Langkau ke kandungan utama

5 Perkara Pelik Berlaku Di Bulan Puasa...

Hai...
Selamat berpuasa semua...

Amacam puasa setakat 11.26 pagi ni?
Ada yang dah bukak periuk kah? KahKahKah???

5 Perkara Pelik Berlaku Di Bulan Puasa...

  1. Penyakit perlupa merebak seperti wabak taun di hari pertama puasa... Ada yang pagi pagi lagi dah terlupa dan terkorek hidung lalu mengoreng telur mata dimakan bersama nasi lebihan sahur pagi tadi lalu selepas menghabiskan dua pinggan nasi dan tiga biji telur goreng tiba tiba beliau teringat hari itu adalah hari pertama puasa seraya beliau pun berkata "ayakkkk! Aku terlupa puasa hari ni..." Lalu berkata, kalau terlupa tak apa sambil beliau tersendawa berbau telur goreng! (Sila baca dalam satu nafas kerana tidak ada koma atau noktah di situ!)
  2. Mengamalkan sentiasa dalam keadaan wuduk... Ok... Itu tak pelik... Tapi yang peliknya setiap setangah jam, beliau pergi mengambil wuduk dengan, setiap kali itu la beliau berkumur kumur... kuantiti air yang masuk di dalam mulut tidak sama dengan yang diluahkan... Dan yang lagi pelik... perangai mengamalkan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk ini hanya berlaku semasa waktu siang di bulan puasa sahaja...
  3. Bermacam macam jenis kuih muih yang tak pernah ditemuai di masa yang lain akan muncul di bulan puasa... Ok... Itu tak pelik... Ada yang lagi pelik bila ada seorang lelaki yang sihat walafiat datang membeili kuih muih pada jam1.30 petang... Owh... Mungkin nak simpan untuk berbuka bila terdengar azan zohor kot...
  4. Telinga lintah... Apa yang peliknya dengan telinga lintah? Sebelum sebelum ni tak pernah pun nak pasang telinga nak dengar azan... Bila tiba bulan puasa ni... Dengar azan Asar pun dah mengelupur mencari kurma... Hellooooo... Buat buat lupa la tu buka waktu azan maghrib je... 
  5. Datang bulan... Eh... Tak pelik la datang bulan... Standard la tu kan... Tapi yang peliknya bila yang datang bulan tu ada bulu kaki yang serabut dan halkum sebesar buah epal!
Extra: Munculnya post post mengenai agama dan puasa di FB... Ntah betul atau tidak hadis atau apa sahaja yang cuba disampaikan... Hati hati dalam share mengeshare ni... Takut terkena hadis palsu...

Extra 2: Munculnya post post baru balik dari terawih pada pukul 8.45 malam... What the??????? Atau baru lepas sahur pada pukul 7.59 pagi... What??????

NotaKarut: Teruja dengan Uniques View Nuffnang... Tetiba je melambung naik mencanak canak kerana orang mencari pantun sambut Ramadhan... 1st time dapat 600++ UV dalam satu hari... Perghhhhh... Teruja i...

Ulasan

Muttallif berkata…
Aku terima nasihat kau dalam nota extra. Sebab pernah terbaca hadis yang tidak dapat disahkan oleh mana-mana ulama pun. Hati-hati dengan apa yang di share - Berdosa.

Entri memang banyak berkaitan dengan bulan Puasa. Sebab itu aku sendiri mengawal daripada mengeluarkan entri seperti itu.(Nasib baik - Kalau tidak kena batang hidung aku tadi dengan kata-kata ko :). Cuma aku keluarkan entri berkaitan sahaja dengan ramadhan.

Aku dapat 500+ UV sehari...teruja sekali :P
NasQ berkata…
@Muttallif sebab aku ada baca bermacam macam hadis pasal puasa ni... ntah betul ntah tidak... nama perawi hadis pun tak ada... takut jadi hadas je... hahaha...
Tinta Lana berkata…
Salam nas.

Aku pun terima dgn penuh rela..erkk? maksud aku, aku terima karut kau kali ni dgn hati, usus dan hempedu terbuka (-_-) hahahaha.

Aku teringat spesies dtg bulan time keja kat kedai bakery lu. Buka sorg dua plak tu halkum epal tu datang. Setiap hari ada saje spesies halkum epal mai. Lantak engkorang lah..indon Muslim keja buruh pun tahan posa..

Aha..pasal post2 agama..sangat2lah setuju..budaya share, mmg la share benda baik tu molek..tpi, iya ke benda baik tu betul2 baik? bab2 hadis, ayat Al-Quran..oii..nak kena berhati2, mesti ada ilmu ma nak share2 ni. Bukan leh buat sembarangan..

Aku pun teruja gak dgn UV aku ni.. UV protection - tuk kulit, hak3, tgh ada sale ni, elok beli,hohohoh ^O^
Unknown berkata…
Tentang hadis tu, memang betul dah tu... sebab sepatutnya memang kena ada perawi hadis, rawi hadis, dan segala rukun hadis kalau nak mengeluarkan hadis... Terima kasih kerana mengingatkan... :)


Post di facebook tu, err...paling cepat pun terawih habis pukul 9.30 malam kalau kat sini... tapi yang sahur pukul 7.59pagi tu....tak tau nak kata apa... tak patut, tak patut... huhu


Tahniah dengan peningkatan Uniques View Nuffnang... :)
Noor Fatin berkata…
perkara2 tu memang selalu sgt la kita lupa. hehe biasalah tu. kdg2 perkara yg kita xpenah buat, kita akan buat masa bulan puasa :P

untunglah 600. saya 100 je. hahhaha xfemes :P
Cik tikah berkata…
hihihi... btol tu tkg karut...
Unknown berkata…
bhyanya kalo pcya ap y dowg share psl hadis tipu tuh. huhu..
wei, slmt mnymbut bln rmdhan..
azievee berkata…
hehehe...suka beli macam2 kuih tp sudahnyer dalam tong sampah..Selamat Berpuasa
Chuu Muqhlis berkata…
nmpk sgt org cari pantun utk wish org hehe
penjajah minda berkata…
kau lupa satu.pelik bila sebelum2 nie sihat tapi bila datang bulan puasa datang penyakit gastrik dia.hehe
cik najah berkata…
ASSALAMAMUALAIKUM TUKANG KARUT :P

selamat menyambut bulan ramadhan yer...

teringat zaman bebudak dulu ...
syiela berkata…
salam ramadhan... betul jangan share sesuka hati je sebarang hadis
emarieys berkata…
bertuah TK pandai berpantun kan
Mia Liana berkata…
uiiii tak leh dibuat main2 kalau menyentuh bab agama ni. takleh sesuka hati nak sahur dan berbuka...

hadis pula, takleh terima sembarangan hadis. bahaya.. kena rujuk pada yang pakar..

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...