Langkau ke kandungan utama

Aku Bukan PATI...

PATI... Pati santan? Pati Gula? PATI apa pulak ni...
Bukan juga parti bulan roket ataupun dacing... dan dah semestinya bukan berparti...
Intro jea pun dah mengarut dah...


ok la... nak bagi tau satu benda jea...


Hari ni aku tak bawak duit... ok... itu bukan satu masalah besar pun kan... boleh la pinjam dengan Mr. Jepun barang sejuta dua kan... kan Mr Jepun kan... kan...

Hari ini juga aku tak bawak Kad Atm... Ini pun bukan satu masalah besar pun kan... lagipun duit dalam bank bukannya nak ada sangat pun, walaupun baru jea gaji dua tiga hari lepas... nak buat cam ne... dah ramai sangat Ahlong yang duk ngejar aku... Ahlong tu yang nak mintak pinjam duit dengan aku... Percayalah... Bukan aku yang nak pinjam sangat pung...

Hari ini juga... hari ini juga aku jadi PATI... Terlupa, Tertinggal, dan Tak Ingat... IC merangkap lesen merangkumi dompet aku tertinggal dalam kereta... Dan kereta tu sekarang berada di rumah... Dan sekarang aku berada di ofis... Maknanya, taraf aku dengan cik cleaner yang bergetah tu tak ada bezanya... sama2 tak ada IC... kena la tukar loghat pulak ni...

Ada sesiapa yang nak bagi pinjam IC ke, lesen ke, dan kalau boleh bagi la pinjam kad ATM... paling koman pun bagi la pinjam Kad Kredit... Bukan nak buat apa pun... Paling-paling aku keluarkan duit dalam seriban dua ke... nanti-nanti aku pulangkan la balik kad tu sahaja... aku pinjam kad jea kan... Faham? Tak faham la tu...

Aku tak nak jadi PATI hari ni... Tolong... Mak tolong... tulunnnn....tulunnnn.....

Ulasan

Eda Latiff berkata…
ish2....penting tu!!...

pak mau ke mana pak hari ni?..hehe..mau di hantar pulang ngak?
NasQ berkata…
mau balik la ini buk eda... lesennya enggak ada ni... takut...
Yutaka Mushimura berkata…
:)

senyumlah..senyumlah ahai cek mek molek
-- berkata…
cik2 cleaner mmg begetah!!!

melekatttttttttttt!!!
NasQ berkata…
mr. jepun...

=)
NasQ berkata…
Fida: bergetah kan...kalau kena mau melekat terlekat meleleh...
bunga_rose berkata…
mana polis ni nak suh tangkap PATI kat sini.. ish.. tu laa mkn lagi byk2 makanan kat sabah tu, tu yg aik lupe je tu
NasQ berkata…
eleh...dia tu lagi...awal2 lagi dah culik kek oreo...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...