2011/02/28

Teka Teki.

Teka teki kembali lagi... (Ini bukan contest... Sila percaya...)
Apa maknyanya tu...
Maknanya si tukang karut nak berjalan lagi... Kalau dah berjalan tu, tak sah la kalau tak beli apa2 kan...
Lokasinya masih lagi rahsia... Sebab aku pun tak tau mana aku nak pergi...
Yang penting area nak merantau kali ni di Kota Kinabalu, Ranau, Beaufort, Sipitang, Tenom, Kudat atau Papar... Ntah la... Tengok kepada masa dan mood serta kewangan masa tu...
Bosan la... Nak mengarut pun otak dah beku...
Apa kata kalau try benda lain pulak...
Kali ni soalannya sangat mudah...
Budak darjah empat pun tau jawapannya...
Ini kan pulak para blogger yang bijak pandai lagi kacak bergaya kan...
malu la kalau tak dapat jawab kan...
Jatuh la standard bijak pandai... Ni mencabar ni kalian yang bijak pandai ni...
Syaratnya mudah, tolong aku translate kan lagu ni kepada bahasa yang difahami oleh semua orang iaitu bahasa melayu...
Kang nak kata bahasa tamil kang, ada yang nak berdemo depan KLCC nak bakar laptop lak kang... Ntah apa2 ntah... Dah kenyataan pun tak nak terima... Dah lepas tu lepas la... Ada ke orang ungkit lagi kepariaan ko tu... Ok...melalut dah...
Hadiahnya... nanti la aku pikiaq masa kat sana nanti...
good luck...sebab aku yang anak jati N9 pun agak sangap jugak nak faham lagu ni...

Luruihlah jalan payakumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai
Ayam den lapeh

Mendaki jalan padangsikek
Basimpang jalan ka biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai
Ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai
Ayam den lapeh
Untuk berlaku adil... sila jawab di blog masing2 ye... dan tinggalkan link sahaja di komen ni...
Hari tu bunga amik jawapan fida jea, lepas tu ubahsuai ckit terus menang... Tapi aku adil, aku bagi jugak fida menang...

Jom Cipta Rekod...

Semalam... Tapi berita hari ini... Berita yang aku baru baca dalam paper star yang aku cilok dari Fida... ha tengok, berapa bijaknya aku merancang ekonomi... Berapa kedekutnya aku... sampai paper pun rembat ofis punya... tak payah nak susah2 beli...

Dalam paper ni ada cakap... (paper bercakap...Gila arghh... apa istilah yang betul yang patut aku gunakan ek?)

Siapa sini orang Kangar, Perlis Indera Kayangan? Baik ngaku cepat!!!
Kalau tak, aku cari sampai lubang jamban!!!

Orang Perlis semalam cipta rekod... Cipta rekod dalam Malaysian Book Of Record...
Cipta rekod yang aku pun pikiaq lapanbelas kali nak pecahkan...

Bukan la kerja gila sangat pun... Tapi awat la hang tumbuk sambai belacan sampai 100o orang tu... Hang nak cilikan mulut siapa sampai seribu orang duk bodoh menumbuk belacan!!!

Kalau orang Perlis boleh cipta rekod cam tu dan catat nama dalam Malaysian Boof Record... Buat aku terfikir sejenak...

Apa kata, kalau kita sama2 pecah rekod tu dengan makan beramai2 sambal belacan tu sampai pijar mulut atas bawah merecik2 berbuih2 dan menanah...
Bengong!!!

2011/02/27

Tak suka Bila... V2...

Tak adil la aku rasa kalau aku cerita sekadar aku tak ada mood sahaja tanpa cerita penyebab ketakadaan mood tu...

Penyebabnya bukan lah serius sangat pun... Tak ada la sebesar masalah negara pun... Tak la seserius keadaan di Mesir, mahupun Libya... Hatta di negara atas angin pun!!!

Tapi kena pandai, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerakkan... tak pun menepuk air didulang, tak terpercik di muka sendiri... Eh... betul ke perumpaan yang aku gunakan ni?? Macam ada yang tak kena jea... Ah...lantak la... bukannya ada orang nak bagi markah pun....

Nak mintak pendapat geng2 karut sekalian... Yang bijak pandai... Nak mintak tolong berfikir cara2 alasan nak mengelak...

Pendek cerita sebelum aku melalut ke laut tenggelam di lautan dalam...

Pak sedaro den ni ha... Dio ni ado masalah sikit... Kato eh nak amik loan... Nak amik keto baru... Exora! Dio koba kek den, dia nak den ni ha jadi second grantor dio... den bukan apo... den ni tak cayo bonar kek dio ni... apo orang koba kan tu, jenis liat nak bayar hutang... namo dio pun dah busuk dah dengan bank2... ni dio nak pinjam guno namo bini baru ek... nama 1st grantor dah ado... tapi bank nak yang keduo pulak...

Tapi den maleh nak cayo... walaupun pak sedaro den... den paham bonar ngan lagak dio tu... kaki temberang dan kaki putar alam...

Kalau nak yang grantor keduo, kenapo mintak macam2, ic den tu wajib la... ni siap dengan lesen 3 lai, slip gaji 3 bulan dan surat pengesahan majikan... ni yang polik bin heran sikit ni... musyikil den sambil garu2 dagu... Ni macam nak guno namo den tuk jadi 1st grantor jea... tak pun nak guno namo den untuk loan tu...

macam mano ek nak ngelak... ado idea tak... den tak nak la sobab den tak nak jadi penjamin, habis rosak pulak namo den...

2011/02/26

Tak Suka Bila...

Sangat tak suka bila...
Bila tak suka aku buat cam ni...

Aku tak suka bila aku tak ada mood...
Bila aku tak ada mood aku akan mengarut lebih...
Bila aku dah mengarut lebih, aku baca pun naik menyampah...
Bila dah menyampah, aku terus delete semua...

Aku tak suka bila aku tak ada mood...
Bila aku tak ada mood, perut aku akan sentiasa berlubang...
Bila perut aku dah berlubang, terpaksa la cari sesuatu untuk menampal kebocoran...
Bila dah menampal, aku terus menyesal sebab terlebih tampal...

Aku tak suka bila aku tak ada mood...
Dan paling tak suka bila tak ada mood tu disebabkan orang lain...
Terpaksa berfikir nak cara langkah nak mengelak...
Supaya tak sakitkan hati sesiapa...

Hajat Di Hati...

Hajat di hati nak kempiskan perut...
Hajat di hati jua nak trim pipi yang cabi ni...

Dah berhajat kena la berusaha kan...kan...kan...
Kan usaha itu tangga kejayaan...

Malam tadi pasang niat...
Niat di hati nak jogging keliling taman...
Nak membakar lemak2 yang bergelimpangan...

Tapi niat hanya tinggal niat...
Katil lebih memerlukan aku ni...

Penat la nak panjat tangga menuju kejayaan...
Ada tak lif nak menuju kejayaan...

2011/02/25

Selimut Pendek...

Selimut siapa pulak la yang jadi mangsa bahan karutan aku kali ni...

Pernah tak korang jumpa selimut pendek?
Tak pernah? hummmmppp... Aku pun tak pernah jumpa...
Muahahaha...

Ok... Ok... Lurus kepada titik la yea...

Bayangkan kita terpaksa menumpang di rumah saudara yang jauh... Yang kita ni ada masalah dengan saudara ni... Yang tak berapa nak rapat pun...

Semasa nak tidur, tuan rumah bagi sehelai selimut pendek...
Yea la kan... Dah saudara tu tak suka kita menumpang rumah dia... Tu yang bagi selimut pendek tu...

Bayangkanlah selimut pendek ni macam tuala mandi yang dijadikan selimut untuk tidur...
Untuk tidur di malam hari... Ketika awal pagi, ketika hujan turun dengan lebatnya, ketika kesejukkan hingga ke tulang yang hitam...

Ketika ini la bergunanya selimut pendek ni...
Digunakan untuk menutup dan membaluti sekujur tubuh ketika kesejukkan pagi ditambah angin2 hujan....

Tapi, hendak ditarik menutup keseluruhan badan, kaki pulak terjulur kesejukkan terdedah...
Hendak ditutup keseluruhan kaki, badan pulak terbogel... Ni bagi sesiapa yang tidur bogel la...

Ditarik sejuk, dilunjur pun sejuk... ditolak...lagi la sejuk...
haihhh... sejuk ni... memang la kesejukkan...

Eh... Faham ke korang apa yang nak mengarut ni?

Mood sekarang sekarang sangat mencemburui kawan-kawan yang ada parent yang stabil kewangannya...

Masa belajar, tak payah buat pinjam PTPTN... kalau pinjam pun sekadar nak bayar yuran jea...
Nak kereta, ayah yang tolong bayarkan downpayment...
Nak rumah, FAMA yang tolong bayarkan yuran guaman... ++ silap2 bayar downpayment sekali...
Nak kahwin pun, bapak jugak la yang support...

Semua pun dapat selimut yang besar... Silap2 dapat comforter lagi...
Tak payah nak tarik sana, terdedah sini...

Dah la... aku tengah pening ni sebenarnya...
Kira kira, korek lubang sini, tutup lubang sana... Bajet sana cukup, sini pulak yang lari...

2011/02/24

Hantu!!!

