Langkau ke kandungan utama

Catatan

Fantasia Bulan Madu...

Demi cintaku pada mu Ke mana saja kan ku bawa Ku hujung dunia ke bintang Kejora Demi cintaku padamu Kukorbankan jiwa dan raga Biar pun harus ku telan Lautan bara Bulan madu di awan biru Tiada yang menggangu Bulan madu di atas pelangi Hanya kita berdua Mengecap nikmat cinta Yang putih tak terbendung Sesuci embun pagi Andai dipisah Laut dan pantai Musnahlah ilham Hilang pedoman Andai dipisah Cahaya dan bulan Gelap gulita Musnah asmara NotaKarut: Babaiiiiii KL... Welcome to Bali... Honeymoon!!!... (1-4Dec) Hohoho... Pak mertua aku kata, nanti dah sampai sana pi cari tempat yang banyak batu... Kat situ ada tempat orang omputih bertelanjang bulat... Hohoho... Kena bawak spek mata hitam ni... Mata dah banyak masuk habuk! ~~Adei... Kantoi ngan bini lak... Adeiiiiii!!! Entry ini terpaksa diberhentian di sini.... Kena tarik telinga la lepas ni... Kalau tak sibuk bercucuk tanam nanti aku update cerita Bali ye...

Hilang Taring...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Fuhhhhhhhhh!!! Hacccuuuuuummmmmmmmmm!!! Berhabuk bersawang... Kesian blog tukang karut ni... Penulisnya sibuk bercucuk tanam... Hai... Ok... Itu je... Babai... NotaKarut: Sudah kehilangan taring dan sentuhan mengarut...

Hadiah Yang Ditunggu...

NotaKarut: Lepas ni aku nak hadiah kereta camry lak ek...

Sejuk Di Malam Jumaat!

Hujan yang turun mecurah curah... Membuatkan suasana dingin malam menjadi sejuk... Tapi malam ni masih tidur keseorangan... Peluk bantal je la malam ni... Tetiba teringat isteri... Yang keseorangan gak! Lambatnya hari Sabtu nak balik rumah mertua balik... Mungkin bendera Jepun dah diturunkan... Hohoho... NotaKarut: sopan tak entry ini? hoho... terpaksa sopan sekejab kot pasal isteri dah tau kewujudan blog tukang karut ni...

20112011...

Entry dipenuhi dengan gambar dari cameraman yang tak berapa nak pro... hoho... nak tunggu cameraman yang diupah lambat sangat... NotaKarut: gambar tidak disusun mengikut turutan!

PERUTUSAN YANG DITUNGGU TUNGGU...

"JELASKAN HUTANG PTPTN ANDA SECARA KONSISTEN UNTUK MENGELAKKAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN. SILA ABAIKAN MESEJ INI JIKA BAYARAN TELAH DIBUAT." Cait!!! Baru bulan ni aku tak bayar dah hantar SMS amaran cam ni... Kat luar tu berlambak lambak orang yang tak bayar tak nak pulak hantar SMS tu! Huh!!! Ini tidak adil!!! Aku nak mengadu dekat PBB bahawasanya aku telah didiskriminisi!!! En. PTPTN sila fahami aku nye pun... Bulan ini aku sangat kesesakan dan kesempitan... Banyak uwangnya mau dipakaiin! Bukannya gua sukak sukak tak mau dibayariin... Baru ini bulan gua talak bayariin pun lu sulah bising... Ye la... Aku bayar la... Tapi aku bayar sebelah tangan je boleh? NotaKarut: 4 hari tak membuang sisa kumbahan... perut jadi sebu... pagi pagi lagi dah minum fresh oren... al maklumla... segan nak berak bunyi kentut kuat kuat rumah mertua... ni dah dekat rumah sendiri nak berak bunyi kentut bom pun tak pe... hohoho...

Telur Dah Pecah... V1...

Oppssss... Telur apakah yang dah pecah? Jeng jeng jeng! Fuhhhhh... Berhabuk bersawang blog tukang karut... Siap ada labah labah lagi buat sarang! Ini bukan entry 18sx... Telur dah pecah yang dimaksudkan adalah telur tembelang a.k.a rahsia! Bini dah tau dah blog Tukang Karut ni... Hoho... Aduyai... Maknanya lepas ni aku dah tak boleh nak ngarut sangat la... Maknanya kena la buat ayat sesopan mungkin... Hoho... Tapi korang boleh terima ke? NotaKarut: Malam ni tidur sengsorang pasal dah balik ke rumah mak... Nak uruskan majlis kat rumah pulak...

Rabu Tanpa Kata Versi Sebelum Nikah...

NotaKarut: Satu satunya gambar yang ada... Gambar pengantin perempuan sahaja yang ada dalam tangan aku sekarang ni... yang lain tak ada... hoho... ~Cuti cuti ni pun orang ofis asyik call je... sibuk je... Mood: Masih lagi sibuk... Hoho... Ada satu lagi majlis pada 27/11/2011...

