Assalamualaikum...
Hallooo... Hai... Aku tau kebanyakkan dari kita dah pun berada di kampung halaman masing masing... ( ini bagi perantau yang mencari sesuap rezeki di kota kota metropolitan...) Sama ada sedang bersenang lenang bergoyang kaki kerana semua mengharapkan mak yang tolong buatkan atau bersama sama bergotong royong bersama sama menyediakan persiapan hari raya...
Bak kata ayah aku, semuanya tak cukup selagi belum tok imam mengalunkan takbir memuji muji kebesaran Ilahi... Dah lepas solat sunat AidilFitri tu, semua yang tak cukup tadi automatik menjadi cukup dan kadang kadang menjadi terlebih hingga pembaziran berlaku!
Adakah anda seorang yang berumur 20tahun ke atas dan setiap kali beraya, atau sanak saudara berkunjung menziarahi, antara soalan soalan cepukcemas yang biasa didengar seperti "kerja di mana sekarang" atau "bila lagi nak raya berdua"...
Atau adakah anda seorang yang telah berkahwin dan kerap juga ditanya soalan soalan cepuk cemas...
Bersediakah anda dengan soalan soalan tersebut? Err... nanti la aku hurai satu satu... Siap dengan jawapan sekali...
Soalan #1 "Kerja di mana sekarang?"
Jawapan # "Hoho... Kerja dengan PM bersama sama membangunkan Negara Malaysia tercinta ni..." Comfirm tak akan ada pertanyaan lanjut dari penanya... Confirm...
Soalan #2 "Ehem ehem... Den nengok kau ni dah tuo berjanggut dah... Dah ada calon ko bolum?" atau "ehem... ehem... mak raso macam nak rayo ngan menantu la tahun dopan..." atau "den nengok hp ngan tangan ekau tu tak lopeh lopeh pun... bilo nak bawak balik?" atau soalan seangkatan dengannya...
Jawapan # "Aik!!!Takkan nanyo je? Tak ghoti ghoti ke nak nolong carikkan sorang dua calon!..."
atau "omak la nolong minangkan mano mano anak daro yang omak berkonan... Takkan den la nak pi cari... sogan la den...."
atau "omak tak ada ko jantan yang omak berkonan... Kok ado, buleh la suruh masuk minang... den tak kesah pun, asal ada mato, telingo dan kayo macam Tan Sri Syed Mokhtar..."
Aku berani jamin, si penanya tak akan bertanya lebih lanjut... Silap silap korang dapat hadiah selipar jepun di pipi!
Soalan cepukcemas #3 "Aik... Tak kan anak sorang terkontang kating jo... Tak menambah ke? Ke dah tak kuat dah???"
Jawapan #"Tiap tiap malam bergaduh atas katil, tak kuat apa nya... Saja tak tembak dalam..." Oppppsss! Jawapan hanya untuk orang yang berpengalaman jea... Aku pun daif lagi! huhu...
Soalan yang biasa yang ditanya yang biasanya korang tak boleh nak jawab? meh bagi tau aku... Biar aku sediakan jawapan skema untuk korang yang confirm akan mematikan hajat sipenanya untuk mengorek lebih lanjut! Yang penting jawapan maut untuk soalan maut... Bersedia la mental dan fizikal...
NotaKarut: Hoho... Soalan cepukcemas 2 tu rasanya tak akan kena tanya dah... Tunggu masa jea... Lagi sehari nak berpuasa... Selaluya puasa di hari terakhir sangat mencabar minda...
Ulasan
dill.
SELAMAT HARI RAYA !!! :)
bru 20 lebey.. blom 30 lebey lg hahaha
salam kenal..
be frend k..
pas ne sapa tanya..nak jawap biarlah rahsia....ehhehhe
esok last kita berpuasa....;_)
lemah betul.. -.-'
"eh eh, da makin berisi dia..bahagia la tu ye..ke dah ade org jaga"
(--") huhu~