Perut: "wei otak, aku lapo la...
Otak: "ekau ni, tak habis2 lapar, agak ek ekau ni ado berlubang kek mano2 ko?"

Perut :"Agak2 la bagi ayat tu otak, aku mogok kang, siapa susah? kau jugak kan...kan...kan???
otak : "iyo la... den tau la, dah ompek hari kau tak raso nasi kan... Balik2 makan kuih, ngunyah buah...makan kuih, ngunyah buah... tu pun free sobab ado meting... eden yang ponek kojo, ekau lak yang sodap...

Perut: " ha! tau xpe...

Perut: "otak, otak, aku rasa la kan, aku teringin la nak makan sate kajang la...yummmy tu kalau dapat sate arnab si mina...."
Otak: "Bukan ekau je... den pun dah meleleh air liur den ni... Goram pulak den nengok kan arnab si mina tu, buek sate sodap gak tu...


Situasi di luar kedai sate kajang cawangan taman melati:

Mata terperasan sesuatu yang menarik perhatian di kaki lima diluar kedai... tapi bukan punggung awek yang lentik bergetah terangkat tau....

Mata: "wah... cd penyangak cerita hantu kak limah balik rumah dah keluar la..."
Otak: "ha... iyo ko... boleh la boli kang... kito masuk dulu amik oder sate dulu ek mata..."

Semasa di depan kaunter pertanyaan... eh... kaunter nak oder sate la...

MULUT: " KAK, SAYA NAK HANTU KAK LIMAH SATU!!!"

Akak dekat kaunter tu pun tengok semacam jea...

Mata: " eh... otak, kenapa akak ni tengok kita semacam jea..."
Otak: "erk... den raso den salah bagi arahan dekat mulut la!!!"

malu...malu.... malunya.... mana nak letak muka yang cabi mabi ni...

Senyum Dalam Tangisan...

Hari ni hari Khamis...
Maknanya hari ni bertarikh 24 Februari 2011...

Apa yang ada pada hari ni?
Nak tunggu malam, lambat lagi...
Lagi pun buat apa nak tunggu malam ni, lainlah kalau dah kahwin, boleh bunuh setan banyak2...

Pagi-pagi lagi dah tengok ramai orang beratur...
Ada makna tu... Kalau orang beratur panjang ni...
Tersenyum sendiri... Ada makna ni...

Konon nak mengadu nasib dengan Tok Rimau...
semua berhajat nak cucuk buntut Tok Rimau...

Dekat sini memang best... Sangat best...
Bila sampai 24 haribulan jea, dah boleh mengadu dengan Tok Rimau dah...
Pi sat cucuk bontot rimau... cucuk2 lagi...
Tekan2 ckit, dah boleh dapat duit dah...

yeahhhaaa... hari ni gaji...
baru jea nak senyum lebaq2, tetiba pulak terbelek roadtax motor, awal bulan ni mati, roadtax kereta akhir bulan mati...

Haihhhh... senyum dalam tangisan betul la...
spoil mood senyum gembira pagi2 buta...

2011/02/23

Erm... Ntah la...

Nak kata tak nak, sepupu...
Nak kata tidak, kawan...
Nak kata tak boleh, bapak saudara...

Dan yang paling best... Ntah malaun mana ntah, dapat no telepon dari ntah mangkuk mana ntah, tetiba pulak tanya pasal kerja itu, kerja ini, contract sinun, sebutharga situn...
Pe ke hal nye ni yop!!!

Tolonglah faham... Zaman kabel besar lengan ni dah lama habis dah...
Sekarang ni zaman kabel optik, betul tak mina yang gigih berkerja dengan TM ni... mina, ni puji ada makna ni...

Tolonglah faham... Walaupun gelaran pangkat tu Penolong Pengarah, yang sebenarnya aku pencacai macai jea dekat sini... Bukan sesiapa pun... Fida tu pun tak sudi nak tolong aku taip surat... Sebelah mata pun tak pandang... (ayat merajuk ni)

Tukang bancuh air je layaknya...
Tolonglah jangan nak mintak kerja dengan aku...

Kalau nak kerja sangat, mintak la dengan ZOO Negara...
Kat sana ada banyak kerja kosong... Tak ada siapa pun yang sudi nak bagi harimau makan... Kecian dengan harimau tu, kurus kelaparan...

Surat Layang...

Ini Surat Layang... Sila percaya...
Kalau tak percaya, anda akan ditimpa kesusahan selama 78 keturunan anak beranak...

Kepada Puan Fida (PA yang cute miut yang orangnya merendah diri, marhain dan picisan):

Sukacita dimaklumkan, dengan segala hormatnya, merujuk kepada entry puan bertarikh semalam adalah dirujuk...

Sesungguhnya, dengan ini saya ingin menegaskan, cadangan tuan besar untuk meng"add"kan diri sebagai friend dalam facebook puan, adalah diharapkan puan tidak menimbangkan cadangan tersebut...

Sesungguhnya puan tak perlu lagi memikir semasak-masaknya...
ignorekan saja... Pleasa la...

Ini untuk kebaikan semua... Nanti ai tak dapat lagi nak ngulo ketika sedang berkelana merantau ke negeri orang... Nak ngumpat dalam Facebook ni pun kena pikiaq banyak kali semasak masaknya menggunakan minyak masak cap sauh...

diharap puan menerima saranan ini tanpa syak dan was-was lagi...
sekian....

yang memberi perintah dan arahan...

Bos kecik... a.k.a Tuan Kecik...

2011/02/22

Logik... Logik Ke?

Muak la dengar alasan yang sama jea...
Lagi2 orang yang pakai jam jenis jam matahari ni...
Jawapan standard jea... Dah macam ada skema jawapan pulak...

Skema jawapan on the way tu dah lapuk la...
Zaman-zaman retro 70an boleh la guna alasan tu...
Cuba la berfikiran kreatif dan kritis sikit...
Tak ada nanti la sel-sel otak tu tak bersambung, asyik terlupa jea...

Pakar kata, bukan aku yang kata, orang kalau malas berfikir, cepat nyanyuk!!!
Pakar jugak berkata, dah tentu bukan aku yang kata,... ntah la... Aku pun dah lupa..
Mungkin susu yang aku minum masa kecik2 tu tak ada zat besi aluminium... Tu yang sel-sel otak tak bersambung sangat...

Dah... Start dah mengarut... Ok la lurus kepada titiik la yea...

Alasan... Apa lagi alasan yang logik yang boleh buat orang percaya seseorang yang lambat tu bersebab, hatta sekalipun sebenarnya kelambatan sesorang itu memang sebab dia yang lambat...

Faham ke bahasa sasterawan carut ni?

Permudah kata la kan...
Ni aku nak tanya dekat korang yang bijak pandai menyusun kata-kata, apa alasan paling tak logik yang pernah korang guna, tapi boleh diterima semua orang...

Jangan nak menipu la kalau korang tak pernah cipta alasan... orang Negeri Sembilan kata, "pembongak bosar" la kalau korang tak pernah cipta alasan untuk melepaskan diri kan...
Kongsi2 la sikit... Silap2 lepas ni boleh la aku buat tip...
Tak kisah la tip tu mengarut pun.... mana tau, sok2 aku terpakasa cipta alasan pulak...

Rindu Serindu Rindunya...

Tolong la aku...
Sesungguhnya aku sangat merindui dia...
Walaupun disaat aku sedang mengalami kesibukan hal-hal dunia...
Waima sedang berfikir menguruskan hal-hal negara...

Rindu...
Rindu serindu rindunya...

Sehari tak ku lihat dia, rasanya macam tak lengkap hidup ini...
Macam orang makan kari kepala ikan tapi tak ada rasa karinya...
Serupa macam orang tengah meneran berak, tapi tak lepas2, sembelit rupanya...

Rindu...
Rindu serindu rindunya...

Sehari tak melihat dia, rasanya macam senyum dengan gigi kekuningan, tak berseri...
Sehari tak melihat dia, rasanya minum madu rasa cuka...

Gila la... Aku dah gila dah sekarang... Dah mabuk dah...
Gila angau... Mabuk laut ketagihan...
Dah ketagih... Tak tengok sehari... rasa nak lempang laju2 mamak kedai...

Blog... Gila la... Aku dah ketagih dah dengan blog... Sehari tak tengok blog... Tak senang aku nak baring golek2...
Ada tak sesiapa jual ubat ketagihan ni...
Rasanya tak menjenguk kawan2 alam maya boleh jadi gila isim sekejab...



nota kaki: tajuk tak boleh blah!!! sila kritik tajuk itu sekarang...

Tak Ada Tujuan V2...

Bla... Bla... Bla... Dan bla...

Fasha Sanda bla... Bla... Bla... Bla...

Seafood Sabah bla... Bla.. Bla...

Durian Balik Pulau, Pulau Pinang bla.. Bla... Bla...











bla.. bla... bla...
Otak pun dah jem, serabut, serabai dan terabai...
bla... bla... bla...

Baru separuh hari ke2 metingthon... ada 4 1/2 hari lagi...
Bertabahlah... Bla...bla... dan bla...
Memang entry tak ada tujuan... Rasa kecewa tak?

2011/02/21

Bizi... Bizi... Bizi...