20-11-2011

Apa yang ada pada tarikh... Tapi tarikh hari ni cantik... 20-11-2011 Tak mahu berebut dengan orang lain yang mahukan 11-11-11... Terima kacih atas ucapan tahniah... Jika ada kesempatan, jemput la menghadiri majlis perkahwinan seperti jemputan dalam entry ini ... NotaKarut: entry ini autopulish dan ditulis pada 6.30am... Mungkin ketika ini sedang sibuk dikerjakan mak andam... Terima kasih... ~~nak tunggu waktu 201120112011... siapa tau pukul berapakah ini?

Selamat... Entry Seringkas Mungkin...

Selamat selesai hari pertama... Dengan sekali lafaz... Syukur atas ketenangan... Malam berinai disulami dengan hujan yang turun bagaikan mutiara bersinar menerangi erkkkk... Lupa lirik pulak.. Korang sambung sendiri je la ek... NotaKarut: Dikhabarkan, bendera Jepun telah dinaikkan... Aduyai... Tangguh sampai pi honeymoon kat Bali la gamaknya... Hoho... p/s: nanti, kalau aku dah tak sibuk, aku akan mula mengarut balik! nanti korang baca la sampai terkeluar muntah hijau!!!

Inai Dijari...

Entry ini ditaip dengan 6 enam jari di inai... Hoho... Tangan terasa gatal hendak menaip! Lirik Penghujung Cintaku - Adelia ft Pasha Ungu Berakhir sudah pencarian cintaku Jiwa ini tak lagi sepi Hati ini tlah ada yang miliki Tiba diriku dipenghujung mencari cinta Diri ini tak lagi sepi Kini aku tak sendiri Aku akan menikahimu Aku akan menjagamu Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu Aku akan menyayangimu Kukan setia kepadamu Kukan selalu disisimu seumur hidupmu Tiba diriku dipenghujung mencari cinta Hati ini tak lagi sepi Kini, aku tak sendiri Aku akan menyayangimu Kukan setia kepadamu Kukan selalu disisimu seumur hidupmu Aku akan menikahimu Aku akan menjagamu Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu Seumur hidupmu Seumur hidupmu Seumur hidupmu Seumur hidupmu NotaKarut: Harinya sudah tiba... Lutut terasa gigilnya... Berpeluh tika sejuk... Fuhhhh! Semoga selamat semuanya... Mata menjadi berat... Selamat malam dan guten nacht! 11.23pm 18-11-2011... kurang

Jemputan Majlis Perkahwinan...

Jemput la ye...

Penakut...

Aku takut... Bukannya aku takut hari itu... Tapi aku takut hari kemudiannya... Aku takut... Bukannya aku takut dengan manusia... Tapi aku takut pandangan keji manusia itu... NotaKarut: Hari ini hari Khamis... Esok hari Jumaat... Lusa! Takut!!! Pinjam kekuatan kamu semua...

Selit Terselit..

Rindu... Yea... Aku rindu nak menulis... Eh... Yang sebenarnya aku rindu nak mengarut... Sehari tak mengarut rasa macam tak ambil sarapan yang menyebabkn nutrisi badan tidak kecukupan... Rasa sengal sengal otak rasanya... Isnin & Selasa... Sibuk mengemas bilik sekangkang kucing...  Kemas bantal jumpa singgit... Kemas bantak kedua jumpa seploh hinggit.. Selak bawah tilam jumpa 50hinggit... Selak rak jumpa doploh sen... Eh! Banyak betul rupanya duit "tabungan" aku ni rupanya! Kumpul dan jumlah dapat la duit minyak dan tol pergi balik kampung... huhu... NotaKarut: Dah mula bercuti... Panjang... Mungkin menyepi... Menyepi dari melawat kalian...

Kelainan...

Hai... Guten Morgen... Selamat pagi Malaysia... Hari ni dimulakan dengan senyuman... Dua hari ni datang awal ke pejabat... Sebab terpaksa menaiki Cik NorPersonariah... Mesti kena awal kalau tak nak berebut parking yang sangat limited edition tu! Encik kuda putih dah selamat export ke USJ... Hari ni dimulakan dengan senyuman... Kerana hari ni dah berwajah baru... Misai dah licin... Janggut dah licin... Rambut dah pendek... Hoho... Hensome smart kacak bergaya (ada aku kesah kalau orang ngutuk aku perasan sendiri?) Hari ni dimulakan dengan senyuman... Kerana ada yang memuji dah nampak susut (kurus sedikit... Eh... Sikit je?) walaupun aku tau itu bukannya kenyataan yang sebenarnya! Hari ni dimulakan dengan senyuman... Kerana pagi pagi lagi dah terima dua hadiah perkahwinan... Walaupun aku belum lagi berkahwin... Hoho... Terima kasih kepada Mr Jepun dan Cik White Tiger . .. Aku nak demand hadiah boleh kepada sesiapa yang nak bagi hadiah tu... hohoho... Kurang kurang bagi la perfume ke, ja

Canggung...

