Halloooooooo... Grüß Gott!
Wie geht es Ihnen?
Hoho... Ok... Cukup itu sahaja pembelajaran Bahasa German hari ni...
Lurus kepada titik...
Berbalik kepada tajuk entry di atas...
Mungkin hari ini, esok, lusa atau tulat...
Kita akan memulakan perjalanan balik ke kampung oowwhooo balik kampung balik kampung hati girang!... Mungkin ada antara korang yang akan memandu berseorangan dan mungkin ada jugak di antaranya menjadi pengganggu pemandu...
Mungkin ada antara korang yang akan memulakan perjalanan di waktu siang yakni waktu tengah berpuasa... Memandu jarak jauh dalam masa yang lama dalam keadaan berpuasa berkemungkinan akan menyebabkan kelopak mata menjadi berat a.k.a mengantuk! Owh... Ini sangat bahaya kerana kemungkinan korang beraya di hospital atau di tapak perkuburan adalah sangat tinggi... Mintak dijauhkan!
Tip #1 ---> Sediakan cd cd lagu karaoke kegemaran atau boleh juga lagu raya untuk menaikkan mood raya atau takbir raya!... Sila sediakan volume suara radio anda di tahap 3/4 maksimum! Hoho... lepas tu korang karok la puas puas sampai terputus anak tekak... Tak ada sesiapa pun dengar dan tahu kesumbangan tahap katak hijau menggurutu suara korang yang lemak merdu bak buluh perindu tu...
Tip #2---> Sila beli juadah yang sangat menyelerakan atau kuih raya yang membangkitkan keberahian nafsu korang... kalau nak yang lagi afdal, juadah makanan yang kuat baunya... lepas tu bukak dan letak di sebelah kerusi anda... Tapi! Tapi jangan makan pulak! kalau makan jugak, itu urusan korang la... Bau makanan yang menghairahkan akan menimbulkan perasaan teruja sekaligus akan menghilangkan rasa mengantuk yang teramat sangat dan tak sabar sabar untuk sampai ke destinasi...
Tip #3---> Sila sediakkan kayu atau besi... Kalau nak lebih afdal, kayu golf! Bukan nak suruh main golf atau main konda kondi! Kayu itu gunanya untuk menghempap kepala sendiri jika terasa mengantuk yang teramat sangat... Lagi afdal jika pukul sampai berdarah! Aku berani jamin potong kuku la... Korang tak akan mengantuk punya la...
Ok... Aku dah pening ni... Dah tak boleh berfikir sebab tertengok kuih raya yang ada depan mata aku ni... Eh... Aku dengar azan la! Tapi baru pukul 1.30... Kira boleh la tu kan?
NotaKarut: Untuk Cik Sal atau Cik Dill... jom teman aku pergi shopping malam ni... Wuaaaa... Aku tak beli apa apa pun lagi ni... Mai la kamu wahai mood raya!
Ulasan
tak boleh tak boleh~
tips no 3, TK pernah try ker?? hehe..
boleh tido kalo mengantok
hehehe
saboor ja la..apa pun..hati2 di jalan raya...ehhehe
nape xkayu hoki lagi mantap kot...