Bizi...Bizi...Bizi...
Meetingthon dari 21 sampai 28 Februari 2011... pagi petang pagi petang... Nonstop...
Adei... Penat otak ni... ni yang tak boleh nak mengarut sangat ni...

Dah macam mengalahkan PM pulak... PM pun tak sibuk macam ni...
Lepas ni boleh la ganti tempat makcik Mah...

Hutang2 dunia semua dah pun langsai dah... Lepas ni jangan ada yang berbunyi lagi yea Bunga dan Fida...

Cuma fida... Baju Tshirt tu tak dapat la... Masa kat pasar Serikin tu, kualiti baju tu tak menggairah aku la...

Notakaki: entry alasan jika aku tak dapat terjah balik blog korang yang comey lote tu... sekian, harap maklum...

2011/02/20

Orang Melayu Tak Pandai Berniaga?

Lokasi 1: Kedai mamak... Ntah betul mamak tu islam ke tak, tak dapat dipastikan, ketayap diatas kepala bukannya lambang seseorang itu islam... Kebanyakkan pekerjanya semua berasal dari negara India...

Tapi yang bagus dan patut dipuji adalah servis yang tip top... Tanpa ada sehelai kertas pun, datang la seramai mana pun pelanggan, segerombolan pun tak ada hal bagi mamak ni... Yang penting, apa yang dipesan tu sampai... cepat dan tuntas tanpa kesilapan...

Pelanggan belum panas bontot duduk lagi sudah tanya, "bos mau minum apa, makan apa, macam2 ada, mee goreng mamak ada, tandori ayam ada..."

Lagi satu mamak ni pandai tarik pelanggan, mereka tahu dekat Malaysia ni, peminat bola terutamanya EPL sangat tinggi... So, dikeluarkan modal 1 tv besar punya untuk tatapan kaki bola mahupun kaki bangku... Maka duduk melangok la si kaki bola dan kaki bangku tu sampai pagi... mula-mula segelas... lepas tu segelas... last2 pesan sejag minuman terus...

Ok... cukup satu contoh jea...

Lokasi 2: Kedai makan melayu...
Dah la... aku malas nak cakap... korang komen la...
Kecik2 dulu suruh belajar, ponteng, lari masuk dalam longkang... Bila dah besar berlagak nak berniaga... tapi etika berniaga tak ada... Main ikut suka hati perut jea...

Teringat kata-kata arwah atok aku dulu, arwah atok aku ni peniaga, dan sedikt sebanyak ilmu berniaga tu ada dalam jiwa aku ni...

"Orang berniago ni macam peminto sedekah, kalau ekau pandai, akan jadi godang la kodai ekau, Ekau terpakso menarik perhatian orang, kalau peminta sedekah tu, kau tengok tangan eh kudong, telingo ek capeng, kaki eh tempang..., kalau orang tak nak kesian kan ekau, sampai mampus la ekau terlingkup..."

Kasihan di sini bukan kasihan macam dalam rancangan bersamamu TV3 tu...
Kasihan disini ialah cara nak menarik perhatian... macam mamak tu, servis bagus, ada tv besar, kedai besar, kerusi meja banyak, pekerja ramai... Tapi tak semestinya mamak tu sedap...

Yang kedai melayu ni, dah la kerusi meja boleh dikira dengan bibir, layanan... erm... macam dia pulak tuan besar pulak, padahal dia tak tau, dia tu pemintak sedekah jea...

Belajarlah ilmu berniaga dengan Kaum Cina... walaupun aku tak berapa nak ngam dengan kaum ni... tapi belajar la... Tokey kedai cina tu tak anggap pun dia bos... Dia kata dia kuli jea... siapa bos yang sebenarnya... Yea betul... Pelanggan Kedai tu la... Yang bagi dia kerja, bagi dia gaji...

Itu yang arwah atok aku kata, peniaga tu macam pemintak sedekah...
Hang bukan bos pun... Hang tu kuli jea sebenanya... Tanpa pelanggan... Siapa la korang...

Faham ke korang ni aku mengarut pagi2 buta dihujung minggu ni???
Dah la...malas nak mengarut lagi... bukannya korang faham pun...
RM1.80 tambah 2 hinggit pun nak pakai kalkulator ke? menyirap betul.... dah la salah KIRA lak tu... DAH JADI RM4.50... bengong!!!!

Perasaan Ditengah Malam...

Tanya si badan,: "Wahai mata, kenapa kau tak mahu lelap..."
Jawab si mata: "sebab otak ni ligak berpusing... Berpinar-pinat pulak aku ni"
Balas si badan : "Kau tak kasihan dekat aku ke wahai mata, aku ni dah penat ni?"
Jawab si badan : "Kau tanya la sendiri dekat otak tu"

Badan: "Wahai si otak, kenapa kau masih lagi berkerja di waktu sebegini, kan lagi elok kalau kau rehat2 sahaja, kau pun tahu kita sama2 dah berkerja seminggu ni..."
Jawab si otak: "Macam mana aku tak kerja, dah hati tu dup dap dup dap jea... Ntah kenapa la dia tu... risau pulak aku..."

Badan: "Hey hati... Kenapa engkau malam ni ha???
Hati: "Ntah... aku pun tak tau... Aku tak boleh la... Bila dah baca kisah orang dan aku tak ambil pusing pun... Aku selalu terfikir kalau aku di tempat orang tu...
Badan :" Siapa orang tu???
Hati :" Ntah... Kau baca la sendiri dengan si mata dan otak tu, aku tak boleh la nak baca lagi... Baca di sini dan di sini juga... Kalau baca tanpa perasaan lagi bagus... Tak perlu menilai...

Baca tanpa hati... Tanpa perasaan... Tak perlu menilai...

2011/02/18

Seafood Sedap di Top Spot Kuching Sarawak.

Seafood Sedap di Top Spot Kuching Sarawak.

Amaran oleh KERAjaan Negara Di Atas Angin sebelum membaca entry ini:

Entry ini akan dipenuhi dengan gambar makanan penambah lemah dan pengecur air liur, jika sekiranya anda tidak dapat mengawal nafsu serakah, dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan...






Sebelum tu, macam biasa la... Kita tunjuk yang mentah2 dulu, tapi tak ada la macam di Sabah tu, ikan dia masih lagi hidup masa digoreng...

Udang Lobster dia pun tak la besar sangat, sederhana jea la...
Kalau ke Kuching ni, boleh la singgah ke TopSpot... Level 6... Belakang hotel riverside jea...


Lobster Sawarak
Ha... tengok... semua pun macam melambai-lambai memanggil-manggil jea untuk di masak...
Mana boleh tahan beb...

Ikan Segar Kuching
1st, sup sayur... Yang ni aku yang order, ingatkan nak diet la... Nak makan sup sayur jea... Tapi memang sedap la sup ni... Gred A la aku bagi...

Rancangan nak berdiet dengan makan sup sayur tu macam kurang berjaya la... Godaan makanan laut lain lebih kuat berbanding tarikan sup sayur tu... Sorry la yea sup sayur, anda kurang mendapat perhatian malam ni...

Termasuk malam ni, dah 3 malam berturut-turut makan seafood jea... Lagi lama aku duduk sini, silap-silap boleh kena gout cam ni...

Yang ni best... Tak ada di tempat lain selain sarawak... Umai obor-obor... selain umai obor-obor ada jugak umai ikan... Sedap owh... sehingga menjilat siku wa cakap sama lu... Talak tipu punya owh...

Umai Obor Obor Kuching
Ni pulak.... erm... apa ke nama nya ntah tumbuhan ni... midin ke bidin... ah... lantak la... kalau dekat semenanjung macam pucuk paku la... tapi sangat lain rasanya... ni mungkin versi borneo kot...
Sayur Bidin
Seperti biasa... Tak ketinggalan udang...
Gambar lobster aku lupa ambil la... dah leka sangat makan sampai terlupa si lobster tu...
Tau2 dah tinggal kepala jea...


Yang ni pun special dekat sini, manuk pansoh...
Ala ayam dimasak dalam buluh la...
Tapi... serius wa cakap lu... terangkat beb... wangi jea ayam tu... yummmyyy... lembut... halus jea..
Ayam Pansoh
Menu tetap... kesukaan bos... Ikan kerpu merah... tak kesah la masak apa pun, semuanya sedap.... Erm...yummyyy... isinya... huh... ketika menaip entry ni pun masih lagi meleleh air liur wa cakap sama lu...
Ikan Kerapu Bara Stim

Dah la... tak boleh nak mengarut sangat malam ni... mata dah kabur la... balik ni kena buat medical checkup la... takut2 ada gout jea... dah tiap2 hari melantak seafood...
Lagi pun tak boleh nak up entry dan isi cerita yang sama jea... takut orang cepat bosan lak nanti...
selamat tidur semua...
Guten nacht..

Terlupa lagi... Udang Punya Hal kah?

Ikan terubuk masin... Baru jea settle... Tadi singgah dekat Tamu Satok...
Kek lapis Sarawak... Dah beli jugak, ada la beli dalam seguni... Agak2 cukup tak untuk korang?
Kain batik Sarawak... Esok jea la beli, dengar kata dekat Pasar Selikin lagi murah...

Gambir Sarawak??? Eh... Boleh ke tak ni kalau bagi hadiah ni???
Tapi dah terbeli pulak... ada sesiapa yang dah kahwin tapi sakit gigi tak... Nak tak??? Hanya yang dah berkahwin sahaja yea... Kalau nak, sila berurusan di kaunter pertanyaan yea...