Ala canggung, ala canggung  Canggung mari la li la la la la  Kalau tidak tidak kerana bulan  Tidak bintang terbitlah pagi  Kalau tidak kerana tuan  Tidaklah ssaya datang ke mari.  Tinggi-tinggi si matahari  Anak kerbau mati tertambat  Puas sudah saya mencari  Barulah ini saya mendapat  Berapa tinggi gunung ledang  Tinggi lagi asaplah api  Berapa tinggi mata memandang  Tinggi lagi harapan hati Jom sama sama menyanyi... Hiburkan hati... Yang sebenarnya aku tengah kebosanan ni... Bilik sekarang dah jadi macam padang jarak padang burung terkukur... uuuuuukkuuukkkk! (eh? Itu ayam kan?) Bercakap pun bergema... Yang tinggal hanya la sepersalinan untuk kerja esok... Hoho... TV dah export ke USJ... Astro? Ermmm... Tadi panjat sendiri bumbung rumah! Bukak sendiri... Ntah bila ntah nak pasang... Haram jadah punya ASTRO! Biar la orang kata darah manis tak elok nak buat kerja pun... Penat mengangkut barang ni... Rasa nak tercabut tulang... Hoho... Me

Aku Rasa Macam... Macam...

Eiiii... Hormon tak stabil ni... (*Boleh tak nak salahkan hormon?) Rasa nak makan orang jea hari ni... Ei... Kalau ada depan mata ni... Lama dah aku kunyah hidup hidup... Menyusahkan orang je... Woit! Aku bayar la tiap tiap bulan... Bukannya aku tak bayar! Sori... Meroyan dengan technician ASTRO keparat ni... Janji dari minggu lepas datang nak pindahkan ASTRO ke rumah baru... Tapi sampai la ni... Habuk pun tarak... Haram jadah betul! Bukannya aku suruh datang free! Dah la nak caj orang... Boleh pulak ikut suka dia jea... NotaKarut: Nak kata apa?

Terima Kasih...

Terima kasih... satu ucapan ringkas... Tahniah... Jua satu ucapan ringkas... Tapi satu ucapan tahniah dari sesorang... Buat aku terkedu... Biarpun ringkas ucapannya... NotaKarut: Masih ada ruang memori yang tak terpadam...

Hari tulat tulat???

Hari ni hari Ahad... Esok hari Isnin... Lusa hari Selasa... Tulat hari Rabu... Memulakan cuti panjang... 16 Nov - 6 Dec... Esok tulat hari Khamis... Lusa tulat hari Jumaat... Errrrr... Tulat tulat.... Hari Sabtu! Errrrrrrrr!!! Takut!!!!!!!!!! NotaKarut: err... Ada ke hari tulat tulat? (blog ini MUNGKIN menyepi sepanjang cuti panjang aku... hoho... tengok la kalau rajin...)

Panas Hati...

Eiiii... Geram betul la... Kalau kau ada depan mata ni... Siap la... Aku rasa macam pijak pijak perut kau...  Lompat bintang atas perut kau yang buncit tu! Biar senak... Menipu je kerjanya! Kata dah taubat... Tapi yang nampak, kau taubuat je! Rasa macan nak ambil pisau pemotong daging mastercheff... Nak siat daging peha kau... Biar bercerai daging dan kulit... Boleh campak bagi buaya darat makan! Tulang tu pulak, buat sup... NotaKarut: Bila marah menguasai diri... Dah! Aku tak nak dengar kata kata manis! Bosan asyik ditipu...

Kata Hikmat Jumaat Malam...

"Orang kalau dah biasa menipu, sampai bila pun akan tetap menipu..." Tapi yang paling best sekali bila... "Orang yang biasa menipu sebenarnya mudah ditipu oleh penyangak!" NotaKarut: Bosan ditipu... Kepercayaan menjadi semakin kurang...

Aduyai... Kena Lagi...

