Langkau ke kandungan utama

Ni Apahal Ni Asyik Nak Tanya Tanya Orang Ni...

Assalamualaikum...

Hai... Salam sejahtera...
Esok hari raya... Esok hari raya... Esok hari raya...
Hoho... Hari di mana Lembu, kambing dan unta jadi tak senang hati...
Ayam jugak yang mengokok keriangan...

Ni nak pesan sikit ni....
Makan sup tulang & gear box tu beringat sikit...
Kolestrol tinggi tu... (Sebenarnya peringatan ni untuk diri sendiri...)

Opsss... Kan dah termengarut dah... Tersasar dari jalan kebenaran dah! Tajuk tidak mencerminkan isi entry... Ok... Lurus kepada titik... Virus tag mengetag ni dah menular balik dah... Hari tu dah terkena sekali dah... Ni ada jugak yang rajin duk sibuk nak tanya tanya gak! Apa? Ingat orang lain tak ada kerja ke? Pi la kaunter pertanyaan kot ye pun nak tahu sangat... Diorang tu dibayar gaji tau untuk ditanya... Kalau tak ditanya, diorang tu kerja makan gaji buta jea tau! Huh! Termengarut lagi sekali dah!

Eh... Tak... Aku tak marah... Huhu... Aku lagi suka... Ha! Tanya la... Tanya la banyak banyak... Hoho... LAgipun, aku sebenarnya dah kering idea dah ni... Terlalu banyak sangat ada sampah sarap dalam otak aku ni... Budak TH dan Penjajah Minda ni sibuk nak tanya.... Orang nak bersenang lenang pun tak senang la...

11 Perkara Mengenai Tukang Karut:
  1. Seorang yang comel! (Dah! Jangan nak mencuih bibir... Dah memang kenyataan aku comel tapi cabi...)
  2. Seorang yang tak reti duduk diam... Hatta masa tengah tidur pun... Masa tengah tidur pun boleh main sepak takraw lagi... (Eh! Silap... aku rasa aku tertidur masa main sepak takraw... hoho)
  3. Pencinta makanan... Seorang yang cerewet pasal rasa makanan tapi tak memilih... (Eh... Cam mana lak tu? Maksudnya kalau makanan tu sedap memang terasa sedapnya dan dipuji licin dikerjakan silap silap sampai menjilat pinggan... Kalau tak sedap... tak sedap la... Tapi tetap dimakan... rezeki... Tak baik membazir...)
  4. Kerja sebagai pembancuh air dan pencacai angkut taik... (lagi mau bohong ek... Padahal ramai yang dah tau pun kerja aku... Hoho... Seorang civil engineer yang kuat mengarut...)
  5. Buta fesyen... (Semua baju dibeli oleh cik tunang... Tetiba datang perasaan takut... Ada lagi 13 hari je lagi nak goncang tangan tok imam! Aduyaiii... Terus hilang mood.)
  6. Seorang yang tak ada bakat seni... Senang cerita tangan kayu mulut getah tekak biawak... (Tak reti melukis... Tak reti menyanyi... Kalau pergi karaoke, nyanyi dengan sepenuh hati tapi mic off!)
  7. Suka add math...(Dah tak ada idea dah sebenarnya... Hohoho... Tapi percaya tak dulu masa exam trial spm... Aku dapat 90++ markah add math... SPM dapat A1... Hohoho...)
  8. Pendiam! (caya ke?)
  9. Skema... (hoho... caya tak???)
  10. Anak mak (hohoho... anak jantan sorang...)
  11. Suka kentut kuat2... (Eleh... Nak ngutuk aku la tu... Orang kata biar kongsi bunyi kentut kuat tapi tak berbau dari kongsi bunyi kentut senyap tapi bau telur tembelang!!!)
Budak Titisan Hujan ni nak jugak tanya... Tak pe... Aku jawab dengan seikhlas hati...

1. sampai hari ni bape kali dah kapel..hahaha
Err... Alamak... Dah habis jari tangan dan kaki pulak kira... Kejab... Aku nak kira pakai kalkulator... Eh! Sibuk sangat nk tau pesal ni? Nak kapel ngan aku gak ke? (Hoho... Setakat ini yang betul2 hanya seorang... Tapi ada jugak.............. Erkkkk... Nak kata cam mana ek? Ala... Lupakan je la...)

2. tadi bangun subuh kol bpe?
Lupa tengok jam! (jawapan paling selamat... Hoho)

3. bila marah buat apa?
Marah semua orang! hohoho... Siap la... Pernah mencalarkan kereta orang, pancitkan kereta orang, pernah sabotaj report orang... errrr... Macam jahat sangat je aku ni... (Bila marah sebenarnya aku suka makan... Hoho)

4. banyak-banyak cite kartun,kartun pe paling best?
Shin Chan... (hoho... Siap ada koleksi komik lagi... Tapi sayang... Pelukisnya dah mati...)

5. biasa lepas maghrib buat apa erk?
Rutin harian... Melekap depan tv3 tengok isu isu semasa... (hoho... padahal tunggu pengumuman PM untuk bagi bonus je!)

6. seminggu bpe kali jogging?
Tiap tiap petang berjogging... (Tapi berjogging atas katil je la... Hoho... Sampai berlubang tilam tu... Eh!)

7. suka minum susu?
Lagi 14 hari dapat la minum susu segar... Eh??? ( Suka susu coklat atau strawberi je... Hoho)

8. cuti raya haji balik?kenapa?
Apo? Ekau ingat orang yang bergelar haji je ke yang boleh balik rayo? Den bergelar haji gak la... Haji dam! (Dah dekat kampung dah pun... Tiap tiap minggu balik, nak uruskan majlis...)