Ikut sangat kehendak bos besar, yang nak sangat pergi sempadan Indonesia tapi tak buat apa pun... sekadar lalu, masuk sempadan, lambai dekat imigresen Malaysia, lambai lagi dekat Imigresen Indonesia,(masuk Indonesia menggunakan pasport 5 jari, sekadar melambai-lambai, sebab masuk guna kereta Gomen), cecah kaki di bumi Indonesia tak sampai 1 MINIT, buat u turn lepas tu balik... Ambil gambar pun tak... Ntah apa2 ntah bos aku ni... Penat jea ngusung camera ni... Bukannya ringan nak usung ke sana ke mari...

Selagi ada ongkos dalam poket ni, selagi tu la tak kan berhenti membeli... Haih...
Tapi rasa2 cam ada benda yang terlupa nak beli la...
Lama dah pikiaq... Apa yea...

Ni sebab banyak sangat makan seafood la ni... Orang kata apa peribahasa tu... Otak sotong? Eh... Otak udang ke apa ntah... Udang lagi... Kenapa tak otak badak??? Kenapa kita hanya bagi pekak sahaja dekat badak!!! pekak badak... Ini satu diskriminasi terhadap haiwan betul la... Interlok betul la... Tak adil... Jom bakar... Bakar semua... Tak puas hati bakar... Tak puas hati bakar... Padahal udang pun ada otak udang, badak pun ada pekak badak... Interlok betul...


Nota kaki: siapa yang mengaku bijak pandai, dia akan faham apa yang cuba dikarutkan oleh tukang karut di perenggan terakhir entry ini.. Yang otak udang, sila la makan cucur badak pulak lepas ni, supaya jangan cepat pekak badak... Ni petua ni...

Tak Bosan Ke???

Entry Ni... Aku sekadar nak bertanya jea... Pendapat blogger2 yang bijak pandai ni kan...
Ada yang dah cukup lama sehingga layak digelar otai...
Dan tak lupa yang baru jea semalam menceburkan diri dalam dunia blog yang penuh warna-warni...

Aku tau ramai yang rajin membuat blog berjalan untuk menaikkan traffik yang datang ke blog masing2 kan...

Aku nak tanya ni, pendapat korang, korang perasan tak ada blog tu cerita yang sama jea... tak bosan ke kalau blog tu asyik cerita yang sama diulang2 jea?

Kalau aku tersalah kata, tolong la maafkan aku yea... Aku sekadar ingin bertanya jea untuk menaikkan mutu tulisan aku ni... kiranya aku sedang berevolusi untuk menjadi dinosor... Eh... Nak berevolusi menjadi yang lagi baik...

2011/02/17

Pelik la...

Rasanya... Dekat Malaysia ni aman damai tenteram jea...
Tak ada pulak yang jadi hantu...

Tapi kenapa malam ni, meriah sangat nak bom sana, bom sini, kebabom sinun...
Mengganggu keamanan sejagat betul la...

Dah la badan aku ni penat, sibuk mengukur jalan, menunjuk dekat bos apa yang aku buat selama ni... Mata pun dah kuyu... Mekasih la bos kerana berjaya membuncit dan mengembungkan perut ku ini, gambar2 makanan dilarang keras di sini, takut kena ban lagi...

Yang hangpa duk bom hantu tu pasai pa???
Tau la malam ni hari terakhir perayaan tahun baru... apanama tu... chapgohmei ka apa ka capkipasudang cam tu la...

Nak bom pun pelan2 la...
Hantu pun tak dak dah zaman ni... semua hantu sangkut mati hangus kering dekat wayar elektrik bila depa semua terbang...

Selamat tidur la semua... Nak pergi cari kapas sat... hinggar bingar sangat la ni...
Nak tidur dengan lena... Esok ada tugas yang penting...
Sok pagi2 nak cari kayu... Nak cari kayu... Nak cari kayu...

Soalan yang rasa nak jawab dengan penampar jea V3....

U ingat lagi tak u lempang i versi v1 dan v2...
Kali ni i nak v3 pulak...
Ala2 macam rempit v3 jugak la ni...

Tapi... Jangan la u cepat sangat marah...
U ni kecik2 suka sangat makan asam jeruk kot... Tu yang cepat sangat naik darah...
I tanya ni untuk kepastian jea...

U tu... Selalu jea naik angin...
I tau u suka sangat makan cucur udang...
U marah sangat dekat makcik tokey gerai kuih tu kalau beli cucur udang yang tak ada udang...
U kata kalau tak ada udang tu bukan namanya cucur udang, tapi cekodok!!!

Tapi bila i tengok u beli cucur badak dengan badak berendam, u sikit pun tak marah...
U diam jea... I tengok u bayar, lepas tu u blah macam tu jea...

Kenapa u???
Kenapa u tak bising2 pun tak ada badak dalam cucur badak tu...

2011/02/16

Ok Tak Hadiah Ni...

Hari Sabtu tu minggu depan, classmate aku nak kahwin...
Dekat Klang...
Classmate aku tu perempuan...

Penat la berfikir nak bagi hadiah apa...
Periuk nasi dah pernah bagi...
Set pisau dah pernah bagi jugak...
Set periuk pun sudah...
Nak yang canggih sikit macam coffee maker pun dah bagi dah...
Set gelas dan pinggan dah... Dah macam biasa sangat lak kan...

Aku ada jugak terfikir satu benda ni...
Dah alang-alang aku dekat Sibu & Kuching ni kan...
Tapi cam takut jea nak bagi...
Takut salah faham dan disalahertikan jea...

Agak-agak korang la kan...
Kalau aku la kan...
Aku hadiahkan... kan...kan...

Hadiahkan gambir sarawak ok tak ek???










Hangpa jangan pikiaq kotoq ek... Gambir tu boleh buat ubat sakit gigi tau...
Hangpa memang otak kuning hijau pekat likat betul la...

Nak Merantau Lagi...

Tukang Karut nak merantau, berkelana, merajuk jauh membawa diri...
Sarawak... Tunggu kedatangan aku...
Kali ni aku datang dengan Tuan Besar... Nak mengukur jalan lagi...

16-19 Februari...
Jalan Sibu - Sarekei - Saratok - Sri Aman - Kuching - Serian - Tepedu - Sempadan Indonesia...

Ha... Jauh tak tukang karut nak pergi merantau... bawak diri...

Ada sesiapa ingat tak yang aku ada buat contest tak rasmi? Apa? Tak ingat???
Ni nak marah ni... Sampai hati tak ingat...

Tak pe2... Klik jea kat sini kalau nak tau...
So... Ni nak bayar hutang la ni...
Pemenangnya adalah...

Jeng... Jeng... Jeng...


Fida dan Bunga...
Sila bagi size baju anda... size baju jea tau... jangan bagi size lain pulak... yang tu aku tak nak tau la...

So... Lepas ni aware la sedikit ek, sebabnya dalam sebulan, memang aklu selalu merantau ke negeri orang... Ni bulan awal 3 ni nak ke Tawau pulak... Dan aku suka buat contest sebagai cenderamata dari sana...

Dulu Cik Eda dah dapat gelang mutiara dah... Tak caya klik dekat sini...
Ok la... Aku nak balik rumah ni... Nak kemas apa2 yang patut...

2011/02/15

Mengarut Betul La...

Hari ni tak ada mood sangat...
Mood dah lari ntah ke mana... Nak kejar, takut tak sempat...
Mungkin tak ada mood sebab datang bulan kot... Eh!!! Orang lelaki ada datang bulan ke? Ala... Apa yang pakar sebut tu, sms ke, pms, jps ke... Ntah la... Aku pun tak tau... Tak berapa nak arif sangat la...

Semalam... Semalam kan... Aku ada mintak kan... kan...kan...kan...
Pendapat korang yang baik comey kacak bergaya ni apa topik untuk aku mengarut kan... kan... kan... Hari ni aku nak bayar hutang dunia ni...

Kalau tak buat kang, orang sebut sampai mati kang... Susah lak aku nanti...
Ada la dua orang yang baik hati, yang comey, yang cantik tertarik kau memang dabooommm yang memberi cadangan...

KUREKURE COMEL said...

1)bila nk kawen
2)kenangan pahit
3)perempuan jenis apa yg comel..

intan suraya said...

hmm.. topik sal kenape tuan punye blog nie suke mencarut, eh bkn! mengarutlah..hehe

@ Bila nak kahwin...

Berat soalan ni... sambil garu2 kepala yang tak gatal... Bukan apa, benda ni serius... nak mengarut bukan senang... ok la... pendek yang cerita, bukan panjang yang cerita ek... InsyaAllah, dalam bulan 11tahun ni... sekarang ni aku tengah berpantang... Pantang apa pulak ni kan... Bukan berpantang bersalin tu... Pantang la... Pantang duit belanja... Semua kena catu sekarang... Nak kumpul duit la kan...
@ Kenangan pahit...
wuaaaaa.... si kurekure yang comey ni betul2 nak kenakan aku ni... Menggaru lagi kepala... Kali ni garu kepala lutut pulak... Kenangan pahit... Erm... Rasanya tak ada pulak peristiwa aku tertelan taik cicak... eh...taik cicak pahit ke??? Ada sesiapa yang tertelan taik cicak tak??? Sila angkat kening sekarang... Bunga... Aku tau kau pernah tertelan taik cicak kan???