Halloooooooooooooooo... Kabare? Otak ada betul ka? Ok... Lurus kepada titik... Aku ingatkan virus tag mengetag tanya menanya ni dah habis... Rupanya tak habis lagi... Nak buat tak reti... tak boleh lak... Aku ni berhati lembut... Mudah kesian dekat orang... Soalan soalan cepuk cemas dari DADDYLICIOUS berserta jawapan... jangan berharap jawapan yang diberikan menepati kehendak dan piawai soalan... Hoho... Dah... Jangan banyak sengkadak... Aku jawab ni pun dah kira bagus... 1. Jika di berikan pilihan 'SuperHero' apa yang menjadi pilihan dan kenapa? Jin Superpower! Hoho... Mau 5 round daily... Powerrrrr! Eh??? Abaikan... 2. Kenapa harus bercinta dahulu dan berkahwin kemudian kenapa? Aduh! Soalan ni aku tak boleh nak mengarut lak... Aduh... Sakit perut lak... Kejab ek... Aku nak menunaikan hajat sekejab... 3. Siapa yang lebih bijak dan berkuasa 'wanita' atau 'gadis' kenapa? Aduyai... Erk... Aku pilih... Aduyai... Terkeliru sekejab... Kena cari ilham dulu ni sebelu

Mari Belajar Math... ~ Bab Pecahan

NotaKarut: Terkejar kejar... Termengah mengah... Akhirnya terkulai di tasik madu... eh?

Rabu Tanpa Kata V~Bila Pengarut Tak Ada Idea...

NotaKarut: Ntah la...  ~ Ada yang nak mintak tutorial "masuk suku" ke???? hik hik hik...

Hik Hik Hik...

Hai... Salam hari Rabu... Hari ini hari wordless... Tapi aku tak ada gambar nak dibuat modal bercerita... Hoho... Bercerita macam nak rak... Macam bajet artis lak kan... Macam la popular sangat... Padahal nanhado! Baru je ngadap bos... Pepagi buta (8.00am) lagi dah panggil... Ntah apa pe'el pun tak tau la... Masuk masuk je boleh pulak cakap dia lupa kenapa panggil aku! Huh... Patut la penyakit pelupa tu berjangkit dengan aku... Eh... Korang dah tau ke makna "masuk suku" tu? Aduyai... Korang ni betul la... Berlagak suci sesuci minyak seri murni la tuh! Padahal ilmu "tu" dah khatam dan penuh di dada dah pun kan??? Hik hik hik... (gelak gatal orang nak kahwin) Cam ni la... Aku bagi ayat paling mudah... Diibaratkan seperti mengorek hidung menggunakan jari... Tapi jari yang digunakan tak masuk habis dalam lubang hidung... Huhu... masuk suku je... dekat bahagian luar hidung je... Agak agak puas ke tak korek hidung cam tu? Confirm taik hidung berselipat lagi kan! hoho

Masuk Suku ~~ 18 SX...

Hai... Apa la korang ni... Entry lawak 18 SX sebelum ni pun blur... Lemb@*... Hohoho... Tu la... Makan sup tulang banyak sangat... Kan dah naik lemak kat otak... Dah faham makna "masuk suku"??? Atau perlu aku terangkan lebih lanjut? Eh... Sat... Aku pun tak berapa tau sangat pasal belum kahwin... Hohoho... Cuma ilmu teori tu dah penuh di dada la... Ilmu praktikal je belum tahu lagi... NotaKarut: keh keh keh... ada pulak yang nak bukak kamus cari makna masuk suku... aduyai... gelak guling guling...

Masuk Suku...

Adat orang Negeri Sembilan... Kalau lelaki orang luar Negeri Sembilan... Nak kahwin dengan perempuan dari Negeri Sembilan... Lelaki itu kena masuk suku... Suku biduanda ke... Tiga Nenek ke... Itu kalau lelaki luar la... Tapi kalau orang Negeri Sembilan yang nak kahwin... Rugi kalau "masuk suku"... NotaKarut: Faham??? Update: nampaknya ramai yang kononnya suci dan buat buat tak faham... Sudah la...

Skill Baru ~ Guna Kaki Kiri Pun Boleh...

Bukan nak bersungut... Dah memang adat... Kalau cuti raya tanpa jalan jem tak ada maknanya... Hoho... Baru sampai KL ni... 5 jam merangkak... Sampai kaki kanan naik kebas... Dimasuki sesemut... Terpaksa menggunakan kaki kiri... Nasib baik pakai kereta auto... Walaupun pada awalnya sangat la kekok menggunakan kaki kiri... Asyik tersalah pedal minyak dan brek... Hoho... Tapi kalau dah dilahirkan sebagai genius... What should i say... Hoho... Kereta bergerak 40-60 km/j di lane kanan... Mengikut arus kereta bontot ke bontot (baca bunper to bumper) Ada kereta Toyota Camry 2.4 dibelakang... Duk nyala lampu high beam... Sekali... Dua kali... Tiga kali... Kejab kejab duk suluh mata aku... Sial! Depan tu bersusun kereta... Bukannya aku tak nak bagi jalan! Kalau nak cepat sangat pi la lane sebelah... Lane sebelah tu kan kosong.... (lane menghala ke Johor) Toyota Camry tu duk menyuluh lagi... Saja aku bagi jalan... Lepas tu aku duduk belakang dia... Aku pulak high beam dia... Dia ke lane tengah a

Cemburu Buta...

