Hai... Amacam di hari raya kedua? Ada yang dah mabuk kuih raya ke? Hohoho...
Sebulan berusaha... Menahan diri lapar dan dahaga... Dan hasilnya... 6kg lemak lemak degil dapat dinyahbasmikan...
Tapi usaha sebulan terasa tak berbaloi baloi... Ngeri tengok timbang tadi... Sikit lagi nak atasi berat sebulan berpuasa...
Sia sia!!! Terasa seperti mahu berlari dalam keadaan berbogel berteriak menjerit jerit kerasukan sambil mahu tarik tarik rambut je rasanya!
Serba salah dibuatnya... Tak dijamah makan kang, dikatanya tuan rumah kita tak beradab... Dah dipelawa tapi tak makan!!! Sombong...
Kalau tak berjalan beraya mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai, lagi la dikatakan sombong! Katak bawah tempurung la, kedekut la itu la ini la... Aduyai...
Dah tu? Takkan nak tengok je makan depan mata? Nak nak lagi kalau makanan tu sedap sedap yang memang menjadi pujaan hatiku sejak azali lagi... Siapa boleh tahan beb...
Itu yang rasa makin sendat jea... Dah tak boleh masuk pun di tolak