Kenangan yang pahit adalah sesat di penghujung jalan yang ada dua simpang... Faham? Tak pe la... Tak perlu faham... Biarlah rahsia....

@ Perempuan jenis apa yang comel...
Garu kepala lagi ni... Nak garu kepala apa pun dah tak tau dah... Garu kepala paip la pulak... Nak jawab macam mana la ni...

Dulu kan... Aku kan... Suka kan... Tengok kan... Perempuan yang pakai topi dan yang ada lesung pipi... Eh... Lesung pipi ke atau lesung pipit ek???Ada sesiapa yang tau?

Perempuan yang ada lesung pipi ni cam comel jea... Itu dulu... sekarang kan... ntah la... semua perempuan dah pandai solek, so, semua pun nampak comel... cuma, jangan la pakai yang ketat2 yang nampak sangat peha tu besar gedabaq atau nampak sangat perut tu berlapis... tu bukan comel, tapi nak muntah darah hijau aku tengok... Dah naik juling mata ni tengok...

@hmm.. topik sal kenape tuan punye blog nie suke mencarut, eh bkn! mengarutlah..
Intan... rasanya tuan blog ni tak pernah lagi mencarut... yang banyaknya mengarut ada la...
Kenapa... Kenapa... Dan kenapa aku suka mengarut... Sebenarnya kan... Aku bukan suka mengarut pun... Aku suka membuli jea...

Mengarut tu best... lazat macam makan kek resepi rahsia... yummmyyyy... tiramisu... syok ooo...
Aku mengarut sebab mengarut tu membolehkan aktiviti penyambungan sel-sel otak ni... Boleh tak terima alasan ni???

Ok la... Cukup setakat itu, aku nak sambung balik wayar2 yang tercabut... Banyak wayar2 dalam kepala yang tercabut semasa entry ni dikarangkan...
Nak pergi cari mood yang hilang...
Di mana... Kan ku cari ganti... Mood yang hilang....

Aku Rasa Aku Nak Tukar Kerja La...

Bukannya kerja sekarang tak menarik tertarik dadabommmmm...
Kerja jadi engineer ni memang la nampak jea gempak... Padahal... Hampeh duk ada...

Bukannya aku tak lagi berminat kerja jadi engineer ni... Kerja jadi engineer memang menarik, mencabar minda... lagi2 kalau terlibat dalam dua bidang, professional dan pengurusan...

Bukannya aku tak suka kerja Gomen ni... Suka... Suka sangat... Lagi2 ramai pulak orang2 bank dan syarikat2 yang admire dengan aku ni... uwekkkk... statement tak boleh blah...

Cuma kerja sekarang ni... Belum sampai hujung bulan, silap2 pangkal bulan dah hanyut dah...
Ada jugak bulan yang kadang2 dah mati kelemasan dah...
Mula la terkorek sana, terkorek sini...

Aku rasa kan... aku rasa la...
Aku nak ambil alih la kerja ayah aku la...

Jadi penoreh getah... hangpa jangan duk gelak cuih mulut dekat aku ek...

Penoreh sekarang kaya oooo...
Hari tu aku tanya ayah, gaji dia sehari boleh pergi sampai 4ratus...
Tu kerja baru 3 jam lebih jea tu... petang2 dah boleh lepak2 dekat rumah menambah pendapatan dengan berblogging...
Cuba kira sebulan... Mau pergi 8 riban lebih sebulan oooo...
Kalah gaji aku ooo.... Kalah gaji engineer capuk cam aku...

Agak2nya la kan monyet kat kebun getah bapak aku tu kenal aku lagi tak ek...
Ala... tak kan la monyet tu boleh lupakan kulit lak kan... lagipun monyet tu bukannya kacang pun...

2011/02/14

Perbincangan Serius...

Serius... Ini sangat serius...
Ini bukan main2...

Ini la untungnya sebilik dengan blogger yang berpengalaman...
Sebilik sahaja tau... Bilik yang dulu berdua, tapi dah jadi bertiga, nak kata bilik bujang lapuk pun boleh jugak la... Bukan sekatil tau... Mahupun sebantal pun tidak...

Perbincangan yang serius... Apa yang serius sangat ni?

Mr. Jepun
hairan, kenapa cerita tukang karut yang biasa2 jea dan lagi banyak mengarut ni, tapi ada jugak yang membaca dan mengomen...

Mr. Jepun jugak berkata, beliau mendapati tukang karut bijak kerana bermain dengan persoalan... Yang dah tentu2 akan ada yang jawab... cewaah ayat... sendiri angkat bakul masuk... (sila baca dari belakang)

So... Apa yang seriusnya?

Serius???

Kalau nak buat blog yang serius, tukang tulis tu pun kena la penyerius jugak la kan... (jangan la budak2 sekolah guna ayat aku ni, habis lingkup terlangkup exam nanti)

Aku sekarang sangat serius... Nak tarik seberapa ramai follower yang bukan setakat menjadi follower pada nama sahaja, tapi haram, tak baca pun...

So... aku bagi peluang dekat sesiapa sahaja...
Peluang untuk bagi apa sahaja topik untuk aku karutkan... Nak berpantun pun boleh...
Nak tahap karut tu macam mana, nak ke laut ke, ke sungai ke, cam siput piggy ke... yang giler khinzir pun boleh...

Ubat... V2...

Ubat lapar apa?
Yea... Makan...

Lepas makan, jadi mengantuk pulak,
Yea, ubatnya ngorok...

Mata dah kuyu akibat perut dah sendat dengan lempeng khas dari dominos...
Otak dah beku, tapi hati masih panas...

Nak kena minum iceblanded la ni...
baru terasa sejuknya...

Marah... sebab apa..
Yea.. nak diet, tapi melantak macam2..
bagus punya diet...
Mana tak pipi makin tembam...

2011/02/13

Lambat... Siapa Biasa Lambat???




Intro yang menggerunkan? Haha... Aku pun terkesima sekejab... Kadang-kadang kalau aku lari sedikit dari aktiviti mengarut ni bagus juga... Boleh jugak kongsi-kongsi gelap... apa yang blogger lain kata, sharing is caring...

Aku percaya, ramai yang pernah dengar atau diri sendiri yang selalu memberi alasan ataupun frasa jawapan sebegini kalau terlambat sama ada janji temu, mesyuarat ataupun perihal kerja...

"On The Way!"
"Sekejab Lagi Sampai."
"Dah Dekat Dah."
"Tengah Pakai Tudung ni, 5 Minit Lagi Turun"

dan lain2 alasan yang seangkatan dan adik beradik seperti di atas
yang membawa maksud yang sama...

Kali ni bukan nak pangkah siapa2... Nak memancung pun tidak sama sekali...
Kalau terasa tu, mintak maaf la... Sama-sama la kita renungkan dan selamat beramal...

"Janji Melayu"... Aku pun tak pasti kenapa mesti ada frasa janji melayu itu... Tapi itu la hakikatnya... Kalau janji pukul 8.30 pagi tu, belum tentu pukul 9.30 pagi tu nampak batang hidung dah...

Dan ada yang best tu, kalau ada yang bagi alasan "on the way ni"... on the way kepala hotak dia, padahal dia baru jea lepas keluar bilik air...baru jea siap mandi!!! Yea... Betul la tu... Dah ada yang menggangguk setuju tu... Tak kurang ada yang tersenyum sumbing ala-ala kambing tak mandi setahun... Eh... Ada kambing mandi ke?

Kenapa mesti lewat atau lambat atau tak tepati masa???
Best atau sesuatu perkara yang menyeronokkan ke kalau membuat seseorang itu menunggu???

Menunggu itu ibarat penantian buah mangga besi jatuh ke bumi... Terseksa tau...
Terseksa menunggu. ni... Tercongok berdiri duduk bodoh bangang menunggu... Buang masa... Banyak lagi benda lain yang aku fikir berfaedah dan berguna boleh dibuat selain menunggu...

ermm... Dah la... Banyak lagi nak tulis... Tapi penuh dengan emosi... Takut ada yang marah pulak nanti...

Siapa nak jawab, tolong la jawab, SIAPA YANG BIASA LAMBAT??? DAN KENAPA ANDA SELALU LAMBAT...

Contest Senyum Paling Ceria.


Erm... kenapa la tag aku... aku kan malas nak senyum... dah la muka berlagak mintak penampar kan...

Ni kira aci la ni... sebab yang tukang ambil gambar ni pun aku jugak...





Gambar2 yang diambil semasa jamuan raya tahun 2010 di ofis..


Ok tu jea... dah la... ni 1st time masuk contest ni...

Jom... Kita Mengukur...

Guten Morgen itu tokey Volkswagen ucap...

zǎo shàng hǎo pulak madah tokey kedai runcit sambil usap2 perutnya yang buncit...

Ohayogozaimasu ucap selamat daripada negara matahari terbit... Hairan la... aku tak pernah pulak dengar ada negara matahari terbenam... kenapa asyik terbit jea yang disebut... Ntah la... Ada sesiapa yang boleh tolong jawab? Bagi dekat Mr. Jepun la jawab benda ni... Mr. Jepun, sila beri penjelasan...