Cemburu buta... Bukannya bermakna cemburu itu tiada mata... Dah tentunya cemburu tiada hidungnya... Terang terang cemburu itu pekak... Tapi ntah kenapa... Perasaan cemburu itu sentiasa ada... Walapun pada zahirnya cemburu tak pernah ada deria rasa pun... NotaKarut: melihat kelebihan orang kita cemburu... Memandang kesenangan orang kita cemburu... tapi kita lupa, kadang kadang orang lain pun cemburu dengan kita...

Ni Apahal Ni Asyik Nak Tanya Tanya Orang Ni...

Assalamualaikum... Hai... Salam sejahtera... Esok hari raya... Esok hari raya... Esok hari raya... Hoho... Hari di mana Lembu, kambing dan unta jadi tak senang hati... Ayam jugak yang mengokok keriangan... Ni nak pesan sikit ni.... Makan sup tulang & gear box tu beringat sikit... Kolestrol tinggi tu... (Sebenarnya peringatan ni untuk diri sendiri...) Opsss... Kan dah termengarut dah... Tersasar dari jalan kebenaran dah! Tajuk tidak mencerminkan isi entry... Ok... Lurus kepada titik... Virus tag mengetag ni dah menular balik dah... Hari tu dah terkena sekali dah... Ni ada jugak yang rajin duk sibuk nak tanya tanya gak! Apa? Ingat orang lain tak ada kerja ke? Pi la kaunter pertanyaan kot ye pun nak tahu sangat... Diorang tu dibayar gaji tau untuk ditanya... Kalau tak ditanya, diorang tu kerja makan gaji buta jea tau! Huh! Termengarut lagi sekali dah! Eh... Tak... Aku tak marah... Huhu... Aku lagi suka... Ha! Tanya la... Tanya la banyak banyak... Hoho... LAgipun, aku sebenarnya dah ke

Fuh Fuh Fuhhhhh!!!

Hai... Assalamualaikum... Sibuk ke tu? Aku memang tengah sibuk... Nak makan pun tak ada masa sangat... Terkejar kejar ni... Nak siapkan kerja sebelum 16 November ni... Kalau tak memang tak senang nak cuti la... Hoho... Al maklum la.... Cuti panjang kan... Ok... Datang sekadar nak bersihkan blog dari berhabuk je! NotaKarut: Rindu aku tak? Apa?? Tak??? ermmm... Ok la... Cam ni la... Nak merajuk la... Tatatatttttsss!!!

Kesengalan Berganda...

oooooooooooo... Sesedap sesuka sehati je korang kutuk aku sengal ek... Cuba nak menafikan aku ni comey la tuh! Huh! Memang dasar betul... Dengki la tu... Cemburu la tuh! Huh! Huh! Dan huh!!! Sambil buang hingus... Tapi kan... Betul ke cemburu tandannya sayang? Kalau tak cemburu maknanya tak sayang? NotaKarut: Aku rindu nak berblog... Aku rindu nak buat cerita sengal... Aku rindu... Tapi.............. Masa itu memang emas la... Dah! Jangan nak pi jual lak masa tu... Tau la harga emas tengah mahal ni... Masa itu emas bagi orang yang reti menghargai masa... Bukannya orang yang hanya tau membuang masa... Hoho... (Berkata kata kepada diri sendiri...)

Tukang Karut Sengal...

Kaji selidik yang wajib dijawab... Kalau tak jawab aku merajuk... Membawa hati yang lara jauh ke tengah hutan... Betul ke tukang karut seorang yang sengal tapi comel???? Sila jawab dalam 178 patah perkataan yea! NotaKarut: mendraf satu cerpen... Tapi buntu... Aku tengah cemburu!

Cari Pasal...

Kekurangan libido untuk menulis... Mungkin idea menjadi segan nak datang... Kosong di tengah ketepuan... Mencuba bau kaki sendiri... Orang kata, kalau bau kaki sendiri... Idea akan datang mencurah curah... NotaKarut: Pengsan!

Yes... So What?

Nak kata sibuk, tak ada la sibuk sangat pun... Nak kata tak sibuk, kadang kadang rasa macam tak cukup 24jam sehari pulak... Dah! Aku tau apa yang bermain di fikiran korang... Nak ngata aku ni penyibuk la ni... Huh! Aku merajuk cari batu Milah batu tertanggup nanti... Telan la aku yang banyak isi ini... Minta maaf... Mungkin tak sempat datang melawat blog masing masing (ayat skema gila macam la ada ramai pembaca! huh!) Tapi aku akan cuba update selalu... NotaKarut: esok adalah outstation terakhir sebelum bercuti panjang... hohoho... JB... Tunggu kehadiran aku!

Kenapa Owh Apakah...

