Langkau ke kandungan utama

Jiwa Kacau...

Bila dekat rumah, nak sangat ke pejabat...
Bila duduk mengadap komputer di pejabat, teringat-ingat katil yang memanggil...
Bila duduk rehat2 di katil, terasa sangat la kebosananya...
Jiwa kacau betul...

Blog... Apa yang aku harapkan sangat dengan blog ni?
Terfikir jugak aku kalau aku cerita mengenai hidup aku yang membosankan ni, ada ke orang nak baca? Adakah aku berblog untuk menjadi mata duitan? Sibuk mengejar traffik untuk dapatkan iklan... Bermutukah tulisan aku untuk memberi ilmu... Atau sekurang-kurangnya menambah semak di kepala Follower...

Pelik betul tengok berita malam tadi... Wartawan TV3 tu bertanya kepada budak yang hingusan dia pun mak dia tolong lapkan... Soalan wartawan TV3 tu nampak bijak tapi dalam tak sedar dia menyerlahkan kebodohan diri sendiri... Kenapa? Soalan cita-cita tu biasa la nak tanya kepada budak darjah satu... Tapi tanya kenapa pilih cita-cita tu yang menyerlahkan kebodohan sendiri... Apa yang wartawan tu jangka jawapan dari budak hingusan yang baru nak kenal dunia?

dah...cukup setakat itu sebelum aku mengarut lebih2 dan menambah semak sedia ada...

Ulasan

cek chun berkata…
dia nak bagi budak tu cakap banyak kot kat tv..hehehe
bunga_rose berkata…
hahaahah.. ape cite2 incik masa darjah 1 dolu2??? kenape incik pilih cita2 itu??? tercapaikah cite itu?? hikhik
NasQ berkata…
cita2 darjah 1: nak jadi polis
darjah 2: nak jadi bomba
darjah 3: nak jadi askar, boleh tembak orang
darjah 4: nak jadi Ultramen...
-- berkata…
taun depan pon ada lagi slot gitu.. interview budak2 baru masuk sekolah.. boleh masuk dalam diari..mesti ada punyalah..
NasQ berkata…
cerita sama tiap2 tahun kan?

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...