Selamat pagi... Mukadimah ucap jea dah panjang berjela-jela... Salam hujung minggu...
Aku tau... kebanyakkan blogger pun akan turut sama bercuti... termasuk bercuti dari aktiviti "berblogging" ni... adei... banyak betul perkataan yang baru aku cipta... harap2 dewan bahasa dan pustaka tak saman aku la lepas ni... Dunia blog memang agak sunyi bila hujung minggu... Nak berjalan blog pun, ermmm....rasanya macam tak menarik perhatian jea...

Jom kita mengukur... Apa yang nak kita ukur?
Bukan...Bukan... Bukan... Aku tak suruh korang tukar kerja jadi Surveyor pon nak ukur2 ni...
Hujung-hujung minggu ni, elok la... Kalau kita...

Kalau kita pergi mengukur jalan...

Masa ni la nak ukur jalan dekat KL ni... Bukan senang nak tidur atas jalan dekat KL ni... ni la masanya jalan dekat KL sunyi daripada jem...

Sambil tu bawak la duit sekepok dua...
Dan tak lupa, jangan lupa juga kita ukur berapa besarnya KLCC tu, betapa luasnya Time Square tu, paling-paling koman pun, kita tawaf la SOGO... tak pun pergi la TESCO dan adik beradiknya...

Ok... Itu saja... Sekian... selamat berhujung minggu dan selamat beramal... Eh... silap, selamat bershopping...

2011/02/12

Bila Dah Bosan... Aku Mula Merinduinya...

Rindu... Aku sangat merinduinya...
Melihatnya tak sama dengan memegangnya...

Perasaan itu betul2 berlainan...
Walaupun aku akan berjumpa dia ada setiap minggu...

Tapi tetap tak sama...
Aku tak merasainya nikmat bahagianya hingga ke lubuk hati yang paling dalam...


Hanya melihat dan mendengar, tak sama dengan merasa dan memegangnya...

Dah lama dia tak ada...
Berulang kali aku cuba menjenguk dia...

Tapi dia tetap tak ada...
Dengar ceritanya, "orang tua"nya telah pergi mengadap Ilahi..

Puas aku mencari penganti...
Tapi sampai sekarang... masih lagi tak memenuhi kehendak jiwa raga aku yang buas ni...













Komik Shin Chan... Lama dah kau tak keluar... Aku tau... Pelukis kau dah mati...
Jiwa mengarut ni dah kekeringan, kekontangan...



Menonton memang tak sama dengan membaca komik...
memang lain perasaannya... lagi2 di saat aku tengah kebosanan tahap dewa jurus keempat dewata raya ni...

Tak kan la aku nak layan komik sailor moon pulak kan...

Apa Nak Buat ni...

Servis kereta sudah...
Basuh kereta juga sudah...
Baju... Pagi2 tadi lagi dah siap basuh dah...
Blogberjalan, erm... Rasanya tak ada mood...

Nak buat karangan... Idea pun tak ada...
Nak mengarut pun, ilham tak sampai lagi...

Nak tidur, panas2 ni rasa tak ada feel pulak nak ngorok...
Nak makan... Baru jea melantak mcD...

Apa nak buat ni...
Bosannya...

2011/02/11

Panas!!! Kaki Gosip Dah Kembali...

Baru 3 peluru yang dah pun dilepaskan... membuktikan kepada aku, tentang teori yang baru sahaja aku buat senja tadi...

Lepas ni boleh la pergi ke Universiti dan bentangkan teori aku kepada pensyarah2 yang bijak pandai untuk dapatkan gelaran Dr...

OK la... aku malas nak menaip... sila gemukkan gambar2 di bawah jika tak nampak...
Lepas baca, sila komen yea...






Sumber: FidaGhazi sila rujuk untuk mengetahui cerita dengan lebih lanjut! Sila nilaikan siapa yang suka bergosip ni sebenarnya...

Nama2 yang tersebut didalam gambar, sila jelaskan kegosipan anda seperti yang tertera didalam gambar...kui...kui...kui...

Notakaki tapi bukan toyol untuk bawak masuk exam:
En Nasriq = Tukang Karut = Si Cabi adalah orang yang sama...

Kaki Gosip... Hangit Ni...

Kaki Gosip... Siapa mengaku dia kaki gosip sila tekan like 7kali...
Siapa tak mengaku, sila tekan like doploh kali...

Siapa yang lebih kaki gosip???

Kontroversi ni...

Lelaki yang kacak bergaya mesti akan berkata, perempuan yang becok la kaki gosip...
Wanita yang ayu cun melecun pulak bermadah, lelaki kalau bergosip, kalah minah kepohci...

nak tag 5 orang untuk menjawab persoalan ni... aku malas nak fikir...
Si mina kurekurecomey
Fida
Piah Becok
Zaty Embong
Intan

Notakaki: lepas mereka2 ini menembak, si tukang karut akan mengarut membalas tembakan... itu pun kalau hidup lagi... ladyfirst la kan...

Duit Berkepuk-kepuk...

Peristiwa yang berlaku di Isnin...

Gadis A: Selamat pagi... Boleh saya bercakap dengan En Tukang Karut... Eh... En Nasriq...
Tukang Karut: Yea... Ada apa?
Gadis A: Saya dari Syarikat Bunusline... En. ada masa 5minit tak untuk saya menerangkan produk kami...
Tukang Karut: Yea...
Gadis A: Bla...Bla...Bla...
Tukang Karut: Yea...
Gadis A: Bla...Bla...Bla...
Tukang Karut: Yea...

Lima minit kemudian...
Tukang Karut: Saya tak berminat la...
Gadis A: Kenapa En tak berminat yea...adakah harga kami terlalu mahal atau apa...Bla...Bla...Balasubraniam...bla... dan bla juga...

Tukang Karut: berdiam...dan perlahan2 tekan button merah di henpon... ha,...cakap la sorang2 sampai berbuih2 mulut... dah 5 minit aku bagi free... lagi mau lebih nak paksa2 orang pulak...

Peristiwa hari Jumaat pulak... Hari ni la tu..



Sama... Perbualan yang sama... Tapi hari ni, 3 syarikat yang menelepon aku, dan satu bank... menawarkan kad kredit, pinjaman, insurans dan juga kad diskaun...

weii... tolong la... korang ingat aku ni duduk tidur atas duit ke... memang... aku tau duit aku berkepuk-kepuk... semua duit dalam bank tu, memang dah sah2 bukan aku yang punya...

Kalau korang letak Fasha Sanda ke... Syarifah Amani ke... Terliur gak la aku...
Ni ntah ko letak bapok mana ntah lepas tu buat suara2 manja menggoda... Ingat cara macam tu,aku boleh tergoda la tu, dah la pasang perangkap nak bangkrapkan aku...

Tolong la... Not my Taste..
lagipun aku kan kedekut...cukup2 la apa yang dah ada ni...
Hairan jugak aku ni... Dari mana la menatang semua ni dapat no aku... semua nye nak perabis duit aku la ni...

Kalau nak bagi duit dua tiga juta tak apa la jugak... tetttttt... nak jugak aku dengar...lima ratus tujuh puluh jam pun aku sanggup...

2011/02/10

Salah Saya Ke???

Tolong la jangan pandang saya begitu...
Bukannya kehendak saya pun...
Saya ni masih lagi ingat dan mengamalkan adab budaya kita...

Dah orang bagi...
Takkan la saya nak membazir lak kan...
Lagi pun takkan la saya nak keluarkan duit sendiri...

yea...saya tahu... benda ni bukan la mahal sangat pun kan... Bukannya saya kedekut...

Tapi kalau dah ada... Free pulak tu, takkan la saya nak menolak pulak kan kan kan...









Salahkah ke saya jika saya menggunakan mouse???





Salah ke???




Tak salahkan???




Tapi...




Mungkin la...colournya tak begitu sesuai dengan kegagahan saya...



Oh... mouse berwana pink ku... Disebabkan kau, aku telah dipandang serong oleh Fida...
Salahkah aku??????

2011/02/09

Lelaki vs Bola...

Awat la 2,3 hari ni aku nak tulis yang kontroversi jea ni... Banyak lagi benda lain nak tulis... Tapi tu la... Idea tu ada... Bila nak start menulis jea, mula la penyakit lupa ni datng menyerang... kadang-kadang dah tulis tu, saja simpan dalam draf... memang tak nak, dan tak akan publish pun...

Lelaki dan bola, memang tak dapat dipisahkan...
Macam perempuan jugak, perempuan dan make up menang kembar siam...
Perempuan dan handbeg ibarat isi dan kuku...
Wanita dan shopping ibarat aur dan tebing... Ada yang marah ni kang... huhuhu... tettttt!!!!

Ada lelaki yang kaki bola memang minat gila bola... makan bola.. minum bola... terberak pun bola jugak... silap2 tengah bersedap-sedapan pun, mata tu nak jugak tengok bola... jangan tanya la apa sedap-sedapan tu... kalau nak tau... tanya la orang dah kahwin...