Kenapa apakah ini? Kalau ada cikgu Bahasa Malaysia yang baca blog ni, mesti dia mengangis terharu sambil berlari teresak esak kerana penggunaan Bahasa Malaysia yang salah... Ah... Lantak la... Aku bukannya nak ambil peperiksaan pun... Hik hik hik... Sebenarnyakan... Tak ada apa nak tulis pun ni... Cuma tangan ni rasa gatal gatal je... Nak menampar atau nak menggaru orang kot... Eh? Padahal banyak lagi kerja lain yang nak buat ni... Dah la... Lepas gian sikit je ni... NotaKarut: Kenapa aku suka mengarut? Sebab aku tak tau pun aku boleh mengarut sebenarnya... Hoho... Kenapa pilih nama tukang karut? sebabnya takkan aku nak pilih nama tukang urut lak kan... Kenapa aku? Ntah... Aku pun tak tahu la ni... Tak keruan...

Buka Kaunter Pertanyaan...

Hohohoho... Tersenyum aku baca komen komen entry sebelum ini yang berkenaan PERTANYAAN DI KAUNTER PERTANYAAN... Aduyai... Aku tau aku comey... Tak pe... Lama dah aku tau... Tak perlu la nak memuji berlebihan ek... Aku takut sat lagi kang kembang buntut aku, susah pulak nak pakai sampin baju nikah nanti... Aku rasa... Aku rasa korang pun mesti nak tanya lagi kan... Pasal korang bukannya genius sangat macam aku ni... (aduyai... riak lagi... Sat lagi mesti ada yang suruh aku insaf ni kang...) Mesti tak reti nak jawab kan kan kan... Ok... Dipendekkan entry sebelum aku mengarut ke laut... Aku buka kaunter pertanyaan untuk korang tanya la apa apa sahaja... Yang berbentuk ilmiah, mengarut, atau perkara TABOO... Apa sahaja... Akan aku cuba jawab mengikut cara aku... Sekian... NotaKarut: Berfikir... Merenung... Meratap... Aduyai... Tepuk dahi... Susah jugak nak kahwin ni yea...

Pertanyaan Di Kaunter Pertanyaan...

Hai... Rasa sengal sengal badan pulak bila lama dah tengok blog ni... Hoho... Rasa macam tak lengkap hidup la kan... Yes... Selepas 3 tahun lebih berblog ini adalah kali ke3 aku ditag... Aduyai... Maknanya... Ermmm... Tak ada maknanya! Hoho... Nampak sangat aku ni perasan kiut dan comel sengsorang... Budak Chu ni pun satu... Kalau nak tanya pun, pi la kaunter pertanyaan... Dah tentu itu tempat orang bertanya... Tanya la apa pun... Diorang akan jawab punya... 1. Kenapa gagak tak warna biru? Eh... Selamo ni warno gagak warno apo ek? 2. Antara Kucing dan Arnab siapa lagi comel Apo punya bingai soklan la ni... Dah tentu den yang lagi comel! Tak perlu disangkal lagi... Betul tak? Sila angguk cepat! 3. Pukul berapa korang bangun pagi tadi? Yang ekau sibuk tanya orang ni pehal? Ekau tu bangun pukul berapo? Dah... Jangan nak jadi pentipu... Den tau ekau bangun 10 minit lagi nak pukul 11 pagi kan kan kan? Jangan tipu la... Hoho... 4. Kenapa cicak suka tanggalkan ekor dia **apekah soalan ini -_

Hari Hari Dapat Sakit...

Semalam... Sakit... Demam selsema... Hari ni... Dah ok sikit walaupun serombong masih lagi tersumbat... Tapi malam ini... Dapat penyakit baru pulak... Dapat sakit jantung! Sakit jantung tengok perlawanan FINAL PIALA MALAYSIA NEGERI SEMBILAN VS TERENGGANU... Baru separuuh masa pertama... Masa yang mendebarkan... Satu pesanan buat skuad jang... JANG... EKAU TONDANG BOLA TU BIAR BOTUL2... JANGAN PEWAI BONAR... NI DEN NENGOK EKAU NONDANG LANGIT JE! TONDANG BIAR SAMPAI JARING KOYAK... NotaKarut: Haruk di kampung halaman bersorak!

Terlebih Dos...

Hai... Maafkan hampa... Kalau hamba tak menjenguk ke rumah tuan yang gagah perkasa, puan yang budiman dan cik yang jelita sekalian... Hamba berjanji akan melawat semula esok jika hamba sudah sihat dan kuat tanpa meminum milo pun... Terima kasih di atas komen di dua entry autopublish hari ini... Sesungguhnya hamba belum sihat sepenuhnya... Ada yang kata entry dendam itu kejam... Tak... Entry tu tak berapa nak kejam... yag kejamnya adalah penulisnya yang membuat cerita seperti tergantung... NotaKarut: Bila dah terlebih dos ubat, hati jadi pedih... Bila terlebih dos tidur dan rehat rehat, mata ini seperti tidak mahu tidur pulak malam ini...

