Langkau ke kandungan utama

Hasil Titik Peluh... Pembolehubah 2...

Ok, sambung semula pembentangan hasil penemuan, selepas tempoh kira-kira 1bulan lebih bekeksperiment tentang selok belok berblogging ni...

Pembolehubah 1
, sudah dibentangkan, mungkin akan ada yang tak bersetuju, dan mungkin juga ramai yang menggangguk diam, orang tua kata, kalau diam itu tandanya bersetuju... Dan mungkin jugak ramai yang tak baca!

Intro yang pendek, cukup setakat itu, takut ada yang makan hati...

Pembolehubah ke2: antara komen banyak vs komen sedikit

Korang kesah atau tak kalau selepas penat memerah otak, lesu mencari idea, letih menunggu ilham dan tak lupa jenuh mengarang dengan baik (bersangka baik dengan menganggap semua blogger sama)... Tapi tak ada respon dari pembaca korang?

Mungkin ada banyak sebab kenapa kurang komen yang kita dapat selepas berpenat lelah mengarang... mungkin juga banyak sebab kenapa banyak komen yang dapat...

ok, kita terus kepada hasil penemuan la yea... otak jadi sangat penat kalau nak mengarut ni...

1.kalau kita rajin komen tulisan orang lain, orang lain juga akan terpaksa juga merajinkan diri mereka untuk mengomen...

2. kalau kita komen lari dari topik, selalunya mereka tak akan komen pun entry kita...

3. Pengomen (amaran: istilah ini tidak diketahui sama ada diluluskan atau tidak oleh dewan bahasa dan pustaka) yang setia adalah pengunjung tetap blog kita... Selalu2 la lawat mereka...

4. anon, sapa pun anon ni, lantak la, yang penting dia pun baca dan komen...

5. komen banyak juga tak bermakna korang glomour, sebab yang komen mungkin 2,3 orang jea, lepas tu korang akan jawab setiap pengomen secara berasingan... itu yang akan nampak banyak komen...

Kesimpulannya : kurangnya komen sebab kebanyakan pembaca atau pengunjung tak tahu hujung pangkal kenapa entry atau tak tahu langsung hala tuju tulisan tersebut... Banyaknya komen juga tak bermakna jika nama sendiri yang banyak dalam komen tersebut...

Ni hasil penemuan aku, jika ada yang perbetulkan, silalah, aku sangat berbesar hati untuk membaca dan sama2 berfikir... selepas ini mungkin ada 4,5 entry yang serius yang memerlukan kebijaksaan, kewarasan untul berfikir... Ketepikan dulu hal2 yang mengarut...

Sekian terima kasih....

Ulasan

-- berkata…
wow!! dah ade butang 'like' <--- ini namanya komen lari tajuk..

entry kali ni...hmm..ye..betul tu..betul tu en. cabi.. saya tekan butang like 8 kali!!!

sempat lagi ye buat pembentangan padahal lusa dah nak kene 'ikat' <--- ini pun komen lari tajuk..

lepas lusa.. mungkin tak berkeksperiment dah kot..mungkin akan berseksperiment..

owpssss!!!! ni komen lari tajuk ke tak ni??

Pidahhhhhhhhhhh!!! sila seriusss!!!!
NasQ berkata…
Fida: auto publish ma... mana sempat nak mengarang ni...


Tapi ai suka Istilah berseksperiment tu...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...