Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mitos Karut

April Yang Muda...

Bulan April masih muda... Masih terlalu muda... Masih lagi di pangkal bulan... Bagi kebanyakkan orang yang berkerjaya... Awal bulan sangat dinanti... Kerana apa.. Ya... Awal bulan bermaksud akaun telah diisi... Pasti akan ada yang tersenyum lebar... Biarpun hanya untuk seketika... Kerana banyak lubang yang nak kena kambus... Selepas berhempas pulas mengorek lubang bulan sebelumnya... Tapi aku... Aku penat... Penat... Penat memecah tabung ayam... Penat... Penat mengira sisa sisa yag tinggal... Penat... Penat dan naik juling kira duit siling yang tak berapa nak ada... Penat... Penat kerana terpaksa mengorek lubang dulu... berkorban untuk negara... Penat... Penat tapi terpaksa... Untuk menyambung hidup sementara nak dapat semula claim... Nota karut: Nasib naik semua hutang piutang dah langsai... Kalau tak, ada yang mau kena kejar dengan along cam ni... Adei... Lambat lagi mau dpat claim ni... Tengok... Buat kerja pun pakai duit sendiri dulu... Siapa kata pekerja sektor awam manja dan pema

Mata.... Mata... Tutuplah Kamu...

2.00 am: baru jea sampai di rumah yang ermmm... rasanya dah layak dipanggil hotel, check in Jumaat Check Out Isnin... Perjalanan yang sangat memenatkan... Sepatutnya total masa perjalanan tak lebih 5 jam dah drag jadi 14 jam... Dah rasa macam nak Mesir la pulok! Menyesal pulak mandi tadi... Bila dah mandi badan jadi segar... Bila badan dah jadi segar, mata pun menjadi bulat... Bila mata menjadi bulat, kelopak mata pun susah nak katup... Bila kelopak mata susah nak tutup, maknanya tak tidur la malam ni... Mata ni dah macam dilatih, bila dah terlepas waktu primiumnya, memang susah la nak tidur... Teringat pulok zaman2 masa belajar di UiTM dulu... Pukul 3 pagi, bagi aku malam masih muda... Berembun... Bermain gitar di Tanjung Harapan, Klang... Mengintai menyekodeng Couple2 dalam kereta rosak di tepi tepi jalan... Gila betul zaman tu... Ada sesiapa yang rajin nak tolong dodoikan tuan putera mengarut ni tidur tak... Tolonglah nyanyikan satu dua lagu yang mendayu dayu...

Delay... Penat... Mencarut...

1st: 7.00pm baru sampai di KKIA... flight delay 3jam lebih delay, sampai terlepas flight ke KLIA yang sepatutnya berlepas jam 5.30pm... 2nd: tengah haru nak cari belon untuk balik ke semenanjung... semua belon MAS penuh... membuatkan termencarut dekat kaunter, sebab bukan salah aku pun belon tu delay yang jugak mengakibatkan aku terlepas belon transit... 3rd: tunggu... tunggu... dan tunggu... badan dah pun mula memberontak kepenatan... ni terpaksa menunggu dan memohon ehsan adik MAS, firefly... 4th: dapat pun belas kasihan dari "kunang kunang" untuk menumpang balik ke KL... Nota karut: mungkin nak suruh aku stay seminggu lagi sini kot... Published with Blogger-droid v1.6.8 Pukul 1.am baru sampai di KLIA...

Cenderamata Yang Tak Bermata...

"Cari cenderamata untuk perempuan lagi senang daripada cari cenderamata untuk lelaki "... Betulkan aku kalau penyataan aku di atas bertentangan pendapat dengan korang... Pening kepala aku memikirkan apa yang patut dijadikan hadiiah kali ini... Dah la sesuka hati jea suruh orang berfikir nak jawab pantun ... Dah la cerewet lak tu... Bukannya cari siapa yang betul, tapi nak cari siapa yang menjawab paling kreatif... Mina dan yang lain2... Jawab contest sesuka hati lepas ni la, tapi hadiah bukan dari Sabah dan Sarawak lagi... Mungkin jarang dah datang sini sebab kerja di sini sudah habis... Setakat pemantauan jea... Mr. Iz, dengan rendah hati dan tawaduknya, dengan ini secara rasmi walaupun dah umum dah sebelum ni, tapi nak umum jugak, dulik pe... secara rasminya, andalah pemilik baju yang di beli di sepilok, sandakan... tempat pemeliharaan orang utan ... silalah email alamat anda berserta nama di mnasriq@gmail.com... Nota karut: good night, wa'an, guten nacht, selamat malam