Hobin Jang Hobin...

Kurang lagi 28 jam... Akan berlangsung secara langsung perlawanan Negori Sembilan, tanah tumpahnya aih darah den, melawan Peteh Ganu Peteh... Harap-harap lagu ni dapek membakar semangat penyokong2 Negori Sembilan... Final Piala Malaysia, Negeri Sembilan Vs Terengganu... Hobin Jang Hobin...4x Daghi sawah tughun padang Kini kau dah pandai nondang Kali ini mesti monang Bukan susah cukup sonang Hobin jang hobin...3x Sumbek gol banyak-banyak Bia sampai jaghing kuyak Main bia hati-hati Jangan masok gol sendighi Hobin jang hobin...4x Duo satu kocik bona Ompek satu sonyum lebar Kalu buleh tujuh kosong Bia dio balik molopong Molopong.. molopong. molopong.. Hobin jang hobin...4x Hobin jang hobin...4x Yam Tuan sokong kito Montoghi Bosar sokong kito Undang Luak sokong kito Jangan buek malu muko Hobin jang hobin...4x Hobin jang hobin...4x Bukan Main Bola Lisut Bukan Main Bola Tampat Biar Orang Tokojot ..Tokojot.. Kito Monang P

Dendam...

Tersentak... Hatinya berdebar debar... Matanya membaca setiap patah perkataan dalam email tunangnya bersama kekasih gelapnya... Sungguh tak disangkanya... Terangkat bahunya geli geleman bila difikirkannya... Tunang yang sangat dicintainya bermain kayu tiga di belakangnya... Akaun email rahsia dijumpainya secara tak sengaja di suatu pagi itu menceritakan segala galanya... "Patut la menatang ni banyak sangat berubah" bisik hatinya... "sibuk memanjang jea... Aku pun tak dilayannya..." "Celaka punya perempuan!" Hatinya semakin panas apabila dia membaca lebih mendalam email email lama pasangan itu... Menatap dua wajah ayu itu... Rupanya sepasang kekasih yang telah lama terpisah... Sungguh tak disangkanya... ............................................................................................................... Di luar rumah, Ali melihat rumah tunangnya... Direnungnya kereta MyVi yang tak dikenali memakir betul b

Mengasah Senjata...

Terima kasih... Terima kasih kepada korang yang prihatin... Ada yang suruh aku makan ubat... Ada jugak yang suruh aku pergi klinik... Dan yang paling best sekali, suruh aku balik tak perlu berkerja... Hohoho... Terima kasih... Aku bukannya tak nak makan ubat... Tapi ubat tu yang tak nak menembusi kerongkong aku ni... Tersekat dekat anak tekak... Ce suruh makan lobster ke, umai ke, ikan empurau ke... confirm tekak aku ni akan ternganga sebesar besarnya... Tak perlu dinafikan lagi... Klinik? ermmmm... Tempat yang paling malas aku nak pergi... Bau ubatnya kuat sangat... Tak tahan aku... Lagipun misi2 yang jaga kaunter tu, taraf makcik2 jea... Ce letak jururawat taraf macam pramugari AirAsia, confirm... Tak sakit pun aku buat2 sakit... Lagi satu... Doktor2 ni jangan la sikit2 nak cucuk... Aku ni dah la fobia dengan jarum... Hohoho... Sekian alasan alasan aku... Aku pelik la, kebanyakkan masa aku bagi kad jemputan dekat kawan kawan, aku selalu diajukan soalan ini... " Dah asah ke"

Secawan Teh Di Waktu Petang...

Terasa seperti mahu meminum sesuatu yang panas... Untuk melegakan serombong kapal yang tersumbat... Fikir punya fikir... Teh o adalah yang paling mudah dibuat sendiri! Almaklumla... Bukannya ada PA nak suruh bancuh buat teh pun... Uncang teh dibuka dan diletak air panas... Dimasukkan jua sesudu gula... Lidah merasa dari hujung sudu... PAHIT! Tambah sesudu gula lagi... Meniup sesudu teh yang panas sebelum merasa di hujung lidah... Tetap jua pahit... Kali ni dengan bijaknya menambah 2 sudu gula lagi... Confirm tak akan pahit lagi... Tapi hampa... Tetap minum teh yang kelat dan pahit... Owh... Bukan teh itu yang pahit... Baru tersedar... Letak selori gula pun, tak akan rasa kemanisan teh itu... Tekak aku ni yang rasa pahit! NotaKarut: Aku rasa aku nak rehat sahaja di pejabat hari ni... hohoho... Tok Jijib... Tak perlu la naikkan gaji penjawab awam ini... pagi tadi je dia rajin... petang ni dia dah lemau dah...

Dilema Lelaki Di Waktu Pagi...

