Langkau ke kandungan utama

Hikayat Tukang Karut & Pak Pandir...

Arakian, tersebutlah satu kisah di petang Ahad lalu, Pak Pandir datang berjumpa Tukang Karut mengeluh kesah perihal Mak Andih yang sudah hilang pendengaran...

"Teruk sangat ke pendengarannya?" tanya Tukang Karut...

"Entahlah, Tukang Karut oiii... Yang jelasnya, aku mesti menjerit kalau nak berborak dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu."
Kalau dia tak boleh dengar kau, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan apa yang kau katakan tadi."

Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu, kau akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Pak Pandir pun pulang ke rumah dan mendapati Mak Andih sedang memasak di dapur. Dari jarak kira kira 6 meter ia berteriak...

"Andih... Makan apa kita malam ini?"
Tak ada jawapan.

Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama.
Juga tak terdengar jawapan.
Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping Mak Andih.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Mak Andih dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"



NotaKarut: Senyum... Gelak... Sengih... Sengih lagi? Sah gila!!!!

Ulasan

Unknown berkata…
Dua-dua pekak ke apa? haha
Unknown berkata…
pekak nyee... kalo aku mau aku lempang je
emarieys berkata…
pak pandir tu yg kepekakan...
ctk berkata…
hahahahahahahahaha..pak pandir pak pandir...adoii

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...