Lupa Letak Tajuk... :-)

Tenung screen... 1 minit.. Tenung screen laptop lama.. Dalammmmm... .... .... .... 5 minit berlalu... Masih la menenung screen... lagi dalammmmm.... tembus.... .... .... .... 30 minit berlalu jua... Mata dah penat menenung... dalam sangat... dah tak tercapai akalku... .... .... .... 2 jam berlalu begitu sahaja... wuaaghghhhhh... Otak beku hari ni... Sia sia sahaja berfikir... Idea terbang menerawang melayang layang jauh ntah ke mana.... Nota karut: dah mula rindukan semenanjung, makanan semenanjung, orang semenanjung... eh... tetttt!!! yeahhh... esok balik... tapi kenapa macam terbanyak barang pulok ni... beg aku terberanak ke??? Tengah terbayang durian batu pahat/muar/tangkak... ermmm... yummmyyy... tunggu... orang Johor dah rojer2, bos pun dah sound pepagi buta lagi... tengah lebat tunggu masa nak gahat jea... Fida, jom... Ni gred AAA punya durian... arrange kan pertengahan bulan 4...

Ops Gempur...

Operasi pembersihan besar besaran telah pun dilakukan... Semua anasir-anasis jahat telah cuba dihapuskan... Ternakan yang dijangkiti telah pun dikuarantin... Tak tahu mana asal usulnya... Virus ke malware ke menatang apa ntah... Mengapakah kau memilih blog yang tak seberapa nak ada ni... Semuanya mengarut sahaja disini... Hanya mengarut semata mata... Dan orang orang yang datang disini pun turut sama mengarut... Nota karut: Jika masih ada lagi anasir anasir a.k.a virus @ malware @ apa sahaja menatang tak berfaedah tu... sila maklumkan... Ops Gerak Gempur Tahap Gaban pulak akan dilancarkan!

Virus Jahat...

Semalam... orang kata tak boleh nak bukak blog mengarut ni... Ada yang kata kena jagkitan virus jahat... Ada yang kata kena jangkitan malware... testing... testing... testing one two three, one to jaga, polis mati pencuri jaga... ok tak sekarang? ke masih lagi bengong... Jahat betul la virus ni...

Berbalas Balas Pantun.

Berbalas Balas Pantun. "Buah kelapa jatuh kat kepala si salmah... Berlari si anak kera tersadung ketanah.. Mak ton suka marah marah ... Sebab mr cabi suka makan dgn melimpah ruah..." Amboi dak mina tak sayang jari... Jari menekan sesuka hati... Disebabkan terlebih makan menjadi cabi... Memang kena sekeh dak mina ni nanti... Ingatkan ramai yang tak sudi... Tak sudi membeli pantunku ini... Rupanya masih ada yang sudi... Hadiah misteri hajat dihati... Baju dipakai terlebih acu... Ibarat tak kena irama dan lagu... Ada yang pelik ada yang lucu... Membuat tukang karut menggaru dagu... Jawapan betul bukan dicari Siapa yang buat aku tersengih dia yang menang... Hadiah misteri telah pun dicari... Tapi hanya untuk Mr. Iz seorang... Kalau Tuan pergi ke kedai Belikan saya buah keranji Takut mina berkecil hati.. Terpaksa jua ku mencari... Ada sebiji roda pedati... Bentuknya bulat daripada besi... Ingin ditanya Mina bistari... Apa pilihan berkenan diha

Sembab...

ohayō gozaimasu ṣabāḥ al-ḫair zǎoshàng hǎo buongiorno buenos días guten morgen selamat pagi good morning beberapa patah perkataan... maksud yang sama walaupun bunyinya jauh sekali nak sama... selamat pagi semua... semoga hari ini dimulakan dengan penuh senyuman... semoga hari ini diakhiri dengan senyuman juga... moh kita ke ladang.... eh... moh kita pergi kerja la... kerja kerja dan kerja... Ikhlaskan hati... kerja dengan mata sembab tak cukup tidur... tidur malam ku diganggu... diganggu mahluk yang sering mengganggu... nota karut: beberapa kali menguap... tetiba teringat nasi lemak lauk rendang kerang... ermmm...yummmmyyy.... ada orang di Lahad Datu tau mana nak dapat nasi lemak yang sedap?