9.sebab apa ada blog?
Sebab terpengaruh dengan Cik Eda... (Blog menjadi tempat untuk melepaskan apa yang tak boleh diterangkan dalam dunia realiti...)

10. pegi kerja/belajar naik apa?
Kuda putih berkuasa 100cc... (Hoho... Rempit sejati tak takut hujan!)

11. suka hujan???
Nak kata tak suka hujan, macam kufur nikmat Allah la pulak... (Tapi, aku kalau boleh tak nak hujan lebat yang berterusan... pasal kalau hujan lebat yang berterusan, kerja aku bertambah dan menimbun!)

Budak Penjajah minda ni pun nak menyibuk jugak... Orang nak bertanya dia pun nak bertanya... Dia tak tau yang aku ni suka mengarut... Ha!!! Terima la jawapan seadanya...

1. nama penuh?
Ni apa hal sibuk sibuk tanya nama orang ni... Nama sendiri pun tak dedahkan! Huh... (Marah ni... Hohoho... Cukup la sekadar MNNBMH)

2. umur?
Kalau pandai cuba la teka... Lahir tahun arnab... Zaman kecil kecil dipenuhi dengan karton tomatoman, gaban, suriabajahitam dan permainan tikam bola... (Kalau aku cakap baru berumur 13.5 tahun percaya tak ek?)

3. jantina?
Apo punyo soklan la ni! Ekau rabun ko dah tak kona jantan betino? Huh! (Ekau la yang ingat tukang karut ni ha pompuan kan?)

4. asal?
Asal? Asal dari air tulang ayah dan perut mak! (Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan... Nanti jemput la datang majlis pada 27.11.2011 ek... jangan lupa bawak hadiah peti sejuk ke, tv 40 inci ke, sofa kulit ke...)

5. pakai baju apa hari nie?
Bongih betul den dengan soklan tak bertamadun ni... Nampak bonar penyibuk eh! (Dah tontu la pakai baju... Tak kan den nak pakai kain batik lak kan?)

6. pandai masak?
Hohoho... Pandai... Nak masak apa? Semua boleh! (hoho... Dulu menjadi tukang masak di kedai Arwah Atook...)

7. dua perkataan menggambarkan ambiga?
Rasa macam merogol beliau! Eh... Hak aku kan nak rogol sesiapa... (Tapi rasa macam tak berapa nak lalu nak rogol... Hoho... Baik cari minah rempit... Cun pun cun! Eh... Kantoi!)

8. makanan paling tak suka?
Ermmm... Makanan paling tak suka adalah makanan yang kena bayar sendiri! Hohoho... (Makanan yang paling sedap di dunia adalah makan free!)

9. kenapa gagak kaler hitam?
Soalan yang dah pernah dijawab... Sila rujuk sini untuk jawapan...

10. bila nak nikah?
Lagi 13hari... Hohohoho... Takut!

11. kalau jumpa seratus ringgit, apa korang nak buat?
Apa barang seratus... Kalau nak terjumpa pun biar la jumpa sampai 3,4 juta... Baru la berbaloi... Setakat seratus tu, nak buat makan pun, taik gigi pun tak sempat nak lekat! (hoho... Selalu berangan nak dapat duit terpijak 3,4 juta, tapi selalu hampa!)

Ok... Itu je hutang dunia yang telah dijawab... Sekian...

NotaKarut: Erkk... Entry yang terpanjang pulak... Hoho... Selamat Hari Raya AidilAdha...

Ulasan

Cik Caah berkata…
selamat menggoncang tangan tok kadi eh selamat hari raya aidiladha :)
lieynanilaz berkata…
perh..memang kali ni yg terpanjang...kihkih.
ILA HonEyBuNNy berkata…
tu dia eh....panjang bebenoor la...

kelakar la aku baca semua jawapan2 ko..ehhehe..kira dgn kalkolator eh..ehheheh
penjajah minda berkata…
hahaha sal jantina tue aku memang agak rabun sikit.hehe sori la tk.
dill berkata…
ko mencarut lagi tk! haha!

dill.
Wanie berkata…
raya haji terakhir sbeagai bujang lapok :)
blog-tips-kurus berkata…
pandai masak rupanya.. (>.<)

SinChan tu selalu 18SX le!
cik pha berkata…
untunglah orang dah nak kawen =) selamt melayari bahtera perkhwinan weh
Tanpa Nama berkata…
Fuyooooo, dah nak tawin nye pun :D Tahniah2 :)


Samat Hari Raya tahukk^^
emarieys berkata…
selamat hari raya aidiadha...
Daddylicious berkata…
adoi 'tag' ni belum terjawap lagi....
nur maisarah berkata…
emosi gile jawab soalan. haha. weh seratus tu banyak weh. kalau aku yang jumpe, aku buat sedekah masjid.
norh berkata…
tak pernah berjaya jawab tag.. :P
salam aidiladha..
Unknown berkata…
wahh.. xlma lg da ko nk menikah... slmt bnikah hehehehe
ctk berkata…
ekau lau jawab soalan..memang asek lariii tujuannyo..hahaha

*ekau memang rajin..tabik2! salam aidiladha TK :D
ctk berkata…
ekau lau jawab soalan..memang asek lariii tujuannyo..hahaha

*ekau memang rajin..tabik2! salam aidiladha TK :D
ORLANDO AHMAD berkata…
Lu bongsu ke? Gua anak tunggal lelaki gak, tapi bongsu, jadi lebih comel
Noor Fatin berkata…
lagi 13 hari nak kawin!!! haha.. :P

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...