6.00am--> Bangun pagi... Mata seperti tak mahu terbuka... Sambung tidur... reset alarm ke 6.15am 6.15am--> Bangun untuk tutup jam... Sambung tidur... reset alarm ke 6.30am 6.30 am--> Buka mata sebelah... Badan terasa sakit sakit... Hidung masih lagi tersumbat... Berfikir nak pergi kerja atau nak nmbil MC... Malas berfikir sebab kepala terasa berat... sambung tidur... reset alarm ke 6.45am 6.45am--> Ah... Nak pergi klinik ke atau nak pergi kerja ni? Teringat beberapa kerja yang perlu dibereskan... Berfikir... Buntu... Sambung tidur... reset alarm 7.00am 7.00am--> Terus bangun mandi dan terus bersiap untuk pergi kerja... Malas berfikir... Demam? Ah... Lantak la... Pedulikan... Ada banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan... Tengok... Siapa kata penjawab awam pemalas dan suka memonteng kerja... (huh! Berkata dengan bangga...) Tok Jijib,sila naikkan gaji lagi untuk pegawai yang berdedikasi ini... NotaKarut: menulis dengan kepala berat... macam ada syaitan 45kg duduk atas k

Tahap Pemikiran...

Ada orang tahap pemikiran dan pemahamnya sangat la tinggi... Berikan apa sahaja... Semunya selamat di simpan di dalam otak... Ada orang kadang kala mempunyai pemikiran yang tinggi dan kadang kala tahap pemahamanya sangat la rendah... Hanya memahami apa yang ada di dalam otak tanpa memahami apa yang dihadapi... NotaKarut: kadang kadang aku tersilap menilai kamu... ~~gering... badan sengal sengal... hidung tersumbat... Masih lagi demam... Terima kasih kepada yang sudi membaca blog yang sangat mengarut ini... Aku pohon, jangan letakkan harapan yang tinggi untuk isi isi atau ilmu @ ayat ayat manis a.k.a. jiwang karat yang berguna dari entry entry aku... Aku hanya pandai mengarut... Sekian...

Owh... Apakah Ini...

NotaKarut: Adakah kamu faham apakah maknanya ini? Sila baca ini sebelum itu... Aku masih menggaru garu dagu yang tak gatal... Owh... Apakah ini? Aku masih tak memahami...

Guten Nacht...

Natën e mirë Güet' Nàcht تصبح على خير Buena nuei Bona nuechi Axşamınız xeyir, Gecən xeyrə Дабранач শুভরাত্রি। Laku noć Noz vat Лека нощ Bona nit Буьйса дика хуьлда хьан 早抖 晚安 guuta nacht Góðnát God nat Goedenacht Good night, Night night, Nighty Night, Good night, sleep tight, hope the bedbugs don't bite! Bonan nokton Head ööd Góða nátt Ni sa moce Hyvää yötä Bonne nuit Goenacht, Sliep lekke Buinegnot Boas noites Guten Nacht Oíche mhaith mhaith agus codladh sámh Buonanotte おやすみなさい Bouonne niet ಶುಭರಾತ್ರಿ Қайырлы түн 안녕히 주무십시요 Bonam Noctem! Ar labunakti Labanakt, Labos nakties Gutt Nuech Добра ноќ Selamat malam Сайхан амраарай нойрсоорой शुभ रात्री God natt Bona nuèch Dobranoc Boa noite Noapte bună Спокойной ночи Bona notte Gaelic Oidhche mhath Bona notti Urare zvakanaka Dobrú noc Lahko noč Buenas noches Goeienaacht Usiku mwema, Lala salama God natt இரவு வணக்கம் Bonoite / Kalan diak / Boasnoite สวัสดีครับ/ค่ะ གཟིམ་ལཇག་གནང་དགོས་། Gut nait İyi geceler На добраніч شب بخیر Hayirli t

Kadang Kadang Blog Pun Demam Jugak La...

NotaKarut: Tuan blog tengah demam selsema... Aduyai... Hidung tersumbat lak... Opsss...Siapakah gadis ini... Ini bukan skandal... Ini cik white tiger... aku angkut dia tadi pergi site untuk jadi tukang tulis laporan... Hoho... ce teka kat mana ni... Siapa betul aku belanja makan besar pada 20-11-2011 dan 27-11-2011 ni...

1 Jari Vs 4 Jari...

Satu jari yang kau tunding... Satu jari dituju tepat ke seseorang... Satu jari yang menyalahkan orang lain... Mungkin kau sendiri terlupa... Yang kau punya empat jari... Empat jari yang kau lipat... Kau simpan... Kau terlupa itu... Empat jari yang kau simpan itu sebenarnya mengarah menuju tepat ke arah diri sendiri... Berhentilah menunding jari... Berhentilah menyalahkan orang lain... Berhentilah mencari salah diri orang lain... Fitrah manusia yang bukan maksum mumbuat kekhilafan... Akui kekurangan diri... NotaKarut: Lapar!