Soalan yang rasa nak jawab dengan penampar jea V4...

u... I pelik la u... Semalam i tengok berita cerita yang sama... Hari ni, pun cerita yang sama jea u... I berani kerat jari, esok pun akan keluar cerita yang sama jugak... I pun pelik sangat la u... Kenapa la depa depa puak suku sakat ni suka sangat bergaduh... Sanggup berebut, berbalah sesama sendiri... Sanggup berkerat rotan berpatah arang... Semuanya kerana satu perkara jea... Ape diorang tak mampu ke u? Bukannya mahal sangat pun menatang tu... I tengok berlambak lambak jea jual kat Giant, Ikea... Nak yang macam mana... Semua ada... Bentuk segitiga, petak, lonjong, silap silap bulat pun ada u... Ada yang kayu... Ada yang dibuat dari plastik... Ada tu, bahan asasnya batu pun ada u... Dema semua tu bergaduh hanya kerana sebuah KERUSI ? Kalau diorang nak sangat, i boleh la sewakan kerusi i tu... Nak bagi free pun boleh... u... u... kenapa u lari... Salah ke pertanyaan i? nota karut: bosan melihat keletah manusia berebut kerusi... hanya pandai berebut, tapi tak pandai menggalas tanggun

Berpuisi La Pulak...

penat sudah tercari cari... cari sana tiada kutemui... cari disini tak jua muncul... hilang gelap, menanti terang... cemburu... ya! aku cemburu... mereka baru lagi mencari... kenapa mereka boleh temuinya... mungkin patut aku kembali ke asal... mengarut... mengarut dan terus mengarut... kerana itu bukanlah niat asalku... wang setinggi gunung pun akan habis... nota karut: hati menjadi sakit sebab jelous selepas baca entry orang asyik dapat BE... niat sekarang kena selalu diperbaharui supaya tak kejelasan mata duitan dan tak lari niat asal...

Kerja Kerja Kerja...

Kerja... Semua orang dewasa memerlukan kerja... Ada kerja, ada gaji... Tak kerja, tak ada duit... Tapi apa nak hairan, P Ramlee pun ada berkata, " ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pulak manusia yang mempunyai akal dan tenaga..." Kerja kerana minat atau minat kepada kerja? Kerja kerana upah atau diberi upah kerana kerja? P/s: mood malas nak kerja... Published with Blogger-droid v1.6.8

Lari...

Hari ini aku nak lari... Lari sejauh mungkin... Tinggalkan semua masalah dunia... Lupakan semua kejahatan manusia... Lupakan kemewahan dunia... Tinggalkan semuanya di sini... Kerana aku ingin ke sana... Menikmati keindahan ciptaan Allah... Published with Blogger-droid v1.6.8

Fantasi Mimpi Nakal

Fantasi Mimpi Nakal wuaaaaaa.... Syok gila la malam tadi... Bersuka ria di tepi pantai... Ditemani gadis2 berbikini... Ada yang berenang di lautan... Aku sekadar bergolek golek berguling guling di pasir yang tulus mulus... Seumur hidup tak pernah lagi jumpa pasir yang halusnya macam garam halus... Seronoknya!!! Indah sungguh ciptaan Allah.. Kalau la kamu semua ada di sini kan bagus... Boleh kita bersama sama berkongsi kegembiraan ini... Berjalan menikmati udara segar pantai... Menikmati malam, melihat bintang, bulan dan langit yang tak bertiang.... Berlari lari anak berkejaran... Berguling guling.................... Tetiba... Gedebuk!!! Adei... Patah hidung aku... Nasib baik katil ni tak doubledecker... Kalau tak, mau patah pinggang ni... Nangka busuk jatuh katil daaaa.... 2malam tidur katil besar, malam tadi pulok tidur katil bujang dan yang pelik tu bermimpikan berada di pulau Sipadan... Adeiii... Teruk betul la... Nasib tak mimpi kena kejar jerung...

Semporna Sabah.

Baru sampai di Semporna ni... Ada sesiapa di sini orang Semporna? Nak tanya ni... Apa yang menarik di sini... Selain pergi ke Pulau Mabul dan Pulau Sipadan... Sebab aku ni mabuk laut... Takut belum sampai sana, Aku dah flat termuntah 4,5 baldi...

Jawapan Persoalan Mencabar...

