Langkau ke kandungan utama

lokasi automated enforcement system AES



Untuk makluman kawan2 semua... Hati2 bawa kereta dilaluan tersebut... Kamera automatik merakam kereta melebihi hadlaju...

NotaKarut: Kalau rasa banyak duit nak sedekah dekat kerajaan, sila tekan pedal minyak hingga ke lantai...





Sumber Berita : Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 566 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di kawasan kerap berlaku kemalangan di seluruh negara bermula awal tahun depan. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata rang undang-undang berhubung AES akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen, Disember ini. “Kita menjangkakan dengan pelaksanaan sistem ini, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan seperti negara maju termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, China, Sweden dan Jerman,” katanya sempena Program Kempen Keselamatan Jalan Raya bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di sini, semalam. 
Katanya, kerajaan terpaksa mengambil masa melaksanakan AES walaupun sudah diperkenalkan sejak tahun lalu bagi memberi ruang kepada Kementerian Pengangkutan melakukan kajian dan mengumpul maklumat mengenai keberkesanannya. 

Katanya, AES mampu beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun serta kalis panas dan hujan selain akan menggantikan sistem manual sedia ada untuk mengesan mereka yang sering memandu melebihi had laju. 

“AES tidak akan menyaingi perangkap had laju Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana buat masa ini ia hanya diletakkan di kawasan ‘black spot’. Namun, kedua-dua sistem ini mempunyai matlamat sama iaitu untuk memerangkap pesalah trafik yang tidak mematuhi had laju dan mengurangkan kemalangan,” katanya. 

Selain itu, kerajaan juga bercadang untuk meletakkan papan tanda di setiap lokasi AES bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan, sekali gus mendidik mereka supaya lebih berhemah

Ulasan

Chuu Muqhlis berkata…
kt tempat len nk pecut laju xpe haha
khaifaiz berkata…
naik basikal je la lepas ni
emarieys berkata…
pecut jgn tak pecut

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...