan la... suruh amik bau jea macam cerita p ramlee...
NasQ berkata…
@ORLANDO AHMAD lu kan dekat German! mana boleh ajak lu...
NasQ berkata…
@M a W a D D a H no 3 tu aku selalu guna... tapi guna lidi je la... huhu...
NasQ berkata…
@budakijaupendek hahaha... kantoi tak puasa!
zati embong berkata…
tk,xkn xshopping raya lg?yg ari 2 cuti agung 2 kenapalah x g terus?sj kan nk suh jat bebel.haha
NasQ berkata…
@aimi adilah wali band? wuaaa... sangat moden bapak tu... kirim salam nanti ek...
NasQ berkata…
@cucu umie kalau tak nak pakai kayu golf, guna kayu mop pun lebih afdal... lagi afdal kalau mop lantai toilet!
NasQ berkata…
@zati embong isk... itu urusan sang puteri dan sang permaisuri... mana boleh campur aduk kan... nanti aku yang teruk... silap2 kena ketuk sampai bankrap nanti...
Prince Halilintar berkata…
tips no3 tu nnt ade yg raya kat hospital nnt klu try..haha
NasQ berkata…
@Prince Halilintar eh... apa salahnya... dapat hamper+duit raya la kalau beraya di hospital...
Lea Isnawi berkata…
aku naik bas je balik kampung
boleh tido kalo mengantok
hehehe
NasQ berkata…
@Lea IsNaw! cam tu bagi petua ni dekat pemandu bas tu ek...
Chuu Muqhlis berkata…
hahah no 2 tu x ley blah :))
Niena Muhammad berkata…
bau makan xpe... tpi jgn dimakan, kalo makan kenyang jadi cam ulo sawa la gamaknye huhuhuhu...
ieza ashaari berkata…
kalau macam tue, tanpa memandu pun memang "selamat datang ke tanah perkuburan".. LOL !
ILA HonEyBuNNy berkata…
tu la...sedikan kayu golf tu la bahaya TK...hehe

saboor ja la..apa pun..hati2 di jalan raya...ehhehe
Oh Lady berkata…
pergh risiko tgi der...xnak haku!haha
iem berkata…
kayu golf xcukup kuat la...
nape xkayu hoki lagi mantap kot...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...