Ada jugak lelaki yang kaki bangku, tapi still minat bola... dan gaya lelaki ni, kalau tengok bola, macam dia la pemain terhebat di padang, dia la juara... macam dia la coach... macam2 la... Pada hal, dema ni hampeh tahap gaban... kalau sepak penalti dengan pintu gol kosong pun belum tentu gol lagi.... apatah lagi kalau letak tunggul pun... lagi la... kalau kita tengok perhati dekat kedai makan masa perlawanan bola... ramai jugak golongan yang macam ni... percayalaaaaaa....

dah la... malas nak membebel meroyan meraung... bukan ada orang nak baca pun... aku marah dengan seorang mamat ni... macam la dia sorang jea yang tau pasal bola... dia la yang hebat... habis semua pemain dimakinya...potong stim jea nak tengok Malaysia negaraku yang tercenta ni berlawan dengan HongKong KingKong...

baik tengok dekat rumah...aman... tapi tak best la jerit sorang2...

Cerita Panas!!!

Gila argh tajuk... ni kalau ada orang yang badan dia ada kurap kayap panau dan adik beradik, gatal-gatal satu badan, yang otaknya penuh dengan cecair kebiruan, search dekat En Goggle, musti dia kuciwa sebab apa yang ada dekat sini hanyalah karutan semat-mata...

mina si kura-kura comey semalam berjaya membuktikan dekat aku, yang blogger perempuan lagi ramai dari lelaki... dan result yang aku dapat semalam, membuktikan teori aku dulu... ingat lagi tak? ala... yang eksperiment tu... kalau sebelum ni aku dah mengulas 2 pembolehubah... hari ni nak ulas lagi 2 pembolehubah... So, entry hari ni serius sikit la...

5. Antara blogger lelaki vs blogger perempuan...

Blogger perempuan lebih suka membaca secara detail... silap2 baca sampai ke komen sekali dan turut serta memberi komen... berbeza dengan blogger lelaki yang.... ermmm... termasuk aku baca secara screening jea... dan blogger lelaki jarang sekali nak komen... terutama sekali kalau yang nak dibaca tu, blog lelaki jugak!!! Blogger lelaki lebih berminat nak komen dekat blog perempuan... nak-nak lagi kalau perempuan tu cun melecun tip top terangkat...

7. Antara Blog info vs blog mengarut...

Antara blog info dan blog yang mengarut macam aku ni, mana yang lagi korang prefer nak baca??? ada jawapan???

atau aku sediakan jawapan... dan korang tolong pilihkan sahaja... mudahkan... dengan aku ni senang jea... semua pun senang... makan tak cerewet... tidur tak cerewet... mengarut pun tak cerewet...

a) Sekadar membaca sahaja blog yang berinfo... itu pun screening jugak... yang menarik perhatian sahaja yang akan dibaca...

b) Terus tekan pangkat dekat sudut sebelah kiri kalau2 termasuk dalam blog yang.... hurmrmmm info sesaje...

c) Suka sangat bila baca blog yang mengarut ni... dan kalau boleh nak komen pun mengarut jugak!!!

d) tak suka...

e)
no komen please... no komen yea,...

f) tiada satu pun jawapan di atas...

mana satu jawapan korang yang budiman wahai si cantik molek yang comey lote kiut miut... wahai si kacak tampan bergaya....

2011/02/08

lelaki tak suka dot dot....

Haihhhh... Mina si kurekure comey tanya aku satu perkara... sila baca di sini...
yang aku pun, agak pening lalat jugak nak jawab ni... Bukannya sebab aku ni bukan lelaki... i Ori nyah, tulennnnn... Dah tentu aku jugak bukan lalat... kenapa la orang tak panggil pening gajah ke, pening zirafah ke... best la jugak bunyinya... Ini haiwan yang duk hinggap dekat taik jugak yang disebutnya...

kenapa lelaki suka pakai baju yg sama?
kadang kadang sampai satu minggu pun ade...

Jawapan aku...

Dulu... Dulu-dulu... Zaman aku masa belajar... Zaman masih lagi duit pun PTPTN yang bagi... Zaman mak ayah yang duk suap duit masa-masa kekeringan kekontangan dan kecarasan... Memang sangat-sangat-sangat diakui, kalau beli baju tu, memang akan beli colour yang sama... Masa aku dulu, warna hitam atau blueblack yang menjadi pilihan...

Aku ada satu jea sebab... Sebabnya... Yea betul... Aku buta kayu... Buta fesyen... dan jugak buta warna...

Masa zaman muda2 tu aku layan lagu2 yang keras mengeras... Bukan takat besi hitam jea layan, siap layan besi mati lagi... Dah tentu-tentu la kumpulan2 rock kapak ni pakai baju hitam... Dan aku yang bodoh alang ni pun terikut-ikut jugak la cara berpakaian dema ni... Alang pun tak bodoh cam aku...

Itu dulu... Masa zaman tak kenal dunia... Dunia yang penuh kekejaman... cewahhh... Macam la zaman sekarang tak kejam kan...

Sekarang ni... Aku pun ada masih ada satu alasan jugak...

Tapi sebelum tu... Aku nak mintak ampun dari hujung hidung sampai la hujung pusat, walaupun raya lambat lagi... lagipun mood raya cina masih ada lagi ni...

Zaman dah berkerja ni... Zaman dah ada duit sendiri... Zaman dah maju sedikit...

tapi kenapa masih lagi pakai baju yang sama... bukan takat seminggu... kadang-kadang tu ada yang sampai setahun pun!!!

Sebabnya... Cuba la korang fikir... Kemanakah duit LELAKI-LELAKI yang budiman ni pergi kalau diorang tak bershopping untuk baju sendiri...

Tak boleh nak fikir???

Tak payah susah-susah... Meh aku tolong fikirkan... Korang tolong baca dan komen jea... Kan senang cam tu... Tapi tak payah nak pantun-pantun la yea... penat la nak menjawab...

1. BAGI LELAKI BUJANG : Pening kepala nak kumpul duit hantaran untuk kahwin... Dah tentu-tentu Riban2 kena bagi untuk belanja hangus... Itu yang berkerja keras nak simpan duit... Tapi bukan untuk diri sendiri... Sampaikan nak beli baju baru pun fikir enam ratus tujuh puluh kali!!!! Untuk Siapa?? Yea betul... Untuk kamu wahai wanita-wanita sekalian... Tak nak jatuhkan maruah kamu kalau nilai hantaran yang murah...

2. BAGI LELAKI YANG DAH TAK BUJANG SATU TAPI BUJANG 3 LAGI : Agak2 korang la kan wahai wanita-wanita yang berbudi perkerti... kalau nak pergi bershopping dekat SOGO di masa rehat sembahyang Jumat, agak-agak korang la kan... Korang guna duit siapa erk??? tak pe... tak pe... yang ni pun aku jawabkan... yea betul... Duit SUAMI korang...

dah la...penat la nak ngarut... ni 1st time aku taip entry panjang2... selalunya fidaghazi jea yang suka tulis panjang2 ni...ntah mana la la dia ni dapat idea nak tulis panjang...

Ada yang tak puas hati ke? Nak berpantun??? Boleh jugak la...

Semut Punya Hal Ke???

Orang kata, kalau kita termakan semut banyak sangat kita cepat perlupa...
Betul ke???

Aku rasa 2, 3 hari ni aku rasa la kan... Tak ada pulak aku terminum ke termakan ke ataupun tertelan En. SEMUT masa tidur...

Sekarang aku tengah fikir... Macam ada sesuatu yang patut kena buat... Tapi apa yea.... bukan terlupa... tapi tak ingat jea... Apa yea... haihhhhh...

2011/02/07

Jual Beli Pantun

Asyik mengarut jea kan... penat la otak ni... Apa kata kalau kita berpantun pulak...Boleh jugak menajamkan otak... biar semua sel-sel otak bersambung... Tak perlu la nak beli susu yang mahal semata-mata nak sambungkan sel-sel otak tu kan... Kalau ada yang sudi, boleh la kita berbalas... bukan saling tembak menembak... baling batu pun jangan... Kalau nak baling batu sangat, pergi ke Mesir... Kawan dengan Hosni Murtabak...

Ok... Intro jea pun dah mengarutkan... Tadi kata tak mau mengarut... Lurus kepada titik la yea...


I follow u,
U follow i back,
kau sape nak paksa aku,
Ikut suka aku nak follow ke tak.









Dah... tu jea... malas nak mengarut... pantun pun tunggang langgang... nahu ntah kemana... lenggok bahasa langsung ke laut... yang nampak lenggok mak janda jea... Tettttt.... nanti marah pulak orang melaka nanti...

Ada Orang Jual Tak???

Ada sesiapa pernah terjumpa ke tak???
Pernah tau ke kat mana ada jual...
Kalau tau, tolong bagitau dekat aku...
Aku sangat memerlukannya sekarang... Dekat corok mana pun akan kucari...
Penting sangat...
Tak kisah la berapa pun harganya...
Aku sanggup beli...








Aku nak mood kerja aku kembali... Mood kerja dah berkarat dan terhakis dek bercuti lama dan kesan diet yang bagus dan berkesan...
Kalau ada sesiapa yang nak jual mood kerja boleh la jual dekat aku...

2011/02/06

Kaki Pun Boleh Pancit...

Baru sahaja sampai di KL... Mengharung ke"jem"an dalam kereta selama 6jam.. Biasanya 2 jam setengah dah sampai dah.... merangkak-rangkak macam Ju-On dari tol Simpang Ampat sampai la ke Nilai, berderet-deret bersusun-susun kereta... macam semut kecik comey beratur bawak gula-gula.... Rasanya kalau aku lumba dengan kurekure comey, confirm kancil yang menang... eh... tak ada kena mengena pulak...

