Langkau ke kandungan utama

Naik, Naik Dan Naik... Ada Yang Nak Kena Turun...

Bila minyak naik harga, gula yang asalnya dari tebu pun naik harga... Pelik sungguh...

Bila minyak naik harga juga, roti canai dan teh tarik yang tak ada kena mengena pun naik jugak... Hairan sungguh... Yang lagi menghairankan, teh tarik ni guna minyak ke dalam campurannya? Patut la sedap semacam jea... Yang menambah kehairanan kenapa minyak naik seposen, roti dan teh jugak naik seposen?

Bila minyak naik harga, susu yang tak pakai setitik minyak hatta minyak senyonyon jugak naik... Ni lagi ajaib... Lembu-lembu susu sekarang dah pandai bawak kereta ke atau lembu tu dah pandai minum minyak RON97?

Bila minyak naik, saudara belah mak tiri minyak RON97&95 pun berangan nak naik harga jugak... Yang pelik bin ajaib nya hang tu buat dari buah kelapa sawit, setahu aku,buah kelapa sawit jatuh ke tanah, tak naik ke atas pun...pelik jugak ni... Orang yang konon-konon bijak pun sorok la...Konon-konon nak dapat keuntungan kalau harga naik... Yang bangang pun nak tak nak terikut rentak si bijak dengan beli sebanyak-banyaknya... Buat stok katanya... Orang yang bangang ni lupa ke formula bijak pandai bisnes???

Permintaan melebihi pengeluaran = naik harga
Pengeluaran melebih permintaan = turun harga

Pak Menteri pun ada sebut, bila minyak naik, harga barang lain tak naik, mungkin sebab dia tak beli barang, mungkin barang tu ada kaki berjalan ke rumah dia… Itu yang dia tak sedar barang dah naik…

Ok...dah malas nak fikir, BP pun dah naik tak turun-turun, jom la sama2 kurangkan minyak sawit, kurangkan gula, kurangkan lemak...erkkk... bagi yang ada lemak la macam aku ni... tetttt!!!!

Ulasan

Eda Latiff berkata…
yang nak kena turun ialah ====== turunkan berat badan....tettt!!!..;P
NasQ berkata…
betul gak tu... naik tak turun2 berat ni...
-- berkata…
itu ari kat kg.. nak cari minyak.. satu batu pahat tak jumpa ko!

masa krisis gula itu ari lagilah... tak jumpa...

agaknya beli dadah lagi senang dari nak beli minyak/gula..

pastu dalam tiwi org yg berkenaan ckp.. minyak mencukupi..mencukupi.. dan buat masa ni harga takkan naik.. dia cakap 'buat masa ni' tu time dia cakaplah.. esoknya harga dah naik dah.. betullah dia cakap 'buat masa ni' tu mmg harga tak naik lagi.. auta!
NasQ berkata…
Menteri pandai cakap sebab minyak kat rumah dia ada orang yang tolong hantar...tu yangn tak rasa...
bunga_rose berkata…
bukan takat tolong anta.. silap2 tak payah bayar.. eh!!!

kite rakyat jelata jugak yg derita.. sob..sobb
NasQ berkata…
tu bukan aku kata yea...aku kata barang tu ada kaki datang sendiri kat rumah dia aje...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...