"Kenapa macam ni? Tak kacak bergaya la.. " "Kenapa gaya bergini... nampak sangat la kebesarannya dan menonjol sangat... " "Kenapa besar sangat ni... Senang hati yea..." "Wuaaaaa... makin maju dah sekarang... Semakin maju ke hadapan.. ." Satu jea jawapan untuk semua persoalan di atas... Persoalan kenapa perut semakin maju ke depan dan semakin menonjol... AKU DAH MAKIN TUA MENYEBABKAN HORMON ESTROGEN DAH MAKIN BERKURANGAN MENYEBABKAN KADAR METABOLISMA MENJADI RENDAH... dah... jangan tanya lagi dah... Bunga oh Bunga Rosmaida.... Aminnnnn....

Tak Sedarkan Diri...

Mood: Mamai... Condition: Baru sedar dari pengsan selama 2jam... Sebab2 yang diketahui penyebab pengsan: Melantak seafood tak ingat dunia... Malam tadi melantak seafood tak pandang kiri kanan tak ingat langsung orang lain... Lunch tadi pun melantak seafood lagi... Gambar2 seafood memang dilarang keras didalam blog ini kerana bisa menerima kutukan dan cemuhan... sebelum dikutuk baik tak payah letak... Nak pergi jalan jalan la... Nak bakar sedikit lemak yang berjaya diternak semalam dan hari ini... Sambil2 cuci mata, mana la tau kot2 ada yang terberkenan untuk dijadikan hadiah Berpantun la pulok... Jangan aku tersilap berkenan dah la... Terbawak balik calon calon tettttttt!!!! Dah la memang ada kes jatuh cinta pandang pertama di sini...

Berbalas Balas Pantun.

Berbalas Balas Pantun. Selamat datang ke Sandakan Kiriman Fida jangan dilupakan Selamat datang wahai kalian Ke blog mengarut ini saya ucapkan Wajah bos berseri seri Kenyang perut suka hati Terima kasih saudara saudari Sudi bermesra di blog ini Menginap bermalam di Sandakan Hotel Sandakan Hotel di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? Burung kasawari burung unta Terbang ke sisi Sandakan Cubalah teka wahai saudara Semakin diisi makin ringan? Penat berjalan meredah bersungai Mencari si buah bidara Jika tuan orang yang pandai Benda apakah makannya dua cara? Ke pantai intai dara berbikini Sampai juling dah mata ini Kalau Tuan bijak bestari Silalah jawab pantun ini Hadiah misteri akan diberi Menanti sesiapa yang bijak bistari Silalah jawab di blog sendiri Jangan lupa komen di blog ini

Awet Muda...

Asal aku jumpa orang jea... Terutama orang orang yang baru kenal... Orang mula meneka dan menilai aku... Mula la meneka umur aku... Mula la mempersoalkan status aku... Ahh... Persetankan semua tu... Memang aku mengamalkan AWET TUA ... Tu yang yang nampak tua sebelum umur... Orang cakap aku dah macam 35 tahun, padahal 27tahun pun tak masuk lagi... Orang cakap aku dah ada anak 3, sebab apa... mungkin sebab perut dan pipi yang dah semakin maju kot... Padahal, kahwin pun tak lagi!tetttt!!!

Terima Kasih...

Ucapan penghargaan dan ucapan setinggi tinggi pokok kelapa bali ini ditujukan kepada Mr x... Kenapa bukan Mr Y? Sebab Mr Y telah pening kepala banyak sangat kes salah laku yang duk kejar... Orang tua kata, pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin... Tu orang tua yang kata, ni orang yang belum dan makin hampir nak tua pulok bermadah, tak ada angin pun pokok boleh bergoyang, tak caya tanya tarzan... mesti dia yang duk goyang pokok tu... Melencong lagi... Nak tulis lain tertaip lain pulok... Terima kasih kepada Mr X... Sebab sudi meminjamkan alat kamu kepada aku... Lepas ni, tak payah la aku nak susah susah lagi... Terima kasih untuk alat itu... Mesin Mengemas Baju Untuk Outstation!!! Memang berguna sangat! Mr X a.k.a Doraemon! Arigatogozaimastaktertelankatak... Tengah berkira kira ni, ingat nak beli sebiji rumah dekat sana la... Dah selang seminggu asyik ke sana jea... Rumah dekat KL nni dah macam hotel dah.. Check in jumaat check out isnin... haihhh,.. Nota kaki: Outstation di Sandaka