Kaki ni dah lenguh... pancit... penat menekan brek... mana tak nya... hadlaju maksimum 20km/j tadi... nasib kereta auto... kalau manual, mau tercaput kaki ni, silap2 hari mau pinjam kaki Fafau... Tettttt....

dah la... penat nak ngarut... nak mandi, tidur... nak mimpi jumpa Heliza... Tak pun Diana ke... Adira ke... Tettttt lagi... Esok pagi, harap2 tak perlu la nak seret-seret kaki, mengengsot kemalasan nak ke ofis... harap-harap datang la mood rajin esok... Good Night... Guten Nacht... Wa'an... Selamat malam....merangkak-ran

2011/02/05

Pejam Celik Pejam Tak Celik2...

Kongsikongsifatchai... Dah terlambat ke? Rasanya tak lagi... Belum capgohmei lagi kan... so tak terlambat lagi la...

Esok dah hari Ahad... Sekejab jea dah hari Ahad balik... Pejam celik pejam celik(tunggu masa nak pejam tak celik2 jea lagi), dah seminggu lebih dah bercuti... orang cina punya raya, aku pulak yang cuti bagai nak rak... sampai 9 hari(dah la masa cuti pun kena kerja, 2hari lak tu pembaziran cuti berlaku)... mengalahkan apek tokey kedai buncit... apek tu pun petang Khamis lepas dah bukak kedai dah... raya depa macam tak raya jea... yang aku hairan binti ajaib bin pelik, aku tengok kedai2 melayu pulak yang banyak tutup... dunia dah terbalik kot dah sekarang...

Rasanya, misi cuti kali ni sangat berjaya... mana taknya, lemak2 tepu dah menempek dekat pipi ni seberat 3kg lagi hasil diet yang sangat baik dan teratur... adoi... makin cabi la cam ni... dah la susah nak trim pipi yang sangat cabi ni... ada sesiapa yang tahu macam mana nak trim lemak2 dekat pipi? boleh tolong bantu aku tak??? please...

Malasnya nak balik esok... Malas nak tengok surat2 yang berlogo kuning yang confirm akan berlambak2 hasil hujan yang tak berhenti hari tu...


ermmmm...


Fida: Isnin i EL ek... Bagitau dekat bos... nak sambung cuti lagi la... bagitau bos i kena bidankan arnab2 i... arnab i dah bunting 10 bulan dah...

Beli Laptop, Apa yang Perlu Diketahui.

Guten morgen...

Tip membeli laptop @ notebook, pc etc...

Wuaaaa...gile arghhh... Orang yang selalu mengarut nak bagi tip pulak kali ni... Kalau rasa nak pakai, pakai la... Kalau rasa tak nak pakai, campak jea dalam longkang... Tak luak satu sen pun duit aku dalam bank... memang banyak duit dalam bank tu... bukan takat beribu-ribu lemon jea, ni tahap berjuta-juta lemon.. percaya la... tapi semua orang lain punya duit... Duit aku ada la dalam seposen dua... sobsss.sobsss...

Ok... kata nak bagi tip kan...bukan nak mengarut... "lurus kepada titik"...

1. Senaraikan apa keperluan korang... Maksud aku, kebanyakkan korang guna laptop tu untuk apa... adakah sekadar untuk surf internet sahajakah? untuk main game ke? untuk kerja ke... kalau kerja, kerja korang tu memerlukan grafik yang tinggi ke... atau processor yang mantop... atau pun korang guna sekadar untuk suft internet, kerja menaip, dan dengar lagu... Atau untuk kerja berat seperti photoshop atau mapping atau analysis data dan 3d gaming?

Korang perlu memilih spesifikasi laptop yang sesuai dengan tahap penggunaan laptop korang. Jika sekadar untuk kerja pejabat tidak perlulah membeli laptop dengan processor dan grafik yang canggih dan mahal. Membazir jea kalau laptop tiptop tapi korang guna hanya sekadar nak menaip... contohnya kalau korang beli kereta la... kalau korang rasa nak bawak 60km/j jea baik la beli kancil jea... apakejadahnya kalau korang beli inspira tapi korang bawak 60km/j kan...kan....kan.... (Itu satu contoh jea, bukan nak hina kancil yea) Cukuplah sekadar menggunakan low end to mid end laptop sahaja.

2. Spesifikasi... lepas dah senaraikan keperluan korang, rajin-rajinkan la diri tu sedikit untuk cari info... sekarang ni tak payah nak susah2 nak pergi ke kedai, nak kena bayar duit parking lagi... dah la toilet dekat Low Yat tu mahal... sekarang ni info semua dihujung jari jea... Klik jea Forum ni kalau nak tau spesifikasi atau pun kalau nak tengok harga kat sini...

Apa yang penting clock speed dan jumlah l2 cache... Dalam bahasa mudahnya processor dual core 2.20GHZ sudah tentu lebih laju dari processor dual core 1.9GHZ. Jika korang nak processor yang laju sekurang2nya pilih processor dengan clock speed 2.00GHZ ke atas.

kalau korang ni hantu game pulak, pilih la processor jenis AMD , harga jauh lebih murah dan biasanya ada onboard ATI Radeon graphics...Kebanyakan laptop menggunakan processor intel lebih mahal dan biasanya mempunyai graphic intel graphics media accelerator (GMA).
Lepas tu tengok gak RAM... Kapasiti RAM yang lebih tinggi lebih baik kerana ia menjamin kelajuan laptop dan akan menjadi lebih “responsive”.
3. Bajet... Lepas dah tau spesifikasi apa yang korang nak, sesuai dengan kegunaan korang... nak tau gak berapa bajet korang ni... kebanyakkan laptop mempunyai spesifikasi yang hampir sama dalam class yang sama (low, mid, high), tapi yang berbeza adalah aksesorinya... ni macam nak beli kereta proton jugak la... kalau nak yang H Line, mestilah seat pun kulit... kalau Base Line pulak, semua pun basic jea... tapi enginnyya sama jea... Faham?
4. OS... Eh!!! Ni bukan Mr. Os tau... OS tu Operating System... Jika korang tengok laptop itu freedos, maksudnya laptop itu tak ada sebarang sistem operasi. Korang boleh install ikut suka hati sendiri nak letak tingkap apa, sama ada tingkap xp atau vista atau pun tingkap 7... (windows xp, vista or 7)... Kalau nak senang, beli jea OS tu sekali... tak payah nak install yang penyamun punya (pirates of teluk Aden)
Dah la... Malas nak bagi tips lagi... Mengarut lagi senang lagi dari nak bagi tips ni... To Mr. Jepun... Selamat membeli laptop baru dan lagu ini ditujukan khas kepadanya...
Yang mana kau pilih
Isi atau kulit
Kertas bungkusan yang indah
Coraknya membungkus benda
Tak kira nilainya

Yang mana berharga
Isi atau kulit
Hiasan cantik permainan mata
Budi yang baik santapan jiwa

Ada orang lihat kulit
Ada orang lihat isinya
Kulit dan isi
Memberi erti
Jikalau tahu menilainya Search
Isi Atau Kulit

2011/02/03

Benci Betul La...

Tajuk tiada kene mengena dengan yang masih mati mahupun sedang hidup...



Cuma aku dah tak idea nak mengarut....
Mungkin sebab otak dah berkarat dek sebab diet yang terlebih sihat...
Mungkin juga mood mengarut pun turut bercuti juga...
Ataupun mungkin dek sebab Hosni Mubarak tak nak letak jawatan?
Erkkkk... Mungkin tak ada kena mengena...
Yang aku tau, ramai blogger yang turut bercuti menulis, blog berjalan juga tak menarik perhatian... Tak ada makanan ilmiah mahupun yang humor untuk santapan otak...

Sekian terima kasih...
Good nite...
Selamat malam...
Guten nacht!!!!

2011/02/02

Soalan yang rasa nak jawab dengan penampar jea V2....

U... U lempang i semalam, sampai hari ni, i masih lagi terasa biratnya u...

Walaupun u lempang ala-ala jurus manja, tapi kesan lempangan u tu masih terlekat di hati ni...

Sakit di pipi, sakit jua di hati... Sampai hati u...

U... Hari ni i terpikir lagi satu perkara u...

Harap u tak marah lagi kali ni...

I nak tanya u ni... tapi jangan la u jawab dengan lempang lagi yea... Kita kan pasangan yang bahagia... Tak kan la u sampai hati nak buat apa-apa dekat i...

Kesian kat i... Semalaman i fikir benda ni... Sampai sekarang i masih lagi tak tahu jawapannya...

Ni i nak tanya u ni...

U jawab dengan jujur yea...

U... dekat Negara China kan... Sekarang kan... Dah ada balik selsema burung tau... U tau kan...

Agak-agak u la kan... Kalau lah burung-burung tu selsema... confirm la dia akan terBERSIN kan... agak-agak u la kan kalau burung-burung tu terbersin masa dia terbang, agak-agak u dia tutup tak mulut dia dengan kepak dia??? Kalau dia tutup muncung dia, confirm dia akan jatuh kan...kan...kan...